Categories
Berita Semasa

PRC desak PBB siasat semula pembunuhan beramai-ramai Sabra dan Shatila

Khamis, 14-10-2021 – Pusat Pemulangan Palestin (PRC) telah mendesak PBB untuk membuka semula fail pembunuhan beramai-ramai Sabra dan Shatila 1982, melakukan siasatan terperinci ke atasnya, dan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang bertanggungjawab di mahkamah khas antarabangsa.

Perkara ini hadir bersama satu laporan yang diserahkan baru-baru ini kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB berkenaan pembunuhan beramai-ramai itu yang berlaku di Beirut 39 tahun lepas, apabila tentera militia sekutu Israel menyerbu kem pelarian Sabra dan Shatila di barat Beirut dan membunuh 3,500 orang kebanyakannya warga Palestin.
Menurut PRC, laporan berkenaan telah ditambah ke dalam arkib rasmi UNHRC di bawah kod rujukan A_HRC_48_NGO_68-EN.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Enam Tahanan Palestin Mogok Lapar

Khamis, 14-10-2021 – Enam tahanan Palestin meneruskan mogok lapar di penjara Israel sebagai protes terhadap penahanan mereka, menurut Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan. Tempoh mogok lapar terpanjang adalah oleh tahanan Kayed Fasfous, yang melakukan mogok lapar selama 90 hari sebagai tunjuk perasaan atas penahanannya tanpa tuduhan atau perbicaraan, diikuti oleh Muqdad Qawasmeh (83 hari), Alaa Aaraj (66 hari), Hesham Abu Hawwash (57 hari), Rayeq Besharat (52 hari), dan Shadi Abu Akr (49 hari).

Hasan Abed Rabbo, peguam Suruhanjaya berkata, keadaan kesihatan Kayed al-Fasfous yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Barzilai Israel merosot dengan ketara berikutan penurunan berat badannya sebanyak 30 kilogram.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Yahudi Rosakkan Kenderaan Penduduk Palestin Berhampiran Beit Iksa

Rabu, 13-10-2021 – Pada hari Sabtu lalu segerombolan peneroka haram Yahudi ekstremis telah merosakkan sejumlah kenderaan milik penduduk Palestin berhampiran perkampungan Beit Iksa, barat laut Baitulmaqdis Yang Diduduki.

Menurut sumber tempatan, peneroka haram dari Har Harmmm memecah tingkap beberapa kereta penduduk Palestin yang diletak di kawasan berhampiran.

Sumber tersebut menjelaskan bahawa pemilik terpaksa meletakkan kenderaan mereka di kawasan berhampiran Har Shmuel setelah pasukan polis Israel menutup jalan menuju ke Beit Iksa.

Ini bukan kali pertama para peneroka haram menyerang kenderaan warga Palestin dari Beit Iksa.Beberapa bulan yang lalu, mereka membakar dan mensabotaj banyak kereta milik penduduk tempatan di kawasan yang sama.

Kira-kira 2,000 orang Palestin tinggal di Beit Iksa dan mereka benar-benar terpisah di belakang tembok pemisahan Israel. Mereka terdedah kepada gangguan dan keganasan secara sistematik oleh peneroka haram dan pihak tentera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul

Categories
Berita Semasa

Hamas: Usaha Israel untuk cuba memecahkan Aqsa akan menerima kesan buruk

Rabu, 13-10-2021 – Gerakan Hamas memberi amaran terhadap sebarang usaha untuk memecahkan Masjid Aqsa akan memberikan kesan buruk kepada rejim.

Ia disebut dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat oleh Hamas pada ulang tahun ke 31 peristiwa pembunuhan di Aqsa yang berlaku pada tahun 1990.

“Hari ini, kami menyaksikan usaha berterusan oleh kumpulan kuil untuk mengulang sejarah dengan mencemarkan Masjid Aqsa dan kesuciannya dengan perlindungan rejim,” kata Hamas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi memaksa para penanam zaitun untuk meninggalkan kebun dengan bersenjata

Rabu, 13-10-2021 – Segerombolan pendatang Yahudi bersenjata pada pagi Sabtu menghalang petani Palestin untuk memetik buah zaitun dari kebun mereka di kampung Burin, di selatan Nablus di Tebing Barat yang dijajah.

Pegawai tempatan Ghassan Daghlas mengatakan bahawa pendatang Yahudi yang bekerja sebagai penjaga di penempatan haram Yitzhar mengacukan senjata mereka ke petani Burin ketika mereka mengumpulkan zaitun dari kebun mereka sendiri dan memaksa mereka untuk meninggalkan kawasan itu.

Penuaian zaitun adalah kegiatan ekonomi, sosial dan budaya utama bagi rakyat Palestin. Oleh itu pendatang Yahudi tidak membiarkan satu tahun berlalu tanpa menyerang petani Palestin dan harta benda mereka – menganiaya mereka, menyekat akses mereka ke kebun zaitun mereka sendiri, mencuri tanaman, dan merosakkan atau membakar pokok dan peralatan pertanian dan lain-lain.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Dr. Ikrima Sabri Disoalsiasat Di Penjara Zionis

Rabu, 13-10-2021 – Khatib Masjid Al-Aqsa, Dr. Ikrima Sabri kini sedang disoalsiasat di penjara Zionis Maskobiya setelah menerima panggilan dan digeledah rumahnya oleh pihak keselamatan Israel.

Peguam Palestin, Khaled Zabarka mengatakan kepada Pusat Informasi Palestina bahawa Sheikh Ikrima Shabri sedang disoalsiasat di penjara Al-Maskobiya Zionis kerana pernyataan dan pertemuan media di mana beliau mendokong dan membela Masjid Al-Aqsa.

Zabarka mengungkapkan keprihatinannya terhadap nyawa Syekh Shabri (84 tahun). Ada ancaman nyata terhadap Syekh kerana serangan berulang kali dan panggilan yang diterimanya dari Israel.

Sementara itu, polis penjajah Israel kembali mengirimkan surat panggilan kepada pemuda Radwan Amr, beberapa hari setelah beliau mengundur diri sebagai pengarah jabatan manuskrip di Masjid Al-Aqsa, kerana didakwa menyalahgunakan wakaf dalam memberikan perlindungan kepada Masjid Aqsha.

Kota Al-Quds dan penjaga masjid Al-Aqsa khususnya menjadi sasaran operasi pencerobohan dan penangkapanZZionis yang terus menerus dan tetap kerana pertahanan dan perlindungan mereka terhadap Al-Aqsha sebagai cara sistematik Israel dalam mengendalikan Al-Quds dan penjaga masjid.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Puluhan Peneroka Cemari Masjid Al-Aqsa di bawah Kawalan Polis

Rabu, 13-10-2021 – Puluhan peneroka Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada pagi dan lewat tengahari hari Ahad.

Menurut sumber setempat, sekurang-kurangnya 63 orang peneroka memasuki Masjid secara berkumpulan pada waktu pagi melalui Pintu al-Maghariba dan mengelilingi halamannya di bawah perlindungan polis.

Saksi melaporkan melihat beberapa peneroka melakukan sembahyang atau ritual semasa lawatan di tempat suci Islam itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Israel culik warga Palestin dalam serbuan waktu subuh di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis

Rabu, 13-10-2021 – Rejim Israel pada waktu subuh hari Ahad telah menculik beberapa orang penduduk Palestin  semasa gerakan di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Menurut sumber tempatan di Baitullaham, rejim Israel menculik dua orang remaja dikenali sebagai Mohamed Takateka dan Rida Diriyah dari rumah mereka di Beit Fajjar dan seorang lagi penduduk dikenali sebagai Hisham al-Khateeb dari kawasan al-Jadawel di Beit Jala.

Di Baitulmuqaddis, polis menculik seorang pemuda selepas menggeledah rumahnya di kem pelarian Shuafat dan mendakwa menemui sebuah senjata dan peluru miliknya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

9 Maut, 550 Kes Baru Corona Di Palestin Sepanjang 24 Jam

Rabu, 13-10-2021 – Menteri Kesihatan Palestin pada Ahad melaporkan sembilan kes kematian baru melibatkan Corona selain 550 kes positif, dan 1,984 kes sembuh di Tebing Barat dan Jalur Gaza dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan laporan, empat kematian berlaku di Tebing Barat manakala lima lagi di Gaza.

Dalam pada itu, 74 pesakit kritikal dirawat di unit rawatan rapi dengan 14 daripadanya menggunakan alat bantuan pernafasan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah Abd Jamil

Categories
Berita Semasa

Ketua-ketua Hamas mengadakan mesyuarat biro politik di Kaherah.

Isnin, 11-10-2021 – Barisan kepimpinan dijadualkan mengadakan mesyuarat pertama biro politik pada 4hb Oktober di Kaherah, ibu negara Mesir. Menurut Penerbitan Quds, mesyuarat ini adalah kali pertama di anjurkan oleh pimpinan Hamas dari Gaza, Tebing Barat dan cawangan luar negara yang menyokong Pergerakan Hamas melalui pilihanraya dalaman yang telah dijalankan.

Menurut Penerbitan Quds, mesyuarat ini adalah kali pertama di anjurkan oleh pimpinan Hamas dari Gaza, Tebing Barat dan cawangan luar negara yang menyokong Pergerakan Hamas melalui pilihanraya dalaman yang telah dijalankan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad

Categories
Berita Semasa

Palang Merah: Kesihatan 2 tahanan mogok lapar serius

Isnin, 11-10-2021 – Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) telah menyuarakan keprihatinan terhadap kesihatan 2 tahanan yang melakukan mogok lapar semakin serius dan merosot. Kayed Fasfous dan Miqdad Qawasmeh merupalan dua orang warga Palestin yang ditahan dan dimasukkan ke hospital secara administratif di kawasan Palestine yang telah dijajah Israel.

“Doktor ICRC telah mengunjungi serta memantau kesihatan kedua-dua tahanan, Kayed Nammoura (Fasfous) yang telah mogok lapar selama 82 hari dan Miqdad Qawasmeh yang telah mogok lapar selama 75 hari”. Hal ini telah dinyatakan dalam siaran berita yang diterbitkan di laman web pada hari Isnin.

“Kami prihatin terhadap akibat yang berpotensi tidak dapat dipulihkan dari mogok lapar yang berpanjangan terhadap kesihatan dan kehidupan mereka,” kata Robert Paterson, perwakilan kesihatan ICRC.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Shuhada Sayuti

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Lakukan Serangan Sempadan ke Gaza

Isnin, 11-10-2021 – Rejim Zionis telah melakukan serangan berskala kecil di kawasan sempadan tenggara Semenanjung Gaza pada hari Isnin pagi.

Menurut sumber setempat, 10 kenderaan tentera termasuk jentolak berperisai, mara dari pos tentera ke kawasan sempadan di sebelah timur Khan Yunis di selatan Gaza. Jentolak mula meratakan dan menggali tanah pertanian di kawasan itu, di tengah-tengah penerbangan dron.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

OA, polis rejim serang pemilik tanah di Wadi Rababa

Isnin, 11-10-2021 – Rejim zionis (IOA) dan polisnya menyerang pemilik tanah setelah menceroboh tanah persendirian di kawasan Wadi al-Rababa daerah Silwan.

Menurut sumber tempatan, pertelingkahan berlaku di antara pemilik tanah Wadi al-Rababa dan penceroboh , polis dan pihak berkuasa rejim.

Gambar-gambar yang tersebar di internet menunjukkan pekerja-pekerja dan polis rejim menyerang penduduk Baitulmuqaddis yang memiliki tanah di kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

IOF menahan dua orang Palestin yang berusaha menangkis serangan penjajah Zionis

Isnin, 11-10-2021 – Regim Zionis Israel (IOF) pada hari Ahad menangkap dua saudara Palestin ketika mereka sedang berusaha menangkis penjajah Yahudi pelampau di dusun Badui, Lucifer, di sebelah timur Masafer Yatta di al-Khalil.

Pegawai tempatan Fuaad al-Amour mengatakan bahawa IOF mengumpulkan dua saudara yang dikenali sebagai Othamn dan Abbas Abu Qebaita ketika mereka berdiri di hadapan peneroka yang menyerang dusun itu, yang diasingkan oleh tembok pemisah.

Menurut Amour, penduduk tempatan telah berjaya mengambil keputusan mahkamah Israel yang membuktikan hak milik mereka atas tanah tempat dusun mereka berada.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis membuat kecoh di bandar Ya’bad, bertembung dengan pemuda tempatan

Isnin, 11-10-2021 – Pergaduhan berlaku antara Rejim Zionis (IOF) dan pemuda Palestin di bandar Ya’bad, di sebelah barat Jenin.

Menurut sumber tempatan, IOF menyerbu kota Ya’bad, serta menyerbu kedai komersial dan menyoal siasat warga disitu.

Puluhan penduduk tempatan juga menderita akibat terkena gas pemedih mata ketika IOF bertembung dengan pemuda tempatan di bandar itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Dr Nurul