Categories
Berita Semasa

Dikurung berasingan di penjara Israel, tahanan warga Palestin lancar mogok lapar.

Khamis, 24-01-2019 – Seorang tahanan warga Palestin, Isa Awad, 21 tahun bertindak melakukan mogok lapar masuk hari ke tujuh dan tidak diketahui sehingga bila mogoknya itu akan berakhir. Mogok itu dilakukan bagi membantah penahanan tanpa bicara yang dikenakan ke atas dirinya.

Awad ditahan dan dijatuhi hukuman sembilan bulan penjara sejak 17 Mei, 2018. Tempoh tahanannya sepatutnya berakhir pada bulan Januari tetapi pihak rejim Israel mengenakan hukuman tahanan tanpa bicara yang baharu, beberapa hari sebelum tarikh pembebasannya.

Beliau ditahan pihak keselamatan rejim selepas dia tercedera. Setelah menjalani dua tahun setengah penjara, kini dia ditahan di lokap penjara gurun Nafha pula.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Dua Warga Palestin ditahan di Kafer Qadum

Selasa, 22-01-2019 –  Tentera rejim Israel (IOF) menahan dua warga Palestin dan menyerang yang lain ketika pertelingkahan di Kafer Qadum, timur Qalqili.

Ketua para pejuang di kampung itu, Murad Shteiwi berkata yang tentera rejim menahan dua warg Palestin termasuk seorang yang cedera. Para tahanan itu dikenali sebagai Yazan Barham, 20, dan Zia Rajab, 29.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Rumah penduduk Palestin tinggal rangka diroboh Israel.

Selasa, 22-01-2019 –  Rejim Israel bertindak meroboh dengan jentolak sebuah rumah milik penduduk Palestin di kawasan kediaman al-Matar, utara Baitulmuqaddis.
Anggota tentera rejim telah mengepung kawasan tersebut bagi membolehkan jentolak meruntuhkan rumah itu yang terletak berdekatan dengan kawasan petempatan haram Yahudi Atrot.

Rumah milik keluarga al-Maghraby itu diroboh atas alasan kononnya ia telah dibina tanpa memiliki permit membina.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

920 Perintah Penahanan oleh Pentadbiran Israel di Keluarkan pada 2018

Selasa, 22-01-2019 –  Pihak Berkuasa Israel (IOA) telah mengeluarkan 920 perintah penahanan terhadap tahanan Palestin sejak tahun lalu.
Menurut Pusat Kajian Tahanan Palestin, dalam satu laporan yang dikeluarkan pada Rabu lalu, mahkamah Israel mengeluarkan 920 arahan penahanan pada tahun 2018 menjadikan penurunan sebanyak 13% berbanding 2017.

Laporan itu menyebut bahawa 381 orang dikenakan arahan tahanan tanpa caj atau perbicaraan buat kali pertama pada 2018, manakala 539 lagi menerima diperbaharui perintah penahanan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

8 warga Palestin diculik oleh rejim Zionis di Tebing Barat

Selasa, 22-01-2019 –  Tentera rejim zionis (IOF) pada subuh hari Selasa menculik sekurang-kurannya 8 orang warga Palestin ketika kempen di Tebing Barat.

Tentera rejim mendakwa yang mereka menahan 8 warga Palestin yang dikehendaki dalam tempoh satu malam di Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, IOF menculik sejumlah warga Palestin di bandar Beit Ummar, utara al-Khalil. Sebahagian daripada warga tersebut dikenali sebagai Karam Akhlil dan dua beradik Kadem and Ahmed Alqam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Majoriti anggota PBB kutuk jenayah rejim Israel.

Khamis , 03-01-2019 – Di sepanjang tahun 2018, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengundi bagi meluluskan hampir 27 usul mengutuk – sebahagian besarnya secara langsung terhadap rejim zionis Israel.


Menurut Hillel Neuer, Pengarah Eksekutif United Nations Watch, 21 dari 27 undi mengutuk ditujukan secara terus kepada Israel. Manakala Iran, Syria, Korea Utara, Rusia, Myanmar dan AS mendapat sekali. Pertubuhan Pergerakan Islam Hamas tidak pernah. Minggu lepas, PBB telah menolak satu usul yang dikemuka dan diketuai AS untuk mengutuk Hamas kerana didakwa menyerang Israel.

sumber : http://english.palinfo.com

penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Aktivis Suha Jbara terus ditahan pihak Berkuasa Palestin.

Rabu , 02-01-2019 – Pasukan keselamatan pihak Berkuasa Kerajaan Palestin masih menahan seorang aktivis Palestin, Suha Jbara untuk hari yang ke-57 biarpun keadaan kesihatannya semakin membimbangkan.


Menurut kata ahli keluarganya ketika memberitahu wartawan PIC bahawa keadaan kesihatan Suha semakin merosot dan akibat dari penderaan serta mogok lapar yang dilakukannya, mungkin dia boleh mati pada bila-bila masa sahaja.


Suha telah ditahan anggota keselamatan Palestin dalam satu serbuan di rumahnya di Ramallah. Beliau dituduh mengumpul dan mengagih wang “secara haram” untuk keluarga pejuang Palestin yang terkorban dan dipenjarakan.

sumber : http://english.palinfo.com

penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Israel akan menjalankan peluasan penempatan di Tebing Barat

Isnin , 31-12-2018 – Pentadbiran awam tentera rejim telah meluluskan pembinaan 1,451 unit kediaman baru di penempatan haram di Tebing Barat dan rancangan pembinaan 837 unit tambaha, sebahagiannya di kawasan yang agak terpencil.

Menurut akhbar Haaretz, jawatankuasa penempatan terbabit telah membincangkan perancagan tersebu pada Selasa dan Rabu serta memberikan kelulusan muktamad terhadap pembinaan 30 unit.

Jawatankuasa itu meluluskan 220 unit kediaman di Givat Ze’ev, 180 di Neveh Daniel, 120 di Karmei Tzur, 129 di Avnei Hefetz, 62 di Ma’aleh Mikhmash, 61 di Tzofim, 42 di Alfei Menashe, 55 di Tomer, 18 di Adora, 16 di Metzad dan satu di Shiloh.

sumber : http://english.palinfo.com

penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Netanyahu: Usaha besar-besaran untuk menormalkan hubungan dengan dunia Arab

Jumaat , 28-12-2018 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada petang Selasa berkata hubungan Israel dengan negara Arab semakin normal.

“Satu perubahan besar telah berlaku. Dunia Arab memerlukan teknologi dan inovasi. Ia memerlukan air, elektrik, rawatan perubatan dan teknologi tinggi. Perhubungan di antara syarikat Israel dan dunia Arab semakin meningkat,” katanya.

“Apa yang berlaku pada masa ini ialah kami dalam proses normalisasi dengan dunia Arab tanpa sebarang perkembangan dalam proses diplomatic dengan warga Palestin,” sambung Netanyahu.

sumber : http://english.palinfo.com

penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin Berusia 17 Tahun di Hukum Penjara 35 Tahun

Jumaat , 28-12-2018 – Mahkamah tentera Israel di Ofer menjatuhkan hukuman pernjara selama 35 tahun terhadap remaja Palestin, Ayham Sabah, 17, pada Isnin lalu.
Suruhanjaya Tahanan Palestin berkata bahawa remaja itu juga diperintahkan untuk membayar denda sebanyak satu juta shekel (kurang daripada $ 300,000).

Sabah, dari kem pelarian Qalandia, utara Baitulmuqaddis, ditahan pada tahun 2015 bersama seorang lagi remaja Palestin berusia 14 tahun kerana didakwa melakukan serangan yang melibatkan tikaman di sebuah pasaraya di dalam penempatan Tebing Barat.

sumber : http://english.palinfo.com

penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Wanita Jordan Diculik Tentera Israel

Jumaat , 28-12-2018 – Seorang warganegara Jordan diculik oleh Israel dalam perjalanannya untuk melawat abangnya di penjara padang pasir Negev Israel.

Juru cakap National Committee of Jordanian Prisoners and Missing Persons, Fadi Farah berkata tentera Israel menangkap Khawla al-Zitawi yang menuju ke Negev untuk melawat abangnya. Pihak Israel menuduh beliau membawa bahan terlarang yang dimasukkan ke dalam komputer ribanya.
Jurucakap Kementerian Luar Negeri Jordan, Majed al-Qatarna, berkata kedutaan Jordan di Tel Aviv telah maklum berkenaan kes itu.
Setakat ini, 21 warga Jordan telah dipenjarakan di penjara penjara Israel.

sumber : http://english.palinfo.com

penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Hamas Lancar Tunjuk Perasaan Ekoran Pembunuhan Kejam Israel

Selasa , 18-12-2018 – Hamas telah menggesa orang Palestin untuk menyertai protes kemarahan berikutan pembunuhan empat orang Palestin oleh tentera Israel pada hari Jumaat ini.

Dalam siaran akhbar pada hari Khamis, Hamas mendesak rakyat Palestin di Tebing Barat terlibat secara aktif selepas solat Jumaat. Tentera Israel telah membunuh tiga orang Palestin dalam serbuan di Tebing Barat  pada hari Khamis, manakala yang lain dibunuh dalam serangan kereta.

sumber : http://english.palinfo.com

penterjemah : fauzan


Categories
Berita Semasa

Perhimpunan Palestin di kem Am’ari untuk melindungi rumah daripada perobohan

Selasa , 18-12-2018 – Satu kempen besar-besaran untuk menyokong keluarga Abu Humaid telah diumumkan pada hari Rabu dimana akan diadakan pelancaran tempat duduk terbuka untuk melindungi rumah keluarga di kem pelarian al-Am’ari, barat daya Ramallah, melawan perobohan oleh Regim Zionis Israel .

Baru-baru ini, tentera Israel memberitahu keluarga Abu Humaid mengenai niat mereka untuk menghancurkan rumah empat tingkat keluarga Abu Hamid tersebut sebagai langkah menghukum setelah anaknya, Islam, dituduh membunuh seorang askar di kem al-Am’ari beberapa bulan yang lalu.

Tentera Israel memberi masa terhadap keluarga itu sehingga hari Rabu, 12 Disember, untuk mengosongkan rumah mereka secara sukarela, namun kempen popular yang menyokong keluarga tersebut menegaskan bahawa ia tidak akan membenarkan perobohan rumah itu dan akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di luar kawasan rumah itu untuk melindunginya.

sumber : http://english.palinfo.com

penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Ireland-Bolivia kemuka usul balas terhadap resolusi anti Hamas pihak AS.

Jumaat , 14-12-2018 – Ireland dan Bolivia telah mengemukakan satu draf resolusi kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) bagi menentang usul yang dikemukakan oleh AS yang mengutuk Pertubuhan Pergerakan Hamas di persidangan itu sebelum ini.


UNGA dijadualkan akan mengadakan pengundian terhadap usul dibawa Ireland dan Bolivia dengan tajuk ” Sebuah perdamaian yang lebih adil, berkekalan dan menyeluruh di Timur Tengah.” Draf resolusi itu diharap menjadi usul terakhir yang dikemukakan di persidangan PBB berkait isu Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com

penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Majoriti Rakyat Israel Setuju Netanyahu Berundur!

Jumaat , 14-12-2018 – Menurut tinjauan olrh Maariv, 44% warga Israel percaya genjatan permusuhan di Gaza adalah keputusan yang salah. Menurut tinjauan itu, 57% responden berkata mereka percaya Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah gagal melindungi keselamatan Israel.


76% orang Israel percaya bahawa prestasi Netanyahu dalam episod permusuhan baru-baru ini dengan Hamas sangat lemah. Namun begitu, 41% telah menyokong dasar Netanyahu. Bagaimanapun, 33% rakyat Israel berpendapat bahawa Benny Gantz adalah pengganti terbaik untuk Netanyahu setakat ini.

sumber : http://english.palinfo.com

penterjemah : fauzan