Categories
Berita Semasa

Tentera Israel roboh kediaman keluarga pemuda yang menentangnya.

Isnin, 08-08-2016 – Tentera rejim Israel memulakan kerja-kerja meroboh rumah kediaman dua tahanan bersaudara Khalid dan Muhammad Makhamreh yang terletak di bandar Yatta, selatan al-Khalil di awal pagi Khamis, kelmarin.

Semasa tentera rejim membuat kawalan di sekitar rumah kedua-dua mangsa, penduduk tempatan warga Palestin datang dan berlaku pertempuran dengan pihak tentera.

Bagaimana pun, jentolak milik tentera Israel terus merobohkan rumah tersebut dan dalam sekelip mata rumah itu runtuh tinggal sisi dan selepas itu mereka pergi ke rumah sepupunya, Muhammad dan meletupkan rumah tersebut dengan bom yang dipasang di dalam rumah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Persediaan kumpulan pelampau Yahudi mengadakan program anti-Aqsa

Jumaat, 05-08-2016 – Kumpulan pelampau Yahudi telah memulakan persiapan dan mengadakan mesyuarat untuk menghasut pengikut-pengikut mereka mengambil bahagian dalam acara-acara di Yerusalam serta perarakan besar-besaran ke Masjid Aqsa yang akan dianjurkan sepanjang bulan Ogos sempena memperingati apa yang mereka dakwa sebagai hari kemusnahan kuil pertama dan kedua.

Menurut laman web berita Qpress, persediaan ini termasuk mengadakan simposium, persidangan, ceramah, protes damai, dan pelbagai aktiviti anti-Aqsa yang akan diadakan di Baitulmuqaddis dan bandar-bandar utama lain. Persediaan tersebut bertujuan untuk menyiapkan rakyat Yahudi dan menggalakkan mereka untuk berarak beramai-ramai ke Masjid Aqsa, yang mereka dakwa sebagai Temple Mount.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Arij: Israel mengeluarkan tender baru walaupun dunia Arab menyeru menghentikan pembinaan penempatan

Jumaat, 05-08-2016 – Institut Penyelidikan Gunaan – Arij menyatakan yang rejim Israel mengabaikan seruan dunia Arab agar menghentikan aktiviti penempatan pendatang dan mengeluarkan 4 tender pembinaan 323 unit kediaman baru bagi pendatang di Baitulmuqaddis.

Tender-tender tersebut adalah untuk pembinaan 89 unit rumah tambahan di Gilo, 36 unit di Neve Ya’akov, 68 di Pisgat Ze’ev, dan 130 di Har Homa. Tender baru di Gilo dikeluarkan kurang daripada seminggu setelah pengumuman Israel untuk membina 770 unit kediaman di penempatan pendatang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel keluarkan perintah hadir siasatan kepada kakitangan Masjidil Aqsa.

Jumaat, 05-08-2016 – Polis rejim penjajah Israel, mengeluarkan surat perintah untuk hadir bagi memberi keterangan terhadap Ketua Media dan Perhubungan Awam, Jabatan Wakaf serta Pegawai Keselamatan, Masjidil al-Aqsa.

Kedua-dua mereka, Firas al-Debs dari Jabatan Wakaf, Baitulmuqaddis dan Arafat Najeeb, Penyelia Keselamatan, Masjidil al-Aqsa telah diberi surat tersebut untuk hadir ke pejabat bahagian siasatan Qishleh di Kota Lama Baitulmuqaddis

Sebelum itu, pada hari Rabu lalu, pihak tentera rejim Israel, menahan Hamza al-Deisi dan Hamza Nebali, pengawal keselamatan di Masjidil al-Aqsa serta Raed Zgheir, salah seorang staf bagi kerja-kerja pembinaan semula, Masjidil al-Aqsa atas dakwaan terlibat dalam pergaduhan dengan puak pelampau Yahudi yang cuba mematahkan dahan pokok Zaiton dan mencuri batu Arkeologi di masjid tersebut. Ketiga-tiga mereka telah ditahan di Pusat Tahanan Qishleh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Pilihan raya dijangka memberi nafas politik baharu

Jumaat, 29-07-2016 – Timbalan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haneyya berikrar pada petang Ahad bahawa kumpulan itu akan cuba sedaya upaya untuk menjayakan pilihan raya tempatan Palestin.

Beliau berucap di upacara perkahwinan besar-besaran bagi 330 pasangan pengantin yang diadakan di Beit Lahiya, utara Gaza. Haneyya berharap pilihan raya akan datang akan membuka jalan untuk pilihan raya presiden dan perundangan dan untuk kerjasama nasional yang sebenar. “Oleh kerana Hamas akan memulakan perlumbaan, kami ingin mengulangi slogan berikut: Satu tangan membina, yang lain menyokong,” kata Haneyya .

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Jendral Eizenkot: Kami Bunuh 166 Warga Palestin dalam Tempoh 10 Bulan Terakhir

Jumaat, 29-07-2016 – Panglima militan Israel, Gadi Eizenkot mengakui pasukannya telah membunuh 166 warga Palestin yang disyaki akan melakukan serangan berani mati. Beliau menyatakan dengan bangganya bahawa jumlah itu menyamai jumlah yang dibunuh Israel selama 7 tahun terakhir.

Eizenkot menjelaskan pernyataannya dalam sidang Jawatankuasa Luar Negeri dan Keamanan di Parlimen Knesset semalam bahawa sepanjang tempoh tersebut, lebih dari 3200 warga Palestin dari seluruh wilayah Tebing Barat ditangkap kerana disyaki terlibat dalam aksi serangan berani mati.

Berkenaan keadaan di Semenanjung Gaza, panglima tinggi militan Israel ini mengakui bahawa kekuatan gerakan Hamas makin membesar. Namun pihaknya mengaku mampu menghalangi serangan roket Hamas ke Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Hamas menyelar kerajaan untuk memotong peruntukan di Gaza

Jumaat, 29-07-2016 – Pergerakan Penentang Islam , Hamas, menyelar kerajaan yang sepakat memotong bayaran yang diperuntukkan untuk 1,297 keluarga miskin di Semenanjung Gaza. Jurucakap Hamas , Sami Abu Zuhri berpendapat, dalam satu kenyataan pada hari Isnin , keputusan itu datang selaras dengan dasar diskriminasi terhadap penduduk Semenanjung Gaza. Ia menunjukkan penglibatan kerajaan di Gaza Siege, katanya. Hamas menggesa kerajaan Palestin untuk menghentikan keputusan tersebut yang telah menjadi dasar tetap.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

IOF membina pos pemeriksaan di antara Jenin dan Ramallah

Jumaat, 29-07-2016 – Tentera rejim Israel (IOF) membina pos pemeriksaan di sepanjang jalan Ramallah-Jenin. Seorang pemuda Palestin dari kem pelarian Jenin telah ditahan di pos tersebut. Beliau kemudiannya dibawa ke sebuah pusat tahanan yang tidak diketahui. Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC yang IOF memperketatkan pemeriksaan di jalan tersebut dan menghadkan pergerakan kenderaan warga Palestin dari kedua-dua arah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Bardawil: Perjuangan menentang penjajahan jadi dasar Hamas.

Jumaat, 29-07-2016 – Pegawai Kanan Hamas, Salah al-Bardawil menyatakan, budaya perjuangan telah menjadi sebahagian daripada dasar politik pergerakan itu dan menegaskan bahawa kedudukan mereka dalam politik hari ini menggambarkan yang mereka telah membayar harga yang tinggi untuk itu.

Semasa berucap dalam satu simposium bertajuk, Budaya Perjuangan yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Palestin di Gaza pada hari Isnin lalu, Bardawil menyatakan bahawa oleh kerana rakyat Palestin dan para pejuang mereka bangkit melawan dan sanggup mengangkat senjata menentang penjajahan maka mereka diserang dan dikepung.

“Setiap orang mahu kami berundur dari perjuangan ini dan sebab kami tidak mahu berundur maka kami dibom dan dikepung,” tambah beliau lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

PA menangkap rakyat Palestin yang mengutuk percubaan rampasan kuasa di Turki

Selasa, 26-07-2016 – Pihak Berkuasa Palestin (PA) bahagian pencegahan keselamatan telah menangkap Imam Sheikh Naser Alawneh , dari bandar Jaba di selatan Jenin, kerana mengutuk percubaan rampasan kuasa di Turki dalam khutbah Jumaat dan memuji sumbangan orang-orang Turki dalam menggagalkan rampasan kuasa.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa penangkapan Sheikh Alawneh memperkenalkan sikap rahsia sesetengah pihak Palestin ke arah cubaan rampasan kuasa. Imam Alawneh telah ditangkap dan disaman beberapa kali atas sebab latar belakang politik.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

65 orang pendatang menyerbu Masjid Aqsa.

Selasa, 26-07-2016 – Polis rejim Israel pada pagi Ahad membenarkan 65 orang pendatang Yahudi secara berkumpulan menyerbu Masjid Aqsa. Mereka berkeliaran di dataran masjid sambil menyampaikan penerangan tentang kononnya kawasan itu merupakan lokasi Kuil Solomon. Akhbar Quds mendedahkan yang para pengunjung Muslim cuba menentang dengan melaungkan takbir. Tetapi para pendatang itu dilindungi oleh pihak keselamatan rejim Israel yang mengiringi mereka keluar dari masjid seraya menari dan menyanyi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Calon datuk bandar Nablus cuba ditembak di rumahnya.

Selasa, 26-07-2016 – Seorang yang tidak dikenali didapati melepaskan tembakan ke arah rumah dan kereta Muhammad Jihad Dweikat, jurutera yang baru-baru ini, mengumumkan akan menyertai pilihanraya bagi memilih datuk bandar Nablus yang baru.

Dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di akaun facebook miliknya, Dweikat menyatakan bahawa bukti awal menunjukkan seseorang yang menutup muka didapati memandu sebuah kereta dan turun berhampiran rumah beliau di Timur, Nablus dan melepaskan tembakan ke arah rumah dan keretanya. Kejadian berlaku pada jam 2. 30 pagi, hari Ahad kelmarin. Anggota polis Palestin beserta pegawai siasatan jenayah segera bergegas ke tempat kejadian bagi mencari dan memgumpul bukti.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Hamas menyeru penduduk mendaftar untuk pilihanraya

Selasa, 26-07-2016 – Husam Badran, jurucakap Hamas, menggesa rakyat Palestin untuk mendaftarkan nama mereka dalam daftar pemilih agar dapat mengundi dalam pilihan raya perbandaran yang dijangka pada 8 Oktober.

Dalam satu kenyataan akhbar pada hari Sabtu, Badran berkata mengundi adalah hak dan tugas yang sah bagi setiap warga negara dalam masa yang sama. Beliau menekankan bahawa rakyat Palestin akan memilih calon yang paling layak untuk berkhidmat kepada rakyat dan memenuhi keperluan mereka melalui majlis-majlis perbandaran dan majlis-majlis tempatan. Proses pendaftaran dan mengemaskini rekod untuk pilihan raya bermula pada pagi Sabtu dan akan berlangsung sehingga 27 Julai di pejabat pendaftaran pemilih. Pendaftaran elektronik akan dibuka sehingga 12 Ogos.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa menggesa Palang Merah menghentikan pelanggaran hak tahanan oleh Israel

Selasa, 26-07-2016 – Jawatankuasa Penyelarasan Puak dan Jawatankuasa Kebangsaan Menyokong Tahanan Perang menyeru Pasukan Palang Merah Antarabangsa untuk berusaha menghentikan pelanggaran Israel terhadap hak tahanan Palestin.

Satu memorandum mengenai keadaan tahanan Bilal al-Kayed yang melancarkan mogok lapar telah diserahkan kepada wakil Palang Merah semasa mesyuarat di Nablus. Beliau telah dipindahkan ke tahanan pentadbiran di penjara Israel pada hari yang sama hukuman tahanan beliau selama 14 tahun berakhir.

Jawatankuasa tersebut menyelar dasar Israel di tahanan pentadbiran yang mengenakan taktik jenayah penyeksaan terhadap kemanusiaan seperti tanpa caj atau perbicaraan, dan hukuman-hukuman harian seperti pengasingan, pemindahan antara penjara, dan pengharaman lawatan terhadap tahanan Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zaina Dinn

Categories
Berita Semasa

Polis Israel menembak mati kanak-kanak di Baitulmuqaddis

Selasa, 26-07-2016 – Pasukan polis Israel menembak mati seorang kanak-kanak Palestin berusia 12 tahun pada petang Selasa ketika pertempuran tercetus di bandar al-Ram utara Baitulmuqaddis. Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan dalam satu kenyataan ringkas bahawa kanak-kanak Palestin Muhye Muhammad Sidqi al-Tabbakhi, 12 tahun, terbunuh petang hari ini akibat ditembak Israel. Mangsa telah ditembak di hatinya dengan sengaja oleh polis Israel menggunakan peluru getah sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Palestin di Ramallah di mana beliau telah diisytiharkan mati.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina