Categories
Berita Semasa

Tentera Laut Israel Culik 2 Nelayan Gaza

Isnin, 21-11-2016 – Tentera Laut Israel pada menculik dua nelayan Palestin dan merampas bot mereka di luar pantai utara Gaza. Penguatkuasa tempatan melaporkan serangan Israel terhadap nelayan Gaza dengan mengejar menggunakan kapal perang dan menculik nelayan Palestin, Abdul Hafedh Amar dan Amar Assaad al-Sultan sebelum menuju ke Pelabuhan Ashdod yang dikuasai Israel.

Menangkap ikan adalah satu-satunya sumber pendapatan 4,000 nelayan Palestin di Semenanjung Gaza yang dikepung zionis. Israel hanya membenarkan penduduk Gaza untuk belayar dalam zon tiga batu nautika sahaja, seeangkan ia tidak dapat memenuhi keperluan 50,000 keluarga yang hanya bergantung pada hasil tangkapan nelayan.

Menurut Kesatuan Nelayan Gaza, 120 nelayan telah ditangkap oleh tentera laut Israel sejak awal 2016 dan sepuluh yang lain cedera setelah bot mereka dirampas dalam serangan Tentera Laut Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Rang undang-undang oleh Israel untuk menghalang para aktivis BDS dari memasuki Israel diluluskan

Isnin, 21-11-2016 – Parlimen Israel (Knesset) meluluskan pada Isnin satu rang undang-undang untuk melarang para aktivis gerakan boikot Israel memasuki Israel, sumber media Israel melaporkan. Dalam undang-undang sedia ada, menteri dalam negara berhak menghalang para individu yang menyertai gerakan boikot Israel daripada memasuki Israel. Rang undang-undang tersebut boleh membenarkan menteri dalam negara membuat pengecualian, sumber tersebut menambah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Jordan: Keputusan Israel larang Azan, tidak sah.

Isnin, 21-11-2016 – Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Jordan, berkata bahawa sebarang keputusan rejim Israel berkaitan syiar Islam di Baitulmuqaddis, termasuk peraturan yang melarang seruan Azan adalah batal dan tidak sah.

“Penjajah tidak boleh mengubah apa sahaja yang ada di bandar yang dijajahnya,” demikian kata Abdullah Abbadi, Penolong Setiausaha Kementerian itu kepada agensi berita PETRA.

Menurut beliau lagi, mengikut resolusi antarabangsa, pihak yang menjajah tidak boleh membuat sebarang perubahan di wilayah yang dijajahnya. Oleh itu, mana-mana keputusan yang dibuat pihak Israel di Baitulmuqaddis itu adalah tidak sah, walaupun kota tersebut di bawah jajahannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Sheikh Salah mogok lapar bagi membantah pengasingan dalam penjara Israel

Rabu, 16-11-2016 – Sheikh Raed Salah, pemimpin Gerakan Islam bagi kawasan Palestin 1948 yang dijajah Israel mengumumkan pada Ahad lepas bahawa beliau memulakan mogok lapar dalam Penjara tahanannya.

Peguamnya, Mohamed Ighbariyeh memberitahu bahawa tindakan itu diambil sebagai langkah membantah tindakan Penjara Rimon di Israel yang melakukan pelbagai jenis salah laku dan mengasingkan beliau di bilik yang berasingan dari tahanan lain.

Ketua Kesatuan Tahanan dari Kesatuan Arab, MK Osama Saadi mengutuk kezalima Israel terhadap Sheikh Salah baik ketika didalam atau diluar penjara. Saadi menegaskan solidariti beliau bersama Sheikh Salah dan menyokong mogok lapar tersebut dan menegaskan ‘tindakan kekerasan Israel terhadap Sheikh Salah walaupun beliau telah dipenjarakan adalah tidak boleh diterima’

Saadi juga menegaskan Israel perlu menghentikan penahanan, salah laku dan hukuman terhadap tokoh yang lantang mempertahankan kesucian masjid Al-Aqsa dan hak penduduk Palestin tersebut.

Sheikh Salah diculik oleh Israel pada 8 Mei yang lepas selepas mahkamah Israel memutuskan hukuman penjara selama 9 bulan atas dakwaan hasutan berkaitan ucapan beliau dalam sebuah perarakan bagi membantah penjajahan Israel pada tahun 2007.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Netanyahu menyokong larangan laungan azan, Sheikh Sabri membantah

Rabu, 16-11-2016 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata bahawa beliau menyokong rang undang-undang untuk menghalang laungan azan melalui pembesar suara masjid.

Bercakap menjelang undian pada rang undang-undang dalam Jawatankuasa Peringkat Menteri bahagian Perundangan, beliau berkata bahawa panggilan untuk menunaikan solat itu adalah satu gangguan awam yang merentasi semua mazhab agama.

“Orang Islam, Yahudi dan Kristian terseksa dengan masalah ini,” dakwanya. “Saya tidak boleh memberitahu anda berapa ramai yang telah mendekati saya, dari semua lapisan masyarakat Israel, yang terganggu oleh bunyi bising yang berlebihan daripada laungan azan itu.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Israel paksa satu keluarga di Baitulmuqaddis roboh rumah mereka sendiri.

Rabu, 16-11-2016 – Satu keluarga Palestin dipaksa pihak rejim Israel merobohkan 2 buah rumah milik mereka di kawasan penempatan Jabel Mukaber, selatan Baitulmuqaddis kerana dibina tanpa kebenaran.

Menurut kata Mohamed Ja’abis, ahli keluarganya terpaksa merobohkan rumah itu selepas mereka gagal mendapatkan kelulusan pembinaan dari pihak berkuasa Perbandaran Baitulmuqaddis. Tambah Ja’abis lagi, dua rumah tersebut didiami 12 ahli keluarganya termasuk 6 anaknya dan dibina sejak 10 tahun yang lalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Serahkan jenazah ! Ikrar puluhan rakyat Palestin.

Rabu, 16-11-2016 – Puluhan rakyat Palestin berhimpun di jalanan al-Khalil untuk menyeru pengembalian jenazah saudara-saudara mereka yang terkorban pada petang Ahad. Bercakap ketika perhimpunan itu, pemimpin Barisan Popular Pembebasan Palestin (PFLP), Badran Jaber menyeru menggerakkan kempen rasmi menggesa Israel untuk menyerahkan jenazah para pemuda yang menentang penjajahan rejim kepada keluarga mereka.

Jaber menyeru pertubuhan hak asasi manusia kebangsaan dan antarabangsa agar mengambil tindakan segera dan menekan rejim Israel agar mengembalikan jenazah supaya keluarga mereka dapat melihat buat kali terakhir dan mengebumikan mereka di perkuburan Muslim.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pekerja UNRWA lancar mogok di Tebing Barat dan Gaza esok

Rabu, 16-11-2016 – Kesatuan Pekerja UNRWA semalam, mengisytiharkan mogok umum membabitkan semua agensi ibu pejabat dan kemudahan di Semenanjung Gaza serta Tebing Barat utara bagi membantah tindakan pihak berkenaan yang mengabaikan tuntutan pekerja dan pelarian.

Ketua kesatuan, Suhail al-Hindi memaklumkan kepada Pusat Maklumat Palestin (PIC), langkah memprotes selanjutnya akan diambil sehingga UNRWA memberi respons terhadap tuntutan kesatuan itu.

Hindi berkata, tiada sebarang komunikasi dengan agensi itu sejak seminggu lalu selepas pihak berkenaan menunjukkan keengganan untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang semakin meruncing.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

5 Kanak-kanak Palestin Diculik di BaitulMaqdis

Rabu, 16-11-2016 – Tentera Israel (IOF) menculik enam rakyat Palestin di BaitulMaqdis, termasuk lima kanak-kanak, dari Old City of Jerusalem. Ketua Jawatankuasa Tahanan dan Keluarga Bekas Banduan, Amjad Abu Assab berkata IOF menyerbu rumah warga Palestin, Zayed Idkeik di Bab Hitta menculik budak lelaki berusia 13 tahun, Ahmad dan mengheretnya ke pusat tahanan Qishleh dengan bapanya.

Antara yang juga ditahan adalah : Omar Za’anine (16) dan adiknya Ayham (13), Ahmad al-Za’anine (14), Bahjat al-razem. Kesemuanya diculik oleh IOF dan dipindahkan ke pusat tahanan Qishleh. Rondaan tentera Israel terus menyerbu kampung Qatna di barat laut BaitulMaqdis menculik seorang lagi kanak-kanak, Jawda Houshiya untuk disoal siasat.

Beberapa jam sebelum itu, IOF menculik sembilan rakyat Palestin dari rumah mereka di Tebing Barat, termasuk dua kanak-kanak. Beratus-ratus kanak-kanak Palestin telah ditahan oleh tentera Israel sejak berlakunya gerakan Intifadha oleh penduduk BaitulMaqdis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel jatuhkan hukuman penjara 16 tahun ke atas remaja Palestin

Isnin, 14-11-2016 – Mahkamah Pusat Israel di Baitulmuqaddis menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun setengah kepada tahanan Miqdad al-Heih atas dakwaan serangan menikam anti rejim.

Berita Israel menyatakan yang Mahkamah Pusat menjatuhkan hukuman kepada al-Heih setelah lembaga hakim memutuskan yang beliau melakukan serangan tikaman di penempatan haram Israel di barat daya Baitulmuqaddis.

Al-Heih dan rakannya Mahmoud Khaled Ghneimat telah ditembak oleh polis rejim Israel dekat sebuah stesen bas di Beit Shemesh. Mahmoud kemudiannya menghembuskan nafas terakhir.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tahan Semula Bekas Tahanan Selepas Hanya Seminggu Dibebaskan

Isnin, 14-11-2016 – Tentera Israel (IOF) menahan semula bekas banduan Palestin selepas hanya seminggu dibebaskan dari penjara Israel. Palestinian Prisoners Society (PPS) mengesahkan bahawa bekas banduan Baha al-Najar, 21, ditangkap semula selepas seminggu dibebaskan. Keluarga al-Najar memberitahu wartawan PIC bahawa tentera Israel menyerang rumah mereka pada waktu subuh di al-Khalil sebelum menangkap beliau.

Al-Najar,merupakan seorang pelajar di Universiti Politeknik, telah dibebaskan Rabu lalu selepas menghabiskan 12 bulan di penjara Israel. Keluarga beliau mengesahkan bahawa anak lelaki mereka ditangkap semula atas alasan tidak masuk akal Israel, yang mana tujuan sebenar adalah ingin memecahkan semangat perjuangan beliau. Lebih daripada 22 rakyat Palestin ditahan sejak pagi Rabu di seluruh Tebing Barat dan Jerusalem, lapor PPS.

Kini terdapat 7,000 rakyat Palestin di penjara Israel, termasuk 750 tahanan pegawai tadbir yang dilakukan secara haram tanpa jaminan atau perbicaraan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Hamas: Masa untuk AS nilai semula dasarnya terhadap Palestin.

Isnin, 14-11-2016 – Pertubuhan Pergerakan Hamas meminta presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih, Donald Trump supaya menilai semula dasar negaranya dengan memberi keadilan kepada rakyat Palestin.

Rakyat Palestin menderita akibat sikap berat sebelah pihak AS yang lebih memihak pada rejim Israel. Walau bagaimanapun, “Kami mengesa presiden Amerika itu untuk menilai semula polisi negaranya dan memberi keadilan kepada rakyat Palestin,” demikian kenyataan ringkas pertubuhan itu. Trump memenangi pilihanraya dengan mendapat 276 undi dan dilantik jawatan presiden Amerika ke 45.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Channel 2 : Dasar Perobohan Rumah Rakyat Palestin oleh Israel Ternyata Gagal

Khamis, 10-11-2016 – Dasar perobohan rumah rakyat Palestin oleh kerajaan Israel terbukti tidak berkesan dalam mencegah serangan Palestin terhadap Israel, menurut satu laporan yang disiarkan oleh saluran TV Ibrani 2. Laporan tersebut menyatakan ramai keluarga Palestin yang menjadi mangsa rumah dirobohkan sebagai hukuman kerana serangan yang dilakukan oleh pejuang Palestin.

Dasar tersebut ternyata didorong kebencian atas penentangan perjuangan rakyat Palestin, bukan sekadar ingin menangkis serangan para pejuang Palestin. Perobohan rumah penduduk Palestin yang dimiliki oleh saudara-mara pejuang telah menjadi dasar sejak perang 1967.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menghalang para petani dari memasuki kebun zaitun di selatan Nablus

Khamis, 10-11-2016 – Tentera rejim Israel (IOF) pada pagi Ahad menghalang sekumpulan petani Palestin dari memasuki kebun mereka untuk menuai zaitun di bandar Qaryut, selatan Nablus.

Pentadbir tempatan, Bashar al-Qaryuti memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) yang tentera rejim menghalang petani Refaat Salama dan anak lelakinya daripada mengambil buah zaitun dari kebun mereka, atas dakwaan yang terdapat larangan kemasukan atas sebab keselamatan.

Qaryuti menambah yang para petani dari keluarga Mohamed Zaghlawan telah dilarang masuk ke tanah milik mereka pada waktu pagi, namun mereka diberitahu yang mereka dibenarkan selepas waktu tengahari.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Duta Swiss lakukan lawatan mengejut ke Gaza.

Khamis, 10-11-2016 – Duta Switzerland ke Palestin, Paul Garnier, tiba di Semenanjung Gaza awal pagi Ahad, kelmarin melalui pintu masuk sempadan Beit Hanun yang dikawal Israel.

Demikian, lapor akhbar PIC yang memetik satu sumber dari tempat di mana diplomat itu bersama rombongan delegasinya mula memasuki Gaza. Walau bagaimanapun, sumber berita itu tidak mendedahkan agenda dan jangka masa duta tersebut berada di semenanjung yang dikepung termasuk kawasan pantainya oleh rejim Israel itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali