
Jumaat, 9 September 2004 – Dalam usaha mengetatkan kawalan di kawasan utara perairan Jalur Gaza, pengganas Israel telah merempuh kem pelarian dan membunuh 5 rakyat Palestin termasuk budak lelaki berumur 9 tahun semalam.
Author: admin

Apabila malam menjelma di tanah Palestin, perasaan bimbang mula bermain.Rancangan pengganas Israel di malam hari kebiasaanya berakhir dengan sebuah kemusnahan dan kehilangan nyawa.

Khamis, 9 September 2004 – Bom yang diletakkan di bawah kereta di selatan Ashkelon telah meletup. Letupan ini telah membunuh seorang Israel dan mencederakan 2 lelaki lain.
Polis menyifatkan ia perbuatan jenayah.

Rabu, 8 September 2004- Sekumpulan paderi Yahudi yang terkemuka telah menyatakan cadangan kepada askar Israel agar tidak teragak-agak dalam membunuh orang awam Palestin dalam konteks kempen peperangan menentang kumpulan bersenjata yang menentang pencerobohan rakyat Yahudi.

Rabu, 8 September- Kanak2 perempuan berumur 10 tahun mengalami kecederaan yg teruk akibat ditembak pengganas Israel berhampiran
sekolahnya di selatan Jalur Gaza, sumber hospital berkata.

Selasa , 7 September 2004 -Roket yang membawa satelit yang akan mengintip pihak Iran musnah apabila jatuh ke laut sejurus selepas dilepaskan Isnin lalu.

Selasa, 7 September 2004 – Di Bandar , kawasan tengah Jalur Gaza , 14 orang rakyat Palestin mati dan 40 cedera dalam serangan roket hari ini.

Isnin, 6 September – Sekurang-kurangnya dua jentolak telah kelihatan pada hari Ahad di sekitar perkampungan Sikka, 15KM dari kota Hebron. Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Regim Jahanam, ?Kerja telah di mulakan di kawasan yang telah di rancang dan pada masa kini ukuran sedang di ambil dan pem binaan tembok Apartheid akan di bina dalam dua atau tiga minggu lagi?

Isnin, 6 September 2004 – Media pengganas Israel telah mengumumkan kewujudan satu kumpulan pengganas baru yg bertugas menyeksa rakyat Palestin di Tebing Barat.

Jumaat, 3 September : Rakyat Palestin telah menamatkan mogok lapar yang telah masuk hari ke 19 selepas sebahagian daripada tuntutan mereka dipenuhi pengganas Israel.

Khamis, 2 September 2004 :Pengganas Israel telah meranapkan 2 blok perumahan di Gaza hari ini.

Khamis, 2 September : Sebuah helikopter milik pengganas Israel menyerang kem pelarian di Gaza menyebabkan 5 rakyat Palestin cedera dam beberapa minit selepas itu tentera Israel melancarkan serangan menggunakan kereta perisai dalam kawasan kem itu.

Nablus, 30 Ogos 2004 – Ibu kepada tahanan Palestin di penjara Israel maut kerana kelaparan dalam mogok lapar yang masuk hari ke-15 hari ini (30 Ogos 2004).

Bandar Gaza, 31 Ogos 2004 – 3 bom meletup menggegarkan bandar Beir Saba’, sebelah selatan Israel. Akibat daripada itu, seramai 12 warga Yahudi mati di tempat kejadian dan 70 yang lain menderita akibat kecederaan.

Di kala dunia tertumpu di Athens, ribuan banduan di penjara pengganas Israel sedang sengsara kelaparan demi menghentikan kezaliman pengganas Israel terhadap mereka. Alirkan mata anda terhadap mereka bukan terhadap calon yang tersingkir dalam Malaysia Idols !!