Categories
Berita Semasa

Israel terus menyekat al -Aqsa, pendatang Yahudi menyerbu plaza itu

Khamis, 08-10-2015 – Tentera Israel terus untuk hari kedua menutup Kota Lama Baitulmuqaddis dan Masjid al -Aqsa. Mereka menghalang semua penduduk Baitulmuqaddis di bawah umur 50 tahun dari memasuki kedua-dua tempat suci itu.

Tentera Israel dikerahkan membuat halangan di pelbagai daerah di Kota Lama. Kesemua pintu-pintu Masjid al -Aqsa ditutup melainkan 3 sahaja. Selain itu, seorang rakyat Palestin yang datang untuk beribadah ditangkap dari dalam masjid itu.

Kira-kira 20 pendatang Yahudi memecah masuk ke plaza Masjid al -Aqsa dari pintu Maghareba di bawah langkah-langkah keselamatan ketat tentera Israel. Muslim Palestin melaungkan “Allahu Akbar” sebagai tindak balas kepada serangan peneroka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Banyak kecederaan dilaporkan dalam pertempuran terbaru di Jenin, al-Khalil

Khamis, 08-10-2015 – Pertempuran ganas telah tercetus di Jenin dan al-Khalil pada Subuh hari Isnin, yang menyebabkan berpuluh-puluh belia Palestin sesak nafas akibat gas pemedih mata.
Di Jenin, tentera Israel menyerbu Yabad, Romana, dan bandar-bandar Bartaa dan melepaskan bom gas pemedih mata.

Belia tempatan bertindak balas dengan membaling batu dan bunga api, memaksa tentera menyerang untuk menarik diri daripada bandar-bandar mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Peluru Menembusi Kubu Tentera Zionis Beit El di Ramallah

Khamis, 08-10-2015 – Pejuang perang pada Isnin malam menembak askar penjajah zionis yang berlindung di kubu tentera Zionis Beit El di utara Ramallah, tepi barat, beberapa jam setelah terjadi konflik pertengkaran dengan para pemuda Palestin.

Ada saksi mengatakan, para pejuang mendekati sekitar kubu tentera dan melepaskan das tembakan ke arah pasukan Zionis. Adegan tembak menembak terjadi sebelum para pejuang nekad meninggalkan lokasi.

Siaran TV Al-aqsha, sebelum ini menyiarkan konflik yang meletus di kubu tentera tersebut, menunjukkan sedutan langsung adegan tembak menembak tersebut, tanpa diketahui impaknya terhadap pihak pasukan Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Kecederaan Baru dilaporkan dalam Pertempuran di Bethlehem, OJ

Khamis, 08-10-2015 – Tentera Israel menembak sekurang-kurangnya empat belia Palestin dengan peluru hidup semasa pertempuran yang berlaku di pintu masuk utara ke Betlehem di Tebing Barat yang dijajah.

Pertempuran tercetus apabila berpuluh-puluh belia Palestin berdemo sebagai protes terhadap pembunuhan kanak-kanak berusia 13 tahun Abdulrahman Mustafa oleh penembak curi Israel di pintu masuk ke kem pelarian Aida Isnin petang.

Empat penunjuk perasaan ditembak dan cedera di kaki mereka dengan peluru hidup semasa pertempuran, manakala seorang lagi lelaki muda ditembak di kepalanya oleh peluru getah. Berpuluh-puluh yang lain mengalami masalah sedutan gas pemedih mata.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

4 warga Palestin dibunuh, hampir 500 orang cedera dalam masa 3 hari.

Khamis, 08-10-2015 – Empat pemuda Palestin telah dibunuh oleh tembakan Israel dalam tempoh 3 hari manakala hampir 500 yang lain cedera dalam pertelingkahan dengan tentera dan pendatang Israel di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis sejak Sabtu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin menyatakan pada Isnin.

Sekurang-kurangnya 41 orang rakyat Palestin telah cedera pada Isnin dalam pertelingkahan, dan jumlah yang cedera meningkat kepada 499 orang dalam masa 3 hari. Pada Isnin, 5 warga Palestin telah ditembak dengan peluru hidup manakala 5 lagi cedera akibat peluru besi bersalut getah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel menyeru memecah masuk Masjid Aqsa secara besar-besaran

Khamis, 08-10-2015 – Kumpulan Kuil Mount Israel menyeru pendatang Israel agar meneruskan memecah masuk ke Masjid al-Aqsa secara besar-besaran hingga akhir minggu.

Kumpulan itu menyeru meningkatkan tindakan memecah masuk dan keberadaan di dataran hingga Khamis walaupun cuti umum Yahudi telah berakhir. Menurut analisis, pendatang Israel telah meningkatkan tindakan provokasi dan penecerobohan di dataran al-Aqsa dengan mendapat perlindungan ketat oleh pihak polis, dan menyebabkan ketegangan di Baitulmuqaddis dan Tebing Barat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel serang dan bom kediaman pejuang Palestin di Jenin.

Selasa, 06-10-2015 – Tentera penjajah rejim Israel menyerbu kem pelarian Jenin yang terletak di Utara, Tebing Barat, Palestin pada awal pagi Ahad kelmarin dengan melancarkan tembakan bertalu-talu ke arah kediaman keluarga Qays al-Saadi, seorang pejuang yang menentang penjajahan Israel di Palestin.

Menurut laporan dari pemberita Palestine Information Centre yang memetik satu sumber tempatan sebagai berkata, serbuan itu disertai oleh berpuluh-puluh anggota pasukan tentera rejim Israel yang menyerbu kem pelarian tersebut dengan melancarkan tembakan ke arah kediaman seorang pejuang pembebasan Palestin, Qays al-Saadi dan mengakibatkan berlakunya pertempuran sengit di kawasan kem tersebut.

Sebelum serangan, anggota tentera rejim Israel telah memanjat bumbung, beberapa bangunan kediaman penduduk di situ dan pada masa sama, sekurang-kurangnya 40 buah trak tentera turut bersiap sedia mengepung sekitar kawasan kem tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Resheq : Konfrontasi di Tebing Barat petanda intifada ketiga

Selasa, 06-10-2015 – Ahli biro politik Hamas Izzat al- Resheq memuji operasi halangan di Baitulmuqaddis dan berpendapat bahawa konfrontasi di Tebing Barat adalah tanda-tanda intifada ketiga.

Pemimpin Hamas Resheq berkata, dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook beliau , “Serangan di Jerusalem yang diduduki secara haram menegaskan bahawa pemuda Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem komited untuk mempertahankan Masjid al -Aqsa. ”
Katanya, Muhannad al- Halabi adalah contoh generasi Palestin yang tidak akan mengenepikan hak untuk menghalang. ”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Halang Orang Islam Solat Subuh Di Masjid al Aqsa

Selasa, 06-10-2015 – Tentera Israel menghalang orang Islam yang berumur 50 tahun ke bawah untuk solat di Masjid al Aqsa secara berjemaah pada pagi Subuh hari Ahad yang lalu. Para pemerhati berkata langkah itu bertujuan untuk melunturkan semangat umat Islam bersempena kedatangan cuti orang Yahudi. Larangan yang sama telah dikenakan ke atas umat Islam untuk solat wajib biasa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Hamas : Keputusan Netanyahu Menambah Semangat Rakyat Untuk Melawan

Selasa, 06-10-2015 – Gerakan Perlawanan Islam Hamas menyebut keputusan-keputusan terakhir PM Zionis Benjamin Netanyahu untuk menindas rakyat Palestin di Tepi Barat dan al Quds sebagai keputusan yang brutal. Hamas menegaskan bahawa keputusan itu akan menambah semangat juang rakyat Palestin untuk lebih melawan.

Jurucakap Gerakan Hamas Dr. sami Abu Zuhri menegaskan, “Keputusan Netanyahu sangat bertentangan dengan hukum global.” Dia menegaskan bahawa kejahatan ini tidak akan berhasil mematahkan semangat rakyat Palestin dan semakin mendobrak api diri untuk melawan dengan penjajah Zionis.

Sebelum ini dalam penutupan sidang perundingan keamanan darurat di gedung kementerian tentera Zionis, yang berlangsung selama 4 jam, Ahad 4 Oktober malam, Netanyahu berucap, “Telah capai kata sepakat untuk melajukan operasi penghancuran rumah-rumah para pejuang, pelaksanaan perintah pemindahan orang-orang al Quds yang dituduh melakukan provokasi, selain itu sepakat untuk penambahan pasukan baru di Tepi Barat dan al Quds sebagai upaya untuk menghentikan serangan-serangan yang dialami para askar dan penduduk Yahudi.”

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

232 Rakyat Palestin Cedera Dalam Tempoh 24 Jam

Selasa, 06-10-2015 – Sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin cedera akibat tembakan dengan peluru hidup, semasa pertempuran semalaman yang berlaku di Ramallah dan al-Bireh, meningkatkan bilangan orang yang cedera 232 dalam tempoh 24 jam.

Lima remaja ditembak dengan peluru hidup, manakala lima lagi cedera peluru getah semasa pertempuran meletus antara berpuluh-puluh penduduk tempatan selepas tentera Israel menyerbu bandar al-Bireh. Sebahagian yang lain cedera akibat sedutan gas pemedih mata.

Mereka yang cedera telah dipindahkan ke hospital kerana mereka mengalami cedera yang sederhana hinggalah teruk.

Pertempuran meletus di bandar selepas tentera Israel menyerang dalam jumlah yang besar dan melepaskan tembakan berat terhadap penduduk tempatan yang bertindak balas dengan membaling batu ke arah mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Dr. Jamal Amr: Penguasa Palestin dan Pengatur Keamanan Harus Dibubarkan

Isnin, 05-10-2015 – Ketua Bahagian Perencanaan dan Peninggalan Bersejarah di Masjid Al-Aqsa, Dr. Jamal Amr mengatakan, situasi di Al Aqsa akan menjadi semakin sulit dan berbahaya. Ini membawa maksud kepada Perang Agama terbuka.

Dalam temubual dengan Pusat Informasi Palestin (Markas Palestin Lil’ilam), Jamal berucap lagi, Israel ingin menguasai Al-Aqsa bukan sebahagian tetapi secara keseluruhannya.

Jamal menyeru Penguasa Palestin (OP) agar membubarkan pakatan Oslo yang disebut mengkhianat dan juga membuat kerja di bawah arahan PLO dengan baju baru dan projek pembebasan Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Arab Saudi menyeru untuk menyenarai hitam Israel sebagai pengganas

Isnin, 05-10-2015 – Arab Saudi menyenarai hitam kumpulan penceroboh Israel sebagai organisasi keganasan untuk membawa mereka ke mahkamah antarabangsa.
Menangani Majlis Hak Asasi Manusia PBB , Duta Arab Saudi di Geneva, Faisal Trad , telah menggesa untuk meletakkan organisasi penceroboh Israel ke atas senarai hitam keganasan dan mendakwa ahli-ahlinya di hadapan mahkamah antarabangsa.

Beliau telah menggesa untuk menahan penceroboh Israel terutamanya yang bertanggungjawab terhadap keganasan yang dirancang dan jenayah yang dilakukan oleh penceroboh fanatik terhadap rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Penduduk Tebing Barat mahu berhimpun bantah pencerobohan pihak Israel

Isnin, 05-10-2015 – Beberapa Penduduk dan pertubuhan dari keturunan Palestin di Tebing Barat, mengumumkan kesungguhan mereka untuk mengadakan perhimpunan umum pada hari Selasa, selama 2 jam bermula dari jam 12 tengahari hingga 2 petang di seluruh daerah Tebing Barat kerana membantah pencerobohan pihak Yahudi Israel di Masjid al-Aqsa yang merupakan salah satu masjid suci umat Islam.

Pihak aktivis tersebut mengesa supaya semua institusi perniagaan, pekedai dan sekolah di Tebing Barat menutup operasi dan perkhidmatan mereka selama 2 jam pada hari tersebut.

Perhimpunan umum itu diadakan untuk menyuarakan bantah penduduk Tebing Barat bagi menghalang perlakuan berterusan pihak Yahudi Israel menyerang dan melakukan kerosakan di Masjid al-Aqsa dan di beberapa kawasan sekitar bandar Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Batesh menyeru Abbas agar mengumumkan penamatan perjanjian Oslo

Isnin, 05-10-2015 – Pemimpin Jihad Islamik Khaled al-Batesh menyeru Presiden Mahmoud Abbas untuk mengumumkan bagi menamatkan Perjanjian Oslo dan bekerja untuk memulihkan hubungan dalaman Palestin.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada laman Facebooknya pada Selasa, Batesh menyeru Abbas untuk memikul tanggungjawab atas kesusahan rakyat Palestin yang telah berlangsung sejak berdekad-dekad lalu.

Kenyataan itu tiba pada petang ucapan Abbas dijangka disampaikan di Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu di mana Abbas menyatakan ia akan menjadi “bom”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati