Categories
Berita Semasa

Wakil Luar Negara Palestin Selar Media Arab Label Gerakan Penentangan Sebagai Pengganas

Isnin, 19-06-2017 – Sekretariat Ketua Persidangan Luar Negara Palestin telah menolak kenyataan terbaru yang dilaporkan dalam media Arab dan surat khabar yang membantah menyatakan gerakan penentangan sebagai pengganas.

Mengulas kenyataan baru-baru ini oleh menteri luar Saudi yang menyeru Qatar untuk menamatkan sokongannya terhadap Gerakan Hamas, Sekretariat Jeneral Persidangan memberi amaran, dalam satu kenyataan, kenyataan demikian telah memperlekeh hak rakyat Palestin untuk menentang Zionis.

Sekretariat Umum Persidangan itu menyeru orang-orang Arab dan Muslim untuk mengutuk kenyataan tersebut yang jelas menyinggung dan mengelirukan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Tahan 2 Bekas Tahanan di Bethlehem

Isnin, 19-06-2017 – Angkatan Tentera Israel (IOF) menangkap dua lelaki muda Palestin ketika cuba menyeberangi pos pemeriksaan tentera yang di kota Khader di selatan Bethlehem. Tahanan dikenali sebagai Youssef Sarahna dan Mufti al-Masri, di mana kedua-duanya pernah ditahan di penjara Israel. Lebih daripada 700 pusat pemeriksaan tentera Israel didirikan di seluruh Tebing Barat bagi menyekat pergerakan rakyat Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Menteri Luar Qatar: Pergerakan Penentang Hamas

Khamis, 15-06-2017 – Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al-Thani mengeluarkan keyataan bahawa Hamas adalah gerakan penentang yang berfungsi untuk menyatukan rakyat Palestin dan bukanlah satu organisasi pengganas.

Dalam satu sidang media bersama rakan dari Perancis, menteri tersebut menerangkan bahawa kehadiran Hamas di Qatar adalah bertujuan untuk membantu rundingan damai dengan Fatah, dengan mengambil kira kepimpinan biro politik pergerakan tersebut yang berpengkalan di Gaza bukan Doha.

Beliau menambah bahawa usaha Qatar dalam membina semula Gaza adalah jelas dan telus dan dilaksanakan melalui mekanisma antarabangsa, mengukuhkan lagi bahawa Qatar menyokong rakyat Palestin dan tidak menyokong hanya satu pihak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel culik 2 remaja Palestin dari kem Shu’fat.

Khamis, 15-06-2017 – Tentera rejim Israel menahan dan membawa pergi 2 remaja warga Palestin selepas menyerbu kem yang menempatkan pelarian Shu’fat yang terletak di utara Baitulmuqaddis.

Menurut kata saksi, anggota tentera rejim dilihat memasuki petempatan tersebut dan kemudiannya menahan kedua-dua remaja sebelum merampas sebuah motorsikal milik mereka

Tambah saksi itu lagi, anggota tentera rejim dilihat mengepung sebuah bangunan di dalam kem tersebut sebelum menangkap dan kemudiannya membawa kedua-dua remaja itu pergi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin

Categories
Berita Semasa

Ahli parlimen Jerman menolak untuk menemui menteri Israel di Baitulmuqaddis

Khamis, 15-06-2017 – Seorang wakil ahli parlimen Jerman enggan menemui menteri dalaman Israel Gilad Erdan, di pejabatnya di timur Baitulmuqaddis.

Menurut akhbar berbahasa Hebrew, Erdan membatalkan mesyuarat yang dijadualkan dengan wakil Jerman itu setelah beliau dengan tegas menolak untuk mengadakan mesyuarat di luar kawasan Garisan Hijau.

Erdan juga dilaporkan menolak untuk menemui delegasi tersebut di tempat lain, dan mendakwa yang dia tidak akan bekerjasama dengan pihak yang menyatakan timur Baitulmuqaddis adalah kawasan yang dijajah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nuridawati

Categories
Berita Semasa

Kementerian Kesihatan Mengeluarkan Amaran akan Keputusan Israel untuk Mengurangkan bekalan kuasa

Khamis, 15-06-2017 – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza memberi amaran mengenai kesan daripada keputusan pihak berkuasa Israel untuk mengurangkan bekalan kuasa ke Semenanjung Gaza.

Kementerian itu dalam satu kenyataan ringkas menyatakan bahawa keputusan berbaur “perkauman” itu akan memberikan kesan buruk ke atas pesakit dan orang awam di Gaza. Israel harus bertanggungjawab ke atas akibat daripada keputusan untuk mengurangkan jumlah kuasa yang dibekalkan ke Semenanjung Gaza itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Dua rakyat Palestin ditahan dan disoalsiasat di Kem Hawara

Selasa, 13-06-2017 – Rejim Zionis telah menahan dua remaja Palestin Khamis lalu dan meletakkan mereka disoal siasat secara kejam di Kem Hawara berdekatan dengan Nablus.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa dua remara tersebut ditahan setelah kereta mereka di tahan dan digeledah di pusat pemeriksaan tentera. Kedua-dua remaja berkenaan dibawa ke Kem Hawara di mana mereka dipukul dengan teruk dalam jangka masa berjam-jam. Walaubagaimanapun mereka dilepaskan selepas itu, kata sumber tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hafizah Hashim

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel serah notis arah roboh.

Selasa, 13-06-2017 – Tentera rejim Israel bertindak menyerahkan notis arah roboh ke atas 2 buah restoran yang terletak di lokasi bersejarah di bandar Sabastia, utara kota Nablus, wilayah Tebing Barat.

Menurut kata Ketua Majlis Perbandaran Sabastia, Mohammad Azzam pihak tentera rejim telah datang ke lokasi tersebut dan menyerahkan notis roboh kepada kedua-dua pemilik restoran, dikenali sebagai Nael Aqel dan Fakher Mekhaimer. Dakwa pihak Israel, kedua-dua restoran itu terletak di kawasan milik tenteranya yang ditanda sebagai Kawasan C.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel memotong bekalan air Nablus

Selasa, 13-06-2017 – Rejim Israel memotong bekalan airke 13 bandar Palestin di tenggara Nablus, timur laut Tebing Barat. Menurut Ghassan Dughlas, seorang aktivis Palestin yang memantau kegiatan pendatang di barat laut Tebing Barat, rejim kerap memotong bekalan air ke kawasan tersebut tanpa sebarang makluman awal.

Namun begitu, penempatan haram yang dibina di tanah Palestin dan kawasan berdekatan telah mendapat kebenaran tanpa had kepada sumber air Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Abbas Akan Hentikan Tuntutan Membekukan Pembangunan Penempatan Yahudi

Selasa, 13-06-2017 – Penasihat ekonomi Mahmud Abbas menyatakan, kemungkinan Mahmud Abbas akan melepaskan tuntutannya agar Israel membekukan pembangunan penempatan Yahudi demi untuk memulakan kembali perundingan dengan Israel.

Sebelumnya, akhbar Yedeot Aharonot Khamis (8/6) menyebutkan bahawa menurut pernyataan dari penasihat Abbas, Muhammad Mustafa, diantara jadual kerja Presiden Palestin adalah memberikan waktu kepada Israel di PBB untuk mengkaji semula tuntutanya kepada para pemimpin Zionis di Leiden atas kejahatan perang yang mereka lakukan di Gaza

Mustafa menambah, untuk sementara waktu, Mahmud Abbas akan menunda tuntutannya agar Zionis membekukan pembangunan penempatan di Yahuda dan Samera agar perundingan dapat dimulakan semula.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Hamas Kutuk Serangan di Tehran

Jumaat, 09-06-2017 – Hamas, mengutuk “serangan pengganas” yang mensasarkan ahli-ahli parlimen Iran di Tehran pada hari Rabu. Pergerakan itu dalam satu kenyataan media menyatakan bahawa, rakyat Palestin sentiasa mendoakan keselamatan dan kestabilan di negara Arab dan Islam, sambil menyeru menyatukan usaha untuk berhadapan dengan musuh utama negara iaitu penjajahan Israel.

Berpuluh-puluh cedera dan terbunuh dalam serangan yang dilancarkan oleh tiga lelaki bersenjata di bangunan parlimen Iran di Tehran. Serangan kedua yang dijalankan oleh tiga lelaki bersenjata turut mengakibatkan kecederaan, termasuk seorang pengebom bunuh diri, di makam Ruhollah Khomeini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Parlimen Palestin minta dunia Arab putuskan hubungan dengan rejim Israel.

Jumaat, 09-06-2017 – Majlis Dewan Parlimen Palestin meminta negara-negara di dunia Arab dan Islam memutuskan hubungan diplomatik mereka dengan rejim Israel.

Semasa sesi sidang dewan, anggota parlimen memohon seluruh kerajaan Arab dan Islam agar melindungi Baitulmuqaddis dari jatuh ke tangan Yahudi Israel. Di samping itu, mereka juga menyeru semua pihak di Palestin supaya bersatu, menghentikan perpecahan dan merangka kerjasama bagi mempertahankan Baitulmuqaddis dan Masjidil al-Aqsa serta menyokong Intifada al-Quds.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menyerbu kampung Bir al-Basha di selatan Jenin serta menyoal siasat penduduk

Jumaat, 09-06-2017 – Pada petang Rabu, tentera rejim Israel (IOF) menyerbu pada petang Rabu Kampung Bir al-Basha selatan kota Jenin di barat laut Tebing Barat dan mendirikan sempadan ketenteraan di arah selatan kemasukan kota.

Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC yang tentera IOF ditempatkan di jalan utama menuju kota Jenin dan menyekat lalu lintas. Tentera rejim menyoal sejumlah penduduk dan menyemak pengenalan mereka.

Rejim Israel mendirikan lebih banyak pusat pemeriksaan sementara di kawasan itu yang menyekat lalu lintas ke kemasukan selatan kota Jenin, saksi menyatakan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Sekatan-sekatan baru ke atas tahnan melanggar persetujuan asal mogok lapar

Jumaat, 09-06-2017 – Palestinian Prisoners Centre for Studies mengeluarkan kenyataan Rabu lepas bahawa sekatan dan prosedur ketat dan melampau yang dikenakan ke atas tahanan wanita Palestin adalah bertentangan dengan persetujuan yang telah dicapai untuk mengakhiri mogok lapar ‘Freedom and Dignity’.

Jurucakapnya, Riyad al-Ashqar, mengatakan bahawa pihak yang bertanggungjawab terhadap fail-fail tahanan tersebut mengesahkan bahawa majoriti dari permintaan dan hak kemanusiaan telah dicapai berikutan mogok lapar tersebut.

Beliau menambah, pihak Israel Prison Service (IPS) telah meningkatkan langkah-langkah ketat dan sekatan ini terhadap tahanan wanita Palestin dengan sewenang-wenangnya sejak bermulanya bulan Ramadan dan ini adalah melanggar persetujuan yang telah dicapai antara jawatankuasa perunding dan IPS.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hafizah

Categories
Berita Semasa

Polis Israel periksa bangunan kedai di Baitulmuqaddis.

Khamis, 08-06-2017 – Polis Israel bersama kakitangan Majlis Perbandaran bertindak memeriksa bangunan kedai di kejiranan al-Jawz, bandar Baitulmuqaddis dan mengarahkan tuan punya kedai merobohkan mana-mana binaan tambahan yang dibina tanpa kebenaran.

Menurut kata salah seorang pemilik kedai, Mustafa Abu Zahra kepada Quds Press, polis rejim hanya memberi masa sehingga petang untuk dia membuka binaan tambahan yang dibinanya itu. Jika tidak, pihak rejim akan meruntuhkan bahagian tersebut.

Mengikut laporan Pejabat Penyelaras Bahagian Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), PBB menunjukkan bahawa sepanjang tahun 2016 sahaja sebanyak 1,094 struktur binaan yang didirikan oleh warga Palestin telah diruntuhkan pihak rejim penjajah Israel atas alasan ia dibina tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali