Categories
Berita Semasa

Dua Kanak-kanak Ditangkap Didakwa Memiliki Pisau

Isnin, 11-01-2016 – Pasukan Khas Israel pada Isnin menahan dua kanak-kanak Jerusalem bawah umur berhampiran Pintu Herodes di Jerusalem kerana didakwa memiliki alat tajam.

Pasukan Khas Israel membuka kesemua pakaian mereka yang berumur 15 tahun, dan memeriksa rapi untuk alat tajam tersebut.

Polis Israel berkata, dalam satu kenyataan, bahawa kanak-kanak lelaki tersebut telah dikepung kerana memiliki dua pisau dan mereka telah dipindahkan kepada siasatan di salah satu stesen di Jerusalem Dijajah. Kedua-dua kanak-kanak telah ditahan kerana disyaki merancang untuk melancarkan serangan anti-penjajahan.

Dalam konteks yang sama, Mahkamah Pusat Israel di Jerusalem DIjajah yang dikeluarkan pada Ahad dakwaan terhadap dua kanak-kanak yang lain kerana cubaan membunuh dan memiliki pisau dan mengarahkan penahanan mereka. Kanak-kanak lelaki telah dikenal pasti sebagai Shadi Farrah dan Ahmad al-Zatari, kedua-duanya berusia 12 tahun.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Penduduk Zionis Cedera Akibat Operasi Pergaduhan di Betlehem

Isnin, 11-01-2016 – Seorang penduduk Zionis cedera pada Selasa pagi akibat daripada aksi tikam menikam yang dilakukan berdekatan simpang Gaust Atzion, bersebelah dengan selatan Betlehem.

Saksi di Daerah 0404 Ibrani menyebutkan, penduduk terluka akibat tikaman beramai-ramai yang dibalas dengan tembakan peluru ke arah mangsa hingga mati syahid.

Sementara itu, Israel melarang kegiatan penduduk menuju ke Betlehem, bersebelahan dengan utara Atzion dan kota Hebron. Padahal, pihak ambulan telah bersedia untuk membawa askar yang tercedera.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Israel Langgar Kebebasan Sebanyak 600 Kali pada Tahun 2015

Rabu, 06-01-2016 – Laporan HAM menyatakan, pada tahun 2015, Israel telah melakukan 600 kali pelanggaran yang melibatkan kebebasan media massa di jajahan wilayah Palestin.

Persatuan radio dan televisyen Islam Palestin dalam laporan tahunannya berkata, Israel telah melakukan 574 pelanggaran terhadap media surat khabar di wilayah Palestin selama tahun 2015. Mereka telah membunuh dua wartawan dan mencederakan 190 yang lain. Israel juga menggunakan kekerasan secara langsung dalam melarang kebebasan media.

Selain itu, mereka juga menangkap para wartawan, dan tidak kurang dari 85 wartawan ditangkap selama tahun tersebut. Seorang dari mereka adalah wartawan luar dan juga terhadap petugas media. Tidak kurang dari 144 kes penganiyaan terhadap wartawan. Termasuklah pukul, tembak dan lain-lain.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Tahanan politik isytihar mogok lapar di penjara PA

Rabu, 06-01-2016 – Tahanan politik Palestin Jamal Karama, 43, mengumumkan pada Rabu akan mogok lapar di penjara PA sebagai bantahan ke atas pelanjutan penahanannya.

Isteri Karama berkata, Perkhidmatan Perisikan PA melanjutkan penahanannya walaupun dua arahan mahkamah dikeluarkan agar membebaskannya. Karama telah ditahan Isnin lepas atas tuduhan menghasut, demikian menurut isterinya.

Isteri beliau merayu semua institusi hak asasi manusia agar segera campur tangan untuk membebaskannya sebelum terlambat, tambahan pula mengalami masalah kesihatan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

UNRWA kurangkan bantuan penjagaan kesihatan pelarian Palestin.

Rabu, 06-01-2016 – Thabet, sebuah organisasi yang terlibat dalam memperjuangkan Hak untuk Pulang para pelarian pada hari Selasa lalu, menyelar UNRWA, agensi PBB bagi bantuan pelarian kerana membuat keputusan untuk menyekat bantuan perubatan kepada pelarian Palestin di Lubnan dan meminta diadakan protes besar-besaran membantah langkah terbaru agensi itu.

Pihak Thabet telah mengeluarkan kenyataan berhubung satu laporan oleh pihak UNRWA yang membuat keputusan terbarunya yang dianggap sebagai “tidak adil” dan berkata bahawa keputusan itu àkan memberi kesan yang sama seperti mana keputusan yang dibuat agensi itu pada musim panas lalu yang telah menjejaskan masa depan akademik anak-anak pelarian. Bagaimana pun, keputusan yang dipilih UNRWA kali ini akan menjejaskan kesejahteraan kesihatan fizikal para pelarian pula.

Menurut laporan UNRWA, agensi itu merancang untuk melaksanakan satu peraturan baru bagi mengurangkan bantuan penjagaan kesihatan untuk pelarian. Sebelum ini, pelarian yang sakit tidak perlu membayar sebarang kos rawatan. Tetapi mengikut peraturan baru, pesakit dikehendaki membayar sebahagian 20 % dari kos rawatan jika mereka masuk ke hospital swasta, 15 % jika ke hospital kerajaan dan 5% jika ke hospital milik Pertubuhan Palang Merah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

142 Para Syuhada Intifada Robohkan Benteng Senyap Tentang Pelanggaran Israel.

Rabu, 06-01-2016 – Jumlah para syuhada Intifada Al-Quds yang tercetus sejak Oktober lalu, telah meningkat menjadi 142 orang. Ia berlaku di tengah-tengah pergolakan kemarahan yang terus merobohkan ruang bisu puak Arab dan global terhadap pelanggaran-pelanggaran penjajah Zionis di Masjid Al-Aqsa.

Sebuah kajian statistik yang dibuat oleh Pusat Kajian Israel dan Palestin iaitu “Al Quds Center”, menjelaskan bahawa kaum Hebron menjadi kaum yang paling banyak jumlah syuhada dalam intifada kali ini, iaitu sebanyak 41 syuhada.

Kajian ini membuktikan bahawa jumlah syuhada kanak-kanak telah mencapai 27 orang ataupun 21 peratus dari jumlah syuhada. Sementara itu jumlah kaum wanita meningkat menjadi 12 atau 8 peratus dari jumlah syuhada. Sejumlah 45 syuhada yang gugur berusia bawah 20 tahun ataupun 40 peratus dari jumlah keseluruhan para syuhada.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Minta kerajaan Mesir siasat seorang warga Palestin ditembak mati di sempadan.

Khamis, 31-12-2015 – Angkatan Tentera Kebangsaan dan Islam Palestin di Semenanjung Gaza meminta pihak berkuasa kerajaan Mesir, bertindak segera bagi menyiasat satu kejadian di mana seorang warga Palestin, Ishak Hassan, mati ditembak di sempadan Gaza-Mesir dan meminta agar pihak pengawal sempadan Mesir bertanggungjawab serta menuntut keadilan atas kejadian tersebut.

Berikutan itu, Pihak Tentera Kebangsaan dan Islam Palestin telah mengadakan satu mesyuarat di Bandar Gaza pada hari Ahad, kelmarin dan telah menyuarakan rasa amat kecewa atas kejadian yang berlaku kerana ketika itu, mangsa sedang berenang dan telah memasuki cuma beberapa meter ke dalam garis sempadan perairan Mesir.

Pada awal hari Ahad kelmarin, berpuluh-puluh warga Palestin berhimpun bagi menyertai protes yang diadakan di luar bangunan bekas ibu pejabat Kedutaan Mesir, mengutuk kejadian pembunuhan yang berlaku pada hari Khamis lalu, itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Ratusan hadiri pengebumian dua warga Palestin yang dibunuh

Khamis, 31-12-2015 – Ratusan yang berkabung menghadiri pengebumian dua orang warga Palestin yang dibunuh di Jenin dan al-Bireh di Tebing Barat.

Di Jenin, sejumlah besar yang berkabung berarak pada petang Isnin di pengebumian Samer al-Sirissi, 51, yang jenazahnya diserahkan kepada keluarganya pada hari Ahad. Proses membawa jenazah bermula di Masjid Jenin sebelum melalui jalan-jalan kota itu, manakala mereka yang berkabung melaungkan slogan menyeru membalas dendam dan penentangan ke atas penjajahan oleh Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Kembali Larang Syaikh Shalah Masuk al-Quds

Khamis, 31-12-2015 – Ketua Gerakan Islam (Harakah Islamiyah) di Palestin 1948 Syaikh Raed Shalah, pada hari Isnin (28/12) menerima surat perintah melanjutkan larangan masuk ke kota al-Quds selama 6 bulan berikutnya, setelah beberapa tahun dilarang masuk kota al-Quds untuk mengunjungi masjid al-Aqsha sejak tahun 2007.

Syaikh Shalah mengatakan bahawa tindakan institusi penjajah Zionis yang terus melanjutkan kezalimannya semakin menambah keyakinannya bahawa penjajah Zionis menuju kebinasaan dan kerugian.

Dia menambah, “Langkah-langkah menekan dan zalim penjajah Zionis adalah bentuk keputusasaan dan kami akan tetap menegaskan bahawa kezaliman, penjajahan dan terorisme Israel menuju kebinasaan dengan izin Allah dan kami akan tetap melaungkan: “dengan jiwa dan darah kami persembahkan untuk untukmu wahai al-Aqsha”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Perletakan jawatan Menteri Dalam Negeri Israel atas tuduhan jenayah seksual.

Selasa, 29-12-2015 – Menteri Dalam Negeri Israel, Silvan Shalom meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri selain Menteri Dalam Negeri apabila dituduh terbabit dalam gangguan seksual pada petang Ahad 20 Disember lepas.

Perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah keadaan ini menambah satu lagi gelaran kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dengan jumlah tertinggi peranan dan gelaran yang pernah dilihat. Mulai sekarang, Netanyahu harus dipanggil Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Luar, Menteri Dalam Negeri, Menteri Komunikasi, Menteri Ekonomi dan Menteri Kerjasama Serantau.

Shalom menghadapi beberapa lagi isu yang terlibat dalam gangguan seksual dengan 13 orang wanita dan salah seorang wanita itu merupakan pekerja di bawah arahan beliau.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : faiqoh

Categories
Berita Semasa

Penduduk Zionis Serbu Al-Aqsa Dihalang oleh Jemaah.

Selasa, 29-12-2015 – Sejumlah puak penduduk Zionis, Ahad lalu(20/12) menyerbu kawasan Masjid Al-Aqsa dengan kawalan ketat tentera Zionis.

Ada saksi berkata, 26 penduduk Zionis yang terbahagi kepada 2 kelompok menyerbu kawasan Al-Aqsa dari arah pintu gerbang Al-Mugaribah. Saksi berkata lagi, para jemaah yang berada dalam Masjid Al-Aqsa menghalang serbuan kelompok Yahudi tersebut dengan melaungkan takbir dan tahlil serta menghalau mereka dari kawasan Al-Aqsa.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menembak ke arah petani Gaza

Selasa, 29-12-2015 – Tentera rejim Israel (IOF) melepaskan tembakan ke arah para petani Palestin di Semenanjung Gaza Tengah. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika serangan itu.

Saksi melaporkan, IOF yang bertempat di kawasan sempadan dekat kem pelarian al-Maghazi di bandar Deir al-Balah menembak ke arah sekumpulan petani Palestin dan kediaman-kediaman di kawasan itu.

Serangan itu berlaku pada masa yang sama kenderaan tentera rejim meronda di sempadan dan dron berlegar-legar di kawasan itu. Serangan bersenjata itu menyebabkan para petani terpaksa meninggalkan kawasan pertanian mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pelampau Yahudi ceroboh masuk Masjid al-Aqsa.

Selasa, 29-12-2015 – Sekumpulan pelampau yang merupakan pendatang Yahudi, bertindak menceroboh masuk ke ruang dalam Masjid al-Aqsa, masjid suci milik umat Islam dengan diberi kawalan keselamatan ketat. Perbuatan itu berlaku pada pagi Ahad, kelmarin.

Menurut kata saksi, 26 pendatang Yahudi dengan diiringi oleh anggota tentera rejim Israel, masuk ke dalam masjid itu dengan memecah pintu di laluan Maghareba. Perbuatan biadap pelampau Yahudi itu menyebabkan jemaah yang sedang beribadah di dalamnya, bertindak melaungkan takbir, “Allah hu Akbar”.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Bahar seru Gabungan Islam hentikan keganasan Israel

Selasa, 29-12-2015 – Timbalan Speaker Pertama Majlis Perundangan Palestin (PLC) Dr Ahmad Bahar menggesa Gabungan Islam yang dibentuk oleh Arab Saudi untuk memandangl serius keganasan dilakukan Israel.

Dr. Bahar menegaskan, untuk memerangi jenayah dan keganasan Israel perlulah bermula daripada pihak atasan negara-negara Arab dan Islam. Beliau turut menegaskan, campur tangan segera perlu dilakukan untuk menghentikan pendudukan Israel dan konfrontasi agresif mereka terhadap rakyat Palestin termasuk tempat-tempat suci mereka di seluruh wilayah Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Gadis Terkorban Ditembak Pasukan Israel di Pos Tentera Nablus

Isnin, 21-12-2015 – Seorang gadis Palestin bernama Samah Abdul Mukmin Ahmad, 18 tahun yang berasal dari kampung Amuria di selatan Nablus, wilayah utara Tepi Barat, pada hari Rabu lalu(16/12) mati akibat luka tembak penjajah Zionis berdekatan pos tentera Hawarah sekitar 3 minggu lalu.

Samah Abdul Mukmin cedera parah pada 23 November lalu akibat dihujani tembakan oleh penjajah Zionis, seiring dengan lagak tikam menikam yang dilakukan seorang pemuda Palestin, Ala Khalil Hasyasy.

Saat itu Samah Abdul Mukmin segera dibawa ke Hospital Rafidia di Nablus. Setelah itu, dia dipindahkan ke hospital Israel Pellnson di “Petah Tikva” kerana keadaannya yang kritikal.

sumber : COMES
penterjemah : asyraf arshad