Categories
Berita Semasa

Bahar seru Gabungan Islam hentikan keganasan Israel

Selasa, 29-12-2015 – Timbalan Speaker Pertama Majlis Perundangan Palestin (PLC) Dr Ahmad Bahar menggesa Gabungan Islam yang dibentuk oleh Arab Saudi untuk memandangl serius keganasan dilakukan Israel.

Dr. Bahar menegaskan, untuk memerangi jenayah dan keganasan Israel perlulah bermula daripada pihak atasan negara-negara Arab dan Islam. Beliau turut menegaskan, campur tangan segera perlu dilakukan untuk menghentikan pendudukan Israel dan konfrontasi agresif mereka terhadap rakyat Palestin termasuk tempat-tempat suci mereka di seluruh wilayah Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Gadis Terkorban Ditembak Pasukan Israel di Pos Tentera Nablus

Isnin, 21-12-2015 – Seorang gadis Palestin bernama Samah Abdul Mukmin Ahmad, 18 tahun yang berasal dari kampung Amuria di selatan Nablus, wilayah utara Tepi Barat, pada hari Rabu lalu(16/12) mati akibat luka tembak penjajah Zionis berdekatan pos tentera Hawarah sekitar 3 minggu lalu.

Samah Abdul Mukmin cedera parah pada 23 November lalu akibat dihujani tembakan oleh penjajah Zionis, seiring dengan lagak tikam menikam yang dilakukan seorang pemuda Palestin, Ala Khalil Hasyasy.

Saat itu Samah Abdul Mukmin segera dibawa ke Hospital Rafidia di Nablus. Setelah itu, dia dipindahkan ke hospital Israel Pellnson di “Petah Tikva” kerana keadaannya yang kritikal.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyita rumah penduduk Palestin dan menukarkannya kepada kem tentera.

Jumaat, 18-12-2015 – Pada Rabu 16 Disember petang, pasukan tentera Zionis memaksa sebuah keluarga Palestin untuk mengosongkan rumahnya di daerah Yabud, barat daya Jenin wilayah utara Tebing Barat.

Sumber tempatan Palestin mengatakan bahawa tentera Zionis menjadikan rumah penduduk Palestin itu, Yahya Abu Syamla sebagai tempat tentera. Pasukan penembak tepat juga berada di atas bumbung rumah tersebut.

Turut dikatakan bahawa rejim Zionis menyerbu rumah Abu Syamla pada Selasa malam dan menyita rumah itu dengan alasan mereka telah membaling batu ke arah kenderaan pendatang Yahudi di jalan berdekatan Yabud.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh

Categories
Berita Semasa

Pendatang menyerang warga Palestin dekat Jenin

Jumaat, 18-12-2015 – Para pendatang Yahudi pada petang Rabu menyerang warga Palestin di Yabad dan di kampung berdekatan dekat Jenin serta menganjurkan perarakan menyeru pembunuhan bangsa Arab.

Sumber tempatan mendedahkan yang lebih 50 pendatang berkumpul di arah selatan tempat kemasukan ke kampung Yabad dan seterusnya bergerak ke padang pohon zaitun di kawasan itu.

Tentera rejim Israel melindungi para pendatang dan membenarkan mereka menyerang kereta warga Palestin. Warga Palestin membuat aduan tentang kerosakan itu, sumber tempatan menambah. Penduduk Palestin d Yabad tiada pilihan selain daripada menukar arah dan mengambil jalan alternatif untuk mengelak serangan ganas pendatang. Para pelampau tersebut menyerang para penduduk sejak malam Selasa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pegawai Israel dan pendatang Yahudi masuki Masjidil al-Aqsa.

Jumaat, 18-12-2015 – Beberapa pegawai kerajaan rejim Israel dengan diiringi 2 pegawai Arkeologi bersama 20 pendatang Yahudi, didapati telah memasuki dan meninjau ruang dalam Masjidil al-Aqsa bagi tujuan menimbulkan konfrontasi terhadap jemaah yang berada di dalamnya. Kejadian berlaku pada hari Rabu, kelmarin.

Akhbar Quds mendedahkan tindakan pihak polis rejim Israel kerana menghalang pekerja binaan serta menahan jurutera terlibat, Bassam al-Hallak dari menyiapkan kerja-kerja baikpulih paip air di masjid yang mendapat peruntukan dari sumbangan umat Islam itu.

Pengurus Masjidil al-Aqsa, Sheikh Omar al-Kiswani turut menyelar pihak rejim Israel kerana sering mengganggu kerja-kerja yang dijalankan di masjid itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menembak secara terbuka ke arah nelayan dan petani Gaza

Jumaat, 18-12-2015 – Regim Zionis Israel ( IOF) menembak secara terbuka dalam dua serangan berasingan ke arah nelayan Palestin dan petani di Gaza.

Para saksi melaporkan bahawa tentera Israel , ditempatkan di kawasan sempadan timur bandar Jabalia , utara Semenanjung Gaza, melepaskan tembakan berat ke arah petani Palestin dan rumah tempatan di kawasan sempadan. Kawasan sempadan juga menyaksikan pergerakan yang luar biasa kenderaan tentera Israel dengan pesawat Israel terbang di atas kawasan itu , menurut sumber itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel Rampas Rumah Penduduk Palestin di Jenin dan Dijadikan Penempatan Tentera

Jumaat, 18-12-2015 – Pasukan penjajah Zionis pada Rabu (16/12) petang memaksa sebuah keluarga Palestin untuk mengosongkan rumah mereka di daerah barat Yabud, barat daya kota Jenin, wilayah utara Tebing Barat.

Sumber tempatan Palestin mengatakan bahawa pasukan penjajah Zionis menjadikan rumah warga Palestin, Yahya Abu Syamla sebagai penempatan militan. Tentera dan pasukan penembak tepat pasukan penjajah Zionis berada di bumbung rumah tersebut.

Sumber berita Palestin ini menyatakan bahawa pasukan penjajah Zionis menyerbu rumah Abu Syamla pada Selasa malam dan mengeledah rumah tersebut dengan alasan kenderaan pendatang Yahudi dilempar batu di Yabud.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

5 Warga Palestin Cedera Akibat Serangan Israel di Barat Ramallah

Jumaat, 18-12-2015 – Aksi tentera yang dilakukan penjajah Zionis di desa al-Janiyah di barat Ramallah, wilayah tengah Tepi Barat, telah mencederakan 5 orang warga Palestin sejak pagi Ahad(13/12) lalu.

Sumber-sumber Palestin mengatakan bahawa pasukan penjajah Zionis menangkap dua remaja Palestin iaitu Yazin Aiman dan Yusuf Ibrahim, dalam kejadian di kampung al-Janiyah, pinggir Ramallah. Mereka menyiasat kedua-dua mereka sebelum dibebaskan.

Pasukan penjajah Zionis yang mengepung kampung sejak dari pagi melepaskan tembakan gas air mata ke rumah-rumah Palestin yang mengakibatkan tiga warga mengalami sesak nafas dan 2 di antara mereka adalah kanak-kanak dan orang tua berusia 80 tahun bernama Abdul Majid.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mengukuhkan ketenteraannya dengan 4 batalion baru.

Khamis, 17-12-2015 – Rejim Zionis mengumumkan bahawa mereka telah menyediakan 4 lagi batalion infantri baru bagi wilayah Tebing Barat untuk menghadapi intifada yang dianggar akan berterusan sehingga pertengahan bulan Mac akan dating.

Akhbar Ma’arev melaporkan di laman sesawangnya, petang Ahad 13 Disember bahawa tentera Zionis telah memilih untuk mengambil 2 batalion simpanan pada awal tahun depan dan mereka telah menghantar perintah itu. Sebaliknya 2 batalion askar biasa ditukarkan ke Tebing Barat. Jurucakap Zionis berkata, pengukuhan tentera akan ditentukan dari semasa ke semasa selaras dengan ciri-ciri keselamatan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh

Categories
Berita Semasa

Israel lancarkan serangan udara ke atas kota Gaza pada waktu Subuh

Khamis, 17-12-2015 – Kapal terbang perang Israel mengebom dua sasaran berasingan di Semenanjung Gaza pada subuh Isnin. Tiada kematian dilaporkan. Sumber tempatan menyatakan yang serangan udara pertama adalah ke atas tempat yang dimiliki oleh polis laut Palestin di kawasan al-Sudaniya, barat laut kota Gaza.

Beberapa minit kemudian, satu lagi serangan udara dilancarkan ke atas tanah kosong dekat kawasan latihan pejuang milik Briged al-Qassam Hamas, selatan kejiranan al-Zeitoun di kota Gaza. Rejim Israel mendakwa, serangan udara tersebut adalah tindak balas kepada serangan roket dari Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pegawai IOF ditahan di Britain kerana jenayah perang

Khamis, 17-12-2015 – Seorang pegawai tentera Israel telah ditahan di Britain atas jenayah perang yang dilakukan semasa pencerobohan Israel ke atas Gaza pada musim panas , akhbar Yedioth Ahranot Ibrani melaporkan.

Pegawai yang turut sama menyertai semasa pencerobohan musim panas tahun 2014 telah ditahan apabila mendarat di UK beberapa minggu yang lalu keranaterdapat aduan bahawa beliau terlibat dalam jenayah perang , menurut akhbar itu telah lagi.

Sebuah pertubuhan pro -Palestin telah memfailkan aduan terhadap tentera Israel dan pegawai-pegawai yang terlibat dalam pencerobohan pada musim panas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Pelampau Yahudi Israel serbu masuk Masjid al-Aqsa.

Khamis, 17-12-2015 – Sekumpulan pelampau yang juga pendatang Yahudi dengan diiringi anggota polis rejim Israel, menyerbu masuk Masjid al-Aqsa, masjid suci milik umat Islam menerusi pintu masuk Maghareba pada pagi hari Ahad, kelmarin.

Kumpulan Yahudi yang mengelar diri mereka sebagai Pertubuhan Penuntut Temple Mount (Kuil Yahudi) telah menyeru masyarakat Yahudi Israel, turut serta hadir ke Masjid al-Aqsa secara beramai-ramai pada hari Ahad, sempena meraikan kejayaan mereka memasuki masjid itu dan juga sebagai tanda berakhirnya Pesta Hanukkah atau Pesta Cahaya.

Menurut pertubuhan itu, kejayaan memasuki Masjid al-Aqsa itu akan disiarkan secara langsung. Begitu juga dengan acara Talmud yang lain (Kitab tulisan Pendita Yahudi) yang telah dirancang untuk diadakan di situ.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Hanya 7 peratus daripada permit pembinaan di Baitulmuqaddis dikeluarkan untuk kejiranan Arab

Isnin, 14-12-2015 – Sumber rasmi daripada perbandaran Israel di Baitulmuqaddis menunjukkan hanya 7 peratus daripada permit pembinaan dikeluarkan dalam beberapa tahun kebelakangan adalah untuk kediaman di kejiranan Arab ataupun kawasan yang dipanggil ‘kawasan timur’ walaupun 40 peratus penduduk bandar tersebut tinggal di kejiranan Arab.

Akhbar Haaretz Hebrew mendedahkan yang Datuk Bandar Baitulmuqaddis, Nir Barkat, berkata sebelum pemilihannya 7 tahun lepas yang salah satu fungsi utamanya ialah untuk menangani masalah pembinaan yang tidak mendapat kebenaran di timur bandar itu. Masalah itu berpunca daripada kekurangan lukisan struktur atau pendaftaran tanah serta polisi pengabaian oleh perbandaran Israel ke atas kejiranan Arab. Namun data menunjukkan Barakat masih meneruskan polisi yang dilaksanakan oleh Datuk Bandar sebelumnya.

Menurut data perbandaran, hanya 7 peratus daripada permit pembinaan kediaman diberi sejak beberapa tahun kebelakangan kepada 40 peratus penduduk Arab manakala kebanyakan permit dikeluarkan untuk kediaman di Beit Hanina sahaja, bukan untuk kebanyakan kejiranan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penduduk haram Zionis cedera dalam serangan tembak-menembak di Tulkarem.

Isnin, 14-12-2015 – Penduduk haram Israel dan isterinya cedera akibat terkena tembakan petang Rabu, 9 Disember di pos tentera Israel di tenggara Tulkarem. Akhbar Zionis, Ma’arev melaporkan bahawa 2 orang penduduk haram  Yahudi cedera selepas ditembak di utara Tebing Barat. Lelaki yang cedera itu merupakan anggota kumpulan pengganas di sebalik pengeboman yang mensasarkan rakyat Palestin termasuk membunuh dan mencederakan mereka. Turut dikatakan bahawa salah seorang terkorban dalam serangan itu.

Sumber Israel mengatakan kejadian tembak-menembak berlaku di persimpangan Avnie Hafetz penempatan haram yang dibina di atas tanah Palestin di utara Tebing Barat yang diduduki.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh

Categories
Berita Semasa

Raja Arab Saudi, Pemerintah Qatar menyeru untuk menyokong rakyat Palestin

Isnin, 14-12-2015 – Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz dan Pemerintah Qatar Sheikh Tamim bin Hamad al -Thani telah menyeru semasa Majlis Kerjasama Teluk ( GCC) di sesi pembukaan untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menghadapi pencabulan berterusan Israel.

Dalam kenyataannya, Raja Salman melahirkan kebimbangan terhadap ancaman keganasan yang semakin meningkat dan perkembangan serantau , menekankan bahawa perjuangan Palestin adalah keutamaan negara-negara Arab . Sementara itu, pemerintah Qatar menegaskan kepentingan menangani punca keganasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada