Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel membebaskan dua nelayan Gaza setelah ditahan berjam-jam.

Selasa, 26-09-2017 – Rejim Israel pada petang Isnin membebaskan dua nelayan Palestin setelah tentera laut rejim menculik mereka pada awal hari yang sama di luar pantai utara Semenanjung Gaza.

Sumber tempatan menyatakan yang para nelayan tersebut, Amr and Mohamed al-Sultan, tiba di Gaza melalui sempadan Beit Hanoun (Erez) di utara Gaza setelah tentera laut rejim menahan mereka selama beberapa jam. Mereka menambah yang tentera laut rejim merampas peralatan menangkap ikan dan enggan memulangkan kembali kepada mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Terowong runtuh mengorbankan seorang pejuanga Al Qassam

Selasa, 26-09-2017 – Seorang pejuang pembebasan Palestin diumumkan terkorban pada pagi Selasa selepas sebuah terowong yang dibina di bahagian selatan semenanjung Gaza runtuh.

Briged Izzudin al-Qassam, sayap tentera HAMAS memberi kenyataan melalui Hani Faraj Shalouf bahawa pejuang tersebut terkorban setelah terowong yang dibina bagi tujuan pembebasan dan penentangan terhadap Israel runtuh. Al-Qassam memuji semangat pejuang yang terkorban selain berkata ianya didorong oleh cintanya kepada tanah dan penduduknya. Sayap tentera Hamas menegaskan untuk terus berjuang bagi mendapatkan kebebasan di setiap penjuru bumi Palestin yang sedang dijajah Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah :  Shazwan Halim

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Culik 16 Penduduk Palestin di Tebing Barat

Selasa, 26-09-2017 – Beberapa orang Palestin telah diculik oleh pasukan pendudukan Israel (IOF) pada hari Selasa di sekitar wilayah Tebing Barat. IOF mengaku bertanggungjawab atas penculikan 16 orang Palestin itu.

Rejim Zionis memecah masuk kediaman bekas tahanan, Sofian Jamjoum, di selatan al-Khalil, dan menyerbu nggota keluarganya untuk menyoal siasat sebelum mereka merampas kereta isterinya. Dua orang Palestin diculik oleh IOF di al-Khalil manakala seorang lagi dipanggil untuk soal siasat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

AS rasmi pangkalan tentera pertamanya di Israel.

Selasa, 26-09-2017 – Pegawai Israel dan Amerika Syarikat membuka secara rasmi, pangkalan tentera tetap AS yang pertama di Israel yang akan menempatkan lebih ramai anggota tentera AS serta sistem pertahanan penangkis peluru berpadu untuk kawasan tersebut.

Menurut sumber kedua-dua pihak tentera, kemudahan pertahanan yang terletak di bahagian selatan Israel itu akan menempatkan beberapa buah berek dan bangunan untuk anggota tentera AS termasuk sistem pengesan dan pemintas ruang udara. Ia akan diurus di bawah arahan tentera Israel.

Brigadier Jeneral Tentera Udara Israel, Zvika Haimovich menyatakan bahawa pangkalan itu adalah sebagai sebahagian besar dari “usaha antara pakatan Israel dan AS bagi mengekal dan meningkatkan keupayaan pertahanaan kami,” bagaimana pun ia tidak melibatkan operasi ketenteraan seperti latihan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Israel Teruskan Pembukaan Tanah Baru di Salfit

Selasa, 19-09-2017 – Jentolak Israel terus merosakkan tanah Palestin di sebalik dinding apartheid di utara Salfit bagi membuka penempatan haram yang baru buat rakyat Israel.

Penyelidik, Khaled Maali berkata, pihak berkuasa Israel dan peneroka semakin merosakkan tanah Palestin di kawasan tersebut sejak awal tahun 2017. Beliau menambah bahawa perubahan pentadbiran AS yang baru, aktiviti penempatan haram Israel semakin meningkat, yang melanggar undang-undang serta perjanjian antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menembak kanak2 Palestin di wilayah Al Khalil

Selasa, 19-09-2017 – Seorang kanak-kanak lelaki Palestin telah ditembak oleh tentera Israel pada petang Rabu di perkampungan Kiryat Arba, timur al-Khalil. Tembakan tersebut telah menyebabkan keceraan serius pada kanak-kanak berkenaan.

Akhbar Israel melaporkan bahawa kanak-kanak berkenaan sedang dalam usaha untuk menyerang menggunakan pisau di sebuah persimpangan sebelum beliau ditembak askar Israel yang berkawal. Laporan media melaporkan bahawa kecederaan yang dialami kanak-kanak berkenaan adalah serius.

Menurut sumber tempatan, kanak-kanak berkenaan adalah Haitham Hasan Jaradat, berumur 15 tahun. Ketika ini, beliau sedang dirawat di sebuah Hospital Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Peguam: Sheikh Salah dipenjarakan di dalam sel berupa tandas

Selasa, 19-09-2017 – Peguam Palestin Omar Khamisi berkata yang Sheikh Ra’ed Salah ditahan dalam keadaan tidak berperikemanusiaan dan diasingkan dalam sebuah sel kecil yang kelihatan seperti bilik air.

Khamisi, yang baru-baru ini melawat Sheikh Salah di penjara Rimonim menyatakan pada Selasa yang kliennya tetap bersemangat positif meski ditahan dalam keadaan teruk. Menurut beliau, Sheikh Salah masih ditahan di dalam sel yang sempit dan kotor, serta diawasi oleh kamera keselamatan dalaman dan luaran sepanjang masa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas puji kenyataan menteri Kuwait.

Selasa, 19-09-2017 – Anggota Biro Politik Hamas, Izzat al-Resheq memuji kenyataan Timbalan Menteri Luar Kuwait, Khaled Al-Jarallah yang menyatakan negaranya menyokong rakyat Palestin dan mengecam pihak rejim Israel yang melakukan keganasan di tempat suci.

Resheq menyambut baik kenyataan menteri Kuwait berhubung kesengsaraan kanak-kanak Palestin akibat keganasan Israel dalam satu persidangan antarabangsa yang dianjurkan negara itu, baru-baru ini.

Pemimpin Hamas itu juga menyatakan penghargaan mewakili pihak Pergerakannya kerana negara Kuwait terus menyokong dan menyebelahi penduduk Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Hamdan: Perhubungan Hamas-Mesir bertambah positif

Khamis, 14-09-2017 – Pemimpin Hamas, Osama Hamdan, berkata pada Ahad bahawa lawatan yang dianjurkan oleh Ketua Biro Politik Hamas, Isamil Haneyya, ke Kaherah merupakan sebahagian daripada usaha gerakan itu untuk mewujudkan hubungan seimbang dengan semua negara Arab dan Islam.

Menurut Quds Press, Hamdan menegaskan yang lawatan delegasi Hamas ke Kaherah adalah untuk melengkapkan langkah-langkah yang diambil gerakan itu beberapa bulan lepas bagi memperbaiki hubungannya dengan Mesir. Hamdan menambah yang semua dakwaan menyatakan yang Hamas masuk campur dalam urusan dalaman Mesir adalah tidak berasas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel tahan pesakit di pintu sempadan Beit Hanoun.

Khamis, 14-09-2017 – Pihak berkuasa rejim Israel bertindak menahan seorang pesakit di pintu sempadan Beit Hanoun (Erez) ketika melaluinya untuk menyebarang ke utara Semenanjung Gaza.

Menurut laporan media, Fadel Abu Hasira, 27 tahun telah ditahan tanpa sebab semasa beliau ingin meneruskan perjalanannya bagi mendapatkan rawatan. Sejak akhir-akhir ini, ramai warga Palestin yang ditahan pihak rejim semasa melalui pintu sempadan tersebut atas alasan “terlibat menentang Israel”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Para pelarian Gaza menuntut Krähenbühl agar menyelesaikan masalah UNRWA.

Isnin, 11-09-2017 – Jawatankuasa bersama bagi pelarian untuk Gaza pada Rabu menyeru Pesuruhjaya UNRWA agar menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan perkhidmatan UNRWA terhadap para pelarian yang tinggal di Semenanjung Gaza.

Ketika bantahan di ibu pejabat UNRWA Gaza, jawatankuasa itu dalam satu kenyataannya menyeru agensi itu agar menyediakan pekerjaan dan bantuan kepada para pelarian Gaza selari dengan misi penubuhannya yang berdasarkan resolusi PBB pada 1948.

Berkenaan perkhidmatan menyediakan peluang pekerjaan, jawatankuasa itu menegaskan bahawa jumlah kekosongan di institusi UNRWA pada tahun 2017 telah mencapai 349 orang, 286 daripadanya berada dalam sektor pendidikan. Walau bagaimanapun, pentadbiran hanya menggaji 250 orang pekerja termasuk 215 guru, bermakna terdapat 99 kekosongan lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pertubuhan Ulama’ Bersoladiriti Bersama Rakyat Rohingya

Isnin, 11-09-2017 – Persatuan Ulama Palestin dan Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa – Palestin bersatu hati mengecam tindakan tidak berperi kemanusiaan Junta Myanmar terhadap Muslim Rohingya. Sejumlah ulama’ Muslim dan pensyarah universiti bersama beberapa tokoh kebangsaan mengambil bahagian dalam pertemuan yang diadakan di ibu pejabat mereka di bandar Gaza.

Ketua Persatuan, Marwan Abu Ras, mengatakan bahawa para sarjana Muslim Palestin mengutuk kejahatan yang amat kejam terhadap umat Islam di Myanmar dan mengecam masyarakat antarabangsa kerana membisu terhadap pembunuhan besar-besaran terhadap umat Islam di negara Asia itu.

Abu Ras menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menjalankan tanggungjawabnya untuk melindungi orang awam dan meminta pertubuhan hak asasi manusia untuk turut melindungi orang Islam secara adil. Beliau turut menyeru semua negara di dunia untuk mengambil tindakan serius bagi melindungi umat Islam yang ditindas di Myanmar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel jual senjata kepada Myanmar.

Isnin, 11-09-2017 – Akhbar Haaretz mendedahkan tindakan Kementerian Perang Israel yang tetap enggan menghentikan penjualan senjata kepada Myanmar (Burma) biarpun pemerintah negara itu melakukan penghapusan etnik ke atas kaum minoriti Islam Rohingya.

Menurut Akhbar itu, pada September, 2015 seorang pegawai kanan tentera Myanmar berpangkat jeneral telah melawat Israel dan mengadakan pertemuan dengan pegawai Israel bagi urusan pembelian kelengkapan ketenteraan. Pertemuan itu menunjukkan bahawa kerajaan Israel sejak sekian lama telah menjual senjata kepada pihak “junta tentera di Burma”.

Rundingan ketenteraan antara Israel dan rejim Myanmar itu juga telah membuktikan berlakunya urusniaga lebih giat walaupun Amerika Syarikat dan Eropah telah mengenakan sekatan ke atas penjualan peralatan senjata kepada rejim tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Netanyahu merayu ICRC untuk membantu mengembalikan tentera yang hilang

Isnin, 11-09-2017 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meminta presiden Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Peter Maurer, untuk campur tangan dalam urusan membawa pulang tentera Israel yang hilang di Gaza.

Laman web akhbar Yedioth Ahronoth melaporkan bahawa permintaan Netanyahu tersebut dinyatakan semasa pertemuannya dengan Maurer di Baitulmaqdis. Beliau juga meminta presiden ICRC itu membantu kerajaannya dalam memperoleh maklumat tentang tentara mereka.

Bagi pihaknya, Maurer berkata bahawa ICRC telah berada di rantau ini untuk jangka masa yang lama dan sentiasa berusaha untuk mencari cara yang berkesan dalam menyelesaikan cabaran yang berlaku di rantau ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Hamas : Kematian Tahanan Adalah Jenayah Melampau Israel

Isnin, 11-09-2017 – Hamas menyeru Israel supaya bertanggungjawab atas kematian tahanan Palestin yang cedera Raed al-Salhi. Jurucakap Hamas, Hazem Kasem, dalam satu kenyataan mengatakan bahawa kematian Salhi disebabkan oleh “jenayah” Israel. Beliau juga menegaskan bahawa, isu tahanan akan menjadi keutamaan Hamas sehingga mereka memperoleh kebebasan.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Banduan dan Bekas Banduan berkata, tahanan yang cedera, Raed al-Salhi, 21, yang meninggal dunia pada Ahad, cedera parah apabila askar Israel cuba menangkapnya semasa serbuan di rumahnya pada bulan Ogos.

Kira-kira 1,200 tahanan Palestin dari 7,000 penjara Israel mengalami masalah kesihatan yang serius akibat kegagalan menerima bantuan perubatan. Hampir 21 banduan telah didiagnosis dengan pelbagai jenis kanser manakala 17 daripadanya mempunyai masalah berkaitan dengan jantung.

Peguam dari Suruhanjaya Hal Ehwal Banduan pada petang Isnin memfailkan rayuan awal kepada pihak pendakwaan Israel yang menuntut penyerahan segera jenazah Salhi yang masih ditahanoleh pihak berkuasa Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin