Categories
Berita Semasa

90 peratus penduduk Gaza hidup tanpa bekalan air bersih.

Jumaat , 05-10-2018 – Pusat Biro Perangkaan Palestin (PCBS) mendedahkan bahawa peratusan isi rumah yang mendapat bekalan air bersih di Semenanjung Gaza hanya 11% berbanding 95 % di Tebing Barat.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh pihak PCBS, sebanyak 62% keluarga yang menetap di bangunan kediaman menerima bekalan air minum dari sumber yang selamat, iaitu dari rangkaian paip air awam samada yang disambung terus ke rumah, pili air awam, perigi, kolah air hujan atau pun air mineral di mana 58% tinggal di bandar, 94% di luar bandar manakala 44% lagi tinggal di kem pelarian.

Sementara itu, angka dari PCBS menunjukkan bahawa 7% bangunan kediaman di Semenanjung Gaza adalah rumah sewa sementara di Tebing Barat, 10%. Peratusan warganegara yang tinggal di rumah sewa ialah 8% (10% di rumah sewa yang terletak di kawasan bandar, 3% di kawasan luar bandar) sementara 7% lagi tinggal di kem-kem pelarian.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Warga emas terbunuh di timur Gaza

Jumaat , 05-10-2018 – Seorang lelaki warga emas Palestin telah dibunuh pada petang Selasa oleh tembakan dari kereta kebal Israel di timur kem pelarian al-Maghazi kawasan tengah Semenanjung Gaza.

Wartawan PIC berkata yang Ibrahim al-Arrouqi, 78, telah ditembak oleh peluru 250-mm dari kereta kebal Israel yang bertempat di bahagian Israel sempadan timur Gaza. Beliau menambah yang al-Arrouqi telah ditembak ketika duduk di hadapan rumahnya yang mana agak jauh dari pagar sempadan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kesihatan para pemogok lapar di penjara Israel semakin teruk

Rabu , 03-10-2018 – Kumpulan hak asasi terus menyuarakan kebimbangan tentang keadaan kesihatan tahanan Palestin Khader Adnan, yang sedang mogok lapar sejak 30 hari lalu bagi membantah penahanan beliau.

Menurut Yayasan Muhjat al-Quds, Khader Adnan telah mengumumkan tentang mogok lapar beliau lebih kurang 30 hari lalu membantah penahanan tanpa sebab beliau. Muhjat al-Quds menyeru masyarakat antarabangsa dan institusi hak asasi seperti Palang Merah agar segera masuk campur dan menekan rejim zionis untuk membebaskan Adnan yang merupakan salah seorang tahanan Palestin yang ditahan tanpa sebab.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pelampau Yahudi rosakkan harta benda penduduk Palestin.

Rabu , 03-10-2018 – Pelampau Yahudi bertindak memasuki Kota Baitulmuqaddis dan melakukan kekacauan di dalam bandar tersebut di hari terakhir cuti umum sempena sambutan Pesta Sukkot (Pesta Menuai), Ahad kelmarin.

Menurut sumber di tempat kejadian, ekstremis Yahudi tersebut dilihat turut menyerbu dan menyerang penduduk Palestin yang tinggal di kawasan Musrara. Mereka menyerang warga Palestin, memukul kereta di tempat letak kereta dan merosakkan kedai-kedai di sepanjang jalan yang mereka lalui di bandar tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Israel luaskan kawasan perkilangan atas tanah milik penduduk Palestin.

Selasa , 02-10-2018 – Jentolak Israel giat menjalankan kerja-kerja meratakan tanah di atas tanah milik penduduk Palestin yang terletak di sebelah barat daerah Salfit, Tebing Barat untuk tujuan membesarkan lagi kawasan penempatan haram Yahudi.

Menurut kata saksi kepada Palestinian Information Centre (PIC), jentolak dan jengkaut Israel telah menceroboh dan meratakan tanah kepunyaan warga Palestin yang menganjur sehingga ke kawasan Batn al-Hamam, barat Salfit. Tindakan tersebut merupakan sebahagian dari rancangan rejim Israel untuk meluaskan zon perindustrian di kawasan itu.

Berikutan itu, seorang penyelidik, Khaled Maali telah menyuarakan kebimbangan beliau tentang kerosakan yang berlaku di situ akibat dari perlaksanaan projek tersebut yang menurutnya telah melanggar undang-undang antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Mogok lapar Khader Adnan masuk hari ke 24.

Isnin , 01-10-2018 – Mogok lapar Sheikh Khader Adnan yang sedang ditahan di penjara Israel telah memasuki hari ke 24. Kenyataan media dikeluar Yayasan Mohjat al-Quds menyatakan bahawa beliau tetap meneruskan mogok laparnya kerana membantah penahanan secara berasingan yang dikenakan ke atas dirinya bukan kerana dinafikan dari menerima lawatan ahli keluarga dan peguam.

Pihak yayasan turut menyatakan kebimbangan mereka dan meminta seluruh organisasi hak asasi manusia dan Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa supaya campurtangan dengan segera dan mendesak agar rejim Israel menamatkan keganasan terhadap tahanan warga Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Perintah dikeluar pihak keselamatan PA ke atas tahanan, bekas tahanan adalah tidak sah.

Rabu , 26-09-2018 – Berikutan kerjasama keselamatan dengan pihak rejim Israel, pasukan keselamatan pihak Berkuasa Palestin (PA) telah mengeluarkan perintah hadir untuk siasatan kepada seorang bekas tahanan dan melanjutan tempoh tahanan ke atas yang lainnya meskipun tiada asas perundangan.

Menurut sumber tempatan di Tubas, pihak PA dengan berselindung disebalik langkah-langkah menjaga keselamatan telah mengeluarkan arahan hadir untuk siasatan lanjut bagi kali kedua kepada Sheikh Omar Daraghmeh, seorang bekas tahanan di penjara Israel.

Pihak keselamatan PA juga telah menolak pembebasan ke atas tahanan yang telah ditahan secara tidak sah selama 7 hari. Mereka adalah Saaud Abu Sa, Murai Farhana dan Ma’mun Nassar. Kesemua mereka telah ditahan di penjara Israel atas kesalahan berbeza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin cedera di bandar Qalqilia

Rabu , 26-09-2018 – Sekurang-kurangnya seorang warga Palestin cedera setelah terkena bom gas pemedih mata ketika pertelingkahan tercetus di Ezzun timur Qalqilia, ke arah utara Tebing Barat.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC yang pertelingkahan ganas tercetus di kemasukan bandar itu setelah ia diserbu dengan ganas oleh tentera rejim zionis (IOF). Puluhan yang lain pula menderita akibat terhidu gas pemedih mata ketika serbuan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

14 rakyat Palestin cedera akibat tembakan Rejim Zionis di tengah Gaza

Rabu , 26-09-2018 – Beberapa penunjuk perasaan Palestin telah cedera pada petang Rabu apabila Regim Zionis Israel (IOF) menembak sekumpulan pemuda yang berkumpul di pagar sempadan antara Gaza dan Israel.

Menurut wartawan PIC, 14 belia menderita cedera ringan dan sederhana kerana mereka menghadiri perhimpunan aman di bandar Deir al Balah di tengah Gaza. Sekurang-kurangnya lapan orang mengalami kecederaan akibat tembakan, manakala enam yang lain mengalami pedih mata akibat terhidu gas , menurut sumber perubatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

13 penduduk Palestin diculik di Tebing Barat.

Khamis , 20-09-2018 – Tentera rejim zionis Israel menahan 13 warga Palestin dalam kempen tangkapan yang dilancarkan di wilayah Tebing Barat.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC, anggota tentera rejim memgempur kem pelarian al-Ein yang terletak di barat Nablus dengan menahan pemuda Palestin dan setetusnya membawa mereka ke suatu destinasi yang tidak diketahui.

Manakala itu di Jenin, berpuluh tentera rejim bertindak memecah masuk rumah penduduk Palestin di bandar al-Sila al-Harthiya, melakukan kekacauan di situ dan melarikan wang bernilai 1,500 Shekel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Lebih 90 pembantah Gaza cedera akibat tembakan peluru Israel

Khamis , 20-09-2018 – Sejumlah pembantah cedera pada petang Isnin akibat serangan ganas tentera rejim pada perarakan menentang pencerobohan Israel. Kementerian Kesihatan Palestin berkata seramai 95 pembantah cedera, termasuk 26 yang ditembak peluru hidup. Seorang wartawan PIC berkata tentera rejim melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ke arah para pembantah di perairan utara Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Jentolak Israel muncul berhampiran tanah pertanian Palestin

Khamis , 20-09-2018 – Jentolak Israel pada hari Isnin dilancarkan ke Khillet al-Nahla, selatan Bethlehem, dalam ukuran yang dianggap sebagai tanda sejumlah perancangan semula hukuman terhadap petani Palestin.

Penduduk Palestin membangkitkan kebimbangan mengenai percubaan regim Zionis Israel yang melanggar tanah pertanian mereka sebagai tanda rampasan serta peluasan kawasan penjajahan secara tidak sah.

Para saksi mata mengatakan serangan itu datang sebagai tindak balas terhadap serangan tikaman yang dilakukan oleh seorang pemuda Palestin, seorang anti-penjajahan berhampiran penempatan Etzion, yang menyebabkan seorang pendatang Israel mati.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Penduduk Israel merosakkan kereta Palestin, menyembur grafiti anti-Arab

Khamis , 06-09-2018 – Pendatang Israel telah membuat kerosakan pada petang Isnin ke atas beberapa kenderaan Palestin. Mereka turut menconteng grafiti berunsur perkauman di rumah awam di bandar Beita di selatan Beita, di utara Tepi Barat yang diduduki.

Warga Palestin tempatan, Walid Mufleh, berkata penduduknya dikritik oleh perampas Israel yang memecah masuk ke kampung itu pada waktu subuh dan merobek tayar beberapa kenderaan rakyat Palestin yang diletakkan di kawasan itu. Pendatang Israel juga menyembur grafiti anti-Arab di dinding rumah yang dimiliki oleh keluarga Nassar di Beita.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin menderita akibat masalah kesihatan yang serius

Selasa, 4-9-2018 – Bekas tahanan Palestin, Ahmad Ja’far, yang dibebaskan dari penjara Israel pada petang Ahad berkata tentang tahanan Kamal Abu Erra, yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup berada dalam keadaan kesihatan yang kritikal akibat daripada kekurangan platlet darah.

Jaafar berkata yang Penjara Israel tidak menyediakan sebarang rawatan kepada para tahanan Palestin yang keadaan kesihatannya serius sebaliknya hanya memberikan mereka ubat penahan sakit. Sebagai contoh, tahanan Azmi al-Naffa’ memerlukan rawatan segera kerana cedera di rahangnya tetapi Penjara Israel tidak membenarkannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera laut Israel pintas bot cuba rempuh sekatan di pantai Gaza.

Selasa , 4-9-2018 – Bot tempur rejim Israel bertindak menyerang sekumpulan bot nelayan Palestin yang cuba bergerak keluar melalui pantai Gaza, simbolik kepada usaha melanggar sekatan ketat pihak rejim zionis Israel yang mengepung wilayah tersebut.

Menurut laporan wakil pemberita PIC, kapal perang tentera laut Israel menembak gas pemedih mata ke arah bot nelayan tersebut bagi memaksa mereka berpatah balik ke pantai. Sementara itu, beratus penunjuk perasaan yang berada di pantai Sudaniyah, sempadan utara Gaza itu juga turut dihujani gas pemedih mata.

Lebih 50 buah bot telah menyertai acara yang merupakan salah satu dari 6 pendekatan yang diambil oleh Suruhanjaya Kebangsaan bagi mengatasi sekatan. Malangnya, serangan rejim turut mencederakan orang awam, pelajar dan mereka yang terlibat dengan tunjuk perasaan itu sendiri.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali