Categories
Berita Semasa

Semua pihak diminta tingkatan Intifada di Baitulmuqaddis.

Khamis, 06-04-2017 – Semua pihak dan pejuang di seluruh bandar di Palestin diminta meningkatkan Intifada di Baitulmuqaddis pada 17 April ini sempena Hari Tahanan Palestin sebagai tanda memperingati hari di mana Israel telah mengkhianati permintaan tahanan yang berjaya dalam mogok lapar mereka pada tahun 2012.

Pemimpin Jihad Islami, Daud Shihab dalam satu tunjuk perasaan anjuran Pergerakan al-Ahrar bagi tujuan menzahirkan sokongan kepada tahanan Palestin telah menyatakan bahawa pertubuhan yang dipimpinnya akan berusaha meningkatkan Intifada dan tindakan penentangan sebagai menyokong usaha-usaha para tahanan menentang pihak penjajah rejim Israel sebelum dan selepas tarikh tersebut.

Seterusnya beliau menjelaskan bahawa Israel telah gagal ‘membunuh’ keinginan rakyat Palestin samada melalui penahanan atau pembunuhan dan memuji perjuangan almahrum Mazen Fuqaha dalam usaha untuk membebaskan dirinya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Gaza: Pekerja asing boleh bergerak bebas di sempadan Beit Hanoun

Khamis, 06-04-2017 – Menteri Dalam Palestin di Semenanjung Gaza membenarkan semua pekerja PBB dan Bulan Sabit Merah untuk masuk dan keluar secara bebas melalui sempadan Beit Hanoun (Erez).

Dalam satu kenyataan akhbar, jurucakap kementerian Iyad al-Bazem berkata yang kementerian akan menggunakan mekanisma sama berkenaan perjalanan melalui sempadan itu bagi orang lain. Dalam laman Facebooknya, Bazem menjelaskan yang jika ada yang perlu segera melakukan perjalanan dan juga atas tujuan kemanusiaan tetapi tidak memenuhi syarat, pihak berkenaan akan memeriksa permohonan dan menentukan kelulusan permohonan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas Tuntut Hukuman Maksimum Terhadap Pengkhianat

Khamis, 06-04-2017 – Gerakan Perjuangan Islam, Hamas, menuntut pada hari Ahad mengenakan hukuman maksimum pada ejen-ejen pengkhianat dan memanggil untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memelihara keselamatan masyarakat dan melindungi perjuangan kemerdekaan Palestin.

Jurucakap Hamas Fawzi Barhoum dalam satu kenyataan akhbar memuji usaha yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri di Gaza dan perkhidmatan keselamatan dalam menjejaki pengkhiananat selepas pembunuhan pemimpin Mazen Fuqaha itu.

Dalam konteks susulan pembunuhan Fuqaha itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Negara di Gaza, Iyad al-Bozom, katanya dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebook beliau pada hari Sabtu bahawa langkah-langkah yang pencegahan akan diambil terhadap pengkhianat dalam beberapa hari lagi.

Berikutan pembunuhan Fuqaha, hashtag “pembalasan terhadap pengkhianat” viral di media sosial tempatan yang menyokong apa-apa langkah-langkah keselamatan akan dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri terhadap mereka di Semenanjung Gaza.

Mazen Fuqaha, seorang bekas tahanan Palestin yang dibebaskan dari Penjara Wafa al-Ahrar melalui perjanjian pertukaran banduan, telah dibunuh di hadapan rumahnya oleh lelaki bersenjata yang tidak diketahui dengan empat butir peluru dari senapang tanpa bunyi pada 24 Mac 2017 di kawasan Tal al-Hawa di bandar Gaza .

Al-Qassam, pergerakan sayap bersenjata Pergerakan Hamas, telah mengumumkan bahawa Fuqaha adalah salah satu daripada komander Briged ‘, dan menuduh Israel bertanggungjawab untuk pembunuhan dan berikrar untuk membalas dendam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Israel Lanjut Tempoh Tahanan Pengarah TIKA

Khamis, 06-04-2017 – Mahkamah Israel di Beersheba memutuskan untuk meneruskan penahanan Pengarah Kerjasama Turki dan Agensi Penyelarasan, TIKA, di Semenanjung Gaza, Mohammed Murtaja yang ditahan pada 12 Februari 2017.

Menurut Agensi Anadolu, mahkamah Israel menetapkan bahawa mahkamah perbicaraan akan datang akan diadakan pada 8 Mei 2017. Pada 21 Mac 2017, Israel dibenarkan menjelaskan butiran penangkapan Murtaja, yang telah bekerja untuk TIKA sejak 2012, atas tuduhan memindahkan dana Turki untuk sayap bersenjata Pergerakan Hamas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel buat rondaan, lancar belon perisik di Salfit

Isnin, 03-04-2017 – Tentera Israel menjalankan rondaan di gunung Salfit dan melancarkan dua belon perisik, pada petang Selasa menurut saksi. Saksi menegaskan, belon pertama dilancarkan dari pusat pemeriksaan Zatara, manakala kedua di timur Salfit, yang mana kedua-dua belon dilengkapi dengan kamera. Sementara itu, tentera dan pegawai Israel pula dilihat membuat rondaan di pergunungan Salfit pada waktu petang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Hamas memohon agar Kemuncak Amman memberikan keutamaan kepada Baitulmuqaddis dan al-Aqsa

Isnin, 03-04-2017 – Gerakan Hamas meminta para Menteri Luar Arab yang bersedia untuk Kemuncak Amman agar memberikan keutamaan kepada isu Baitulmuqaddis yang dijajah dan perlindungan ke atas Masjid al-Aqsa.

Jurucakap Hamas Hazem Qasem berkata dalam kenyatannya pada Selasa yang kerja-kerja untuk menamatkan pendudukan Israel ke atas Baitulmuqaddis adalah faktor utama bagi menyatukan bangsa Arab dan umat Islam.

Qasem turut menyentuh tentang isu berkenaan penahanan Israel ke atas para pengawal Masjid al-Aqsa. Perbuatan itu disifatkan sebagai menodai kemuliaan tempat suci umat Islam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel rampas tanah petani Palestin.

Isnin, 03-04-2017 – Tentera rejim Israel bertindak merampas sebidang tanah milik warga Palestin yang digunakan untuk tapak semaian di bandar Yatta, selatan al-Khalil. Menurut kata seorang aktivis tempatan, Ratib Jabar tentera Israel yang datang dengan sebuah kenderaan tentera telah menceroboh satu lokasi di Rifa’iyah yang terletak di bandar tersebut dan bertindak merampas tanah kepunyaan Mahmod Amar, seorang petani tempatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Persatuan Ulama’ Algeria: Mesir Benarkan Konvoi Kemanusiaan ke Gaza

Isnin, 03-04-2017 – Persatuan Islam Ulama Algeria memaklumkan bahawa mereka telah memulakan persediaan untuk menghantar konvoi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza pada penghujung April ini selepas pihak berkuasa Mesir bersetuju untuk membenarkan mereka masuk melalui pintu sempadan Rafah.

Al-Tuhami Majourie, ahli persatuan Ulama Muslim yang menganjurkan dan menyelia konvoi bantuan itu berkata ia dijadualkan bermula bulan lalu, tetapi kelewatan berlaku disebabkan oleh keadaan politik di Mesir.

“Kami menerima panggilan telefon sebulan yang lalu daripada Kedutaan Mesir di Algeria mengatakan bahawa ada kelulusan rasmi untuk mengadakan konvoi melalui Rafah menuju Semenanjung Gaza”, katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Pentadbiran di Gaza membatalkan keputusan Abbas untuk membentuk mahkamah perlembagaan

Rabu, 29-03-2017 – Mahkamah Pentadbiran di Gaza telah membatalkan keputusan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Palestin, Presiden Mahmoud Abbas untuk membentuk mahkamah perlembagaan.

Mahkamah berkata resolusi Abbas adalah batal dan tidak sah kerana tamat tempoh empat tahun Presiden sebagaimana yang dinyatakan dalam Undang-undang Asas, yang mana telah selesai 8 tahun yang lalu. Mahkamah menjelaskan Abbas tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah itu

Peguam Negara Palestin, Ismail Jabr berkata, dengan peraturan ini, apa-apa penghakiman yang dibuat oleh mahkamah perlembagaan akan dianggap batal dan tidak sah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syed ahmad muhsin

Categories
Berita Semasa

Haaretz: Amerika Syarikat (AS) merestui pembinaan penempatan

Rabu, 29-03-2017 – Pentadbiran AS telah menyatakan restu mereka terhadap pembinaan penempatan secara bukan terang-terangan, demikian menurut akhbar Haaretz.

Akhbar itu menyatakan pada Khamis yang wakil AS,Greenblatt, yang tiba mingguu lepas menyampai restu Presiden Donal Tump tentang hal itu dalam perjumpaannya dengan perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu. Namun, restu itu diberikan dengan syarat yang aktiviti pembinaan hanya dihadkan di pos Yahudi dan penempatan utama Baitulmuqaddis, bukannya melangkaui sempadan mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel kerah anggotanya hampiri Universiti Arab Amerika di Jenin.

Rabu, 29-03-2017 – Tentera Israel menggerah anggotanya ke kawasan berdekatan Universiti Arab Amerika yang terletak di timur Jenin. Mereka menahan dan memeriksa kad pengenalan warga Palestin yang melalui kawasan tersebut.

Sumber tempatan memberitahu pemberita PIC, beberapa buah kenderaan tentera bertindak menutup dengan membuat sekatan di jalan menuju asrama universit itu.
Selain itu, anggota tentera Israel turut membina pos pemeriksaan di jalan menuju bandar al-Megheiyyir, Jelqammous dan Raba.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Serangan udara Israel ke atas Gaza

Jumaat, 24-03-2017 – Pesawat perang Israel pada Rabu malam membom sejumlah kawasan di Semenanjung Gaza atas alasan yang satu roket Palestin jatuh di padang kawasan Sdot Negev semalam. Menurut Pusat Maklumat Palestin (PIC) di Gaza, dua peluru berpandu Israel mengena pos pihak pejuang yang terletak di bandar Deir al-Balah, Gaza. Satu lagi pesawat perang dikenalpasti sebagai F16 melancarkan dua serangan udara ke atas kawasan pertanian di timur bandar Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Dron Israel Terhempas di Gaza

Jumaat, 24-03-2017 – Tentera Israel mengumumkan kehilangan pesawat dron di Gaza. Akhbar Ibrani, Yedioth Ahronoth berkata, pesawat peninjau jenis pemandu langit jatuh di al-Shuja’iya, timur Gaza. Tentera Zionis dilaporkan melancarkan siasatan ke atas kemalangan itu. Sky Driver, pesawat dron Israel dan Amerika yang boleh mencapai 500 hingga 600 meter ketinggian, kebanyakannya digunakan oleh tentera Israel untuk mengejar aktivis Hamas di Semenanjung Gaza yang dikepung.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Wartawan wanita dibebaskan dari pusat tahanan Israel

Jumaat, 24-03-2017 – Wartawan Palestin, Samah Dweik telah dibebaskan dari penjara Israel pada petang Rabu lepas selepas sesi interogasi bersama pihak berkuasa Israel. Dweik telah melalui proses interogasi intensif yang panjang bersama pihak berkuasa Israel dan dibebaskan beberapa jam beliau diculik dari rumah keluarga beliau di Jerusalem. Dweik diculik pada petang Rabu semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kawasan Kejiranan Silwan, Selatan Masjid Al-Aqsa Sebelum ini, Dweik pernah dituduh dan diberikan arahan tangkapan atas dakwaan menjalankan aktiviti anti-penjajahan di media sosial.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel dakwa roket jatuh di wilayahnya.

Jumaat, 24-03-2017 – Pihak tentera rejim Israel mendakwa sebuah roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza telah jatuh di kawasan tanah lapang, di wilayah Sdot Negev. Bagaimana pun, menurut berapa sumber, tiada sesiapa yang cedera dan tidak berlaku sebarang kerosakan yang dilaporkan. Sumber dari media Israel pula menyatakan, amaran siren roket warna merah tidak pula kedengaran di kawasan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali