Categories
Berita Semasa

Israel dan Palestin bersetuju dengan gencatan sejata untuk tempoh 72 jam

Selasa , 12-08-2014 – Satu gencatan sejata selama 72 jam di Semenanjung Gaza dijangka bermula pada tengah malam Isnin pagi, setelah pelbagai pihak dari kalangan rakyat Palestin dan pihak berkuasa rejim Israel bersetuju untuk meletakkan senjata sementara para perunding berbincang bagi mencapai rundingan tempoh gencatan senjata yang lebih panjang.

Namun, pada jam-jam terakhir sebelum gencatan senjata, tentera rejim terus menyerang Semenajung Gaza menerusi udara, membunuh 4 orang termasuk seorang kanak-kanak pada petang Ahad. Sekurang-kurangnya 25 bom dijatuhkan di Gaza pada Ahad, dan 60 pada Sabtu.

Kumpulan-kumpulan Palestin yang diketuai oleh parti Hamas, telah menyeru pengakhiran kepungan ke atas Gaza, pembukaan pelabuhan di Gaza, dan pembebasan ratusan tahanan yang telah ditahan kembali oleh Israel setelah mereka dibebaskan pada 2011.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Mashal: Sebarang gencatan senjata berpanjangan perlu membawa kepada penarikan pengepungan di Gaza sepenuhnya

Selasa , 12-08-2014 – Ketua biro politik Hamas, Khaled Mashal berkata sebarang gencatan senjata yang berpanjangan perlu membawa kepada penarikan pengepungan ke atas Semenanjung Gaza.

Dari perjanjian gencatan senjata untuk tempoh 72 jam yang telah dipersetujui oleh pihak Palestin dan Zionis pada petang hari ahad (10/8), Mashal berkata dalam temubual ekslusif bersama wakil “France Press” di Doha bahawa “gencatan senjata adalah salah satu cara atau taktik sama ada bagi tujuan menyediakan ruang yang sesuai untuk kejayaan rundingan atau untuk memudahkan kemasukan bantuan pertolongan ke Semenanjung Gaza”.

Beliau menambah bahawa “matlamat kami adalah untuk memenuhi permintaan penduduk Palestin dan hidup tanpa pengepungan di Semenanjung Gaza, inilah perkara yang tidak dikaji semula darinya”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah :  siti zunaidah

Categories
Berita Semasa

Menjelang Gencatan, Zionis Hancurkan Masjid di Khan Yunis

Selasa , 12-08-2014 – Pesawat tempur Zionis menghancurkan masjid al Abrar di Khan Yunis pada Ahad (10/8) di wilayah selatan Semenanjung Gaza. Tindakan tersebut berlaku menjelang pelaksanaan gencatan senjata sementara antara pejuang Palestin dan pasukan penjajah Zionis selama 72 jam.

Pejabat berita Arab Quds Press mengatakan, pesawat tempur Zionis jenis F16 pada hari Ahad (10/8) menjelang tengah malam menghancurkan masjid al Abrar di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza.

Dengan penghancuran masjid al Abrar oleh pasukan penjajah Zionis ini, maka jumlah masjid yang dihancurkan Zionis dlam tempoh serangan ke Semenanjung Gaza mencapai lebih 214 masjid. Sebanyak 64 di antara musnah teruk dan lebih dari 150 lainnya rosak sebahagian. Demikian menurut data dari Kementerian Wakaf dan Urusan Agama Pemerintah Palestin di Semenanjung Gaza.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Kanak kanak terus maut dibedil rejim Zionis.

Selasa , 12-08-2014 – Kanak-Kanak Maut,Sebelas Cedera Dalam Pengeboman Terbaru Israel Di Gaza Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza telah melaporkan bahawa seorang kanak-kanak Palestin terbunuh, dan sekurang-kurangnya sebelas orang Palestin telah cedera selepas tentera Israel meneruskan serangan ke atas Gaza pada hari Jumaat.

Kementerian tersebut berkata Ibrahim Zoheir ad-Dawawsa, 10 tahun,terbunuh selepas tentera mengebom sebuah masjid, di mana keluarga
mangsa menjadikan tempat berlindung, di bahagian utara Semenanjung Gaza. Beberapa rakyat Palestin juga cedera dalam pengeboman Israel yang lain, dan serangan telah mensasarkan bahagian yang berlainan di kawasan pantai.

Terdahulu pada hari Jumaat, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan Menteri Pertahanan Moshe Ya’alon mengarahkan tentera
untuk “kekal bersedia untuk peningkatan kemungkinan dalam serangan di Gaza”, terutamanya selepas perbincangan mengenai melanjutkan gencatan senjata sementara telah gagal.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : sham

Categories
Berita Semasa

Lima rakyat Palestin terbunuh di Gaza Tengah

Selasa , 12-08-2014 – Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa lima orang rakyat Palestin terbunuh dan beberapa orang lagi mengalami kecederaan, sebilangannya cedera teruk, setelah tentera Israel menyerang sebuah masjid di kawasan Nusseirat dan kem pelarian al-Maghazi, di Gaza Tengah.

Tambah kementerian itu lagi, seorang rakyat Palestin, Moath Azzam Abu Zeid , 37, meninggal dunia di bawah runtuhan Masjid al-Qassam di Nusseirat. Jenazah beliau dan beberapa lagi rakyat Palestin yang cedera telah dipindahkan ke Hospital al-Aqsa.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Tuntuan yang diterima dan ditolak oleh Israel

Selasa , 12-08-2014 – Berikut adalah senarai tuntutan Palestin dikemukakan kepada Israel oleh puak penentang Palestin di Gaza, semasa rundingan tidak langsung yang diadakan di Mesir antara Israel dan Palestin, seperti yang diterbitkan oleh al-Watan News:

1. Israel menolak sepenuhnya mendirikan sama ada Seaport atau Lapangan Terbang di Semenanjung Gaza.
2. Menolak sepenuhnya pembebasan semua tahanan yang dibebaskan di bawah ‘Rundingan Pertukaran Banduan Shalit’, dan ditangkap semula oleh Israel.
3. Israel “berhak” untuk mengambil tindakan terhadap terowong di Gaza.
4. Israel “berhak” untuk menjalankan pembunuhan sasaran
5. Setuju untuk mempertimbangkan Terminal Sempadan Rafah sebagai isu Mesir-Palestin.
6. Setuju untuk melepaskan tahanan veteran fasa keempat “sebagai tanda muhibah ke arah Presiden Mahmoud Abbas.”
7. Setuju untuk melanjutkan zon nelayan Palestin di perairan Gaza.
8 Setuju untuk membolehkan pemindahan wang untuk membayar gaji di Semenanjung Gaza.
9. Setuju untuk meringankan sekatan ke atas rakyat Palestin apabila menyeberangi terminal Erez, tetapi tidak akan mengurangkan sekatan ke atas barangan.
10. Setuju untuk kemasukan peralatan pembinaan, tetapi hanya di bawah pengawasan antarabangsa.

Sejurus sebelum gencatan senjata 72 jam berakhir pada pagi Jumaat, sumber Israel berkata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengarahkan tentera untuk bersedia untuk apa-apa kemungkinan pengerahan.

Apabila gencatan senjata berakhir, puak penentang melepaskan peluru berpandu ke dalam pangkalan tentera Nahal ‘Oz, di seberang sempadan dan tentera mengebom beberapa kawasan di Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah :  nurdiana

 

Categories
Berita Semasa

Wartawan Antarabangsa Gagal Memenuhi Kehendak Netanyahu


Selasa , 12-08-2014 –
Wartawan asing yang berada di Gaza menolak tuduhan Netanyahu tentang laporan mereka yang dikatakan ‘tidak adil’ dan ‘berat’ ke arah Palestin kerana tekanan yang dikenakan oleh Hamas.

Netanyahu mengadakan perjumpaan dengan wartawan pada petang khamis dan menyatakan, “apabila mereka (wartawan) meninggalkan Gaza, mereka tidak lagi berada di bawah kawalan dan ancaman Hamas”. Netanyahu kemudiannya menambah: “Saya akan melihat laporan dan dokumen tentang (pengganas) yang berselindung di belakang orang awam”.
Menurut Agensi Media Palestin Al-Ray, wartawan yang baru sahaja meninggalkan Gaza berkata bahawa Netanyahu menipu, sambil menekankan bahawa mereka tidak menerima ancaman daripada Hamas dan tidak pernah bertemu dengan sesiapapun yang berkaitan dengan Hamas ketika mereka berada di Gaza.

Jurucakap Kementerian Luar Israel, Yigal Palmor menyatakan: “Saya tidak percaya bahawa tidak ada seorang pun fotografer veteran yang berjaya merakam walaupun satu gambar roket dilancarkan atau seorang pejuang daripada Hamas”. Hampir kesemua wartawan mengesahkan dan bersetuju tentang satu perkara: bahawa mereka TIDAK MENYAKSIKAN walau satu situasi yang mampu membuktikan tuduhan Netanyahu.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

72 jam gencatan senjata tidak memuaskan, Rejim Zionis gagal

Selasa , 12-08-2014 – Gencatan senjata 72 jam berakhir dengan tidak memuaskan, dengan Israel gagal untuk memenuhi permintaan yang dikemukakan oleh perunding di Kaherah, askar Palestin di Gaza telah melepaskan beberapa roket ke Israel dalam beberapa minit dari tamat tempoh gencatan senjata ini.

Menurut tentera Israel, sekurang-kurangnya lima roket telah dilepaskan.”Satu Roket dipintas di Ashkelon,” tertulis di satu kenyataan. “Roket tambahan dilepaskan dikawasan terbuka di selatan Israel.” Al-Quds Briged, sayap bersenjata Jihad Islam, telah mengambil tanggungjawab untuk tiga roket yang ditembak ke arah Ashkelon. Pasukan ini juga dilaporkan telah menyasar Eshkol dengan empat peluru berpandu, dan Kisufim dengan lima roket 107.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Israel bertindak untuk mengatasi tuntutan Jenayah Perang

Isnin , 11-08-2014 – Khuatir dengan peningkatan permintaan antarabangsa supaya pegawai Israel didakwa untuk jenayah-jenayah perang yang dilakukan dalam serangan terakhir ke atas Semenanjung Gaza, angkatan tentera telah mengarahkan satu siasatan dalaman terperinci terhadap tindakan tentera semasa Operasi Protective Edge.

‘Kami tidak bekerjasama dengan laporan Goldstone dan akhirnya, ia hilang dari dunia ini’ – Israel PM Netanyahu Perdana Menteri Binyamin Netanyahu juga telah merayu ahli majlis undangan Amerika Syarikat untuk membantu Israel menghadapi tuduhan-tuduhan terhadap kepimpinan tentera dan politik Israel atas jenayah perang yang dilakukan dalam serangan Israel ke atas Gaza.

Menurut The New York Post, dalam satu mesyuarat pada hari Rabu dengan anggota Kongres yang membuat lawatan ke atas Israel sebagai tetamu AIPAC, Netanyahu menggesa wakil Amerika Syarikat untuk membantu pegawai-pegawai Israel untuk mengelakkan perbicaraan oleh International Criminal Court di The Hague.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Terkini: Keluarga Jordan: “Israel mendera anak kami hingga mati”.

Isnin , 11-08-2014 – Sebuah keluarga dari Jordan menyalahkan Israel kerana menahan dan mendera anak mereka hingga mati setelah ditahan dalam protes di Tel Aviv menyokong rakyat Palestin di Gaza.

Keluarga di Ein Abous in Zarqa – Jordan itu memberitahu Agensi Berita Balad di Jordan yang Wa’el Salim Mustafa, 39, telah ditahan oleh polis Israel dan meninggal akibat penderaan yang teruk.

Keluarga beliau dimaklumkan tentang kematiannya 3 hari selepas ia berlaku. Sebahagian laporan dalam bahasa Arab menyatakan beliau diculik ketika protes terhadap Perang Israel di Gaza.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Setelah 25 Tahun Menanti Anak Sulung, Sekeluarga Dibunuh oleh Misil Israel

Isnin , 11-08-2014 – “Kamu mengandung Suheila, benarkah?” tanya suami kepada isterinya dengan gembira. 25 tahun Ahmad al-Nairab, 67 dan isterinya Suheila berjumpa dengan doktor, menjalani ujian makmal sehinggalah mereka mendapat anak pertama yang memberikan kegembiraan dan keseronokan dalam keluarga.

“25 tahun, 25 tahun. Kami akan menyayangi anak ini lebih daripada kehidupan sendiri,” kata Ahmad ketika Mohammad dilahirkan. Masa berlalu dan Mohammad mula membesar dan belajar di sekolah.

Ibu kemudiannya mengandung dan bersalin anak kedua, Mahmoud dan anak yang ketiga, Mo’men.

Tiga anak itu, bersama ibu dan bapa mereka membentuk keluarga yang sempurna, bahagia dengan gelak dan tawa kehidupan. Mereka membesar dalam belaian dan kasih sayang ibu bapa mereka, dan menghargai kehidupan. Ibu bapa mereka menyayangi mereka lebih daripada segala-galanya.

Tiap tahun, keluarga itu menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka. 13 untuk Mohammad, 10 dan 7 tahun masing-masing untuk Mahmoud dan Mo’men.

Kini, gelak tawa mereka, keluarga yang bahagia dan saling menyayangi telah hilang selamanya.

Sebuah misil Israel menghentam rumah mereka, dan menjadikan keluarga itu mayat yang hampir musnah; pada hari ke-27 serangan ke atas rumah milik rakyat Palestin di Gaza.

Sambil menunjuk ke arah kesan runtuhan rumah itu, jiran mereka bertanya, “apa salah mereka? Rumah ini tempat yang gembira, dipenuhi dengan gelak dan kegembiraan. Apa yang dilakukan Israel sangat mengejutkan, tidak dapat dibayangkan. Pembunuhan, pembersihan etnik yang melibatkan seluruh keluarga”.

Setakat 8/8/14, Kementerian Kesihatan Gaza menyebut bahawa IDF telah membunuh 432 kanak-kanak, 243 wanita, 21 orang pasukan perubatan, dan 85 orang warga tua Palestin. 2979 kanak-kanan, 1903 wanita dan 374 warga tua yang lain pula cedera.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis terus melakukan pencerobohan walaupun gencatan senjata berlangsung

Isnin , 11-08-2014 – Pertahanan Palestin berterusan pada pagi hari jumaat (8/8) melawan entiti zionis selepas sahaja tamat gencatan senjata sementara pada pukul lapan pagi.

Entiti Zionis mengancam untuk memulakan pencerobohan di Gaza hari ini, memandangkan kekaburan hasil rundingan di Kaherah antara delegasi Palestin dan Israel yang diusahakan oleh Mesir.

Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri berkata dalam satu kenyataan ringkas beliau bahawa pihak Palestin tidak bersetuju atas pengecaman gencatan senjata sementara tetapi rundingan sedang berjalan di Kaherah.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : siti zunaidah

Categories
Berita Semasa

Sebulan Serangan Zionis Ke Gaza: 1867 Syahid dan 9563 Cedera

Jumaat, 08-08-2014 – Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza hari ini, Selasa (5/8/2014), mengumumkan bahawa tempoh sebulan serangan penjajah Zionis terhadap Gaza telah mengorbankan seramai 1867 penduduk dan 9563 tercedera.

Dalam laporan harian yang diterbitkan hari ini, Kementerian Kesihatan Palestin di Semenanjung Gaza mengatakan bahawa di antara korban yang gugur adalah 429 kanak-kanak, 243 wanita dan 79 orang warga emas.

Sementara itu mangsa yang cedera ada 2877 kanak-kanak, 1853 wanita dan 374 warga emas. Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan bahawa seramai 153 mangsa cedera parah sedang dirawat di unit rawatan intensif (ICU), dijangkakan mangsa korban akan terus bertambah.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Meletusnya Penyakit Berjangkit di Gaza Ancam Kesihatan Awam.

Jumaat, 08-08-2014 – Penduduk Gaza menghadapi rintangan besar untuk mengakses penjagaan asas kesihatan, dengan hanya 10 daripada 56 klinik Penjagaan Kesihatan utama kerajaan beroperasi, lapan daripada UNRWA ini 22 klinik masih dibuka dan kebanyakan klinik NGO ditutup.

Sebahagian besar mangsa tidak mempunyai akses langsung kepada perkhidmatan penjagaan asas kesihatan. Ini adalah pada keadaan apabila terdapat masalah kesihatan awam yang genting yang timbul daripada serangan Israel yangmengancam kesihatan seluruh penduduk.

Pemusnahan satu-satunya loji janakuasa Gaza menjadikan sistem kumbahan tidak berfungsi. Ketiadaan elektrik digabungkan dengan kemusnahan sekurang-kurangnya 16 telaga air telah meninggalkan 1.8 juta orang tanpa akses kepada air, menurut laporan terbaru OCHA .

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur diana

Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin dan Israel Terbunuh Dalam Insiden di Jerusalem

Jumaat, 08-08-2014 – Seorang rakyat Palestin telah ditembak mati oleh tentera Zionis di Jerusalem. Mereka mendakwa bahawa rakyat Palestin tersebut merancang untuk menyerang bas Israel dan sebuah kereta dengan menggunakan sebuah jentera pengorek industri yang dipandu olehnya.

Rakyat Palestin yang ditembak oleh tentera Zionis dikenalpasti sebagai Mohammad Nayef Ja’abeess. Israeli Daily Haarets melaporkan bahawa penjalan kaki yang tercedera dalam insiden tersebut telah meninggal dunia kerana kecederaan yang dialami. Lima orang lagi cedera ringan.

sumber : IMEMC News
penterjemah : huda