Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyekat perarakan tanda perpaduan di Ramallah

Selasa, 23-02-2016 – Puluhan rakyat Palestin menderita akibat tersedut gas pemedih mata selepas Regim Zionis Israel ( IOF) telah menyekat perarakan yang dianjurkan di kampung Bil’in di Ramallah.

Sejumlah besar penduduk tempatan telah mengambil bahagian dalam perarakan yang dianjurkan untuk menyokong Mohamed al- Qeiq yang telah melancarkan mogok lapar selama 85 hari sebagai protes terhadap penahanan beliau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Mladenov menyeru pembebasan tahanan tanpa bicara

Selasa, 23-02-2016 – Setiausaha Agung Penyelaras Khas PBB untuk Kedamaian Timur Tengah Nickolay Mladenov menyeru pembebasan tahanan tanpa bicara warga Palestin yang ditahan di penjara Israel.

Ketika persidangan akhbar yang diadakan pada Rabu di Gaza, Mladenov menyatakan rasa tidak setujunya tentang apa yang berlaku kepada Mohamed al-Qeiq kerana ia bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

“PBB telah menyatakan dengan jelas menentang tahanan tanpa bicara bukan sahaja di Israel malah seluruh dunia. Kami percaya yang tindakan ini melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel musnah kawasan pertanian di Isawiyah, Tebing Barat.

Selasa, 23-02-2016 – Tentera rejim Israel didapati mula jalankan operasi meroboh dan memusnah di bandar Isawiyah, Baitulmuqaddis pada hari Rabu, kelmarin.

Menurut kata aktivis tempatan, Ahmad Sub Laban yang turut mengesahkan kejadian tersebut, anggota tentera rejim Israel dilihat mula menjalankan kerja-kerja memusnah beberapa bidang tanah pertanian dan kemudahan perindustrian di bandar Isawiyah dan Al-Tur sebagai tanda bermulannya pembinaan ‘taman negara’ baru di bandar tersebut.

Terang Sub Laban lagi, tanah seluas 740 dunums (ekar) di kedua-dua bandar itu dijadualkan akan dirampas oleh pihak rejim Israel bagi tujuan membesarkan lagi penempatan Maale Adumim yang merupakan salah satu dari rancangan penempatan E1.

Sebelum itu, pada awal pagi hari Selasa, pihak pentadbiran perbandaran rejim Israel mengeluarkan 12 perintah meroboh 11 buah kediaman milik warga Palestin dan sebuah masjid di Isawiyah, timur Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Kementerian Dalam Negeri rayu Mesir lanjut pembukaan Rafah

Selasa, 23-02-2016 – Kementerian Dalam Negeri Palestin merayu kepada pihak berkuasa Mesir untuk melanjutkan pembukaan sempadan Rafah untuk membolehkan penghijrahan lebih ramai penduduknya.

Jurucakap kementerian berkenaan, Iyad al-Bazam berkata, masih terdapat beribu-ribu orang membabitkan kes-kes kemanusiaan yang perlu melintas sempadan untuk ke Mesir.

“Penutupan sempadan pada hari ini bermakna penderitaan bagi kira-kira 24,000 orang membabitkan kes kemanusiaan akan terus wujud, sekali gus menimbulkan ancaman kepada nyawa pesakit, masa depan pelajar dan pemegang permit kediaman serta pasport asing,” kata al-Bazam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Teater bisu diadakan tanda solidariti kepada wartawan Palestin , Muhammad al- Qeiq

Khamis, 18-02-2016 – Satu teater peranan senyap telah dipersembahkan oleh sekumpulan amatur di Semenanjung Gaza yang dikepung untuk menyatakan tanda sokongan terhadap wartawan Palestin Muhammad al- Qeiq yang kini sedang mengadakan mogok lapar.
Pagar berduri dan logam penghadang ditonjolkan di atas pentas sambil pagar besi diikat di seluruh tubuh para pelakon dalam usaha untuk menyampaikan kepada penonton akan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di penjara Israel.
Acara ini telah dipentaskan oleh kumpulan belia Wafi di Gaza di bawah tajuk “Kebebasan untuk Muhammad al- Qeiq.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Walau berhadapan keadaan sukar, tahanan tetap nyata sokongan pada Al-Qeiq.

Khamis, 18-02-2016 – Tahanan warga Palestin yang sakit di penjara Raymond, mengadu terpaksa berhadapan dengan keadaan dan peraturan sukar, terutamanya ketika mereka dihantar bagi mendapatkan rawatan menggunakan kenderan penjara yang dikenali sebagai, Bosta.

Menurut kata seorang peguam dari PertubuhanTahanan Palestin (PPS) yang melawat penjara tersebut, tahanan yang dipindahkan ke hospital kerana sakit terpaksa menaiki kenderaan Bosta dengan terpaksa menempuh perjalanan berjam-jam, adakalanya sehari suntuk, dalam keadaan dirantai, hanya diberi makan sekali dan tidak dibenarkan ke tandas. Itu yang menyebabkan penyakit mereka bertambah buruk.

Kata pihak PPS lagi, ada kes di mana tahanan yang sakit contohnya seperti Shady Halawa, 36 tahun berasal dari kem pelarian Jabalya di Semenanjung Gaza. Baru-baru ini, perutnya dijangkiti penyakit yang menyebabkan dia muntah-muntah. Akibatnya dia kehilangan berat badan sebanyak 15 kilogram. Doktor memutuskan dia perlu dibedah segera tetapi tàrikhnya belum ditetapkan lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis mencabut 100 pohon zaitun di Salfit

Khamis, 18-02-2016 – Tentera rejim Israel (IOF) pada Isnin mencabut hampir 100 pohon zaitun dan anak pokoknya di kampung Deir Estia barat Salfit ke utara Tebing Barat.

Para petani tempatan memberitahu wartawa PIC yang mereka dikejutkan pada pagi Isnin oleh kehilangan pokok dan anak pokok zaitun atas alasan ia ditanam di kawasan tanah rizab. IOF dipergunakan untuk mengusir para petani Palestin dari tanah mereka untuk memberi laluan kepada pendatang Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Para peniaga Palestin di Sempadan Damsyik menjadi sasaran rejim Zionis

Khamis, 18-02-2016 – Para peniaga Palestin di Sempadan Damsyik kini melebihi daripada yang pernah disasarkan oleh pihak berkuasa penempatan Israel (IOA) di bandar Baitulmuqaddis .

Namun demikian, menurut sumber Hebrew, zon perindustrian telah diputuskan untuk dikembangkan di perbandaran yang sama: Atarot -Qalandia, yang terletak di utara Jerusalem, untuk menyokong aktiviti penempatan dan penerokaan Israel. Menurut Iroshalim, akhbar mingguan Hebrew dalam edisi terbarunya bahawa selepas kematian seorang askar wanita Israel berhampiran sempadan Damsyik, pekerja perbandaran Israel telah menyerbu kawasan perniagaan bersebelahan dengan tempat kejadian, dan mengenakan denda ke atas peniaga atas alasan melanggar undang-undang dan peraturan-peraturan perbandaran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zaina Dinn

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis memenembak wanita muda sehingga cedera parah di al -Khalil

Khamis, 18-02-2016 – Regim Zionis Israel ( IOF) melakukan tembakan terhadap seorang wanita muda Palestin sehingga mendapat kecederaan yang parah berhampiran penempatan Kiryat Arba, yang dibina secara haram di atas tanah Palestin di al- Khalil.

Kementerian Kesihatan Palestin menegaskan bahawa wanita berusia 21 tahun itu bernamaYasmin Rashad al- Tamimi telah ditembak beberapa kali kerana didakwa cuba melakukan serangan dengan menikam di kawasan berhampiran kawasan jajahan. Dia juga ditembak dengan tiga peluru di bahagian kaki , tangan, dan perut dan menjalani beberapa pembedahan di sebuah hospital Israel , katanya.

Akhbar Maariv Ibrani melaporkan bahawa gadis itu cedera parah sebelum ditinggalkan dengan pendarahan tanpa apa-apa rawatan perubatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Abu Marzuq: Keamanan Sinai Tercemar Akibat Israel

Khamis, 18-02-2016 – Anggota biro politik gerakan Hamas, Dr. Musa Abu Amrzuq berkata Israel adalah satu-satunya negara yang mempunyai kepentingan untuk merobohkan keamanan di Sinai dan membedil Gaza.

Pernyataan ini dijelaskan Abu Marzuq khususnya kepada wakil Quds Press. Ia menerangkan, puak Zionis adalah satu-satunya yang mempunyai kepentingan untuk merempuh keamanan Gaza selama-lamanya dan membiarkannya tidak berpenghuni tanpa sebarang rancangan pembangunan walaupun sangat berpotensi untuk dibangunkan.

Beliau menyeru pihak Mesir dan juga Palestin untuk tidak memberikan peluang kepada Israel. Tidak tercetus langsung keamanan di Sinai kerana laluan telah ditutup. Apa yang kita mahukan adalah dengan tidak memberikan sekelumit kesempatan kepada Israel untuk menjayakan rancangannya di Sinai.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Israel roboh 180 rakyat Palestin bulan lalu.

Khamis, 18-02-2016 – Satu laporan statistik Palestin melaporkan bahawa pada bulan Januari yang lepas pihak Israel telah merobohkan 64 buah rumah dan struktur di wilayah yang diduduki di Tebing Barat dan Jerusalem. Laporan itu yang dikeluarkan oleh Pusat Penyelidikan Tanah pada hari Rabu menyatakan bahawa tindakan Israel tersebut menyebabkan 180 orang hilang tempat tinggal, termasuk 93 kanak-kanak.
Pada bulan itu juga dilaporkan, Israel telah membakar berpuluh-puluh kemudahan komersial, haiwan ternakan, kawasan pertanian, dan telaga air serta dinding-dinding dan sebuah masjid

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

Ramai menghadiri pengebumian seorang remaja perempuan Palestin

Selasa, 16-02-2016 – Sejumlah besar warga Palestin menghadiri pengebumian seorang gadis Palestin berusia 17 tahun yang dibunuh oleh tentera rejim pada pagi Ahad dekat masjid Ibrahimi dalam satu kejadian cubaan menikamnya.

Jenazah mangsa, Kilzar al-Uweiwi dibawa dari Hospital al-Khalil ke rumah keluarganya untuk penghormatan terakhir. Jenazahnya kemudian dibawa ke masjid al-Hussein di kejiranan Ein Sarah. Ketika perarakan pengebumian, mereka yang berkabung mengibarkan bendera Palestin dan memegang gambar mangsa sambil melaungkan slogan menyokong penentangan Palestin dan menyeru tindakan balas.

Terdahulu, gerakan Hamas menyeru kehadiran beramai-ramai ke pengebumian tersebut dan menekankan kepentingan menyokong Intifada Baitulmuqaddis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Remaja Palestin Dibunuh Dakwaan Cubaan Menikam

Selasa, 16-02-2016 –Seorang remaja Palestin terbunuh pada tengah hari Ahad oleh tentera penjajah Israel berhampiran Bethlehem selepas mendakwa dia merancang serangan menikam. Sumber media Hebrew berkata bahawa tentera yang mengendalikan sekatan jalan raya di antara Jerusalem dan Bethlehem menembak dan membunuh remaja itu kerana cuba menikam salah seorang daripada mereka.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata bahawa remaja itu adalah Naim Ahmed Safi berusia 17 tahun dari kampung Obaidiya di Betlehem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Peace Now: Israel bina 2, 500 unit penempatan haram sepanjang 2015.

Selasa, 16-02-2016 – Sepanjang tahun 2015, pihak berkuasa Rejim Israel didapati telah memulakan pembinaan 1, 800 unit rumah bagi penempatan baru secara haram di Tebing Barat, di luar dari sempadan wilayah yang dikuasainya. Demikian lapor, Peace Now pada hari Ahad kelmarin.

Menurut laporan pertubuhan NGO itu, lebih 40 % penempatan baru itu, terletak di bahagian timur tembok pemisah di mana 69 % daripadanya merupakan penempatan berpagar. Tapak bagi membina penempatan tersebut telah siap dibina pada tahun lalu dan kerja membina 734 unit rumah dijangka akan dimulakan dalam masa terdekat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Senarai penyokong pemogok lapar Al-Qaiq terus bertambah

Isnin, 15-02-2016 – Khamis MP Mohamed al-Netsheh telah mengisytiharkan sokongan sepenuhnya kepada pemogok lapar Mohamed al-Qeiq, memuji kesabaran dan kesungguhan beliau yang menahan makan selama 79 hari berturut-turut.

Bercakap kepada PIC, al-Netsheh menegaskan bahawa beberapa tahanan Palestin telah turut mengisytiharkan mogok lapar sejak beberapa hari lalu sebagai langkah protes dan berpadu bersama al-Qeiq.Mereka melancarkan mogok lapar selama sehari bagi menyokong tindakan al-Qeiq ini, katanya disamping menyeru institusi hak asasi manusia untuk berdiri bersama tahanan Palestin lantaran siksaan yang tidak tertanggung di penjara Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin