Categories
Berita Semasa

Radwan: Tiada keselamatan bagi Israel selagi Aqsa diserang

Selasa, 20-10-2015 – Pegawai kanan Hamas, Ismail Radwan telah memberi amaran bahawa “negara penjajahan Israel tidak akan menikmati keselamatan selagi Masjid Aqsa dalam bahaya.”

“Masjid Aqsa kepada kita adalah sebahagian daripada iman kita, dan sebahagian daripada masa lalu, masa kini dan masa depan,” Radwan dinyatakan dalam perarakan yang dianjurkan pada hari Khamis di Gaza City untuk menyokong al-Quds intifada.

“Pembunuhan di lokasi dan jenayah perang Zionis [terhadap rakyat Palestin] tidak akan pergi tanpa disedari dan darah orang yang mati syahid tidak akan sia-sia,” kata beliau.

Beliau juga berkata jenayah Israel terhadap rakyat Palestin di wilayah Palestin yang dijajah tidak akan mematahkan kehendak mereka dan tidak akan berjaya dalam mematikan operasi penentangan.

Radwan menggesa rakyat Palestin untuk mengambil bahagian dalam protes marah pada petang Jumaat di seluruh Palestin untuk menyokong Masjid Aqsa, menekankan bahawa pendudukan Israel hanya memahami bahasa kekerasan dan peperangan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

10 cedera dalam pertempuran terbaru di Gaza

Selasa, 20-10-2015 – 10 pemuda warga Palestin cedera dalam pertempuran yang berlaku antara pemuda Palestin menentang anggota tentera rejim Israel di bahagian timur kem penempatan sementara, al-Bureij di tengah Semenanjug Gaza, pagi Khamis, kelmarin.

Satu kenyataan yang dimuatnaik dari akaun Facebook milik Ashraf al-Qudra, Jurucakap, Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, 8 dari mereka mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata manakala 2 lagi cedera terkena tembakan peluru hidup tentera rejim Israel. Bagaimana pun, kecederaan mereka tidak serius. Pada masa ini, pertempuran sengit antara pemuda Palestin dan anggota tentera rejim Israel itu, masih lagi berlaku.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Hamas: Ki -Moon membutakan mata terhadap jenayah Israel

Selasa, 20-10-2015 – Pergerakan Hamas menuduh Setiausaha Agung PBB Ban Ki –Moon sengaja membutakan mata terhadap jenayah Israel yang dilakukan terhadap pemuda Palestin dandi bawah umur.

Jurucakap Pergerakan Sami Abu Zahri berkata dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan petang Isnin bahawa Ki –Moon membutakan mata terhadap jenayah yang dilakukan oleh Israel dan yang terbaru kali ini menembak kanak-kanak Palestin Ahmed Mounasra dan meninggalkan dia mengalami pendarahan selama berjam-jam dengan cara yang sangat tidak berperikemanusiaan. Diam Ki -Moon terus menjadi suatu perlindungan politik bagi jenayah Israel , kata Abu Zuhri. ” Sama ada kamu memikul tanggungjawab kamu atau tinggalkan pejabat,” katanya merujuk kepada Setiausaha Agung PBB.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas: Ki-mon Tutup Sebelah Mata atas Kejahatan Israel

Jumaat, 16-10-2015 – Gerakan Islam Hamas menuduh Anggota PBB Ban Ki-mon sebagai kejam kerana memandang sebelah mata pengadilan terhadap kejahatan penjajah Zionis terhadap para pemuda dan anak-anak Palestin.

Jurubicara Gerakan Hamas Dr. Sami Abu Zuhri dalam kenyataan sidang berita pada hari Isnin(12/10) mengatakan bahawa Ban Ki-mon memandang enteng kepada kejahatan yang dilakukan oleh rejim Zionis. Yang terbaru adalah kekejaman terhadap Ahmad Shaleh, seorang remaja dan ditinggalkan begitu saja bergelimpangan sehingga meninggal dunia. Ini sama sekali bukan manusia, tetapi binatang! kata Abu Zuhri/

Abu Zuhri menilai bahawa sikap diam Ban Ki-mon terhadap kejahatan brutal yang dilakukan penjajah Zionis seolah-olah memberi sokongan secara tidak langsung dan memberikan mereka kekebalan politik untuk terus melakukan kejahatan. Oleh kerana itu Abu Zuhri meminta Ban Ki-mon agar telus dalam tanggungjawabnya atau undur saja dari dari keanggotaan.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf

Categories
Berita Semasa

Batesh: Serangan-serangan ke atas Gaza Sebagai Tindak Balas Memulihkan Kepercayaan Masyarakat Yahudi

Jumaat, 16-10-2015 – Pegawai Kanan Jihad Islam Khaled al-Batesh telah berkata bahawa serangan udara maut Israel ke atas Gaza malam tadi adalah satu usaha untuk mengembalikan pencegahan selepas ia hilang keselamatannya di Tebing Barat dan Jerusalem.

Dalam sidang akhbar pada Ahad lalu, Batesh melahirkan kepercayaan bahawa kerajaan Israel cuba untuk melaksanakan polisi pencegahan bagi memulihkan kepercayaan masyarakat Yahudi dengan mensasarkan serangan ke atas orang awam yang tidak bersenjata apabila episod-episod serangan mereka di Tebing Barat dan Jerusalem menemui kegagalan.

Pegawai Jihad Islam memberi amaran bahawa penentangan Palestin tidak akan membiarkan rakyatnya di Tebing Barat dan Gaza bersendirian dalam menghadapi jenayah Israel dan akan memilih masa yang sesuai untuk bertindak balas kepada mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan dan zainuddin

Categories
Berita Semasa

Pertelingkahan, kecederaan berlaku di Ramallah dan Nablus

Jumaat, 16-10-2015 – Pertelingkahan ganas tercetus pada Isnin di antara pemuda Palestin dan tentera rejim Israel di Ramallah dan Nablus. 11 warga Palestin cedera.

Saksi mata mendedahkan tentera rejim menghalang perarakan aman oleh para pelajar sekolah ketika menuju pusat pemeriksaan Atara. Seorang remaja Palestin bawah umur telah cedera akibat peluru getah manakala yang lain menderita sesak nafas akibat gas pemedih mata Israel.

Seorang lagi remaja bawah umur Palestin cedera akibat jatuh ketika cubaan melarikan diri daripada tentera rejim yang mengejarnya dekat kem pelarian al-Jalazoun di Ramallah. Remaja lelaki itu dipindahkan ke pusat perubatan tempatan untuk rawatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penjajah rejim zionis menyerang penduduk Palestin di pusat pemeriksaan Hawara

Jumaat, 16-10-2015 – Pelampau rejim Zionis  pagi Isnin telah menyerang rakyat Palestin di dalam kereta mereka dan menghalang akses mereka kepada pusat pemeriksaan tentera Hawara di Nablus.

Saksi memberitahu wartawan PIC bahawa berpuluh-puluh penduduk rejim Zionis yang berdiri di stesen bas berhampiran Hawara menghalang kenderaan Palestin dengan batu.

Tentera Israel menyekat pusat pemeriksaan kenderaan yang datang dari Nablus dan membenarkan kemasukan orang-orang menuju ke bandar, tetapi saksi berkata, peneroka menghalang kemasukkan kenderaan ke pusat pemeriksaan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Penduduk Yahudi melancarkan serangan semalaman terhadap Tebing Barat

Jumaat, 16-10-2015 – Sebilangan besar penduduk Yahudi malam tadi melalui kawasan Tebing Barat yang berbeza dan menyerang rakyat dan harta benda penduduk Palestin, terutama di Nablus.

Kawasan yang berbeza di Tebing Barat juga menyaksikan pertempuran antara penduduk dan peneroka tempatan, penduduk Yahudi melancarkan serangan mereka di bawah perlindungan tentera.

Sumber tempatan berkata, pertempuran tercetus di bandar Sarra, barat Nablus, selepas sekumpulan peneroka diiringi oleh tentera cuba untuk menyusup masuk ke dalam lorong-lorong dan menyerang rumah di sana.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Obama mengabaikan Palestin di PBB ucapan beliau

Jumaat, 16-10-2015 – Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ketika berucap di Perhimpunan Agung PBB di New York mengisytiharkan kesediaan negaranya untuk bekerjasama dengan Rusia dan Iran untuk menyelesaikan krisis Syria. Bagaimanapun, beliau tidak menyentuh untuk menangani perjuangan rakyat Palestin.

Pihak Berkuasa Palestin menyelar Obama kerana mengabaikan isu Palestin dalam ucapannya di PBB pada Isnin. Obama menggesa “peralihan terurus dari al-Assad,” yang dipanggil “diktator.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Hamas: Sekolah Israel Ditutup Bukti Kepada Kegagalan Mutlak

Selasa, 13-10-2015 – Gerakan Islam Hamas menegaskan bahawa keputusan penjajah Zionis menutup kebanyakan sekolah Israel merupakan bukti kepada kegagalan dan kelemahan menghadapi tentangan dari Palestin.

Jurucakap Gerakan Hamas Dr. Sami Abu Zuhri dalam suatu kenyataan pada hari Rabu(7/1) malam berkata bahawa keputusan penjajah Zionis menutup sebahagian sekolah tersebut merupakan “satu khabar akan kelemahan mutlak menghadapi gelombang massa Palestin” yang mula melakukan tentangan di pelbagai wilayah pendudukan Zionis.

Abu Zuhri menambah lagi, “Gerakan Hamas memberikan pengiktirafan kepada para pemuda Palestin di Tepi Barat dan Al Quds, yang telah membuat onar dan sukar kepada penjajah Zionis, serta mendobrak semangat perjuangan maksima dengan darah kepahlawanan mereka.”

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

12 rakyat Palestin ditangkap dalam Green Line

Selasa, 13-10-2015 – Pasukan polis Israel menahan 12 pemuda Palestin semasa pertempuran yang berlaku di Umm al- Fahm dan Lod antara Green Line .

Pertempuran meletus apabila polis Israel dengan kejam menyerang dua perarakan aman yang dianjurkan di kedua-dua bandar Arab sebagai protes terhadap polis Israel dan kekerasan melampau tentera di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis. Tujuh belia telah ditahan di Umm al- Fahm, manakala lima lagi ditahan di bandar Lod. Sumber media Israel mendakwa bahawa anggota polis mendapat sedikit kecedaraan semasa pertempuran yang dilaporkan di Lod.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Sempadan Rafah ditutup untuk 47 hari.

Selasa, 13-10-2015 – Pada Selasa yang lalu, Menteri Hal Ehwal Dalam Negera Palestin berkata bahawa pihak berkuasa Mesir telah menutup pintu masuk di Rafah selama 47 hari lagi. Sejak awal tahun ini, sempadan Rafah telah ditutup selama 259 hari.
Kementerian itu telah menyeru supaya pihak berkuasa Mesir membuka pintu masuk tersebut bagi menggalakkan bantuan kemanusiaan di Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : H Fauzan Ahmad

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel lancar kempen tangkap bagi bersih penentangnya di al-Khalil.

Selasa, 13-10-2015 – Tentera rejim penjajah Israel lancar kempen pembersihan dengan menangkap ramai penentangnya. Kempen yang mensasarkan penduduk awam warga Palestin itu, dijalankan secara besar-besaran di seluruh daerah al-Khalil, wilayah selatan Tebing Barat pada subuh hari Rabu, kelmarin.

Menurut kata, Mohamed Awad, Jurucakap Jawatankuasa yang menentang penempatan haram Yahudi, tentera rejim penjajah Israel menyerbu masuk bandar Beit Ummar di utara daerah al-Khalil dan bertindak pantas mengeledah kediaman penduduk tempatan sebelum menangkap dan membawa keluar 6 pemuda warga Palestin termasuk beberapa bekas tahanan.

Sejumlah penduduk awam didapati mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata yang dilontar pihak tentera rejim tidak lama selepas kejadian.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Hamas menyeru sokongan diteruskan

Selasa, 13-10-2015 – Gerakan Islam Hamas, menyeru warga Palestin agar meneruskan perjuangan dan menyokong kebangkitan untuk menghadapi jenayah rejim Israel.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata dalam kenyataannya pada Rabu yang kempen besar-besaran untuk menangkap rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis pada subuh Rabu membuktikan hasrat Israel untuk meningkatkan penentangan ke atas rakyat Palestin.

Satu kebangkitan popular telah berlaku di pelbagai lokasi di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis untuk menentang rejim Israel. Beberapa operasi penentangan telah dijalankan oleh rakyat Palestin sebagai protes ke atas tindakan kejam Israel terhadap rakyat Palestin dan tempat suci mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pendatang haram Yahudi rampas tanah milik warga Palestin di selatan Jenin.

Khamis, 08-10-2015 – Sekumpulan pelampau yang juga pendatang haram Yahudi menduduki beberapa keping tanah milik warga Palestin di Silat ad-Dhàhr, selatan bandar Jenin. Mereka turut bertindak menyerang kediaman penduduk berdekatan.

“Terdapat lebih kurang, 50 pendatang haram Yahudi yang menduduki kawasan tanah yang dulunya merupakan bekas tapak penempatan haram Homesh yang diarah supaya dikosongkan oleh rejim pada tahun 2005 itu. Mereka tertumpu di kawasan tanah berdekatan sebuah tangki air, di sana.” Demikian kata sumber tempatan kepada Palestinian Information Centre (PIC),

Tambah sumber itu lagi, pendatang haram Yahudi itu juga turut memasuki kawasan penempatan, melaungkan kata-kata berbaur perkauman dan bertindak menyerang penduduk tempatan berbangsa Arab di bandar tersebut dengan diberi perlindungan sepenuhnya oleh anggota tentera rejim Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali