Categories
Berita Semasa

Netanyahu Cemari Masjid Ibrahimi

Jumaat, 06-09-2019 –Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu hari Rabu lalu telah mencemarkan Masjid Ibrahimi di al-Khalil, hanya beberapa jam setelah Presiden Israel Reuven Rivlin melawat kawasan yang sama.

Lawatan Netanyahu berkenaan hanya beberapa hari sebelum berlangsungnya pilihanraya di Israel, dan Perdana Menteri berkenaan bertujuan ingin meraih undi daripada penduduk haram Israel.

“Kami bukannya asing di Hebron. Kami akan tinggal di sana selama-lamanya,” ucap Netanyahu ketika menghadiri majlis sempena memperingati 90 tahun sejak 60 orang Israel dibunuh di al-Khalil ketika Revolusi Palestin Al-Buraq dalam tahun 1929.

Masjid Ibrahimi terletak di Bandar Lama al-Khalil yang didiami oleh kira-kira 400 penduduk haram Yahudi di bawah kawalan keselamatan yang ketat oleh askar Israel.

Pihak berkuasa Kementerian Luar Negara Palestin mengutuk sekeras-kerasnya lawatan Netanyahu, dan menyifatkannya sebagai berunsur “perkauman” dan “provokatif”.

“Lawatan ini adalah ternyata penjajahan yang berbaur perkauman, yang telah dirancang Netanyahu di ketika kemuncak pilihanraya, dalam usaha untuk meraih undi daripada pihak-pihak berhaluan kanan dan pihak pelampau kanan,” menurut kenyataan rasmi pihak kementerian.

Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Agama Palestin berkata bahawa lawatan berkenaan adalah suatu tindakan meruncing yang serius yang akan “mengheret kawasan ini ke dalam perang keagamaan yang akan mendatangkan akibat yang sangat buruk.”  

Gerakan Perjuangan Islam, Hamas, telah mengecam lawatan berkenaan dan menekankan bahawa al-Khalil, Baitulmaqdis dan seluruh Palestin akan sentiasa kekal sebagai Arab, dan apa sahaja usaha pihak Israel untuk mengubah identiti mereka akan menemui kegagalan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

HRD gesa penduduk tolak lawatan Netanyahu ke al-Khalil.

Jumaat, 06-09-2019 – Human Right Defenders (HRD) al-Khalil menyatakan bahawa mereka tidak boleh menerima perbuatan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mencemar kemuliaan Masjid Ibrahim dan mengesa penduduk di bandar itu supaya menyuarakan rasa marah mereka terhadap lawatan tersebut. 

Melalui satu kenyataan media, HRD mengingatkan bahawa sebenarnya lawatan Netanyahu ke al-Khalil adalah untuk menyokong pendatang haram Yahudi dan memberi gambaran bahawa bandar itu adalah bandar Yahudi.
HRD menyeru semua penduduk yang menetap di Bandar Lama al-Khalil, Jalan al-Shuhada, Tel Rumeida, Wadi al-Husain, Haret Jaber, al-Salaymeh dan Wadi al-Gharus membantah lawatan Netanyahu itu dengan memasang bendera Palestin di atas bumbung rumah masing-masing.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Hamas menyelar kerajaan Shtayyeh kerana tidak mengangkat sekatan Gaza

Jumaat, 06-09-2019 – Jurucakap Hamas, Hazem Qasem dengan tegas mengecam kerajaan Shtayyeh kerana berterusan melakukan perbuatan yang memburukkan isu kemanusiaan di Semenanjung Gaza yang terkepung dan mendalamkan lagi pembahagian antara Palestin.

Dalam kenyataan akhbar pada hari Selasa, jurucakap Qasem mengatakan bahawa Gerakannya telah memberi amaran untuk membentuk kerajaan dari konsensus nasional dan mewakili kepentingan Pergerakan Fatah.

Beliau menambah bahawa kerajaan Shtayyeh tidak berusaha untuk mengangkat sekatan ke atas Gaza dan mengabaikan panggilan negara untuk mengakhiri sekatan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Segerombolan Peneroka Haram Israel Ceroboh Masjid al-Aqsa

Jumaat, 06-09-2019 – Sekumpulan peneroka haram Yahudi pada hari Rabu pagi mencemarkan Masjid al-Aqsa di Jerusalem Dijajah sambil dikawal ketat oleh pasukan polis Israel haram.

Pengurus kompaun al-Aqsa Sheikh Omar al-Kiswani berkata sejumlah besar peneroka pelampau Israel menceroboh ke tempat suci melalui Pintu al-Maghareba yang berada di bawah kawalan Israel sepenuhnya.

Sheikh al-Kiswani mengatakan bahawa peneroka melakukan lawatan provokatif di dalam masjid sementara para pengawal al-Aqsa menghalang mereka yang cuba melakukan ritual Talmud di tempat Islam.

Penduduk haram Israel hampir setiap hari menyerang Masjid al-Aqsa di bawah kawalan polis yang ramai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Jentolak Israel roboh masjid di al-Khalil.

Khamis, 05-09-2019 – Tentera rejim zionis Israel meroboh sebuah masjid di kawasan selatan Bandar al-Khalil, Tebing Barat.

Menurut kata saksi, dua jentolak milik rejim Israel memasuki kawasan Jabal Juhar di al-Khalil pada awal pagi dan mula menolak bangunan masjid yang masih dalam pembinaan itu.

Tambah saksi itu lagi, pihak rejim mendakwa bahawa masjid itu terletak di kawasan C yang merupakan kawasan dibawa pentadbiran eksklusif pihak Israel berdasarkan Perjanjian Oslo.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

8 Tahanan Palestin Mogok Lapar

Khamis, 05-09-2019 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin dalam satu kenyataan Isnin lalu berkata bahawa lapan tahanan Palestin di penjara Israel telah melancarkan mogok lapar. Mereka melancarkan mogok lapar dalam tempoh yang berbeza-beza, sebagai menyatakan bantahan terhadap tahanan pentadbiran yang dikenakan ke atas mereka.

Suruhanjaya berkenaan menyatakan bahawa tahanan Huthaifa Halabiya, seorang penduduk pekan Abu Dis di bahagian timur Baitulmaqdis, telah bermogok lapar selama 64 hari, dan kesihatan beliau diakatakan semakin merosot setiap hari.

Tahanan-tahanan lain adalah Ahmad Ghannam, Sultan Khalouf, Ismail Ali, Tareq Qa’dan, Naser al-Jada’, Thaer Hamdan, Fadi al-Horoub, dan Anas Awwad, dan mereka telah bermogok lapar untuk tempoh yang berbeza-beza di antara 25 – 51 hari.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Mladenove: Situasi di Gaza masih sangat genting

Jumaat, 30-08-2019 – Penyelaras Khas PBB untuk Proses Keamanan Timur Tengah, Nickolay Mladenov berkata pada Selasa yang meskipun sejak dua bulan lepas suasana agak tenang, situasi di Gaza masih lagi sangat genting di mana kejadian keganasan terus berlaku.

Bercakap di Mesyuarat Majlis Keselamatan tentang Timur Tengah, Mladenove memberi amaran kepada Israel agar menggunakan tindakan bersenjata hanya sebagai pilihan terakhir apabila berurusan dengan para pemprotes atau warga di sempadan.

Pegawai PBB itu turut menekankan tentang situasi kesihatan disifatkannya sebagai sedang dalam krisis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Serbu Pekan-pekan di Ramallah, Cetuskan Pertempuran

Jumaat, 30-08-2019 – Rejim Zionis telah menyerbu pekan-pekan Beitunia dan Ein ‘Arik yang teletak di sebelah barat bandar Ramallah, Tebing Barat, Rabu lalu.

Sumber tempatan melaporkan bahawa sebilangan kenderaan tentera Israel yang membawa askar bersenjata telah memasuki Beitunia dan bertembung dengan penduduk Palestin.

Sumber yang sama juga melaporkan bahawa Rejim Zionis telah menyerang orang awam Palestin dengan gas pemedih mata dan bom pegun.

Rejim Zionis kemudiannya telah menyerbu Ein ‘Arik, menggeladah beberapa kediaman penduduk Palestin, dan merampas beberapa rakaman kamera litar tertutup.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Puluhan pendatang, polis mencemarkan Masjid Aqsa

Khamis, 29-08-2019 – Puluhan pendatang Yahudi pada pagi Isnin mencemarkan dataran Masjid Aqsa dengan kawalan polis rejim.

Menurut Pihak Berkuasa Waqaf di Baitulmuqaddis, polis rejim menutup Pintu Masjid Maghariba pada pukul 11 pagi setelah sekurang-kurangnya 56 pendatang melawat kota suci itu.Saksi mata turut melaporkan menyaksikan sebahagian para pendatang mengerjakan ibadat Talmud ketika lawatan mereka ke masjid itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Krahenbuhl: Gaza dinafikan hak paling asasi

Khamis, 29-08-2019 – Pesuruhjaya Jeneral UNRWA Pierre Krahenbuhl berkata bahawa dunia tidak merasai realiti penderitaan, kesakitan dan kekecewaan yang dialami penduduk Semenanjung Gaza.

Menurut kenyataan media yang dibuat di Bandar Gaza, baru-baru ini, beliau menimbulkan fakta yang rakyat Palestin di wilayah Gaza telah dinafikan hak paling asasi.

Beliau berkata lagi, dia telah mengadakan pertemuan penting dengan pegawai di Gaza beberapa hari yang lalu dan menambah sebab beliau datang semula ke Gaza adalah bagi melancarkan acara tahun sekolah baru yang beliau nyatakan sebagai satu upacara yang sangat penting untuk pelarian Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas Tiba di Kaherah

Khamis, 29-08-2019 – Satu delegasi dari Gerakan Islam, Hamas, yang diketuai oleh ahli biro politik Rawhi Mushtaha tiba di Kaherah pada petang Isnin untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai Mesir.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum berkata dalam satu kenyataan akhbar pada hari Selasa bahawa mereka akan menghadiri pertemuan mengenai usaha yang dilakukan untuk menamatkan penderitaan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan serangan Israel yang berterusan terhadap Palestin.

Lawatan ini adalah sebahagian daripada siri lawatan yang dilakukan oleh pemimpin Hamas di Gaza ke Mesir untuk membincangkan hubungan dua hala serta perkembangan terkini di Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Netanyahu perluas kawasan penempatan Dolev sebagai tindak balas serangan Jumaat lepas

Khamis, 29-08-2019 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah berjanji akan menggandakan jumlah kawasan penempatan haram di Dolev di kawasan terjajah Tebing Barat, sebagai tindak balas terhadap serangan bom Jumaat lepas yang telah mengorbankan seorang penduduk dan mencederakan dua yang lain.

Menurut sumber media Israel, Isnin lalu Netanyahu telah mengarahkan pengarah pejabat beliau untuk menyediakan pelan untuk 300 buah rumah di Dolev, untuk diserahkan kepada majlis perancang dan pembinaan wilayah.

Rejim Zionis baru-baru ini telah meluluskan pembinaan beribu-ribu rumah penempatan di kawasan Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Lebih daripada 600,000 penduduk haram tinggal di lebih 230 kawasan penempatan haram yang telah dibina semenjak bermulanya penjajahan tanah Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis oleh pihak Israel di dalam tahun 1967.

Majlis Keselamatan PBB telah menerima beberapa resolusi yang mengutuk aktiviti penempatan haram Israel di kawasan-kawasan terjajah Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Israel sekat perjalanan 18 warga Palestin lalui pintu sempadan Karama.

Rabu, 28-08-2019 – Rejim zionis Israel menyekat 18 warga Palestin, asal Tebing Barat dari meneruskan perjalanan mereka untuk keluar negara di pintu sempadan al-Karama.

Pihak Pentadbiran Am bagi Urusan Sempadan dan Pintu Sempadan Palestin berkata bahawa 11,644 pengguna menggunakan pintu sempadan al-Karama, satu-satunya laluan keluar masuk yang menghubungkan Tebing Barat dengan dunia luar melalui Jordan.

Sementara itu, 18 penduduk Palestin telah diarahkan kembali semula dan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan mereka atas “sebab keselamatan”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Israel serang pusat PFLP – GC di Lubnan

Rabu, 28-08-2019 – Laporan terkini pada Isnin menyatakan yang pesawat perang Israel membom kawasan milik Barisan Pembebasan Palestin (PFLP – GC) di bandar Qousaya, timur Lubnan.

Rentetan daripada serangan Israel itu, PFLP – GC menyatakan yang ia tidak mencapai sasaran, namun laporan media lain mendakwa yang terdapat kemalangan jiwa.

PFLP – GC, yang diketuai oleh Ahmed Jibreel, menerima sokongan dari Damsyik dan Tehran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas: Bangsa Kami Mampu Tundukkan Zionis Untuk Sepakati Gencatan Senjata

Rabu, 28-08-2019 -  Gerakan Pejuang Islam Hamas, pada Isnin (26/8) menyatakan bahawa rakyat Palestin mampu menundukkan Israel agar bersetuju dengan gencatan senjata dan melarang pengurangan  bahan bakar untuk menjana elektrik ke Gaza.

Dalam pernyataan akhbarnya, juru cakap  Hamas, Abdul Latif al-Qanoua mengatakan, pengurangan bahan bakar yang diperuntukkan bagi menjana elektrik Gaza adalah tindakan sewenang-wenangnya dan tentu ditolak.

Al-Qanoua memperingatkan, tindakan Israel ini berkait dengan pilihanraya umum  bagi menarik krisis dalaman ke luar negeri.

Beliau menyatakan bahawa tindakan Zionis dalam menekan rakyat Palestin serta lanjutan dari tindakan kolektifnya terhadap rakyat tidak akan berjaya sama sekali.

Hamas meminta para mediator untuk memberikan pemahaman dan menekankan bahawa rakyat Palestin akan terus melakukan 'demonstrasi aman kepulangan'. 

Mereka akan mampu mengendalikan Zionis berkaitan kesefahaman gencatan senjata dengan mereka. 

Sebelumnya, pihak Yahudi memutuskan untuk mengurangi jumlah bahan bakar yang diimport ke Gaza, kini hanya ada satu stesyen penjana elektrik yang masih beroperasi. Semenanjung Gaza telah menderita selama 13 tahun akibhat krisis elektrik dan bahan bakar setelah Israel megebom stesyen elektrik  dan menghancurkan gudang bahan bakar rakyat.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman