
Khamis, 08-10-2015 – Sekumpulan pelampau yang juga pendatang haram Yahudi menduduki beberapa keping tanah milik warga Palestin di Silat ad-DhĂ hr, selatan bandar Jenin. Mereka turut bertindak menyerang kediaman penduduk berdekatan.
“Terdapat lebih kurang, 50 pendatang haram Yahudi yang menduduki kawasan tanah yang dulunya merupakan bekas tapak penempatan haram Homesh yang diarah supaya dikosongkan oleh rejim pada tahun 2005 itu. Mereka tertumpu di kawasan tanah berdekatan sebuah tangki air, di sana.” Demikian kata sumber tempatan kepada Palestinian Information Centre (PIC),
Tambah sumber itu lagi, pendatang haram Yahudi itu juga turut memasuki kawasan penempatan, melaungkan kata-kata berbaur perkauman dan bertindak menyerang penduduk tempatan berbangsa Arab di bandar tersebut dengan diberi perlindungan sepenuhnya oleh anggota tentera rejim Israel.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali











