Categories
Berita Semasa

Israel rancang bina laluan baru menghubungkan Tebing Barat dan Bukit Golan.

Khamis, 30-11-2017 – Laman Web Walla telah menyiarkan berita mengenai keputusan Israel yang meluluskan projek pembinaan laluan bagi tujuan pelancongan yang akan merentasi Tebing Barat dan Bukit Golan, di Syria.

Menurut laman berbahasa Yahudi itu, rancangan tersebut telah diperkenalkan oleh Menteri Pelancong Israel, Yariv Levin. “Laluan baru itu akan melalui Kota Lama Baitulmuqaddis di utara Tebing Barat dan semua tempat yang bersejarah bagi bangsa Yahudi,” dan tambah Levin lagi, tujuan utama projek itu adalah bagi menarik pelancong supaya datang melawat Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pasukan Khas Israel Serang Tahanan Palestin

Khamis, 30-11-2017 – Pasukan khas Israel pada hari Isnin telah menyerang tahanan Palestin di penjara Ramon. Menurut surat yang bocor dari tahanan penjara Ramon, unit khas Israel menyerbu sel-sel penjara Palestin dan menyerang tahanan secara aggresif.

Beberapa tahanan terus dikejarkan ke klinik penjara untuk rawatan. Penduduk Palestin, Firas Khleiliya, dari bandar selatan Jatin, ‘Jenin, adalah salah seorang tahanan yang menjadi sasaran serangan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Kesihatan warga Palestin semakin teruk akibat pengabaian rawatan di dalam penjara Israel

Selasa, 28-11-2017 – Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan menyuarakan kebimbangan pada Rabu tentang keadaan kesihatan tahanan Palestin Emad Saraj, berusia 38 tahun yang semakin teruk.

Menurut Suruhanjaya tersebut, Saraj yang berasal dari kem pelarian Bureij Gaza dan ditahan di penjara Nafha sedang melalui keadaan kritikal secara psikologi dan fizikal serta telah hilang keupayaan bercakap.

Suruhanjaya itu memetik kenyataan para tahanan di Nafha bahawa keadaan kesihatan Saraja telah mula semakin teruk akibat kempen mogok lapar 41 hari yang dijalankan pada April lepas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel tahan kanak-kanak Palestin 9 tahun berhampiran Masjid Ibrahimi.

Selasa, 28-11-2017 – Tentera rejim Israel menahan seorang kanak-kanak Palestin yang masih bersekolah di pos pemeriksaan tentera berdekatan Masjid Ibrahimi, al-Khalil.

Menurut sumber berita di tempat kejadian, kanak-kanak lelaki tersebut berusia 9 tahun dan dikenali sebagai Mohamed Da’na telah ditahan di pos tentera Abu Rish semasa dia sedang berjalan menuju sekolahnya tanpa diketahui tujuan dia berbuat demikian.

Satu kenyataan rasmi Pusat Biro Statistik Palestin yang dikeluarkan sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia menyatakan, data semasa menunjukkan seramai 300 kanak-kanak Palestin sedang ditahan di penjara Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin

Categories
Berita Semasa

PA menyekat kemasukan barangan ke Gaza melalui sempadan Rafah untuk hari ketiga

Jumaat, 24-11-2017 – Pihak Berkuasa Palestin (PA) menolak untuk membenarkan kemasukan barangan ke Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah untuk hari yang ketiga berturut-turut atas dakwaan yang laluan itu belum bersedia untuk menerima mereka.

Pengarah Umum Polisi dan Perancangan di Kementerian Ekonomi Palestin, Osama Nofal, memberitahu PIC pada Isnin yang PA masih menyekat kemasukan bahan-bahan pembinaan, simen, kayu dan cat ke Gaza. Nofal menerangkan yang PA menyatakan sekatan itu atas alasan bahawa laluan itu cukup bersedia untuk memeriksa kesemua barangan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kediaman milik penduduk Palestin di Negev diarah roboh.

Jumaat, 24-11-2017 – Pejabat Pentadbir Tanah Israel mengeluarkan perintah roboh yang baru ke atas beberapa buah bangunan milik warga Palestin di Negev, selatan Israel. Arahan itu termasuk ke atas sebuah masjid.

Arahan itu menyebabkan berlaku ketegangan apabila penduduk tempatan turut membuat bantahan. Kenyataan bersama pemilik bangunan menyatakan, mereka menolak sepenuhnya arahan itu dan menganggap ia sebagai satu tindakan pengusiran dari tanah kepunyaan mereka sendiri.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Hamas menolak label pengganas ke atas Hizbullah

Jumaat, 24-11-2017 – Hamas pada Isnin lepas mengkritik kenyataan yang dikeluarkan selepas perjumpaan tergempar menteri-menteri luar arab pada Ahad lepas yang melabel Hizbullah sebagai sebuah pertubuhan pengganas.

Hamas menekankan bahawa tindakan Israel menjajah Palestin sepatutnya digelar sebagai tindakan keganasan. Hamas percaya bahawa sudah tiba masanya semua pihak menggembeleng kekuatan dan keupayaan untuk membantu penduduk Palestin mendapatkan semula hak mereka dan membebaskan tanah air mereka.

Pertubuhan itu turut menyatakan bahawa sebarang konflik di rantau berkenaan hanya akan memecahkan kesatuan Arab dan memberi keuntungan kepada rejim zionis.

Hamas menyeru negara-negara Arab untuk menyokong usaha Palestin dalam mendapatkan semula hak mereka dan segala permasalahan yang berlaku di rantau berkenaan perlu diselesaikan dengan dialog dan kerjasama serantau.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Israel Kerah Iron Dome di Gush Dan

Selasa, 21-11-2017 – Beberapa kubah pertahanan (Iron Dome) Israel telah dikerahkan bergerak ke seluruh Israel tengah. Ia juga telah ditempatkan di kawasan Gush Dan. Alat pertahanan itu dikerahkan sebagai sebahagian daripada usaha pertahanan tentera Israel berikutan ancaman Jihad Islam Palestin untuk membalas serangan mogok Israel di Gaza bulan lepas.

Menurut sumber Ibrani, Iron Dome yang ditempatkan di seluruh Israel tengah ditempatkan di Gush Dan, juga dikenali sebagai Kawasan Metropolitan Tel Aviv. Tentera Israel juga telah meningkatkan keselamatan di sekitar kerja-kerja pembinaan berdekatan dengan sekatan keselamatan di sekitar Semenanjung Gaza.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, tentera Israel mengancam bahawa serangan oleh Jihad Islam akan dibalas Israel, bukan sahaja terhadap Jihad, tetapi juga terhadap Hamas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

PNC menggesa usaha penyatuan dipercepatkan.

Selasa, 21-11-2017 – Pelstininan National Council (PNC) menyeru usaha penyatuan nasional dipercepatkan dalam usaha memperkuatkan gerakan pembebasan Palestin.

PNC mengesahkan bahawa penyatuan tersebut adalah langkah penting dalam usaha membebaskan Palestin menurut perjanjian 1967 dan menjadikan Jerusalem sebagai ibu kota negara tersebut.

Pada sambutan ke 29 Deklarasi Pembebasan Palestin, PNC menyatakan bahawa kemajuan yang dicapai dalam usaha pembebasan Palestin adalah hasil pengorbanan penduduk Palestin yang akan sentiasa menentang penjajahan Israel dan sesekali tidak akan menerima solusi yang akan menindas hak mereka.

15 November ini menandakan ulangtahun Deklarasi Pembebasan Palestin yang diasaskan bekas Presiden Palestin, Yaser Arafat pada tahun 1988. Deklarasi berkenaan berjaya meraih sokongan lebih 80 buah negara yang menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel ceroboh bahagian utara Gaza.

Selasa, 21-11-2017 – Tentera rejim Israel bertindak menceroboh bahagian utara Beit Lahia, sebuah bandar yang terletak di utara Semenanjung Gaza.

Menurut laporan pemberita PIC, empat buah jentolak tentera rejim memasuki kawasan utara bandar tersebut dan menolak tanah milik warga Palestin dengan diawasi kenderaan tentera yang diletak bersebelahan pagar sempadan yang memisahkan antara Semenanjung Gaza dengan wilayah Palestin yang diduduki Israel.

Tindakan menceroboh dan melakukan serangan bersenjata oleh tentera rejim seperti yang berlaku di bahagian timur Semenanjung Gaza pada masa ini, menunjukkan bahawa mereka dengan sengaja melanggar perjanjian gencatan senjata di bawah tajaan kerajaan Mesir yang ditandatangani pada 2014 selepas mereka menceroboh wilayah Gaza yang terkepung itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Kanak-kanak berusia 14 tahun dijatuhkan hukuman 6 bulan penjara oleh Israel

Selasa, 21-11-2017 – Mahkamah Majistret Israel pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara 6 bulan dengan jaminan ke atas seorang kanak-kanak Palestin atas tuduhan menyerang seorang polis Israel.

Kanak-kanak itu dihantar ke penjara atas dakwaan yang beliau cuba menyerang seorang polis Israel di bandar al-Issawiya serta terlibat dalam pembalingan bom botol Molotov terhadap pihak berkuasa rejim, demikian menurut Rangkaian 2 Israel. Mahkamah Israel turut memutuskan agar kanak-kanak itu membayar denda sebanyak 20,000 shekels.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hayya Gesa PA Angkat Sekatan Ke Atas Gaza

Rabu, 15-11-2017 – Anggota Biro Politik Hamas, Khalil al Hayya, menggesa pihak Palestinian Authority (PA) untuk mengangkat sekatan yang dikenakan ke atas Jalur Gaza. Dalam pertemuan bertajuk “Hamas and Students” yang diadakan pada hari Ahad dengan kehadiran Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya, Hayya menekankan pentingnya mencapai kerjasama politik di Gaza dan Tebing Barat.

Hayya mengesahkan bahawa isu keselamatan adalah matlamat utama dan menegaskan bahawa semua pihak Palestin bersetuju dalam Perjanjian Kaherah yang ditandatangani pada tahun 2011 bahawa penjajahan Israel adalah “jahat” dan “satu pengkhianatan besar” di bawah undang-undang Palestin.

Hamas terus menolak untuk mengiktiraf Israel, “Hamas tidak akan mengiktiraf Israel sama ada ia menyertai Pertubuhan Pembebasan Palestin ataupun tidak.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi ceroboh tanah penduduk Palestin di Nablus.

Rabu, 15-11-2017 – Sekumpulan pendatang haram Yahudi bertindak menceroboh tanah milik penduduk Palestin di bandar Asira al-Qibliyeh yang terletak di bahagian selatan daerah Nablus, utara Tebing Barat.

Menurut kata Ketua Majlis Penduduk perkampungan tersebut, Hafez Salleh kepada wartawan akhbar PIC, pendatang Yahudi menceroboh tanah milik warga Palestin dan dengan menggunakan jentolak mereka menolak tanah yang menganjur di sepanjang luar sempadan petempatan haram Yitzhar yang juga dibina di atas tanah milik penduduk Palestin.

Tambah Salleh lagi, perbuatan pendatang itu dilihat sebagai suatu percubaan untuk meluaskan penempatan sedia ada yang dibina pada tahun 2002 dan terdiri dari rumah kediaman sementara serta struktur bangunan untuk kegiatan penternakan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Polis Israel Memecah Masuk Bandar Issawiya dan Menyekat Pergerakan Rakyat

Rabu, 15-11-2017 –  Polis Israel menyerbu bandar Issawiya yang berada di timur Baitulmuqaddis lalu melepaskan gas pemedih mata di tengah-tengah bandar tersebut.

Sekatan yang sangat ketat dikenakan ke atas semua pintu masuk ke bandar itu yang menyaksikan begitu ramai kehadiran polis Israel disitu. Gas pemedih mata telah dilepaskan ke arah kawasan perumahan penduduk disitu namun tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Kempen Pembebasan Sheikh Raed Salah Dilancarkan

Isnin, 13-11-2017 – Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa melancarkan kempen antarabangsa dalam kebersamaan dengan pemimpin Palestin yang dipenjarakan, Sheikh Raed Salah. Kempen yang dilancarkan di Istanbul bertujuan untuk memberi tekanan untuk pembebasannya.

Kempen ini termasuk protes, persidangan, dan kempen kesedaran di media sosial di bawah panji “Kita semua Sheikh al-Aqsa”. Kempen itu dijangka berterusan sehingga 12 November.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin