Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin ditembak mati selepas tikam 2 askar Israel.

Isnin, 14-12-2015 – Seorang pemuda Palestin ditembak mati selepas didakwa menikam 2 askar rejim Israel. Kejadian berlaku di Bandar Lama Baitulmuqaddis pada waktu tengahari Khamis, kelmarin.

Salah seorang askar itu cedera di bahagian leher dan badan tetapi tidak serius manakala seorang lagi cedera ringan di bahagian kaki. Demikian lapor media berbahasa Yahudi, Israel.

Menurut laporan Palestinian Infomation Centre (PIC), kejadian serangan itu berlaku di sebuah pos kecil kawalan sempadan, berdekatan penempatan Beit Hadassah (Dabboya), Tebing Barat. Tambah PIC lagi, pemuda itu telah ditembak oleh polis pengawal sempadan Israel dan mati serta merta di tempat kejadian.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Netanyahu melantik Yossi Cohen sebagai presiden Mossad.

Khamis, 10-12-2015 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melantik penasihat keselamatan negara Yossi Cohen sebagai ketua Mossad yang baru menggantikan Tamir Pardo yang akan tamat 5 tahun perkhidmatannya di Mossad Januari ini.

Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media khas pada petang Isnin, 7 Disember. Netanyahu berkata “salah satu cabaran yang dihadapi oleh Mossad ialah keganasan yang dilakukankan oleh unsur-unsur Islam radikal, terutamanya Iran dan ISIS”.Dia juga mengatakan bahawa “keamanan Israel mempunyai kebebasan secara penuh”. Dia turut mengerahkan Mossad untuk menjaga keamanan Israel dengan mengagalkan serangan daripada luar.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin Baling Molotov kepada Bas Penduduk Yahudi

Khamis, 10-12-2015 – Para pemuda Palestin pada Isnin lalu(7/12) melempar botol-botol molotov ke arah bas-bas yang membawa penduduk dan pendatang Yahudi di sekitara kejiranan Hebron, wilayah selatan Tepi Barat.

Juruhebah Pusat Informasi Palestin berucap bahawa botol-botol molotov yang dilempar memarakkan api sehingga di dalam bas berdekatan desa Turkumia di barat kota Hebron.

Dalam berita yang terdekat, surat khabar Zionis Ma’arev mengatakan bahawa para pemuda Palestin melemparkan botol-botol molotov ke arah bas yang berasal dari penempatan Yahudi Kiryat Arba menuju ke penempatan Yahudi Kiryat Gat dan tidak mendatangkan sebarang cedera.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Tentera laut rejim Israel tahan 2 nelayan Gaza

Khamis, 10-12-2015 – Tentera Laut rejim Israel tahan 2 nelayan warga Palestin semasa mereka keluar untuk menangkap ikan di pantai Gaza dan merampas bot milik mereka. Kejadian berlaku pada hari Isnin, kelmarin.

Menurut kata, Nizar Ayyash, Ketua Persatuan Nelayan Semenanjung Gaza, pada hari itu, pihak tentera laut rejim Israel telah menahan nelayan tersebut semasa mereka keluar dengan botnya di pantai Gaza.

Tambah beliau lagi, kedua-dua nelayan itu, diancam dengan senjata dan dibawa ke pelabuhan Ashdod, pelabuhan di bawah kawalan pihak rejim yang terletak di bahagian utara Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

Mogok Umum di J’lem

Khamis, 10-12-2015 – Satu mogok umum telah dilancarkan di seluruh Jurusalem sebagai tanda berkabung untuk Omar Iskafi dan sokongan buat keluarga mangsa pada Isnin lepas.

Omar Iskafi, 21, telah dibunuh pada Ahad yang lalu oleh pihak Israel akibat pertuduhan menikam dua askar Israel berhampran stesen bas. Menurut Said Salhi, wakil Ketua Perdagangan, mogok ini dilancarkan di pasar Bandar Lama al-Silsila bersempena memperingati arwah bapanya yang memiliki kedai di kawasan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

2 roket Israel dilepaskan di Gaza yang dikepung

Khamis, 10-12-2015 – Kapal terbang perang Israel pada pagi Subuh menembak dua peluru berpandu ke arah kejiranan al-Zaytoun, arah selatan Semenanjung Gaza yang dikepung dan mencetuskan suasana panic di kalangan wanita dan kanak-kanak Palestin.

Menurut sumber tempatan, sebuah jet Israel F16 menembak 2 roket ke arah kawasan pejuang di kejiranan al-Zaytoun dekat sempadan Gaza dan mengakibatkan kerosakan harta benda yang teruk.

Tentera rejim Israel mendakwa serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas ke atas tembakan ke arah jip tentera yang ditempatkan dekat sempadan Gaza sedangkan tiada pendatang Israel yang cedera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kakitangan Penjara Israel Mencucuh Puntung Rokok pada Tubuh Tawanan yang Sakit

Khamis, 10-12-2015 – Pengarah Umum Urusan Undang-Undang di Badan Urusan Tawanan, Luai Akah,Isnin (7/12) malam menyatakan tentang kejahatan nyata Israel terhadap tawanan yang sakit di penjara Zionis Ofer, Wasim Ma’ruf. Di mana para kakitangan penjara mencucuh dan memadamkan puntung rokok di 28 tempat pada tangan, dada dan punggungnya.

Hal tersebut dijelaskan oleh Luai setelah melakukan kunjungan terhadap para tawanan di penjara Zionis Ofer. Setelah bertemu dengan Wasim Ma’ruf, Luai mengatakan, “Tak mungkin manusia boleh menerima perlakuan jahat pihak Zionis terhadap manusia yang sakit dengan cara seperti ini. Saya tidak tahu apa bentuk arahan dan latihan yang diterima mereka sehingga sanggup bertindak ganas seperti ini.”

Luai menjelaskan bahawa tawanan Wasim Ma’ruf menderita penyakit gangraena (penyakit yang disebabkan oleh matinya sistem tubuh) yang menyebabkan tangan kanan tidak berfungsi, yang menjalar ke ginjal kanannya yang menyebabkannya tangannya perlu dipotong, ada platinum di kaki kirinya dan retak di kepalanya. Beliau ditangkap ketika menuju Ramallah untuk berubat. Beliau diperlakukan secara ganas dan tidak bermoral.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel Palestin menjatuhkan hukuman MP Jarrar 15 bulan penjara

Khamis, 10-12-2015 – Sebuah mahkamah tentera Israel telah menghukum ahli Majlis Perundangan Palestin (PLC) Khalida Jarrar 15 bulan penjara.

Mahkamah tentera menjatuhkan hukuman ke atas ahli parlimen Palestin Khalida Jarrar hukuman penjara 15 bulan atas sebab-sebab politik semata-mata , menurut suaminya, Ghassan Jarrar . Jarrar telah ditangkap oleh tentera Israel di rumahnya di bandar Tebing Barat al- Bireh , pada 2 April 2015.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Dua penduduk Palestin mati dibunuh di Hebron

Khamis, 10-12-2015 – Dua penduduk Palestin ditembak mati oleh tentera Israel di Tel Armida di Hebron, selatan Tebing Barat pagi Jumaat, 4 Disember lalu selepas mangsa didakwa cuba mencederakan askar zionis.

Laman web Hebrew mengatakan tentera Israel melepaskan tembakan ke atas kedua penduduk Palestin selepas mereka menikam salah seorang anggota tentera itu di Tel Armida. Kedua-dua penduduk Palestin itu mengalami pendarahan dan ditinggalkan berjam-jam lamanya
sebelum mereka diisytiharkan mati, manakala askar yang ditikam itu cedera ringan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh

Categories
Berita Semasa

Rafah Dibuka Selepas 105 Hari Ditutup Pemimpin Mesir

Khamis, 10-12-2015 – Pemimpin Mesir pada Khamis lalu (3/12) akhirnya membuka laluan darat Rafah dari kedua dua arah, setelah lebih dari 3 bulan laluan ini ditutup. Ini merupakan sejarah tutup yang paling lama.

Beribu-ribu orang yang ingin keluar dari Gaza berkumpul. Semua kenderaan telah disiapkan bergantung kepada jumlah orang yang telah mengajukan permohonan untuk keluar kepada pihak terbabit dalam Palestin di Gaza.

Dalam hal ini ada disebut, kenderaan yang telah tersedia untuk membawa para musafir, telah mula bergerak menuju sempadan Mesir. Hal yang sama dari arah Mesir sudah mulai bergerak menuju ke Gaza. Pemimpin Mesir telah menutup laluan ini selama lebih kurang 318 hari. 105 laluan pula telah ditutup kekal. Hanya 19 hari laluan tersebut dibuka iaitu pada bulan Zulkaedah, dan berlaku dalam jarak yang berjauhan untuk keperluan kemanusiaan.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis merampas bantuan dari Eropah untuk Palestin

Selasa, 08-12-2015 – Rejim Israel (IOA) merampas beberapa khemah yang didermakan kepada rakyat Palestin di Lembah Jordan oleh Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis.

Aktivis tempatan, Mutaz Basharat mengesahkan pada pagi Khamis yang tentera rejim tiba di al-Hadidiya di utara Lembah Jordan dan merampas puluhan khemah yang didermakan kepada penduduk oleh EU setelah IOA memusnahkan rumah mereka. Manakala, IOA telah megarahkan agar kerja pembinaan jalan di kawasan al-Dir yang ditaja oleh EU dihentikan. 2 lagi khemah telah dialihkan di al-Hadidiya, sumber tersebut menambah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mesir buka semula pintu sempadan Rafah setelah ditutup selama 105 hari.

Selasa, 08-12-2015 – Pihak Berkuasa Mesir, dijangka akan membuka semula pintu masuk sempadan Rafah, sempadan Mesir dengan Gaza, pada hari Khamis, di kedua-dua arah untuk 2 hari selepas ditutup secara berterusan selama 3 bulan, satu tempoh paling lama dalam sejarah.

Kementerian Hal Ehwal dan Keselamatan Dalam Negeri di Gaza dalam satu kenyataan yang dipetik sebagai berkata, “Bas membawa ramai penumpang mula bergerak masuk ke Mesir.”

Pintu masuk sempadan Rafah telah ditutup selama 318 hari pada tahun 2015, di mana 105 hari darinya ditutup terus. Kemudian, ia dibuka semula hanya untuk 19 hari dalam masa 11 bulan. Penutup pintu sempadan Rafah yang terlalu lama telah mengundang bencana kemanusiaan di Semenanjung Gaza yang terkepung itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Haneyya bertemu delegasi Presiden Hal Ehwal Turki

Selasa, 08-12-2015 – Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya bertemu dengan delegasi peringkat tinggi Hal Ehwal Agama Turki di Semenanjung Gaza, Khamis lalu.

Pertemuan bersama delegasi Turki yang dipimpin Ketua Turki Hal Ehwal Agama Hassan Kamel Yilmaz itu, membincangkan mengenai cara untuk menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin termasuk menyelesaikan beberapa krisis dan dilema di Semenanjung Gaza yang dikepung.

Haneyya turut mengalu-alukan kedatangan delegasi Turki berkenaan dan mengucapkan terima kasih di atas sokongan berterusan terhadap rakyat Palestin dari segi kemanusiaan dan politik.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Israel cuba menghalang kebenaran pembunuhan keluarga Dawabsheh daripada terbongkar.

Selasa, 08-12-2015 – Saluran 10 Zionis berkata, adanya perkembangan dramatik berkaitan siasatan dalam serangan kejam puak yahudi terhadap keluarga Palestin di Tebing Barat yang telah menggegarkan rantau ini beberapa bulan yang lalu.

Menurut saluran itu, pihak keselamatan Israel kini bekerjasama dengan pihak tentera dan panglimanya untuk tidak mendedahkan dalang di sebalik pembunuhan keluarga Dawabsheh yang malang itu dan cuba untuk menghalang siasatan daripada dijalankan.

Saluran itu mengatakan kemungkinan pembunuh keluarga Dawabsheh sudah ditangkap namun masih tidak menyiarkan berita lanjut berkenaan siasatan dan hukuman yang dikenakan terhadap pembunuh itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh

Categories
Berita Semasa

Pemimpin Arab akrab dengan saya: Netanyahu

Selasa, 08-12-2015 – PM Zionis Benjamin Netanyahu berkata bahawa dia telah bertemu dengan beberapa susuk pemimpin Arab di ruang KTT ibu kota Paris di Perancis. Dia tidak mendedahkan nama pemimpin arab tersebut.

Seperti dilapor surat khabar Zionis iaitu Ha’aretz, pada Selasa lalu(1/12). Netanyahu berkata, “Para Pemimpin Arab mendekati dan bersalam dengan saya di hadapan seluruh dunia. Saya bukan saja bersembang dengan pemimpin yang mempunyai perjanjian saja, tetapi juga dengan yang lain.

Tentang isu jabat tangan antara dia dengan Presiden Tertinggi Palestin Mahmud Abbas, Netanyahu menegaskan bahawa itu hanyalah satu bentuk protokol dan tidak mencerminkan perubahan dalam hubungan antara dua belah pihak.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad