Categories
Berita Semasa

Krahenbuhl: Gaza dinafikan hak paling asasi

Khamis, 29-08-2019 – Pesuruhjaya Jeneral UNRWA Pierre Krahenbuhl berkata bahawa dunia tidak merasai realiti penderitaan, kesakitan dan kekecewaan yang dialami penduduk Semenanjung Gaza.

Menurut kenyataan media yang dibuat di Bandar Gaza, baru-baru ini, beliau menimbulkan fakta yang rakyat Palestin di wilayah Gaza telah dinafikan hak paling asasi.

Beliau berkata lagi, dia telah mengadakan pertemuan penting dengan pegawai di Gaza beberapa hari yang lalu dan menambah sebab beliau datang semula ke Gaza adalah bagi melancarkan acara tahun sekolah baru yang beliau nyatakan sebagai satu upacara yang sangat penting untuk pelarian Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas Tiba di Kaherah

Khamis, 29-08-2019 – Satu delegasi dari Gerakan Islam, Hamas, yang diketuai oleh ahli biro politik Rawhi Mushtaha tiba di Kaherah pada petang Isnin untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai Mesir.

Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum berkata dalam satu kenyataan akhbar pada hari Selasa bahawa mereka akan menghadiri pertemuan mengenai usaha yang dilakukan untuk menamatkan penderitaan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dan serangan Israel yang berterusan terhadap Palestin.

Lawatan ini adalah sebahagian daripada siri lawatan yang dilakukan oleh pemimpin Hamas di Gaza ke Mesir untuk membincangkan hubungan dua hala serta perkembangan terkini di Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Netanyahu perluas kawasan penempatan Dolev sebagai tindak balas serangan Jumaat lepas

Khamis, 29-08-2019 – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah berjanji akan menggandakan jumlah kawasan penempatan haram di Dolev di kawasan terjajah Tebing Barat, sebagai tindak balas terhadap serangan bom Jumaat lepas yang telah mengorbankan seorang penduduk dan mencederakan dua yang lain.

Menurut sumber media Israel, Isnin lalu Netanyahu telah mengarahkan pengarah pejabat beliau untuk menyediakan pelan untuk 300 buah rumah di Dolev, untuk diserahkan kepada majlis perancang dan pembinaan wilayah.

Rejim Zionis baru-baru ini telah meluluskan pembinaan beribu-ribu rumah penempatan di kawasan Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Lebih daripada 600,000 penduduk haram tinggal di lebih 230 kawasan penempatan haram yang telah dibina semenjak bermulanya penjajahan tanah Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis oleh pihak Israel di dalam tahun 1967.

Majlis Keselamatan PBB telah menerima beberapa resolusi yang mengutuk aktiviti penempatan haram Israel di kawasan-kawasan terjajah Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Israel sekat perjalanan 18 warga Palestin lalui pintu sempadan Karama.

Rabu, 28-08-2019 – Rejim zionis Israel menyekat 18 warga Palestin, asal Tebing Barat dari meneruskan perjalanan mereka untuk keluar negara di pintu sempadan al-Karama.

Pihak Pentadbiran Am bagi Urusan Sempadan dan Pintu Sempadan Palestin berkata bahawa 11,644 pengguna menggunakan pintu sempadan al-Karama, satu-satunya laluan keluar masuk yang menghubungkan Tebing Barat dengan dunia luar melalui Jordan.

Sementara itu, 18 penduduk Palestin telah diarahkan kembali semula dan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan mereka atas “sebab keselamatan”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Israel serang pusat PFLP – GC di Lubnan

Rabu, 28-08-2019 – Laporan terkini pada Isnin menyatakan yang pesawat perang Israel membom kawasan milik Barisan Pembebasan Palestin (PFLP – GC) di bandar Qousaya, timur Lubnan.

Rentetan daripada serangan Israel itu, PFLP – GC menyatakan yang ia tidak mencapai sasaran, namun laporan media lain mendakwa yang terdapat kemalangan jiwa.

PFLP – GC, yang diketuai oleh Ahmed Jibreel, menerima sokongan dari Damsyik dan Tehran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas: Bangsa Kami Mampu Tundukkan Zionis Untuk Sepakati Gencatan Senjata

Rabu, 28-08-2019 -  Gerakan Pejuang Islam Hamas, pada Isnin (26/8) menyatakan bahawa rakyat Palestin mampu menundukkan Israel agar bersetuju dengan gencatan senjata dan melarang pengurangan  bahan bakar untuk menjana elektrik ke Gaza.

Dalam pernyataan akhbarnya, juru cakap  Hamas, Abdul Latif al-Qanoua mengatakan, pengurangan bahan bakar yang diperuntukkan bagi menjana elektrik Gaza adalah tindakan sewenang-wenangnya dan tentu ditolak.

Al-Qanoua memperingatkan, tindakan Israel ini berkait dengan pilihanraya umum  bagi menarik krisis dalaman ke luar negeri.

Beliau menyatakan bahawa tindakan Zionis dalam menekan rakyat Palestin serta lanjutan dari tindakan kolektifnya terhadap rakyat tidak akan berjaya sama sekali.

Hamas meminta para mediator untuk memberikan pemahaman dan menekankan bahawa rakyat Palestin akan terus melakukan 'demonstrasi aman kepulangan'. 

Mereka akan mampu mengendalikan Zionis berkaitan kesefahaman gencatan senjata dengan mereka. 

Sebelumnya, pihak Yahudi memutuskan untuk mengurangi jumlah bahan bakar yang diimport ke Gaza, kini hanya ada satu stesyen penjana elektrik yang masih beroperasi. Semenanjung Gaza telah menderita selama 13 tahun akibhat krisis elektrik dan bahan bakar setelah Israel megebom stesyen elektrik  dan menghancurkan gudang bahan bakar rakyat.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman 
Categories
Berita Semasa

Israel Kurangkan Bekalan Bahan Api Ke Gaza

Rabu, 28-08-2019 –  Isnin lalu Israel telah mengumumkan rancangan untuk mengurangkan bekalan bahan api ke satu-satunya stesen jana kuasa Gaza.

Laman rasmi Facebook Penyelaras Aktiviti Kerajaan Israel mengumumkan bahawa jumlah bahan api yang akan dibenarkan masuk ke Semenanjung Gaza akan dikurangkan sehingga separuh, sebagai tindak balas atas serangan roket dari kawasan berkenaan.

Beliau mengesahkan bahawa langkah berkenaan akan berkuat-kuasa sehingga pengumuman selanjutnya.

Tentera Rejim Zionis pada waktu subuh Isnin lalu telah mengebom pos rintangan di bandar Beit Laha di utara Semenanjung Gaza selepas dikatakan ada roket yang dilancarkan dari kawasan tepi laut berkenaan yang telah mendarat di kawasan penempatan Israel pada petang Ahad lalu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Jordan Kesal Tindakan Polis Israel Haram Terhadap Pekerja Wakaf Jerusalam

Rabu, 28-08-2019 – Jordan pada hari Isnin dengan tegas mengutuk pihak berkuasa haram Israel untuk memanggil Mohamed al-Khatib, ketua umum Waqf Islam Jerusalam, sebagai sebahagian daripada tindakan sewenang-wenangnya terhadap pekerja Awqaf Islam di bandar suci tersebut.

Satu kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri Awqaf dan Hal Ehwal Islam selepas satu perbualan telefon antara menteri Abdul-Naser Abul-Basal dan Mohamed al-Khatib mengutuk tindakan tersebut.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, polis haram Israel menahan dan memanggil ramai pegawai Masjid Aqsan dan Jerusalam Awqaf serta menyerahkan perintah-perintah bertulis yang menghalau mereka dari Masjid untuk tempoh masa yang berlainan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Iran Nafi Pos Mereka di Syria di Serang Israel

Selasa, 27-08-2019 – Seorang pegawai kanan di Teheran telah menafikan dakwaan Israel bahawa sasaran Iran terkena serangan udara Israel di Syria pada hari Ahad, menegaskan bahawa pendudukan negara tidak mempunyai keberanian untuk melakukan serangan sedemikian.

Mohsen Rezaee, pimpinan kanan ketenteraan dan politik, percaya bahawa Israel dan Amerika Syarikat tidak mempunyai keberanian untuk menyerang tapak Iran, menggambarkan dakwaan Israel mengenai serangan pos Iran di Syria sebagai pembohongan.

Rezaee, bagaimanapun, mengecam serangan udara Israel ke atas Syria malam tadi dan baru-baru ini di Iraq, mengatakan para pejuang di Syria dan Iraq tidak lama lagi akan bertindak balas terhadap serangan Israel tersebut.

Beliau juga berkata tindakan bersama Israel-Amerika di Syria dan Iraq melanggar undang-undang antarabangsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel tahan 10 warga Palestin di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Selasa, 27-08-2019 – Rejim zionis Israel telah menahan 10 orang warga Palestin dari Tebing Barat dan Baitulmuqaddis, pagi Ahad kelmarin.

Menurut saksi tempatan, tentera rejim menahan seorang kanak-kanak bernama Muataz Ta’amura selepas menyerbu rumahnya di kawasan Wadi Shahin, bandar Bethlehem. Dua lagi dikenali sebagai Ismail A’mar dan Mahmoud Shahada yang ditahan di rumah mangsa di bandar Jericho dan bandar Silwad di Ramallah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin

Categories
Berita Semasa

Pesawat Israel Bom Lokasi Pejuang Palestin di Gaza Utara

Selasa, 27-08-2019 -  Pesawat tempur Israel mengebom sejumlah lokasi milik pejuang Palestin di Gaza Utara, Isnin pagi (26/8).

Menurut sumber tempatan, helikopter tempur Israel mengebom sebuah lokasi milik pejuang Palestin di perkampungan Umm Nasher, Gaza Utara menggunakan empat buah roket, namun belum ada maklumat berkenaan mangsa korban akibat serangan tersebut.

Sehari sebelumnya, radio Israel mengeluarkan maklumat berkenaan jatuhnya 4 roket ke penempatan  Zionis di sekitar Gaza, dan menyatakan 4 buah roket telah ditembak dari Gaza yang jatuh di sejumlah lokasi lapangan terbuka.

Dalam sebulan ini, pasukan Israel menyatakan terjadi 3 serangan roket dari Gaza menuju sejumlah penempatan Zionis di kawasan sekitar Gaza.

Sehingga berita ini dikeluarkan, belum ada pihak Palestin yang menyatakan bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Namun sebelumnya pihak fraksi pejuang Palestin mengeluarkan ancaman serangan balik atas meningkatnya kejahatan Israel terhadap Gaza iaitu seramai 9 warga Gaza meninggal dalam tempoh sebulan ini.

Gaza terus menjadi sasaran kejahatan Israel, bukan sahaja sekatan darat, laut dan udara sejak 13 tahun lalu, tetapi serangan terhadap para demonstran  setiap Jumaat terus berlanjutan, yang menyebabkan ratusan meninggal dan ribuan cedera. 

 sumber : https://melayu.palinfo.com/
 penterjemah : osman 
Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menangkap remaja Palestin kerana didakwa membawa pisau

Selasa, 27-08-2019 – Regim Zionis Israel (IOF) pada pagi Ahad mendakwa ia kecewa percubaan seorang remaja Palestin untuk melakukan serangan tikaman berhampiran Ramallah di Tebing Barat.

IOF berkata ia mencari seorang remaja Palestin berusia 14 tahun di jalan antara penempatan Tebing Barat dan Kochav Ya’akov dan mendapati sebuah pisau bersamanya.

Menurut laman web Ibrani 0404, para askar menginterogasi anak lelaki tersebut dan mendapati bahawa dia berniat untuk melakukan serangan tikaman.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Pemogok lapar Tareq Qa’dan masih berkeras menolak air

Selasa, 27-08-2019 – Tahanan Palestin Tareq Qa’dan, yang sedang melancarkan mogok lapar tanpa penghujung semenjak 26 hari lalu, terus menolak untuk minum untuk hari yang kelima berturut-turut, sebagai membantah penahanan pentadbiran beliau di penjara Israel.

Qa’dan, yang pernah sebelum ini meringkuk di dalam penjara Israel selama 15 tahun keseluruhannya, telah diculik oleh askar Israel Februari lalu. Mahkamah tentera Israel kemudiannya telah mengarahkan penahanan pentadbiran ke atas Qa’dan untuk tempoh enam bulan, dengan pilihan untuk dilanjutkan, tanpa perbicaraan mahu pun pendakwaan.

Lapan tahanan lain juga telah melancarkan mogok lapar di dalam tempoh yang berbeza-beza sebagai bantahan terhadap penahanan pentadbiran mereka masing-masing.

Dalam perkembangan lain, tahanan Anas Awwad dan Iyad Bazigh juga masih bermogok lapar untuk hari ke-17 di dalam sel tahanan asing mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul



Categories
Berita Semasa

Serangan udara Israel sasarkan pos pejuang di barat Gaza

Isnin, 26-08-2019 – Sebuah kapal terbang perang Israel pada pagi Subuh melancarkan dua serangan udara ke atas pos pejuang Palestin di barat kota Gaza, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sumber tempatan memberitahu wartawan Pusat Maklumat Palestin PIC yang satu helikopter tentera mengebom kawasan pejuang di barat Gaza dan beberapa minit kemudian menyasarkan tempat yang sama.Terdahulu pada hari yang sama, tentera rejim Israel mendakwa yang dua roket Palestin dari Gaza mendarat di kawasan terbuka di Negev.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Hamas Kecam Dakwaan Paraguay

Isnin, 26-08-2019 -  Gerakan Pejuang Islam Hamas mengutuk keputusan Presiden Republik Paraguay yang menyebut gerakan Hamas sebagai gerakan teroris antarabangsa.

Dalam pernyataan akhbar hari ini (22/8) Hamas menyebutkan, selain melanggar Undang-undang Antarabangsa  yang menjamin hak rakyat untuk melawan penjajahan dan pencerobohan dengan segala cara yang ada, termasuk perjuangan bersenjata. Ia ditegaskan PBB dalam resolusi A/RES/37./43, kenyataan seperti itu telah mengganggu keamanan, stabiliti kawasan dan dunia. Bahkan merosak hubungan baik antara kedua-dua bangsa.

Hamas menekankan, keputusan seperti itu akan meningkatkan tindakan terorisme yang telah dilakukan Israel selama beberapa dekad  terhadap rakyat Palestin. Disamping memberikan perlindungan untuk meneruskan kejahatannya di kawasan.

Dia menjelaskan Gerakan Pejuang Islam Hamas adalah sebuah gerakan perlawanan Palestin yang berjuang untuk kebebasan dan kemerdekaan rakyatnya. 

Beliau menegaskan, mereka tidak memusuhi sesiapapun dan bahawa konflik ketika ini dan selamanya hanya dengan Israel saja.

Hamas meminta negara Paraguay untuk segera menarik semula keputusan tersebut dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk menyokong perjuangan rakyat kami dalam mencapai kebebasan dan kemerdekaan mereka.

 sumber : https://melayu.palinfo.com/
 penterjemah : osman