Categories
Berita Semasa

Israel Culik Kanak-Kanak 12 Tahun di al-Quds

Isnin, 23-11-2015 – Tentera penjajah Zionis pada Rabu (18/11) menculik seorang kanak-kanak al-Quds, Nur Jamil Abdul Rahman Ghaits yang berusia 12 tahun, ketika dia berjalan pulang dari sekolah di kampung ats-Tsauri.

Berdasarkan sumber-sumber di al-Quds, pasukan penjajah Zionis membawa Nur Ghaits ke markas pemeriksaan militan Oz yang berada di Jabal Mukabir. Sebelumnya pasukan penjajah Zionis menyerbu kampung ats-Tsauri yang berada di selatan Masjid al-Aqsha. Mereka menembak menggunakan meriam ke arah para pelajar sekolah. Kemudiannya mereka memukul sebahagian daripada para pelajar tersebut.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Adakan Mogok Umum Khamis ini bantah keputusan rejim Israel haramkan Islamic Movement.

Isnin, 23-11-2015 – Pertubuhan High Follow-Up Committee for Arab Citizen, mengesa diadakan mogok umum pada hari Khamis ini bagi membantah keputusan rejim Israel yang mengharamkan Islamic Movement, sebuah organisasi persaudaraan Islam yang ditubuhkan di Israel.

Gesaan itu dibuat selepas satu mesyuarat tergempar yang diadakan oleh pertubuhan itu yang meminta masyarakat keturunan Arab Palestin yang tinggal di Israel agar menyertai demonstrasi besar-besaran yang akan diadakan di bandar Umm al- Fahm pada hari Sabtu ini.

Sebelum ini, pada petang Isnin yang lalu, kabinet mini Israel mengundi menyokong supaya Islamic Movement diharamkan dan dilarang dari menjalankan aktivitinya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Israel Tembak Mati Pemuda Palestin dan Tangkap 2 Yang Cedera.

Isnin, 23-11-2015 – Seorang Pemuda Palestin maut pada Selasa malam(17/11) kerana ditembak penjajah Zionis dan 2 yang lain ditangkap setelah mereka tercedera di desa Turmisiya di utara kota Ramallah, wilayah tengah Tepi Barat.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, pemuda yang bernama Muhammad Munir Hasan Shaleh yang berusia 24 tahun dari desa Arurah di Ramallah, mati ditembak penjajah Zionis di Turmisiyah utara Ramallah, sehingga jumlah syuhada yang gugur sejak munculnya Intifadhah al-Quds dari awal Oktober lalu hingga 17 November meningkat menjadi 89 para syuhada. 18 di antaranya anak-anak dan juga 4 orang wanita.

Saluran TV10 Zionis berkata bahawa peristiwa ini terjadi setelah pasukan tentera Zionis dihujani serangan peluru di pintu gerbang tanpa ada mangsa cedera di kalangan askar. Jurucakap tentera di TV10 Zionis, Alon ben David mengatakan bahawa pasukan Israel terkena serangan di desa sebelum membalas balik ke arah penembak.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mencuri $20,000 dan menahan seorang wanita di bandar Sorif

Isnin, 23-11-2015 – Tentera rejim Israel (IOF) mencuri $20,000 dan menahan seorang wanita Palestin setelah menyerbu rumahnya pada lewat tengah malam Isnin di bandar Sorif, al Khalil.

Ahmad al-Qadi, penduduk Sorif, berkata IOF memecah masuk rumahnya setelah tengah malam dan menahan isterinya Abeer al-Qadi, 42, setelah menggeledah rumahnya dan mencuri sejumlah 65,000 shekel yang bersamaan 20,000 dollar. Rampasan wang tersebut tidak didaftarkan. Beliau menjelaskan yang rejim Israel memusnahkan harta kediamannya dan memecahkan pintu sebelum menahan isterinya dan mencuri wang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Zionis menghasut warga Eropah menyerang Islam dan menyokong penjajahan terhadap Palestin.

Khamis, 19-11-2015 – Zionis mengambil kesempatan ke atas peristiwa pengeboman di Paris dengan melancarkan propagandanya di Eropah yang menghasut mereka supaya menyerang Islam dan memprovok mereka untuk bertindak balas terhadap serangan yang berlaku di Paris dengan membeli produk Israel di Tebing Barat.

Penasihat media, Husam Syakir dalam pernyataan medianya menegaskan, Zionis cuba menyebarkan propaganda mereka dengan memprovok Eropah agar menyerang Islam dan juga melontarkan kata-kata penghinaan terhadap ajaran Islam berikutan serangan berdarah yang berlaku ke atas ibu negara Perancis, Paris yang telah menyebabkan ratusan orang terbunuh dan berpuluh lagi cedera.

Zionis turut menyebarkan risalah kepada orang ramai dan turut memaparkan di laman web yang mengaitkan serangan itu dengan keputusan Kesatuan Eropah yang diskriminasi produk-produk Israel di negara barat. Risalah yang diedarkan itu juga mengandungi ayat-ayat yang menyeru pembelian produk-produk Israel dari Yahudi dan Syam di Tebing Barat dan menghantar mesej supaya menentang keganasan melalui ini .

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh

Categories
Berita Semasa

Resheq Kutuk Pengharaman Gerakan Islam oleh Israel

Khamis, 19-11-2015 – Ahli Politik Hamas Biro Ezzat al-Resheq mengutuk larangan Israel ke atas Gerakan Islam pada tahun 1948 Palestin Dijajah, berkata pergerakan tersebut adalah sebahagian daripada perjuangan rakyat Palestin.

Pegawai kanan Hamas berpendapat mengharamkan Gerakan Islam adalah satu jenayah yang bertujuan untuk meneutralkan rakyat Palestin yang tinggal di Palestin 1948 yang Dijajah.

“Larangan Gerakan Islam dan menutup institusinya adalah satu percubaan terdesak Israel yang bertujuan memecahkan kesungguhan rakyat Palestin dan memberi tekanan kepada gerakan Intifada Jerusalem ,” kata Resheq.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Hamas: Tindakan pengharaman ke atas Gerakan Islam itu tanda Israel bersikap rasis.

Khamis, 19-11-2015 – Gerakan Islam Hamas, mengecam keputusan pihak rejim Israel yang meletakkan pergerakan itu sebagai pertubuhan haram dan menganggap langkah itu sebagai “satu tindakan bersifat rasis.”

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri dalam satu kenyatan akhbar pada hari Selasa, kelmarin, menyatakan bahawa langkah yang dibuat oleh pihak rejim Israel itu sebenarnya bertujuan bagi menafikan kewujudan keturunan Arab di wilayah yang didudukinya sejak tahun 1948 itu. Kata Abu Zuhri lagi, “Keputusan itu merupakan satu bentuk hukuman ke atas Hamas dan bertujuan bagi menghalang Gerakan itu dari terus berperanan melindungi Masjid Al-Aqsa. ” Pada beliau, keputusan itu seperti satu ” pingat tanda penghargaan” untuk Gerakan Islam itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Persatuan Banduan: Bilangan Banduan Bawah Umur di Ofer Meningkat kepada 187

Khamis, 19-11-2015 – Persatuan Banduan Palestin mendedahkan bahawa jumlah kanak-kanak di bawah umur Palestin yang ditahan di penjara Ofer Israel telah meningkat kepada 187.

Wakil tawanan di Ofer penjara, Abdulfattah Douleh, memberitahu peguam masyarakat yang melawat penjara itu pada hari Isnin, bahawa 151 kanak-kanak yang ditahan bulan lalu manakala 36 telah ditangkap sejak awal November.

Douleh memberitahu terdapat 58 kes penyeksaan di kalangan kanak-kanak Palestin, yang telah didera atau dipukul oleh tentera Israel, telah didokumenkan; 4 daripada mereka mengalami kecederaan akibat peluru hidup.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Dasar keselamatan Palestin dirangka semula di Persidangan Keselamatan Negara Palestin di Gaza

Khamis, 19-11-2015 – Timbalan Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh menyeru para peserta Persidangan Keselamatan Negara Palestin untuk membentuk semula dasar keselamatan Palestin dan mengukuhkannya dengan memberi kuasa dan tanggungjawab membentuk dasar keselamatan Palestin seperti majlis keselamatan Negara.

Persidangan yang berlangsung kali ketiga itu berakhir pada Ahad lepas 15 November. Ismail Haniyeh menyeru pentingnya untuk mencapai keharmonian antara pemikiran politik Palestin dan pelaksanaannya, dan gandingan pemikiran politik dengan kerja-kerja lain. Beliau menekankan lagi bahawa itu memerlukan satu program politik yang berpegang teguh dengan Palestin serta menyelesaikan permasalahan yang berlaku selama ini.

Persidangan yang diadakan pada kali ini membawa tajuk “ Palestin..Cabaran dan Kesannya “ dan dalam cadangan terakhirnya yang menekankan terhadap perlunya untuk mencapai perdamaian Palestin atas dasar hubungan geografi dan politik yang berterusan antara Tebing Barat dan Semenanjung Gaza juga perlunya untuk memeriksa segala perkara yang membawa kepada pemecahan untuk penyelesaian
politik Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel menahan 2 pemimpin gerakan Islam di Jaffa

Rabu, 18-11-2015 – Pada pagi Isnin tentera rejim Israel menahan dua pemimpin utama gerakan Islam. Sumber warga Palestin di bandar Jaffa mendedahkan bahawa polis dan perisikan Israel menahan Sheikh Mohammad Ayish, pegawai gerakan Islam di bandar Jaffa.

Rejim Israel turut mengekori ketua Jawatankuasa Islam di bandar Jaffa yang dikenali sebagai Abu Ghazi dari tempat kerjanya di Tel Aviv. Abu Ghazi ditahan atas tuduhan mencetuskan kekacauan dan menyerang polis Israel. Beliau dibawa ke balai polis untuk siasatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pelarian Palestin membakar dirinya di Beirut

Rabu, 18-11-2015 – Seorang pelarian Palestin di Lubnan telah membakar dirinya dan keretanya di Beirut pagi Isnin sebagai protes apabila dihentikan oleh polis Lubnan yang mendenda beliau walaupun keadaan ekonomi terlalu buruk.

Sumber tempatan mendedahkan bahawa pelarian Palestin itu telah dikenal pasti sebagai Amin Salah Sukkar . Beliau telah dipindahkan ke hospital di Beirut mengalami kecederaan di dada, belakang, leher dan tangan.

Isteri pelarian tersebut memberitahu Akhbar Quds bahawa polis Lubnan memberhentikan suaminya dan meminta lesen dan pendaftaran dan memberitahu beliau sebagai pelarian beliau tidak dibenarkan untuk memandu teksi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel geledah rumah anak yatim di bandar Beit Ula dekat al-Khalil.

Rabu, 18-11-2015 – Anggota tentera penjajah Israel, mengeledah sebuah rumah anak yatim milik Pertubuhan Kebajikan Islam yang terletak di bandar Beit Ula, bahagian barat, bandar al-Kahlil pada awal pagi hari Isnin, kelmarin.

Menurut sumber tempatan, sekumpulan anggota tentera rejim Israel dilihat keluar dari kenderaan mereka, masuk dan meronda seluruh bandar serta kemudiannya, memecah masuk bangunan kebajikan itu dan mengepung kawasan sekelilingnya.

Dalam serbuan itu, selain menggeledah pejabat dan semua bilik yang terdapat di bangunan itu, anggota tentera rejim turut merampas fail anak-anak yatim yang tinggal di situ, tambah sumber itu lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel Akui Hancurkan 8 Rumah Penyerang Puak Mereka.

Selasa, 17-11-2015 – Mahkamah Tinggi Israel pada hari Khamis(12/11) bersetuju dengan keputusan tentera Israel untuk menyodok dan menghancurkan lapan biji rumah keluarga Palestin yang disyaki terlibat dalam serangan melibatkan sasaran Israel.

TV 10 menegaskan, persetujuan itu diambil untuk hukuman kepada penyerang di Itamar, berdekatan timur Nablus pada awal bulan ini yang menewaskan dua rakyat Israel.

Selain itu, hukuman juga dikenakan kepada penyerang operasi pembunuhan warga Israel barat Ramallah pada Ramadhan lalu, terhadap rumah keluarga pembunuh kes warga Israel Malache Rosfelt pada aksi tembak menembak di persimpangan penempatan Shavot Rahel, selatan Nablus pada Ramadan yang lepas.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin dirawat akibat cedera dalam pertelingkahan pada Khamis

Selasa, 17-11-2015 – Bulan Sabit Merah menyatakan yang ia merawat 103 orang warga Palestin yang cedera ketika pertelingkahan dengan tentera rejim Israel (IOF) di kawasan berbeza di Tebing Barat.

Ia menyatakan yang 28 pemuda Palestin cedera akibat peluru getah atau hidup manakala 61 yang lain menderita akibat terhidu gas pemedih mata dan 12 lagi cedera ketika kejadian tersebut.

Kawasan-kawasan berbeza di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis menyaksikan kebangkitan intifada al-Quds yang bermula pada awal Oktober, serta pertelingkahan ganas dengan tentera serta pihak keselamatan rejim.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel arah roboh 8 rumah warga Palestin.

Selasa, 17-11-2015 – Mahkamah Tinggi Israel pada hari Khamis lalu, meluluskan perintah bagi meroboh 8 buah rumah milik warga Palestin yang didakwa sering terbabit menjadikan pihak Israel sebagai sasaran serangan mereka.

Hakim mahkamah itu, Miriam Naor telah menolak permohonan rayuan yang difailkan oleh Kumpulan Hak Asasi Manusia Israel atau Hamoked. Semasa rayuan, kumpulan itu membantah hukuman roboh yang dijatuhkan oleh mahkamah itu kerana ia seolah-olahnya seperti mahu menghukum semua penghuninya samada ia terlibat atau tidak.

Semakan pada protokol keputusan mahkamah yang diperolehi dari Jurucakap pihak berkuasa mahkamah Israel didapati, senarai rumah yang akan dirobohkan itu semuanya terletak di Tebing Barat, samada di Ramallah, Nablus dan Qalandia (iaitu antara Baitulmuqaddis dan Ramallah).

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali