Categories
Berita Semasa

Tentera Israel mengetatkan kawalan selepas layang2 penduduk Palestin melintasi sempadan Gaza.

Jumaat, 20-04-2018 – Tentera Israel mendakwan demonstran Palestin di sempadan Gaza telah meletakkan bom api pada layang-layang mereka dan menerbangkannya melepasi pagar sempadan yang menyebabkan kebakaran di sesetengah kawasan.

Menurut akhbar Israel, Yediot Aharonot. Layang-layang dengan bom api tersebut ditemui di sempadan timur Gaza. Kebakaran tersebut menyebabkan kerosakan dan kerugian di seuah ladang.

Tentera Israel dalam langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan insiden yang sama berulang. Komuniti Israel yang tinggal di sepanjang sempadang Gaza telah diingatkan agar berhati-hari dan melaporkan sebarang insiden kebakaran di kawasan berkenaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

84 pelajar sekolah antara yang cedera ditembak rejim Israel sepanjang 3 minggu lepas.

Jumaat, 20-04-2018 – Kementerian Pelajaran Palestin mendedahkan bahawa 84 pelajar sekolah telah ditembak tentera rejim Zionis Israel dalam pertempuran semasa mereka menyertai perhimpunan besar-besaran yang diadakan di sempadan timur Semenanjung Gaza yang telah memasuki hari ke 19.

Satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan kementerian tersebut menyatakan, dari jumlah kesemua yang cedera, 7 mangsa didapati cedera parah, 57 tidak parah manakala 20 pelajar lagi cedera ringan.

Hasil pemeriksaan perubatan ke atas semua mangsa yang cedera menunjukkan bahawa tentera rejim Zionis Israel telah menggunakan peluru hidup dan gas beracun ketika cuba menyuraikan perhimpunan yang diadakan secara aman itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin di Eropah melancarkan inisiatif EU untuk hak asasi para tahanan

Jumaat, 20-04-2018 – Warga Palestin di Persidangan Eropah telah melancarkan inisiatif untuk hak asasi para tahanan Palestin di penjara Israel sempena Hari Tahanan Palestin pada 17 April.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa, rakyat Palestin di Persidangan Eropah berkata yang inisiatif itu bertujuan menarik perhatian para pembuat polisi Eropah terhadap isu para tahanan Palestin dan menghentikan penderitaan keluarga ribuan tahanan warga Palestin.

Kenyataan itu menekankan yang inisiatif itu berharap untuk menyokong hak para tahanan Palestin di penjara Israel serta mendedahkan jenayah Israel ke atas mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel tutup pintu sempadan di Tebing Barat dan Gaza 3 hari.

Rabu , 18-04-2018 – Rejim Zionis Israel mengumumkan menutup penuh pintu sempadannya di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza selama tiga hari sempena menyambut apa yang mereka dakwa sebagai “Hari Kemerdekaan Israel.”

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak tentera rejim, pintu masuk sempadan di Gaza akan ditutup bermula dari tengah malam hari Isnin, 16 April 2018 hingga Khamis, 19 April 2018.

Tiada sebarang urusan keluar masuk dibenarkan di pintu sempadan samada Tebing Barat atau Gaza sepanjang tempoh penutupan tersebut yang dijangka turut menjejaskan beribu pemegang permit kèrja yang bekerja di Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Seruan kepada PBB agar menjalankan misi mencari fakta ke Gaza

Rabu , 18-04-2018 – Jawatankuasa Penyelaras Perarakan Untuk Kembali telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Tinggi PBB, Zeid bin Ra’ad agar menjalankan misi antarabangsa mencari fakta tentang protes di Gaza.

Ketua jawatankuasa menyatakan yang surat itu menyampaikan tentang rejim Israel yang terus-terusan menyerang para pembantah yang tidak bersenjata dekat sempadan Gaza walaupun mereka membantah secara aman sejak dari hari pertama.

Birawi menjelaskan yang 32 orang warga Palestin telah dibunuh, dua daripadanya ditahan oleh tentera rejim dan lebih daripada 2850 orang cedera akibat tindakan melampau rejim ke atas para pembantah aman yang menuntut hak untuk kembali.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Lebih separuh penduduk Gaza tinggal di bawah paras kemiskinan

Rabu , 18-04-2018 – Biro Statistik Palestin menyatakan bahawa lebih separuh dari penududuk Gaza tinggal di bawah paras kemiskinan untuk tahun 2017. Laporan tersebut menunjukkan 53% warga Palestin di Gaza dan 13.9% warga Palestin di Tebing Barat tinggal dibawah paras kemiskininan. Secara purata 29.2% warga Palestin di kedua-dua kawasan kini tinggal dibawah paras kemiskinan. Bilangan yang tinggi ini adalah disebabkan sekatan berterusan oleh rejim Zionis ke atas semenanjung Gaza sejak 2007.

Agensi itu membandingkan jumlah kemiskinan pada tahun 2011 dan tahun 2017. Keputusan menunjukkan bahawa jumlah penduduk yang tinggal di bawah paras kemiskinan meningkat kepada 30.2% berbanding 13.2% pada tahun 2011. UN menyatakan bahawa semenanjung Gaza akan menjadi kawasan tidak sesuai untuk diduduki pada tahun 2020 kerana kekurangan sumber air bersih, manakala pada tahun 2017, 80% penduduk Gaza tinggal dengan bantuan kemanusiaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

3 Warga Palestin Cedera di Hari ke-17 “March of Return”

Rabu , 18-04-2018 – Sekurang-kurangnya tiga orang rakyat Palestin telah ditembak dan cedera didalam serangan yang dilakukan oleh tentera Israel ketika Rejim Zionis(IOF) menghalang perarakan besar-besaran yang berlangsung selama 17 hari berturut-turut di timur Semenanjung Gaza.

Wartawan PIC mengatakan bahawa seorang warga Palestin telah ditembak di kakinya selepas tentera Rejim Zionis mensasarkan serangan ke arah sekumpulan pemuda Palestin berhampiran kem al-Awada di Khuzaa, timur Khan Younis. Dua lagi cedera di timur Gaza dan Jabalya, katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Penganjur himpunan Return of March: Bantahan akan diteruskan.

Isnin , 16-04-2018 – Jawatankuasa peringkat kebangsaan yang menganjurkan himpunan Great March of Return mengesahkan bahawa bantahan aman yang diadakan di sempadan timur Gaza itu akan diteruskan dan seterusnya menyatakan bahawa aktiviti utama dalam demonstrasi pada hari Jumaat depan adalah menaikkan bendera Palestin dan membakar bendera Israel.

Menurut jawatankuasa itu, dalam mesyuarat biasa yang mereka adakan di Gaza telah memutuskan bahawa Great March of Return adalah satu perhimpunan aman dan merupakan suatu perjuangan rakyat Palestin dengan matlamat utamanya: menamatkan penjajahan Israel, mendirikan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara dan memastikan penduduk Palestin yang menjadi pelarian dapat kembali semula ke negara asal mereka.

Pihak jawatankuasa menyeru seluruh warga Palestin samada yang berada di dalam atau di luar wilayah Palestin supaya turut serta dalam aktiviti March of Return pada hari Jumaat depan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Ketua Hamas : Demontran Palestin melakar sejarah

Isnin , 16-04-2018 – Ketua Biro Politik Hamas; Ismail Haneyya memuji warga Palestin yang menyertai demonstrasi aman bagi mengembalikan hak mereka untuk kembali pulang ke tanah air mereka.

Dalam perarakan yang diadakan di timur Khan Younis, Haneyya berkata bahawa warga Palestin ketika ini sedang menulis sejarah baru dalam peradaban manusia dan mereka pada masa akan datang bakal diberikan hak untuk menunaikan solat dengan bebas di Masjid Al-Aqsa.

Haneyya juga mengambil kesempatan untuk melawat keluarga warga Palestin yang dibunuh tentera Israel ketika menyertai protes bagi menuntuk hak mereka dikembalikan dan sekatan ke atas Gaza ditamatkan.

“Kami akan selamanya berdiri teguh dengan darah para syuhada’. Tidak sesekali kami akan memberikan walau seinci tanah Palestin dan mengiktiraf negara haram Israel” Berkata ketua pergerakan Hamas tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Wartawan Tanpa Sempadan kutuk tindakan Israel sengaja bunuh wartawan.

Rabu , 11-04-2018 – Kumpulan Wartawan Tanpa Sempadan atau Reporters Without Borders (RSF) menuduh rejim Israel sebagai “sengaja menembak” wartawan selepas seorang jurugambar, Yasir Murtaja terbunuh ketika menjalankan tugas semasa rusuhan di sempadan Gaza.

“Jurugambar warga Palestin itu memakai baju tertera perkataan “Press”: Jelas sekali beliau telah menjadi mangsa tembakan yang disengajakan,” demikian tulis Christophe Deloire, Setiausaha Agung RSF di Twitter. Tambahnya lagi, “RSF benar-benar mengutuk tindakan tentera Israel menembak dengan sengaja pemberita tersebut.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Sekumpulan pendatang mencemarkan Masjid Aqsa

Rabu , 11-04-2018 – Sekumpulan pendatang Yahudi pada pagi Ahad mencemarkan Masjid Aqsa dengan kawalan ketat polis. Sumber tempatan memberitahu Pusat Maklumat Palestin yang sekumpulan 16 orang pendatang diiringi oleh polis ke Masjid Aqsa dan meninjau datarannya, sekaligus mengesahkan lebih ramai pendatang akan datang ke kawasan suci itu. Mereka menambah yang polis rejim mempertingkatkan keberadaan mereka di dataran Masjid Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel roboh 9 rumah, sebuah perkampungan Palestin.

Isnin ,09-04-2018 – Rejim Israel dilaporkan telah meroboh 9 buah rumah dan sebuah perkampungan, tindakan yang dilihat sebagai amaran kepada berpuluh yang lain, demikian lapor Pusat Kajian Israel-Palestin Baitulmuqaddis.

Menurut pusat kajian itu, pihak rejim terus kekal mengamalkan dasar perkauman terhadap warga Palestin dan harta benda mereka.
Sepanjang bulan lepas sahaja, sembilan buah kediaman milik penduduk Palestin dan sebuah perkampungan badawi al-Araqib telah dimusnahkan rejim Israel, lapor pusat itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel menculik seorang guru Palestin di utara al-Khalil

Isnin ,09-04-2018 – Tentera rejim Israel (IOF) pada Isnin menculik seorang guru Palestin dari bandar Halhul di utara al-Khalil, demikian menurut keluarga beliau yang menerima satu panggilan telefon dari perisikan dalaman rejim.

Guru tersebut Jihad Abu Zalata, hilang dua hari lepas setelah beliau meninggalkan sekolah, demikian yang diberitahu keluarga beliau kepada Pusat Maklumat Palestin (PIC).

Pada petang Selasa, IOF membina satu pos pemeriksaan di kawasan Nabi Younis di Halhul, di mana para tentera rejim membuat sekatan kepada pergerakan kenderaan warga Palestin dan menggeledah para penumpang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mangsa korban demostrasi March of Return meningkat menjadi 18 orang.

Rabu ,04-04-2018 – Seorang pemuda Palestin terkorban setelah cedera parah semasa menyertai demonstrasi aman terbesar di timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza yang bermula pada hari Jumaat lepas dan menjadikan angka korban akibat ditembak tentera rejim Israel sepanjang tempoh perhimpunan March of Return meningkat menjadi 18 orang.

Menurut kenyataan jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra mangsa terbaru dikenali sebagai Faris al-Raqib, 29 tahun meninggal dunia setelah berada dalam keadaan kritikal sejak hari Jumaat lalu selepas ditembak di bahagian perut oleh penembak tepat tentera rejim.

Dianggarkan seramai 1,500 penduduk Palestin yang hadir di perhimpunan yang diadakan di sempadan Gaza dengan Israel itu cedera dan jumlah itu menyebabkan Kesatuan Eropah menuntut diadakan inquri bebas serta turut menarik perhatian Setiausaha Agong PBB, Antonio Guterres.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Malaysia menyelar serangan Israel ke atas penduduk Palestin

Rabu ,04-04-2018 – Malaysia pada Isnin lepas menyelar serangan Israel keatas penduduk Palestin yang tidak bersenjata di semenanjung Gaza. Kementerian Luar Malaysia mengeluarkan kenyataan menggesa masyarakat antarabangsa untuk bertindak pantas dan tegas bagi mengelakkan lebih ramai penduduk Palestin menjadi mangsa keganasan Israel.

“Malaysia menyelar sekeras-kerasnya tindakan keganasan terhadap penduduk Palestin yang menyertai perarakan aman pada 30 Mac 2018”.
Jumaat lepas, tentera Israel membunuh 18 warga Palestin dan mencederakan 1,500 yang lain ketika demonstrasi aman bagi mendesak Israel memulangkan tanah yang dijajah. Tindakan keganasan Israel menyebabkan jawatankuasa khas ditubuhkan UN dan EU bagi menyiasat tindakan keganasan Israel tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea