Categories
Berita Semasa

5 warga Palestin ditahan kerana membaling batu

Isnin, 15-02-2016 – Tentera rejim Israel (IOF) menahan 5 orang warga Palestin pada Khamis atas tuduhan serangan dengan membaling batu. Laman sesawang Israel 0404 mendakwa yang IOF menahan 5 pemuda kerana terlibat dalams serangan membaling batu ke arah kejiranan pendatang di Kiryat Arba, yang dibina secara haram di tanah milik warga Palestin di timur al-Khalil.

5 orang tahanan dibawa ke pusat tentera berdekatan untuk siasatan, sumber tersebut menambah. Israeli Knesset telah meluluskan bil yang menguatkan sekatan ke atas ‘para pembaling batu’ Palestin pada Jun lepas. Bil itu turut membenarkan penjatuhan hukuman penjara sehingga 20 tahun ke atas mereka yang membaling batu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Doktor letak Mohamed Qeiq bawah pengawasan rapi.

Isnin, 15-02-2016 – Pesuruhjaya bagi tahanan warga Palestin menyatakan bahawa pihak hospital Afula telah mengarahkan doktornya supaya memberi pengawasan perubatan rapi ke atas Mohamed Al Qeiq, wartawan yang terus lakukan mogok lapar berikutan keadaan kesihatannya yang semakin menurun.

Ketua Pesuruhjayanya, Issa Qaraqea berkata bahawa pihak hospital telah meletakkan seorang pegawai perubatan di bilik Qeiq untuk memerhatikan jika berlaku sebarang perubahan pada keadaan kesihatannya.

Tambah Qaraqea lagi, tindakan itu diambil selepas Qeiq menggigil diserang sawan teruk di bahagian dada dan kakinya pada petang Rabu, kelmarin. Tegas beliau lagi, masyarakat antarabangsa perlu campur tangan bagi menyelamatkan nyawa Qeiq sebelum ia terlambat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pagar Penghalang Meningkat 20% di Tebing Barat

Isnin, 15-02-2016 – Laporan yang bersumber dari hasil pantauan pejabat OCHA iaitu badan PBB untuk urusan kerjasama kemanusiaan menyebutkan, pintu masuk Israel yang dibangunkan di Tebing Barat meningkat 20% pada akhir tahun 2015.

Demikian juga berdasarkan hasil kajian pihak PBB menyebutkan, bersamaan dengan berakhirnya tahun 2015 pemerintah Zionis telah membangun 91 pagar penghalang militan untuk menghalangi pergerakan masyarakat di beberapa bandar di Tebing Barat, di samping 452 pintu masuk yang sudah ada sebelumnya. Sudah tentu pintu masuk ini sangat mengganggu secara langsung kepada kehidupan 850 ribu warga Palestin, terutama mereka yang tinggal di kota Hebron, selatan Tebing Barat.

Sebahagian besar pintu masuk tersebut tidak dijaga tentera. Pagar penghalang tersebut dibiarkan menghalangi jalan-jalan yang menghubungkan Palestin dengan jalan-jalan utama yang biasa dilalui penduduk. 9 daripada 42 pagar baru tersebut dibina di sebelah timur Al-Quds sepanjang bulan Oktober dan hingga kini ia masih berada di sana.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

41 fanatik Israel serbu Masjid al-Aqsa

Isnin, 15-02-2016 – Segerombolan 41 fanatik Israel menyerbu Masjid Suci Al-Aqsa, pada pagi Khamis melalui pintu pagar Maghribi. Sumber berkata, unit khas Israel telah mengiringi kumpulan tersebut sepanjang jalan di seluruh plaza tempat suci itu ketika mereka memecah masuk. Dilaporkan, khutbah mengenai sejarah palsu berkaitan tempat suci al-Aqsa turut disampaikan oleh pemimpin fanatik kumpulan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serang petani di Gaza dengan mesingan

Jumaat, 12-02-2016 – Pada Subuh Khamis lalu, tentera Israel (IOF) melepaskan tembakan mesingan pada petani Palestin di utara Semenanjung Gaza yang dikepung.

Sumber tempatan berkata, tentera penjajah Israel yang ditempatkan di sempadan utara Gaza melancarkan serangan dengan melepaskan peluru mortar pada petani Palestin. Serangan itu merupakan satu lagi pelanggaran Israel terhadap perjanjian gencatan senjata yang ditandatangani melalui rundingan di Kaherah pada 2014.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Tahanan mogok lapar dipindah ke hospital.

Jumaat, 12-02-2016 – Pihak penjara Israel bertindak memindahkan tahanan, Kayed Abu Rish, 46 tahun yang sedang mogok lapar di penjara Megiddo ke Hospital Afula pada hari Rabu, kelmarin kerana keadaan kesihatannya yang semakin merosot.

Abu Rish mengambil keputusan melakukan mogok lapar pada 14 Januari, 2015 kerana membantah penahanan tanpa dakwaan yang dikenakan ke atasnya dan baru-baru ini, tempoh tahanannya dilanjutkan 6 bulan lagi.

Beliau yang ditahan secara berasingan, menderita sakit kepala berterusan, kerap pening, mudah pitam dan rasa letih di seluruh badan. Penyakit itu berpunca dari kecederaan di bahagian kaki dan belakang badan yang dialami akibat terkena tembakan semasa menyertai Intifada pertama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Seorang pemuda Palestin cedera akibat tembakan oleh Israel di timur Bethlehem

Jumaat, 12-02-2016 – Seorang pemuda Palestin cedera pada petang Khamis akibat tembakan Israel dalam pertelingkahan dengan tentera Israel di barat kemasukan ke Kampung Taqoa ke timur Bethlehem. Pengarah perbandaran Taqoa, Taysir Abu Mefreh berkata, rejim Israel melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ke arah pemuda Palestin dan menyebabkan seorang pemuda cedera dengan peluru terkena pada pahanya. Pemuda yang cedera itu dipindahkan ke klinik bandar itu untuk dirawat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

MP Khudari : Kedudukan Palestin Unified diperlukan untuk mempertahankan al -Aqsa.

Jumaat, 12-02-2016 – Ahli Parlimen Palestin Jamal al- Khudari memberi amaran tentang kesan serius dari perbuatan pecah masuk dan vandalisme Israel di Masjid suci umat Islam, Masjid al-Aqsa. Beliau berkata perbuatan tersebut membuka jalan bagi pembahagian spatio-temporal di masjid tersebut.

Al- Khudari berkata pencerobohan Israel di al-Aqsa bertujuan mengenakan accompli fait baru dalam usaha membahagikan Masjid tersebut diantara orang Islam dan Yahudi. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar pada hari Rabu.
Beliau juga menegaskan akan perlunya wakil negara yang bersatu dan sokongan antarabangsa untuk berdepan dengan plot Israel itu.
Ahli Parlimen bebas itu turut lantang bersuara menentang pembinaan pantas penempatan haram Israel .

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zaina

Categories
Berita Semasa

16 rakyat Palestin ditahan di Tebing Barat, Baitulmaqdis diduduki

Jumaat, 05-02-2016 – Pada Subuh Isnin lalu, tentera Israel (IOF) menahan 16 rakyat Palestin ketika melakukan serbuan besar-besaran di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

TV Israel Channel 7 melaporkan bahawa IOF sebagai berkata, 16 rakyat Palestin yang ‘dikehendaki’ itu ditangkap pada waktu Subuh kerana didakwa melakukan serangan anti-penjajah. Di Nablus, tiga remaja ditahan selepas tentera Israel menyerbu beberapa bandar dan kawasan perkampungan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Hari Kedua, Israel Terus Menahan Warga Ramallah

Jumaat, 05-02-2016 – Sumber-sumber media zionis berkata bahawa Pihak Tertinggi Keamanan Palestin memperketatkan prosedur penggunaan senjata bagi anggotanya. Tindakan itu muncul akibat salah seorang anggotanya yang melakukan aksi tembak menembak di kem tentera zionis Bet El di utara al-Birah, wilyah tengah tepi barat, 2 hari lalu.

Radio umum Zionis dalam siarannya, pada Isnin (1/2) lalu memetik dari sumber keamanan yang mengatakan bahawa pihak tertinggi keamanan memang tekad untuk memperketatkan prosedur tersebut. Ini terjadi akibat serangan yang dilakukan polis Palestin Amjad Sukari di kem tentera Zionis Bet El tersebut.

Dikatakan bahawa pihak tertinggi tersebut sudah memulakan penyelidikan yang berkait dengan aksi serangan tembak menembak di Bet El tersebut.

sumber : COMES
penterjemah : Asyraf

Categories
Berita Semasa

Benkirane bertemu delegasi Palestin di Persidangan Eropah

Jumaat, 05-02-2016 – Ketua kerajaan Maghribi Abdelilah Benkirane bertemu dengan delegasi Palestin yang sedang melawat Maghribi pada Isnin di persidangan Eropah. Ketua delegasi, Majed al-Zeer memberitau Akhbar Quds yang delegasi mereka diberi taklimat ringkas ketika pertemuan tentang peranan Perdana Menteri Maghribi dalam menyokong isu Palestin.

“Kami turut membincangkan tentang peranan raja Maghribi, kerajaannya dan rakyatnya dalam menyokong Palestin,” al-Zeer menambah dan memuji sokongan berterusan rakyat Maghribi. al-Zeer turut menyatakan yang Persidangan Eropah Palestin ke 14 akan diadakan di bandar Malmo, Sweden pada 7 Mei, 2016.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Isteri wartawan rayu selamatkan nyawa suaminya.

Jumaat, 05-02-2016 – Isteri Mohamed Al-Qeiq, wartawan yang ditahan di penjara Israel dan sedang mengadakan mogok lapar sejak 24 November, 2015 merayu masyarakat antarabangsa seluruh dunia agar membantu menyelamatkan nyawa suaminya

Fayha Shalash, isteri tahanan tersebut dipetik sebagai berkata kepada Palestinian Information Center (PIC), ” Suaminya dalam keadaan antara hidup atau mati di hospital Al-Afula. ” Tegas beliau lagi, ketika ini, keadaan semakin mendesak bagi menentukan nyawa suaminya boleh diselamatkan atau tidak.

Mohamed Al-Qeiq, 33 tahun, sebelum ini bekerja sebagai pemberita untuk saluran berita satelit Al-Majd dan telah ditahan pihak rejim Israel tanpa dinyatakan dakwaan yang akan dikenakan sejak bulan November, tahun lalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tangkap Seorang Pemuda al-Khalil Dakwaan Cubaan Tikam

Jumaat, 05-02-2016 – Tentera Haram Israel (IOF) menahan pada Isnin seorang pemuda Palestin di Beit Einen berhampiran bandar Saeer di al-Khalil atas dakwaan serangan tikam.

Laman web akhbar Maariv Israel melaporkan bahawa tentera Israel menahan seorang pemuda Palestin dan memindahkan beliau untuk disoal siasat apa yang disyaki merancang untuk menjalankan serangan menikam menggunakan pisau.

Askar-askar IOF menahan dan membunuh banyak lelaki dan perempuan pemuda Palestin atas dakwaan serangan menikam tetapi kebanyakan kes adalah berdasarkan syak yang tidak berasas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Al Qassam: Kami kehilangan Sekelompok Mujahis Kerana Tertimbus di Gaza

Selasa, 02-02-2016 – Pimpinan Briged Izzuddin al-Qassam, sayap Gerakan Perlawanan Islam Hamas, memberitahu telah kehilangan sejumlah besar pejuang dari satu laluan terowong, setelah terjadi tanah runtuh di Jalur Gaza akibat cuaca yang buruk.

Dalam kenyataan media cetak pada Selasa (27/1) malam, pimpinan briged al Qassam mengatakan bahawa aktiviti mencari dan menyelamat masih terus dilakukan untuk menemukan kelompok ini. Al Qassam memberitahu masih ada sinar harapan tentang nasib mereka. Briged al-Qassam menegaskan bahawa pihaknya akan terus memantau peristiwa ini sepanjang waktu sehingga setiap detik.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Qatar Peringatkan Berlanjutnya Sekatan Israel Terhadap Semenanjung Gaza

Selasa, 02-02-2016 – Qatar memperingatkan berlanjutnya sekatan yang diperlakukan penjajah Zionis ke atas Semenanjung Gaza dan aktiviti pembangunan penempatan Yahudi di Palestin, serta isu halangan untuk memasuki tempat-tempat suci di al-Quds dan berlanjutnya Yahudinisasi al-Quds, penghancuran identitinya serta pelanggaran-pelanggaran lain yang bertentangan dengan resolusi-resolusi PBB berkait dengan undang-undang antarabangsa.

Qatar meminta Majlis Keselamatan PBB untuk memaksa penjajah Zionis menghormati undsng-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, menolak semua praktik dan tindakan tidak sah yang dilakukan otoriti penjajah Zionis. Qatar meminta Majlis Keselamatan PBB mengambil langkah untuk menghentikan tindakan tersebut dan memberikan perlindungan antarabangsa kepada bangsa Palestin.

Melalui pernyataan utusan tetap negara Qatar di PBB, Ilya Saif bin Ali Tsani, yang dibacakan di depan pertemuan rasmi Majlis Keselamatan PBB berkaitan situasi di Timur Tengah termasuk isu Palestin, Qatar menegaskan bahawa mereka berusaha untuk mewujudkan perdamaian dan kestabilan di kawasan terbabit.

sumber : COMES
penterjemah : Osman