Categories
Berita Semasa

Gerakan Palestin Puji Serangan Trak di BaitulMaqdis

Jumaat, 13-01-2017 – Beberapa Gerakan Palestin memuji serangan trak di Baitulmuqaddis pada hari Ahad yang mengorbankan 4 tentera Israel dan mencederakan 15 yang lain. Pemuda berani tersebut telah ditembak mati. Jurucakap Hamas, Abdul-Latif al-Qanou’ memberitahu wartawan PIC bahawa operasi itu adalah sebagai tindak balas kepada jenayah berterusan Israel terhadap pencerobohan Masjid al-Aqsa dan tempat suci Palestin.

Al-Qanou’ menggesa rakyat Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem meneruskan tentangan terhadap tentera dan peneroka Israel demi mempertahankan Al-Aqsa dan hak-hak rakyat Palestin. Sementara itu, Gerakan Al-Ahrar turut memuji serangan tersebut sambal menyeru lebih banyak serangan sebegitu patut dilancarkan. ‘

Jurucakap Jihad Islam, Daud Shihab, turut memuji sambal menambah tentangan tersebut hasil jenayah berterusan Zionis ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel musnah berpuluh pokok Zaitun di Qalqilya.

Jumaat, 13-01-2017 – Tentera rejim Israel bertindak memusnahkan berpuluh-puluh pokok Zaitun milik penduduk Palestin di timur bandar Qalqilya, Tebing Barat dipercayai bagi tujuan membina jalan ke penempatan haram Yahudi.

Menurut aktivis tempatan, Musa Tabib, anggota tentera rejim dilihat memasuki tanah pertanian di perkampungan Azzub dan Izbat al-Tabib, Qalqilya di awal pagi dan menebang tanaman tersebut.

Lebih 250 pokok Zaitun ditebang termasuk berpuluh pokok yang berusia puluhan tahun dalam kerja-kerja awal bagi pembinaan jalan yang menghubungkan petempatan Yahudi, Karnei Shomron dengan Alfei Menashe yang mana ia akan dibina di atas tanah milik penduduk Palestin, demikian kata beliau kepada agensi berita Quds.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Dua bayi meninggal akibat kesejukan melampau di Gaza

Jumaat, 13-01-2017 – Sumber tempatan dan pihak keselamatan mendedahkan yang cuaca sejuk yang melampau telah menyebabkan kematian dua orang bayi di bandar Deir al-Balah dan Juhr al-Dik pada Ahad.

Wartawan PIC mendedahkan yang bayi berusia 12 hari bernama Mohammad Ahmad al-Swarka dimasukkan ke Hospital Shuhada al-Aqsa dalam keadaan yang sangat teruk. Beliau kemudiannya disahkan meninggal pada Ahad.

Pada pagi hari yang sama, seorang bayi Palestin berusia 8 bulan, Abdulqader Abu Holy, dimasukkan ke cawangan hospital yang sama di Deir al-Balah. Bayi tersebut turut dimaklumkan meninggal dunia kemudiannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kabinet Israel Setuju Langkah Tindakan Terhadap Peristiwa Di Al Quds

Jumaat, 13-01-2017 – Dewan Kabinet Zionis pada Ahad (8/1/2017) bersetuju dengan langkah-langkah tindakan sebagai reaksi atas peristiwa di al-Quds yang menyebabkan 4 tentera Zionis terkorban dan mencederakan 15 yang lain.

Saluran TV7 Zionis menyebutkan, tindakan sekatan penuh terhadap Jabal Mukabbir di selatan al-Quds dan menghancurkan rumah suspek secepat mungkin serta menghalang pemulangan jasad warga Palestin yang gugur dalam peristiwa tersebut kepada keluarganya.

Ditetapkan juga pelaksanakan penangkapan berkala terhadap fenomena solidariti untuk “ISIS”, dimana PM Zionis Benjamin Netanyahu menuduh pelaku aksi al-Quds bergabung dengan organisasi tersebut.

Netanyahu meminta pihak berkuasa untuk memeriksa siapa saja yang menunjukkan kegembiraannya terhadap peristiwa di al-Quds dan mengambil tindakan yang sesuai untuk menangkap dan menahannya. Dalam pada itu, Netanyahu memutuskan untuk membatalkan kehadirannya di depan Kesatuan keselamatan dan Luar Negeri di Knesset pada hari ini, Isnin (9/1/2017), untuk membahas resolusi Dewan Keamanan PBB yang mengecam pendudukan Yahudi di Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis perintahkan untuk hentikan pembinaan 11 buah rumah di Bethlehem

Jumaat, 13-01-2017 – Pihak berkuasa Israel (IOA) telah menyampaikan perintah untuk menghentikan pembinaan 11 buah rumah untuk rakyat Palestin di kawasan Wadi Abu al-Hummus, timur bandar Bethlehem.

Hasan Brejieh, wakil Anti-Penyelesaian dan Jawatankuasa Tembok Penentangan memberitahu al-Quds.Com,sebuah unit tentera Israel diiringi pegawai-pegawai dari Pentadbiran Awam Israel telah masuk ke kawasan itu.

Pegawai-pegawai tersebut telah menyerahkan notis kepada rakyat Palestin untuk menghentikan pembinaan rumah-rumah mereka dengan alasan tiada permit pembinaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul

Categories
Berita Semasa

Pihak Berkuasa Israel Robohkan Rumah Penduduk Palestin di Negev

Isnin, 09-01-2017 – Jentolak Israel merobohkan sebuah rumah penduduk Palestin di Negev, di selatan wilayah Palestin, atas alasan pembinaan tanpa lesen. Sumber melaporkan bahawa jentolak Israel merobohkan rumah Salman Abu Sbeila, dari Tel as-Sabi, yang diduduki 14 rakyat Palestin, sebahagian besar daripada mereka kanak-kanak yang sudah kehilangan rumah.

Taleb Abu Arar, ahli Arab Knesset Israel, berkata bahawa memusnahkan rumah rakyat Palestin adalah respons kepada kenyataan Netanyahu mengenai usaha meningkatkan perobohan rumah-rumah Arab.`High Follow-Up Committee for Arab Citizens of Israel’ merancang demonstrasi Ahad depan untuk membantah dasar tersebut.

“Jentolak Israel memusnahkan rumah-rumah di Negev pada setiap hari,” katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Prof. Ashqar hadapi masalah kesihatan di penjara Israel.

Isnin, 09-01-2017 – Rejim Israel tetap menahan seorang profesor warga Palestin, Esam al-Ashqar, 57 tahun di bawah tahanan tanpa bicara walaupun menghadapi masalah kesihatan.

Menurut peguam dari Pertubuhan Tahanan Palestin yang melawat profesor itu di klinik penjara Ramleh mendapati beliau menghidap darah tinggi, sakit kepala yang kronik dan masalah buah pinggang. Tambah peguam itu lagi, sebelum ditahan beliau mengalami darah beku di otak yang menyebabkan beliau lumpuh separuh badan sebelah kanan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Polis Israel akan menyiasat Netanyahu atas tuduhan rasuah

Isnin, 09-01-2017 – Polis rejim Israel dijadualkan akan menyiasat Perdana Menteri atas tuduhan rasuah. Rangkaian 10 televisyen Israel menyatakan pada Rabu lepas yang Peguam Negara Avihai Mandelblit mengarahkan agar siasatan dijalankan ke atas Netanyahu mengenai dua kes. Kementerian Kehakiman berkata yang pengumuman akan dibuat tentang hal tersebut pada masa yang sesuai.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas: Keputusan kabinet Israel bersifat perkauman

Isnin, 09-1-2017 – Pergerakan Rintangan Islam, Hamas menyifatkan keputusan baharu Kabinet Israel mengetatkan sekatan ke atas tahanan Palestin dan terus-terusan menyimpan mayat para syuhada sebagai ‘agresif dan perkauman’.

Dalam satu kenyataan pada Isnin lalu, Hamas berkata, keputusan Kabinet adalah berbaur perkauman dan melanggar undang-undang antarabangsa.

Pergerakan menekankan bahawa keputusan itu mencerminkan ‘kejahatan’ pendudukan Israel dan ia adalah ‘fasis, dasar jenayah’ yang dilaksanakan terhadap tahanan Palestin dan mereka yang syahid lebih bertahun lamanya. Ia menegaskan bahawa dasar tersebut tidak sesekali melemahkan keazaman rakyat Palestin atau melumpuhkan semangat pejuang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Pendatang Haram Israel Serbu Al-Aqsa Sambut Perayaan Chanukah

Selasa, 03-01-2016 – Berpuluh-puluh pendatang haram Israel menyerbu Masjid al-Aqsa bersama perlindungan polis ketika hari ketiga sambutan Chanukah Holiday. Saksi memberitahu Quds Press bahawa 75 pendatang haram Israel memecah masuk ke al-Aqsa pada waktu pagi melalui pintu Magharibeh sambil diiringi oleh sejumlah besar pasukan keselamatan Israel. 211 peneroka telah cuba menyerbu tempat suci itu sejak hari pertama Chanukah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Para pejuang melepaskan tembakan di laluan Jalama.

Selasa, 03-01-2016 – Sekumpulan penembak yang tidak dikenali, dipercayai dari kumpulan pejuang Palestin, melepaskan tembakan di perhimpunan para tentera di laluan Jalama, utara bandar Jenin dan melarikan diri selepas itu.

Rangkaian 10 Israel menyatakan yang tiada tentera cedera dalam serangan tersebut. Saksi mata memberitahu Pusat Maklumat Palestin, (PIC) yang para penembak tersebut menembak dari dalam kereta pada jarak dekat ke arah para tentera sebelum berlalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Aktivis gesa Abbas-PA, gantung kerjasama keselamatan dengan Israel.

Selasa, 03-01-2017 – Ahli Parti Rakyat Palestin (PPP), Khalid Mansor meminta pihak Berkuasa Palestin (PA) mengantung segala bentuk kerjasama keselamatan dengan pihak penjajah Israel.

Beliau mengulas keputusan menteri perang Israel, Avigdor Lieberman yang mahu semua hubungan dan perbincangan dengan pihak PA ditamatkan kecuali kerjasama keselamatan. Menurut Mansor, ” Pihak PA perlu mengambil peluang keemasan ini kerana inilah masa paling sesuai untuk menghentikan kerjasama menjijikkan dengan pihak penjajah Israel itu.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

32 penduduk Gaza dibenarkan melawat saudara-mara di penjara

Selasa, 03-01-2017 – Seramai 32 rakyat Palestin yang datang dari Semenanjung Gaza pada Isnin, dibenarkan melawat saudara-mara mereka di penjara Ramon Israel.

Jurucakap Palang Merah Suhair Zaqut berkata, 32 penduduk Gaza termasuk lapan kanak-kanak melawat saudara-mara mereka di penjara Israel pada pagi Isnin. Lebih 7,000 rakyat Palestin ditahan di penjara dan pusat tahanan Israel berada keadaan tahanan yang sangat sukar terutamanya disebabkan cuaca yang sangat sejuk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Wartawan Gaza Tuntut Pembebasan rakan-rakan mereka yang ditahan

Selasa, 03-01-2017 – Berpuluh-puluh wartawan Palestin mengadakan protes pada Isnin lalu di hadapan pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) Gaza untuk menuntut pembebasan rakan-rakan mereka yang ditahan di penjara Israel.

Mereka memegang sepanduk mengutuk tindakan Israel yang mensasarkan wartawan dan memaksa pihak Israel untuk berhenti mengganggu wartawan Palestin terutama di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Wajih al-Najjar, jurucakap Wartawan Palestin berkata pihak berkuasa Israel cuba untuk menutup mulut suara rakyat Palestin di Tebing Barat melalui penutupan media Palestin dan menangkap kakitangannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tahan Gadis Palestin Miliki Pisau


Selasa, 27-12-2016 –
Tentera Israel (IOF) menahan seorang wanita Palestin berhampiran bandar Qalqilya, di utara Tebing Barat kerana didakwa memiliki sebilah pisau berhampiran salah satu pusat pemeriksaan di pintu masuk bandar, menurut laman web Ibrani 0404.

Laman web itu berkata, tentera Israel menahan gadis itu untuk siasatan selepas disyaki merancang cubaan menikam tanpa mendedahkan apa-apa maklumat mengenai pengenalannya.

Sejak intifadha meletus pada bulan Oktober 2015 dan sehingga hari ini, tentera IOF menahan berpuluh-puluh lelaki dan wanita muda kerana didakwa memiliki alat-alat tajam dan didakwa cuba untuk melancarkan serangan menikam tentera dan peneroka Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin