Categories
Berita Semasa

Budak Lelaki Palestin Diculik Tentera Israel

Rabu ,14-03-2018 – Seorang budak Palestin diculik oleh pasukan keselamatan Israel pada waktu tengah hari dekat mahkamah tentera Salem, barat wilayah Jenin.

Seorang wartawan berita PIC berkata, tentera Israel menutup pintu masuk utama ke kem tentera Salem setelah menangkap seorang budak lelaki yang didakwa memegang alat letupan di kawasan itu. Budak itu diculik oleh tentera Israel beberapa saat kemudian. Sumber-sumber Israel mendakwa budak itu membawa bom buatan sendiri.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Jordan pertimbang terima duta Israel yang baru.

Rabu ,14-03-2018 – Kerajaan Jordan menimbang untuk meluluskan perlantikan duta Israel yang baru ke Amman, penyelesaian bagi merapatkan semula hubungan diplomatik antara kedua-dua belah pihak yang keruh berikutan kejadian tembakan di kedutaan Israel yang menyebabkan dua warganya terbunuh.

Akhbar Jordan, Al Ghad melaporkan bahawa negara itu dijangka akan menerima Amir Weissbrod, calon duta yang baru selepas negaranya mengemukakan permintaan tersebut.

Duta terdahulu, Einat Schlien dipaksa berundur dan pejabat kedutaan Israel di Amman ditutup akibat dari hubungan diplomatik yang menjadi semakin buruk. Pekara tersebut berlaku berikutan tindakan pihak berkuasa keselamatan Jordan melakukan siasatan berhubung kejadian di mana seorang pengawal keselamatan yang bertugas di bangunan kedutaan Israel menembak mati dua warga Jordan yang tidak bersenjata.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah :  zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Bekas Ketua Perang Israel, Ya’alon berkata, dia akan mengetuai parti baru dalam pilihanraya

Rabu ,14-03-2018 – Bekas menteri perang Israel Moshe Ya’alon mengumumkan pada Sabtu yang dia akan bertanding dalam pilihanraya Knesset akan datang sebagai ketua parti politik baru, demikian berita Israel melaporkan.

Meski terdapat khabar angin yang pilihanraya akan berlangsung seawal Ahad, Ya’alon berkata dia akan melancarkan kempen untuk menggantikan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang mana dia pernah berkhidmat di bawahnya sebagai menteri perang. “Saya sedia untuk memimpin,” kata bekas menteri perang itu kepada Rangkaian 10 pada Sabtu malam. “Saya sedang menjelajahi negara dan membina asas politik.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

340 pelajar universiti Palestin di dalam tahanan penjara Israel.

Rabu ,14-03-2018 – Menteri Pendidikan Palestin di Tebing Barat; Sabri Saidam menyatakan bahawa sebilang 340 orang pelajar universiti Palestin kini dalam tahanan di penjara Israel.

Perkara ini dibangkitkan dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dalam membincangkan perlanggaran Israel terhadap Institusi pendidikan Palestin. Saidam menyelar peristiwa yang berlaku di Birzeit Universiti pada Rabu lepas apabila sebilangan askar Israel yang berpakaian awam menyerbu kampus universiti berkenaan dan menahan Presiden persatuan pelajar, Omar al-Kiswani.

Saidam berkata pembunuhan beramai-ramai boleh berlaku di Universiti berkenaan selepas tentera Israel melepaskan tindakan terbuka ketika operasi sedang berjalan. Beliau menyifatkan serangan berkenaan sebagai ‘keganasan’ dan menyeru kesatuan universiti dan UNESCO untuk mengambil tindakan keras keatas tindakan rejim Zionist berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis melanjutkan tempoh reman para tahanan warga Palestin

Isnin, 12-03-2018 – Rejim Israel (IOA) melanjutkan tempoh reman sejumlah tahanan Palestin pada Selasa, termasuk seorang remaja berusia 16 tahun. Sumber tempatan mengesahkan yang mahkamah tentera Salem melanjutkan tempoh reman Qassem Abu Baker, 16, untuk lebih seminggu bagi ke 13 kalinya. Manakala, Mahkamah Salem melanjutkan tempoh penahanan 3 lagi tahanan dari bandar Yabad, barat daya Jenin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

15000 Wanita Palestin Ditahan Israel Sejak 1967

Isnin, 12-03-2018 – Lebih 15,000 wanita Palestin telah ditahan oleh pasukan keselamatan Israel (IOF) sejak 1967, menurut Ketua Komiti Isteri dan Bekas Tahanan, Issa Qaraqe pada Selasa.

Dalam ucapannya yang disampaikan pada majlis penghormatan untuk pekerja perempuan Jawatankuasa dan Pertubuhan Palestin di Hari Wanita Antarabangsa, Qaraqe berkata bahawa 62 wanita Palestin masih menderita di penjara Israel.

Jumlah itu termasuk 8 wanita yang cedera, 10 remaja perempuan, 20 orang yang berkahwin, dan 3 yang lain yang berada di bawah tahanan pentadbiran haram tanpa sebarang pertuduhan, kata Qaraqe.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel ratakan tanah, bina kem di Lembah Jordan.

Isnin, 12-03-2018 – Tentera rejim Israel didapati telah meratakan tanah bagi memulakan kerja-kerja pembinaan kem untuk persediaan latihan ketenteraan di atas tanah pertanian milik penduduk Palestin di al-Hummusa al-Foqa, sebuah bandar yang terletak di utara Lembah Jordan

Menurut kata seorang aktivis Palestin, Mutaz Besharat kepada Quds Press, tindakan tentera Israel itu membuktikan bahawa keganasan rejim Israel masih berterusan di wilayah tersebut. Kata beliau lagi, pihak tentera rejim turut mengarahkan 16 keluarga Palestin yang tinggal di lembah itu untuk berpindah dengan alasaan latihan tentera akan diadakan di situ.

Sehari sebelum itu, pendatang haram Yahudi telah menceroboh dan meratakan tanah pertanian kepunyaan penduduk Palestin berhampiran bandar Massafer Yatta, selatan al- Khalil, terang Besharat lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi bertindak ganas ke atas petani Palestin di Nablus.

Rabu, 07-03-2018 – Tindakan pendatang haram Yahudi menyerang petani warga Palestin di bandar Asria al-Qibliyah, selatan daerah Nablus telah dilaporkan berlaku, baru-baru ini.

Tindakan ganas yang dilakukan oleh para pendatang dari penempatam haram Yitzhar yang dibina di atas tanah milik penduduk Palestin itu bukan sahaja ke atas petani Palestin malah penduduk tempatan yang sedang bekerja membina jalan menuju ladang mereka. Demikian lapor wakil pemberita Palestinian Information Center (PIC).

Sejak kebelakangan ini, perbuatan ganas yang dilakukan oleh pendatang Yahudi di sepanjang sempadan bahagian utara Tebing Barat terutama di Nablus dilaporkan semakin meningkat. Antaranya mereka sering membakar, mencuri harta benda, menceroboh tanah, memukul dan menconteng perkataan berbaur perkauman.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pemimpin Jihad Islami menemui delegasi Mesir di Gaza.

Rabu, 07-03-2018 – Pemimpin gerakan Jihad Islami menemui delegasi Mesi di semenanjung Gaza pada Ahad lepas. Biro politik Jihad Islami, Nafedh Azzam dan Khaled al-Batesh menemui delegasi Mesir yang diketuai pegawai perisikan, Sameh Nabeel di kediaman delegasi tersebut.

Rombongan Mesir tersebut tiba di Gaza minggu lepas bagi memantau kemajuan usaha penyatuan di antara fraksi-fraksi di Gaza dan memantau keadaan kemanusiaan di kawasan berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Tentera laut Israel melepaskan tembakan ke arah para nelayan di Gaza

Rabu, 07-03-2018 – Bot tentera laut Israel melepaskan tembakan ke arah para nelayan Palestin Israeli yang sedang belayar di pinggir pantai Gaza. Menurut sumber tempatan, kapal perang Israel melepaskan tembakan kepada bot nelayan warga Palestin yang berlayar dalam zon enam batu nautika, di luar pantai al-Nusairat, pertengahan Semenanjung Gaza.

Tentera laut Israel kerap melepaskan tembakan kepada para nelayan Palestin walaupun mereka belayar dalam kawasan yang dibenarkan, sekaligus melanggar perjanjian gencatan senjata sejak 2014.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka Israel Memecah Masuk Masjid Aqsa

Rabu, 07-03-2018 – Segerombolan peneroka Israel menyerbu Masjid al-Aqsa pada Ahad lalu di bawah perlindungan pihak polis. Wartawan mengatakan bahawa seramai 46 orang peneroka masuk ke Masjid melalui Pagar al-Maghareba dan satu kawalan ketat dikenakan di pintu al-Aqsa.

Beliau menegaskan bahawa bekas ketua Shin Bet, Ami Ayalon mengetuai 32 pelajar Yahudi ke kawasan masjid dan menyampaikan
pembentangan mengenai sejarah “Kuil Gunung” disitu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menahan bekas gabenor al-Khalil

Isnin, 05-03-2018 – Tentera rejim Israel (IOF) menahan bekas gabenor bandar al-Khalil Abdel Halim Ja’bari pada petang Selasa setelah dipanggil untuk siasatan.

Sumber tempatan mengesahkan yang Ja’bari, 70, telah dipanggil pada pagi Selasa untuk siasatan di Pusat Siasatan Etzion dan kemudiannya ditahan. Ja’bari pernah menjadi ketua hal-ehwal akademik Universiti al-Khalil, gabenor al-Khalil di antara tahun 2002 hingga 2007, dan gabenor Jericho pada 2008.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Cairo-perbincangannya dengan Hamas berhubung penyatuan semula berjalan lancar.

Isnin, 05-03-2018 – Sesi perbincangan antara delegasi keselamatan Mesir dengan pihak Hamas akan diadakan lagi supaya proses penyatuan semula di Palestin dapat dipercepatkan. Menurut jurucakap Hamas, Hazem Kasem menyatakan bahawa barisan kepimpinan pergerakan tersebut yang diketuai oleh Yahya Sinwar telah mengalu-alukan lawatan delegasi Mesir yang diterajui Sameh Nabeel ke ibu pejabat pertubuhan itu di Gaza.

Kedua-dua belah pihak telah membuka lembaran baru dengan memulakan perbincangan dan merentis jalan yang memungkinkan proses penyatuan semula di Palestin bakal menjadi kenyataan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Israel akan membincangkan rang undang-undang yang menghalang kembalinya jenazah syahid

Rabu, 28-02-2018 – Jawatankuasa Menteri Israel untuk Perundangan ditetapkan pada hari Ahad untuk membincangkan rang undang-undang yang mengharamkan kembalinya jenazah syahid Palestin kepada keluarga mereka.

Menurut laman web saluran TV Ibrani 7, rang undang-undang itu dimulakan oleh MKs dari pihak pelampau Yahudi Rumah dan Yisrael Beiteinu. Rang undang-undang itu menyediakan untuk menahan jenazah syahid Palestin selagi puak-puak Palestin menahan rakyat Israel atau mayat orang Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Pihak Berkuasa Palestin hantar delegasi ke Gaza

Rabu, 28-02-2018 – Delegasi pegawai dari kementerian pihak Berkuasa Palestin (PA) tiba di Semenanjung Gaza pada hari Ahad, kelmarin. Kehadiran mereka adalah untuk membuat persiapan bersama dengan pihak Gaza bagi menyambut kedatangan delegasi keselamatan kerajaan Mesir.

Menurut jurucakap pihak PA, Yosuf al-Mahmod para pegawai itu juga akan membuat lawatan susulan berikutan kunjungan menteri PA ke bahagian selatan Semenanjung Gaza sebelum ini.

Laporan akhbar Quds Press memetik kenyataan al-Mahmod sebagai berkata, pihak PA akan mengadakan mesyuarat mingguan pada hari hari Selasa ini di Ramallah yang mana ia akan turut disertai oleh pihak Gaza melalui sidang video. Jelasnya lagi, lawatan pada hari Ahad itu adalah untuk membuat persiapan bagi mesyuarat tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali