Categories
Berita Semasa

Boulos: Tahanan al-Qiq Jalani Operasi Hidup Kembali

Rabu, 20-01-2016 – Ketua unit undang-undang Persatuan Tahanan Palestin, Jawad Boulos berkata, tawanan Palestin Mohammed al-Qiq pengsan dan dipindahkan, pada waktu subuh Jumaat lepas, ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana beliau menjalani operasi penghidupan kembali sehingga dia sedar kembali.

Boulos dipetik banduan al-Qiq, yang telah melancarkan mogok lapar selama 54 hari sebagai protes terhadap penahanan pentadbiran, sebagai berkata bahawa doktor penjara bersama-sama dengan krew pentadbiran penjara memaksa ganas untuk meyakinkan beliau untuk mengambil makanan dengan menjerit kepadanya, tetapi ia menolak bahawa dan meminta mereka untuk tidak campur tangan dalam apa jua keadaan walaupun dia pengsan.

Peguam Boulos memberi amaran betapa seriusnya keadaan kesihatan tawanan al-Qiq yang menghidap sakit teruk di pinggang dan tangan dan kakinya serta matanya. Dia masih digari ke katil hospital tanpa mengira keadaan kritikal beliau.

Tahanan al-Qiq akan merayu kepada Mahkamah Agung Israel selepas mahkamah tentera Ofer enggan menerima rayuan terkini yang telah dikemukakan di depan matanya, Khamis lalu, Boulos berkata.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Serbuan dan Konfrantasi Berlangsung di al-Quds

Rabu, 20-01-2016 – Para pemuda Palestin pada Ahad malam (17/1) melempar batu ke arah kereta Yahudi di utara kota al-Quds. Serangan ini menyebabkan kerosakan pada cermin kereta.

Sumber media Zionis meyebutkan bahawa para pemuda Palestin melempar batu ke arah kereta dengan batu ketika kenderaan tersebut melintasi desa Shafaat di utara al-Quds. Serangan ini menyebabkan kerosakan teruk hingga ditaksir kerugian mencapai ribuan Shekel setelah 4 cermin kereta pecah.

Sumber militan Zionis menambah bahawa sekurang-kurangnya sebuah kereta Zionis mengalami serangan lemparan batu dalam sehari. Di timur al-Quds, pasukan penjajah Zionis menyerbu desa Isawilyah sambil melepaskan tembakan secara massif dan meriam gas pemedih mata serta meriam bunyi ke arah para pemuda dan rumah penduduk Palestin, sehingga menyebabkan sejumlah orang mengalami sesak nafas.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tiga Pemuda maut Ditembak Israel di Hebron dan Betlehem

Isnin, 18-01-2016 – Tiga Pemuda Palestin maut ditembak pasukan penjajah Zionis pada hari Selasa(12/1/2016) dalam peristiwa di Kota Hebron dan Betlehem, Wilayah Selatan Pinggir Barat.

Di Kota Betlehem, Jabatan Kesihatan Palestin mengumumkan bahawa seorang pemuda bernama Surur Ahmad Ibrahim Abu Surur yang berusia 21 tahun dari kem Pelarian Aidah berdekatan Betlehem, telah maut setelah ditembak tentera penjajah Zionis di dadanya. Hal ini terjadi pada saat tercetus pergolakan antara pasukan penjajah Zionis dan para pemuda Palestin di daerah tersebut.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Hamas Kutuk Pengeboman Maut Istanbul

Isnin, 18-01-2016 – Pergerakan Hamas telah mengecam keras pada petang hari Selasa “jenayah” serangan bom di Dataran Sultanahmet yang bersejarah di Istanbul.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, pergerakan itu mengucapkan takziah kepada rakyat Turki dan keluarga mereka yang hilang dalam “jenayah kejam” tersebut. Mereka berharap untuk melihat kestabilan dan keselamatan di Turki.

Sebelum itu pada hari Selasa, satu serangan bom berani mati di Dataran Sultanahmet yang bersejarah di Istanbul membunuh sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan 15 yang lain, termasuk enam rakyat Jerman.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Tahanan Ciq dalam keadaan kritikal setelah mogok lapar selama 49 hari

Isnin, 18-01-2016 – Keadaan kesihatan seorang wartawan Palestin yang ditahan Mohammad al-Qiq telah memasuki tahap bahaya pada Selasa setelah mogok lapar berterusan selama 49 hari. Beliau meneruskan mogok sebagai membantah penahanannya yang dilakukan tanpa bicara.

Keluarga beliau memberitahu wartawan PIC bahawa anak mereka yang telah mogok lapar sejak 25 November dalam keadaan kritikal. Mereka mendedahkan yang beliau digari kaki tangan semasa rejim Israel mengambil keputusan untuk menyalurkan cecair tambahan menerusi saluran intravenanya.

Keluarganya juga mengesahkan bahawa al-Qiq mengadu yang beliau adakalanya koma dan sangat-sangat lemah serta letih. Namun begitu, beliau tetap ingin meneruskan mogok laparnya hingga dibebaskan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel teruskan rata tanah dan pasang pagar atas tanah milik Palestin di bandar Yabad, Tebing Barat.

Isnin, 18-01-2016 – Pihak tentera rejim Israel didapati mula menjalankan kerja-kerja merata tanah dan memasang pagar bagi tujuan meluaskan lagi wilayahnya, masuk ke tanah milik Palestin di bandar Yabad, sebelah selatan Bandar Jenin, sejak 3 hari yang lalu.

Menurut kata saksi kepada Palestinian Information Center (PIC), pada hari Selasa itu sahaja telah masuk hari yang ketiga, pekerja dan kenderaan kontraktor pihak rejim Israel, berkerja secara terus-menerus bagi melakukan kerja-kerja merata tanah dan memasang pagar di atas lot-lot tanah yang terletak di antara bandar Yabad dan penempatan Yahudi Dotan, terutamanya di kawasan berdekatan pos pemeriksaan yang menjadi pemisah antara bandar Yabad dengan bandar Tulkarem.

Tambah saksi itu lagi, pihak tentera rejim Israel turut membesarkan pos pemeriksaan Dotan dengan meletakkan lebih banyak blok-blok konkrit di atas jalan dan melebarkan lagi kawasan tanah yang mereka pagar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Seorang wanita telah ditangkap atas tuduhan cuba meletupkan diri.

Isnin, 18-01-2016 – Polis Israel menyatakan telah menangkap seorang wanita muda Palestin setelah mensyakinya cuba untuk meletupkan diri di Bandar Nahariya pada malam Isnin yang lalu.

Menurut media Hebrew, pihak Israel telah meletakkan alat pengesan bom secara meluas di bandar tersebut setelah berhadapan dengan kes wanita tersebut. Pihak polis telah menyatakan bahawa wanita tersebut telah ditangkap di Jalan Trumpeldor dan dibawa untuk siasatan atas pertuduhan cuba mengancam pihak Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Sepanyol Buat Kempen Boikot Israel

Isnin, 18-01-2016 – Parti Kiri Bersatu Sepanyol, dengan sokongan dari Parti Sosialis Buruh Sepanyol, mengadakan kempen pemboikotan global untuk “Israel” atau BDS Movement (Boycott, Divestment and Sanctions), di mana para anggota Dewan Bandaraya di Castrion, Asturias memberikan suara bagi menyokong kempen ini.

Koordinator Umum Kiri Bersatu, Jose Luis Garrido, menyatakan alasan mereka mengadakan kempen pemboikotan ini serta menyeru pihak dewan bandaraya lain di Sepanyol untuk mengambil langkah yang sama dan memboikot negara penjajah Zionis di semua peringkat supaya Zionis menarik diri dari wilayah-wilayah pendudukan (Palestin) serta menghormati undang-undang antarabangsa dan hak-hak rakyat Palestin untuk kemerdekaan dan kebebasan.

Dalam pidato di depan anggota dewan bandaraya, beliau juga menyentuh soal undang-undang antarabangsa dan resolusi-resolusi PBB yang tidak dilaksanakan oleh “Israel”. Beliau bercakap mengenai kesahan penempatan Yahudi dan tembok pemisah rasis yang dibangun oleh otoriti penjajah Zionis di wilayah Palestin, serta membincangkan tentang isu pelarian Palestin dan tindakan rasis yang dipraktikkan oleh “Israel”, selain mengungkapkan tentang penderitaan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Warga tua tercedera dalam petempuran di Kafr Qaddum

Isnin, 18-01-2016 – Maher Amer, seorang warga tua Palestin yang berusia 60 tahun telah tercedera akibat tembakan dari tentera Israel di Bandar Kafr Qaddum, timur Qalqilya, Tebing Barat.

Murad Eshtaiwi, wakil jurucakap media di Qalqilya dan juga penggerak penentangan terkenal di Kafr Qaddum telah mendedahkan bahawa pihak tentera Israel telah menggunakan kekerasan untuk berhadapan dengan kumpulan tunjuk perasaan anti-pendudukan pada Sabtu lalu.
Askar Israel menggunakan peluru hidup dan getah secara rambang kepada penduduk Palestin sehingga menyebabkan Amer tercedera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : fauzan

Categories
Berita Semasa

Hamas: Tiada Masalah Pengawasan Gerbang Rafah Diserahkan Kepada Pihak Nasional

Rabu, 13-01-2016 – Gerakan Perlawanan Islam Hamas menegaskan bahawa pihaknya tidak ada masalah soal penyerahan tugas mengawasi gerbang kawalan Rafah kepada pihak anggota nasional. Hal tersebut diucapkan Hamas dalam pertemuannya dengan puak-puak Palestin di Gaza, Ahad (10/1) malam ini.

Dalam kenyataan sidang berita usai pertemuan dengan puak-puak Palestin untuk membicarakan krisis gerbang Rafah,Jurucakap Gerakan Hamas Sami Abu Zuhri berucap bahawa pertemuan itu berjalan dengan serius dan telus seadanya.

Abu Zuhri berkata lagi bahawa Gerakan Hamas telah menegaskan kepada puak-puak Palestin bahawa pihaknya menyambut baik kedatangan pemerintah Palestin untuk melaksanakan arahan di pintu gerbang Rafah dan yang lain.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Penduduk Palestin tercedera dalam pertempuran di bandar Saeer

Rabu, 13-01-2016 – Wartawan PIC mendedahkan, seorang pemuda Palestin ditembak dengan peluru getah oleh tentera Israel sementara berpuluh-puluh yang lain alami sesak nafas selepas tentera Israel melepaskan gas pemedih mata dan bom bunyi. Pertempuran meletus di persimpangan Beit Noun dan Wadi Saeer selepas beribu-ribu rakyat Palestin berkumpul untuk memberi penghormatan kepada mereka yang syahid Khamis lalu, rasa terpanggil untuk membalas dendam.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi disyaki rosakkan kubur penganut Kristian.

Rabu, 13-01-2016 – Kubur Kristian “Dier Beit Jamal” bagi gereja Salesian, yang terletak di barat Baitulmuqaddis didapati telah dirosakkan oleh pihak yang tidak dikenali. Bagaimana pun, menurut kata pemberita PIC, pelampau yang juga pendatang Yahudi disyaki terlibat melakukan perbuatan tersebut.

Dalam satu kenyataan pada petang hari Sabtu kelmarin, pihak gereja Kristian Katolik Latin bagi Baitulmuqaddis berkata, berpuluh-puluh nisan salib didapati telah dipatahkan. Sebelum ini, tanah perkuburan tersebut pernah diceroboh iaitu pada bulan September tahun 1981 dan Mac, 2014 di mana bahagian temboknya telah diconteng dengan tulisan perkataan berbaur anti Kristian.

Pihak gereja turut mengutuk perbuatan tersebut dan menegaskan bahawa kejadian itu bukan yang pertama kali berlaku dalam beberapa tahun ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis merampas kawasan seluas 300 dunum di Yabad

Rabu, 13-01-2016 – Rejim Israel (IOA) pada Ahad merampas kawasan pertanian Palestin seluas 300 dunums di bandar Yabad, Jenin dan mengisytiharkan ia sebagai kawasan tentera yang tertutup.

Sumber tempatan mendedahkan yang tentera rejim memagar sebahagian lot tanah pertanian bersebelahan dengan penempatan Mabo Dothan settlement, yang dibina atas tanah Yabad setelah notis rampasan diserahkan kepada pemilik tanah pada awal Januari.

Para penduduk bandar tersebut meminta pihak berkenaan agar masuk campur menghentikan jenayah berterusan oleh tentera rejim dan pendatang Israel ke atas rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Para pendatang menyerbu Aqsa, tentera khas rejim mengambil gambar mereka yang duduk membantah

Isnin, 11-01-2016 – Sekumpulan pendatang Yahudi pada pagi Isnin meyerbu dataran Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis. Manakala perisik rejim yang menyamar dengan pakaian biasa mengambil gambar mereka yang memprotes.

Akhbar Quds mendedahkan yang 14 orang pendatang memecah masuk dataran Aqsa dari pintu Magharebah dengan kawalan ketat oleh polis rejim. Mereka meredah warga Palestin yang sedang beribadah dan juga yang sedang memprotes di kawasan suci itu sejak awal pagi walaupun cuaca sejuk. Perkara tersebut dilaporkan oleh seorang pengawal masjid.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rayu sokongan untuk Ali Alqam, tahanan paling muda di dunia

Isnin, 11-01-2016 – Ahli Parlimen Palestin, Jamal al-Khudari yang juga Ketua Jawatankuasa Popular yang berjuang bagi memecah kepungan ke atas Semenanjung Gaza, menyeru masyarakat seluruh dunia, begitu juga umat Islam dan Arab serta institusi-instititusi hak asasi di Palestin agar memberi sokongan kepada tahanan paling muda yang ditahan di penjara Israel.

Menurut Khudari, Ali Alqam merupakan tahanan paling muda di dunia di mana usianya baru 11 tahun, sementara Ahmad Manasra dan Muawiya Alqam pula baru berumur 13 tahun. Ketiga-tiga mereka berasal dari Baitulmuqaddis dan telah ditahan selama 2 bulan. Mereka akan dibicarakan pada hari Rabu ini.

Pada satu kenyataan akhbar pada hari Selasa kelmarin, Khudari telah mendedah tentang keadaan para tahanan bawah umur warga Palestin di penjara Israel yang dilayan secara tidak berperikemanusiaan di mana keadaan tempat tahanan yang sangat teruk dan jauh dari memenuhi tahap minimum mengikut piawaian antarabangsa bagi hak kanak-kanak yang ditahan sebagai banduan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali