Categories
Berita Semasa

Pegawai Israel berpangkat tinggi cedera dalam tembak-menembak di Jenin

Selasa, 22-09-2015 – Tentera Israel mengaku bahawa seorang pegawai di unit Yamam itu cedera semasa pertempuran antara tentera Penakluk Israel (IOF) dan Palestin di Tebing Barat Jenin lewat malam Isnin.

Wartawan berita PIC memetik saksi yang menyatakan bahawa aktivis Palestin berdiri teguh di atas tanah mereka dan berhadapan satu unit khas Israel yang merempuh Jenin. Konfrontasi membawa kepada kecederaan seorang pegawai Israel berpangkat tinggi dari unit Yamam itu. Akhbar Israel, Haaretz berkata seorang pegawai dalam Yamam (anti-keganasan) unit Polis Israel telah tercedera ketika pertempuran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : syam

Categories
Berita Semasa

Puak Yahudi Kembali Menyerbu Al-Aqsha

Isnin, 21-09-2015 – Puak Yahudi kembali menyerbu Masjidil Aqsha, Khamis lalu(17/9) dan mengelilingi halaman Al-Aqsha dengan kawalan ketat pasukan Israel.

Sumber di tempat kejadian mengatakan, sekitar 67 penduduk yahudi menyerbus Al-Aqsha melalui pintu Maghoribah, dengan dikawal pasukan polis Israel. Mereka semua dihalang oleh para aktivis yang bersedia di Al-Aqsha, dengan laungan takbir, hingga mereka keluar semula melalui pintu Silsilah.

Antara puak tersebut, ada sejumlah anggota parti Likud, mereka mengucar-ngacirkan kaum muslimin dan melakukan kecoh di depan Masjid Qubatus Sakhra, sementara yang lain menari dan bernyanyi ketika keluar dari situ.

Beberapa orang dari puak tersebut menunaikan ritual Talmud dan menjerit kata-kata provokasi bahawa tempat ini adalah ibu kota Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Mahkamah Israel larang gadis warga Palestin masuki Masjid al-Aqsa.

Isnin, 21-09-2015 – Sebuah mahkamah di Israel pada Rabu kelmarin, menjatuhkan perintah larangan dari memasuki masjid al-Aqsa selama satu setengah bulan ke atas seorang gadis remaja berasal dari kawasan yang diduduki rejim Israel sejak 1948 itu.

Menurut sumber media rejim Israel, majistrate mahkamah tersebut mengeluarkan perintah kepada Madeleine Issa supaya tidak menghampiri masjid al-Aqsa selama 45 hari serta membayar denda.

Mengikut notis pertuduhan, pihak polis rejim Israel meminta mahkamah menjatuhkan hukuman larangan selama 6 bulan, tetapi hakim mengurangkannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Forum Palestin Britain (PFB) Kecam Kebisuan Masyarakat AntarabangsaTerhadap Serangan Israel Ke atas Al-Aqsa

Isnin, 21-09-2015 – Forum Palestin di Britain (The Palestinian Forum in Britain, PFB) hari ini meluahkan kemarahannya terhadap kebisuan masyarakat antarabangsa terhadap serangan Israel yang berleluasa ke atas Masjid al-Aqsa.

Kenyataan Forum tersebut dikeluarkan setelah pihak berkuasa Israel membuat keputusan untuk menghalang rakyat Palestin daripada beribadat dan masuk ke Masjid al-Aqsa disamping memudahkan akses rakyat Israel untuk memasuki Masjid atas alasan untuk hari cuti kaum Yahudi.

Kebisuan dunia Islam serta tanah Arab mengejutkan dan mengecewakan serta menimbulkan tanda tanya, ulas laporan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

 

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serang tanahan Palestin ketika menahannya

Isnin, 21-09-2015 – Tentera rejim Israel (IOF) memukul teruk seorang tahanan Palestin ketika menahan beliau di al-Khalil. Peguam Kesatuan Tahanan Palestin Jaclyn Fararjeh mendedahkan bahawa tentera rejim menyerang dan menahan Musab Zuhair Halayqah, 24, dari kediamannya di al-Khalil setelah tengah malam Rabu.

Beliau mendedahkan yang tentera rejim memukul seluruh badannya terutamanya di bahagian kepala dan kaki kanan di mana beliau cedera akibat peluru Israel dalam kejadian terdahulu.

Rejim Israel memindahkan tahanan Palestin tersebut ke penjara Etzion dengan bergari dan bertutup mata. Mereka terus memukul beliau ketika memindahkannya ke penjara dan menyebabkan beliau pengsan, peguamnya memberitahu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel (IOA) menutup sempadan Tebing Barat kerana hari cuti Yahudi.

Jumaat, 18-09-2015 – (IOA) mengumumkan pada Isnin tentang penutupan sempadan yang menghubungkan Tebing Barat dan Jordan, Semenanjung Gaza dan kawasan Palestin yang dijajah sejak 1948 disebabkan oleh hari cuti Yahudi.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC yang IOA telah menutup sempadan antara Semenanjung Gaza dan kawasan Palestin yang dijajah sejak 1948. Ini menyebabkan sekatan lalu lintas ke atas warga Palestin terutamanya mereka yan bekerja di wilayah jajahan Palestin 1948.

IOA turut mengumumkan penutupan laluan al-Karama yang menghubungkan Tebing Barat dan Jordan pada Selasa dan Rabu atas alasan sama. Rakyat Palestin menderita setiap tahun akibat sekatan lalu lintas, ekonomi terjejas dan ketidakselesaan melibatkan jadual perjalanan disebakan hari cuti Yahudi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hilang sabar atas jenayah keganasan rejim Israel, kumpulan lindungi Masjid al-Aqsa keluar amaran keras.

Jumaat, 18-09-2015 – Warga Palestin di Gaza yang membentuk kumpulan bagi melindungi Masjid Al-Àqsa, melaungkan amaran keras bahawa mereka sudah tidak mampu lagi untuk selamanya bersabar melihat jenayah dan keganasan di masjid itu serta mengingatkan rejim Israel akan bertanggungjawab penuh jika tindakan melulu itu masih berterusan.

Kenyataan bersama itu, dikeluar dan dibacakan oleh Ismail Radwan, seorang pegawai Hamas, hasil keputusan dari mesyuarat tergempar kumpulan tersebut yang diadakan di Gaza pada hari Ahad, kelmarin.

Kenyataan tersebut menegaskan, kesabaran mereka sudah sampai ke tahap tidak mampu lagi untuk membiarkan sahaja pihak rejim Israel menguasai Masjid al-Aqsa dan akan bertindak menentang rancangan jahatnya yang hanya membenarkan penduduk Islam memasuki masjid al-Aqsa pada masa solat 5 waktu dan di ruang tertentu sahaja.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Penternakan Ikan di Gaza, Alternatif untuk Melawan Keterbatasan Undang Laut Israel

Jumaat, 18-09-2015 – Halangan laut yang dilakukan penjajah Zionis di Sempadan Gaza telah mendorong warga Palestin untuk menciptakan budaya menternak ikan, jauh dari pengaruh sekatan Angkatan Laut Zionis. Langkah ini dilakukan warga Gaza dalam rangka sebagai upaya untuk menutup kekurangan sumber ikan di Sempadan Gaza.

Berdasarkan angka dari Kementerian Pertanian di Jalur Gaza dan keterangan para pemilik pusat ternak ikan, langkah ini telah berhasil menutup sebahagian kekurangan yang diakibatkan oleh desakan penjajah Zionis terhadap para nelayan. Selama ini pasukan Angkatan Laut Zionis mengejar dan memburu para nelayan Sempadan Gaza, bahkan pada jarak 3ooo meter yang dibenarkan mereka untuk mereka mencari ikan di Laut Gaza.

Berikut adalah laporan dari wartawan Pusat Informasi Palestin yang menyoroti masalah ini dan melihat sebab-sebab munculnya sisi rancak perternakan ikan ini di Sempadan Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Asyraf Arshad

Categories
Berita Semasa

Netanyahu memanggil mesyuarat untuk menekan pembela al- Aqsa

Jumaat, 18-09-2015 – Sumber dari Israel mendedahkan bahawa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu akan mengadakan mesyuarat tergempar pada hari Selasa untuk membincangkan rancangan baru untuk menekan pertahanan Palestin di Masjid Aqsa.

Panggilan untuk mesyuarat itu berikutan kemalangan maut kereta dimana polis Israel mendakwa ia mungkin disebabkan oleh batu yang dibaling.

Benjamin Netanyahu mengadakan mesyuarat tergempar pada petang Selasa untuk membincangkan “perang ke atas pembaling batu dan bom api di Jerusalem dan kawasan sekitar ,” katanya di pejabatnya dalam satu kenyataan pagi Isnin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Serangan Ganas Zionis Terhadap Para Wartawan dalam Serbuan Al Aqsha

Selasa, 15-09-2015 – Sejumlah wartawan di kota al Quds cedera luka-luka selepas penjajah zionis melakukan serangan ganas pada Ahad lalu(13/9) terhadap para jemaah solat di Masjid Al Aqsa.

Pelbagai serangan dilakukan terhadap wartawan. Bermula dari tendangan, pukulan parah dengan tangan dan penyemburan gas pemedih di tengah-tengah pengumpulan media daripada puak penjajah Zionis.

Senarai nama wartawan yang cedera:

1. Grabulh Ahmed, jurufoto balai berita Perancis.
2. Diyala Jowayhan, wartawan “New Life”
3. Jihad Muhtasab, Jurufoto “Ruya Channel”
4. Munther al-Khatib, Jurufoto siaran al Ghad
5. Houshia Zia, wartawan siaran al Ghad
6. Yutsar Abu Barat, wartawan gambar
7. Mahfouz Abu Turk, wartawan gambar
8. Liwa Abu Aemelh, dari siaran “Filistin al Yaum”
9. Sabreen Obaid, jurufoto untuk “Quds Network”
10. Ali Yasin, jurufoto siaran Filistine.
11. Mukmin Shaban, jurufoto dari TV Maan.

sumber : COMES
penterjemah : Asyraf Arshad

Categories
Berita Semasa

Mishaal puji pendirian pro-Gaza Turki

Selasa, 15-09-2015 – Ketua biro politik Hamas, Khaled Mishaal, petang Sabtu kelmarin, memuji pendirian Turki yang menyokong dan menyebelahi Palestin serta perjuangan rakyatnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada satu perhimpunan kongres parti pemerintah, Parti Keadilan dan Pembangunan Turki. Mishaal menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih kerana dapat menimba pengalaman politik berguna dari Turki yang berani menyuarakan sokongan dan menyebelahi Palestin.

Beliau seterusnya menyampaikan ucapan penghargaan atas jasa baik rakyat dan kerajaan Turki di atas usaha bersungguh-sungguh mereka bagi memecahkan kepungan rejim Israel dan menghulurkan bantuan awal bagi proses pembangunan semula Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali 

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel menceroboh al-Aqsa dan menyerang golongan Muslim di dalamnya.

Selasa, 15-09-2015 – Lebih 200 tentera rejim Israel menyerbu Masjid al-Aqsa pada awal pagi Isnin dan menembak peluru getah serta gas pemedih mata ke arah golongan Muslim di dalamnya.

Sejumlah pengunjung Muslim yang tidak bersenjata dilaporkan cedera dalam pertelingkahan tercetus setelah tentera rejim menyerbu masuk masjid dari pintu Maghareba.

pemerhati berkata, lebih 200 orang tentera bersenjata memecah masuk Masjid Qibli dan memecahkan pintu masuk sebelum menculik sekurang-kurangnya 5 orang Muslim yang dating beribadah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Krisis bekalan elektrik di Semenajung Gaza semakin teruk

Selasa, 15-09-2015 – Loji Kuasa Gaza (GPP) menghentikan satu daripada penjana kuasanya dan menguatkuasakan semula jadual bekalan elektrik di mana tenaga elektrik dibekalkan selama 6 jam dan diputuskan selama 12 jam disebabkan oleh kekurangan bahan bakar. Syarikat bekalan elektrik tersebut berkata dalam satu kenyataan, GPP dengan koordinasi Pihak Berkuasa Tenaga Palestin terpaksa menghentikan operasi penjana kuasa di lojinya akibat kekurangan diesel untuk mengendalikan penjana tersebut.

Ini berikutan tindakan Israel menutup pusat-pusat laluan yang mengakibatkan kekurangan bekalan diesel perindustrian. Syarikat itu juga menambah bahawa kekurangan kuasa itu turut berkait dengan kegagalan Mesir untuk membekalkan kawasan selatan Semenanjung Gaza dengan diesel, yang memburukkan lagi keadaan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Dua Beradik Ditangkap dan Selebihnya Cedera Dek Serbuan di Hebron.

Isnin, 14-09-2015 – Tentera Zionis Khamis(10/9) lalu, menangkap dua beradik dan mencederakan 15 yang lain dalam serbuan ke sebuah rumah di Wadi Abu Katilah, sebelah barat Hebron selama tiga jam lebih.

Sementara itu, menurut saksi di tempat kejadian, operasi penyerbuan ke sebuah rumah milik Keluarga Karomah, dicetus dengan penangkapan terhadap Abdul Salam Karomah dan Faishal Karomah (40 tahun) serta rumah yang digeledah dan dirosakkan sebahagian peralatan rumah.

Sempat terjadi ribut pergaduhan antara para pemuda Palestin dan tentera Zionis di kawasan yang mengakibatkan 15 orang luka-luka dan lainnya sesak nafas. Bahkan Isa Karomah seorang gadis yang ikut berdemo pengsan menghirup gas pemedih mata dan segera dilarikan ke rumah sakit.

sumber : COMES
penterjemah : Asyraf Arshad

Categories
Berita Semasa

Jordan: kami tidak akan benarkan Israel masuk campur dalam urusan Masjid Aqsa

Isnin, 14-09-2015 – Kementerian Hal Ehwal Islam dan Waqaf Jordan berkata ia tidak akan membenarkan Israel masuk campur dalam hal ehwal Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis.

“Kami menolak perbincangan tentang penguasaan ke atas Masjid Aqsa dan jika terdapat keputusan oleh pihak rejim dalam hal ini, kerajaan Jordan akan masuk campur kerana Masjid Aqsa, al-Haram al-Sharif, merupakan waqaf Islam yang dimiliki sepenuhnya oleh umat Islam dan tiada sesiapa punya hak untuk masuk campur urusan ini, “ menteri Waqaf Ha’yel Dawoud menyatakan pada Khamis.

Menteri tersebut menekankan Israel ialah rejim penceroboh maka ia tidak dibenarkan di bawah undang-undang antarabangsa untuk menghalang penduduk asal kota suci itu daripada mengerjakan ibadah di tempat ibadah mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati