Categories
Berita Semasa

Abbas Hantar Resolusi Untuk Majlis Keselamatan PBB

Jumaat , 26-09-2014 – Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyatakan bahawa beliau bercadang untuk mengemukakan satu resolusi menggesa pelan pengunduran tiga tahun untuk Israel dari Tebing Barat, selepas ucapan beliau yang dijadualkan pada Perhimpunan Agung PBB Jumaat ini.

Harian Israel Haaretz berkata Abbas maklumkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry, bahawa dia bertekad untuk mengemukakan cadangan ketetapan itu kerana lebih daripada dua puluh tahun “rundingan damai” langsung dengan Tel Aviv gagal mencapai matlamat yang dikehendaki bagi pembebasan dan kemerdekaan, manakala Israel terus ingkar dengan aktiviti pembinaan penempatan haram.

Israel nampaknya tidak mengambil berat tentang langkah Palestin kerana pasti Amerika Syarikat akan menggunakan kuasa Veto untuk mengagalkan ketetapan itu, seperti yang berlaku beberapa kali sebelum ini, manakala AS menegaskan “hanya rundingan damai langsung” boleh membawa penyelesaian kepada konflik Israel-Palestin.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pekerja kebersihan hospital Gaza umumkan mogok 3 hari

Jumaat , 26-09-2014 – Syarikat kebersihan hospital akan memulakan mogok 3 hari di hospital Gaza bermula Rabu. Seorang pegawai memberi amaran yang sector kesihatan di Semenanjung Gaza akan lumpuh akibat kekurangan wang untuk operasi.

Syarikat-syarikat tersebut dalam kenyataan akhbar menyeru pentadbiran hospital agar mengambil langkah sewajarnya untuk memelihara nyawa para pesakit, demikian menurut Al Ray.

“Kami sentiasa berhubung dengan para pegawai Palestin untuk memenuhi tuntutan para pekerja dengan memberi pampasan akibat kelambatan pembayaran gaji sejak 5 bulan tetapi tiada balasan,” demikian menurut kenyataan itu.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Syeikh Bkeirat Memberi Amaran tentang Penggalian di Bawah Bandar Lama

Jumaat , 26-09-2014 – Syeikh Najah Bkeirat, ketua Akademi Sains Aqsa dan bekas pengarah masjid al-Aqsa memberi amaran dalam temubual eksklusif dengan PIC tentang kesan serius yang bakal dihadapi apabila penggalian di bawah bandar lama Baitul Maqdis yang dijajah, diteruskan.

Beliau menyatakan bahawa terdapat terowong Israel yang bermula daripada Ein Silwan di Selatan Masjid al-Aqsa sehingga ke Bab al-Magribeh di Masjid Marwani. Terowong itu bertujuan untuk memberikan penceroboh laluan tanpa halangan ke dalam masjid al-Aqsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Netanyahu: Ancaman Keamanan Memaksa Kita Menambang Bajet Keselamatan

Jumaat , 26-09-2014 – PM Zionis Benyamin Netanyahu mengatakan bahawa ?ancaman keamanan? terhadap entiti Zionis menyebabkan beliau menambah bajet keselamatan secara signifikan.

Hal tersebut disampaikan Netanyahu dalam perayaan tahun baru Ibrani di Dewan Daerah Ashcol. Beliau menegaskan bahawa ?ancaman keamanan terhadap Israel mengharuskannya menambah bajet keselamatan yang lebih besar”.

Beliau menyatakan bahawa dia bertanggungjawab atas langkah-langkah keseimbangan antara keperluan keselamatan yang besar dengan keperluan ekonomi yang stabil. Tambahnya, “Adalah mudah menebar janji. Masalah yang paling sukar adalah mengelola keputusan yang bertanggung jawab.”

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Tadika untuk kanak2 istimewa Arab bertukar menjadi tadika utk kanak2 yahudi

Rabu , 24-09-2014 – Hanya sehari sebelum sesi persekolahan baru, pihak bandaraya telah menukar sebuah tadika Arab untuk kanak-kanak istimewa kepada tadika pengasingan khas untuk kanak-kanak daripada keluarga yang beragama Yahudi.

Keputusan Israel itu dibuat tanpa sebarang perbincangan atau notis awal. Bangunan tersebut mula digunakan tahun lepas, untuk menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak Arab yang memerlukan perhatian khas, terutamanya kerana pihak bandaraya tidak menyediakan mereka dengan perkhidmatan yang mencukupi sepertimana kanak-kanak daripada keluarga Yahudi di negara tersebut.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zihan

Categories
Berita Semasa

Rejim Israel memusnahkan 20 kubur di perkuburan Palestin

Rabu , 24-09-2014 – Rejim Israel memusnahkan 20 kubur Palestin di Perkuburan Yousufeya, timur Baitulmuqaddis. Perkuburan itu terletak di kawasan pintu pagar Lion, menurut Rangkaian Berita Palestin (PNN), dekat tembok timur Masjid Al Aqsa dan dimusnahkan atas alasan perkuburan tersebut dibina di atas tanah yang dirampas.

Ketua jawatankuasa kebajikan perkuburan Islam di Baitulmuqaddis, Mustafa Abu Zahra menyelar tindakan itu, dan mengatakan bahawa perkuburan Syuhada merupakan pembesaran dari perkuburan Yousufeya dan ia layak untuk menjadi harta Islam.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Delegasi perubatan Mesir di Gaza akan melakukan pembedahan

Rabu , 24-09-2014 – Satu delegasi doctor-doktor Mesir telah tiba di Gaza dalam rangka lawatan seminggu untuk melakukan pembedahan untuk rakyat dengan masalah kesihatan dan kecederaan peperangan dan untuk mengumpul maklumat mengenai keperluan sektor kesihatan.

Timbalan menteri kesihatan Yousuf Abul- Rish dan beberapa pegawai menerima delegasi yang diketuai oleh pakar bedah Mohamed Fattouh di terminal penumpang di Rafah . Abul- Rish menyatakan penghargaannya terhadap peranan Mesir dalam membantu rakyat Palestin, dan memuji persahabatan dalam sejarah dan persaudaraan di antara kedua bangsa ini.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : diana

Categories
Berita Semasa

Polisi Baru Israel Sebabkan Beratus-ratus Penduduk Dipenjarakan

Rabu , 24-09-2014 – Penindasan Israel yang bermula sejak awal Julai lalu dengan menguatkuasakan polisi baru di Timur Baitulmuqaddis telah menghasilkan beratus-ratus rakyat Palestin termasuk berpuluh-puluh kanak-kanak sitempatkan di penjara untuk tertentu tempoh tertentu sehingga semua “langkah undang-undang” terhadap mereka selesai.

Israel Haaretz harian berkata dasar baru yang digunakan oleh pendakwaan Israel, mengakibatkan mereka terus menahan rakyat Palestin, dipercayai telah melempar batu terhadap tentera atau peneroka, atau dipercayai telah melakukan pelanggaran, di penjara sehingga semua langkah-langkah undang-undang selesai.

Langkah-langkah tersebut membawa kepada penahanan berpuluh-puluh kanak-kanak dipenjarakan selama sebulan, dan dalam banyak kes dua bulan, sebelum dihantar ke mahkamah. Haaretz berkata pihak tentera dan polis telah menahan 260 kanak-kanak Palestin dalam tempoh dua bulan lepas.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Penunjuk Perasaan Diserang Semasa Bantahan Mingguan Bil’in, Aktivis British Ditahan

Rabu , 24-09-2014 – Puluhan rakyat Palestin mengalami sesak nafas akibat serangan Israel dalam satu bantahan mingguan Bil’in terhadap penjajahan tidak sah Israel dan tembok apartheid mereka. Menurut Palestinian News Network (PNN), dalam demonstrasi yang berlaku pada hari Jumaat,
September 19 itu, tentera Israel melepaskan tembakan peluru keluli dilapisi getah, bom bunyi dan juga gas pemedih mata ke arah para penunjuk perasaan dari kawasan pusat perkampungan, berhampiran dengan lokasi tembok pemisah yang dijadualkan untuk dibina di situ.

Peserta tunjuk perasaan menaikkan bendera-bendera Palestin sebagai tanda perpaduan dan bantahan serta mengecam penjajahan Israel dengan dasar penyitaan tanah yang berlaku. Penunjuk perasaan juga mendesak pembebasan tahanan penjara dan menyeru semua rakyat Palestin untuk terus menolak penjajahan dan penindasan yang dilakukan oleh Israel. Dalam kejadian yang sama, tentera Israel menggunakan jip tentera untuk menangkap penunjuk perasaan. Tambah PNN lagi, seorang penunjuk perasaan berbangsa British turut ditahan.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Pendatang Israel menyerang warga antarabangsa dan penggembala Palestin

Khamis , 18-09-2014 – Pada 14 September, 2 pendatang Israel menyerang seorang penggembala Palestin dan 2 orang warga antarabangsa dekat pos Israel di Mitzpe Yair,di selatan perbukitan Hebron. Ketika serangan itu pendatang-pendatang mencuri kamera dari warga antarabangsa dan merosakkan salah satu telefon mereka.

Polis Israel menahan penggembala Palestin dan salah seorang warga antarabangsa selama 6 jam. Tiada sebarang tindakan diambil ke atas pendatang-pendatang. Pada lebih kurang jam 9 pagi, 4 penggembala Palestin dari selatang perbukitan Hebron kampung Qawawis membawa kumpulan binatang gembalaan mereka untuk makan ditemani oleh 2 warga antarabangsa di tanah milik rakyat Palestin berdekatan pos kawalan Israel. 2 pendatang dari Mitzpe Yair menyeberang satu kawasan tertutup (yang merupakan kawasan larangan) untuk menyerang seorang rakyat Palestin dan menghalau binatang gembalaannya. 2 warga antarabangsa itu merakamkan kejadian itu.

Kemudian, para pendatang itu menyerang warga antarabangsa, mulanya mereka menarik salah seorang menerusi tengkuk dan menendangnya jatuh, merampas kamera dan merosakkan telefon, seterusnya menyerang seorang lagi dan merampas kameranya. Para pendatang itu kembali ke pos kawalan memegang kamera yang dirampas dan rakyat Palestin dan antarabangsa itu pergi ke kampung Qawawis.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Bina Bilik Pengawasan Baru di Pintu Masuk Utama Masjid Ibrahimi

Khamis , 18-09-2014 – Tentera Israel membina sebuah bilik pengawasan baru di pintu masuk utama Masjid Ibrahimi yang terletak di pusat bandar Hebron di Tebing Barat selatan. Ketua Jabatan Islamic Waqf di Hebron, Ibrahim Abu Sneina, berkata Israel mengenakan sekatan berterusan terhadap orang Islam yang datang ke masjid tersebut dengan tujuan beribadat mahupun melawat, dan menambah bahawa bilik baru dan peralatan pengawasan merupakan satu lagi bentuk gangguan.

Menurutnya lagi, Israel merancang untuk menukar masjid itu kepada sebuah sinagog, yang hanya boleh digunakan untuk penyembah Yahudi . Perkara ini merupakan pencabulan terhadap perjanjian antarabangsa dan Freedom of Worship.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

26 Pelanggaran selepas gencatan senjata yang didokumenkan oleh Canadian-based Think Tank

Khamis , 18-09-2014 – Pada 26 Ogos gencatan senjata antara Israel dan Hamas telah bersetuju, mengakhiri perang yang mengorbankan beberapa 2150 rakyat Palestin ( kebanyakannya orang awam ) dan 73 pendatang Israel (kebanyakannya tentera ) , Al Ray melaporkan melalui Penyelidikan Global.

Sejak gencatan senjata itu , Hamas tidak pernah melancarkan walaupun satu roket, menyerang sasaran Israel, atau melakukan apa-apa untuk memecahkan gencatan senjata itu.

Manakala Israel telah melakukan yang berikut :

1. Merampas 1500 ekar lagi tanah di Tebing Barat.
2. Telah merampas $ 56000000 hasil cukai PA
3. Tidak menghentikan sekatan haram ( seperti yang dikehendaki oleh gencatan senjata )
4. Memecahkan gencatan senjata dengan menembak nelayan sebanyak empat kali secara berasingan
5. Telah menahan enam nelayan Palestin.
6. Telah membunuh pemuda yang berusia 22 tahun, Issa al Qatar , seminggu sebelum perkahwinannya
7. Menembak sehinggah maut remaja berusia 16 tahun Mohammed Sinokrot dengan peluru getah di kepala.
8. Telah menyeksa banduan sehingga terpaksa dimasukkan ke pusat rawatan di hospital.
9. Tidak membenarkan 13 ahli-ahli Parlimen Eropah masuk ke Gaza.
10. Telah menahan sekurang-kurangnya 127 orang di seluruh Tebing Barat , termasuk seorang budak lelaki berusia tujuh tahun di Hebron dan dua kanak-kanak berusia tujuh dan lapan , yang diculik dari halaman rumah mereka di Silwad manakala ibu mereka diserang dengan gas beracun.
11. Terus menahan 33 anggota Majlis Perundangan Palestin di penjara
12. Terus menahan 500 tahanan dalam tahanan pentadbiran tanpa caj atau perbicaraan.
13. Telah memusnahkan rumah Badwi di Khan al Ahmar, berhampiran Jerusalem , meninggalkan 14 orang yang kehilangan tempat tinggal , dan mengumumkan rancangan untuk secara paksa memindahkan ribuan Badwi dari Jerusalem ke dua bandar yang dibina khas.
14. Telah memusnahkan kilang tenusu di Hebron yang keuntungannya adalah untuk menampung rumah anak yatim.
15. Telah memusnahkan rumah keluarga di Silwan , menjadikan lima kanak-kanak tiada tempat tinggal.
16. Telah memusnahkan sebuah rumah di Jerusalem di mana bekalan bantuan dalam perjalanan ke Gaza telah disimpan di situ.
17. Telah memusnahkan sebuah perigi berhampiran Hebron.
18. Memulakan kebakaran di dusun zaitun berhampiran Hebron.
19. Membuat serbuan di pusat kesihatan dan sekolah nurseri di Nablus , menyebabkan kerosakan yang besar.
20. Telah memusnahkan batas tanah ladang di Rafah dengan memandu kereta kebal di atasnya.
21. Mengarahkan pembongkaran tugu kecil di Jerusalem kepada Mohamed Abu Khdeir , yang telah dibunuh pada bulan bulan Julai lalu oleh elemen mob Israel.
22. Berterusan membina rangkaian terowong besar di bawah Jerusalem.
23. Telah menyerbu kawasan masjid al Aqsa dengan sekumpulan pendatang Israel paling kanan.
24. Membantu beratus-ratus pendatang menyerang Makam Yusuf di Nablus.
25. Pelajar dihalang daripada memasuki University al Quds, menembak bom tangan setrum dan peluru getah pada orang-orang yang cuba untuk memasukinya.
26. Telah memperoleh berjuta-juta dari sumber tidak diketahui pada bahan-bahan pembinaan semula Gaza , di mana 100,000 orang memerlukan rumah mereka dibina semula. Jumlah bil dianggarkan berjumlah $ 7800000000

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Pegawai Israel Mengaku Rancang Rusuhan untuk Membunuh Askar yang ditahan

Khamis , 18-09-2014 – Satu pendedahan luar biasa mengenai penggunaan taktik yang dikenali sebagai ‘Hannibal Directive’ di mana tentera Israel membunuh rakan seperjuangannya untuk mengelak daripada ditahan telah disiarkan dalam satu temubual harian. Menurut Yedioth Athranoth, dia telah mengarahkan satu serangan besar-besaran di kawasan Rafah semasa pencerobohan Israel bagi memastikan tentera Israel yang dipercayai ditahan, mati.

Pencerobohan Rafah yang berlaku selama tiga hari berturut-turut, daripada 1 Ogos hingga 4 Ogos, mengakibatkan sekurang-kurangnya 114 kematian orang awam, dalam usaha untuk membunuh seorang tentera Israel yang dipercayai berada dalam tahanan. Didapati bahawa sebenarnya tentera tersebut tidak pernah ditangkap sebaliknya telah terbunuh dalam satu pertempuran dengan pejuang Hamas pada 1 Ogos.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Sekurang-kurang 10 Cedera, seorang parah Berdekatan Ramallah

Rabu, 17-09-2014 – Sumber perubatan Palestin melaporkan pada Sabtu bahawa sepuluh rakyat Palestin cedera termasuk seorang yang parah ketika pertempuran dengan tentera Israel yang menyerang bandar SIlwad, di Ramallah, Tebing Barat Timur.

Sumber itu menyatakan bahawa OSama Bseiso, 37 menderita kecederaan parah setelah ditembak dengan menggunakan peluru getah yang ditembak oleh askar Israel dalam jarak dekat. Beliau telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Palestin di Ramallah. Terdapat 9 lagi rakyat Palestin yang cedera ringan, dan mendapat rawatan di klinik tempatan di bandar itu.

sumber : IMEMC News
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Meski dirundung kesedihan, ketakutan dan kemusnahan: kanak-kanak Gaza tetap kembali ke sekolah dengan penuh tekad

Rabu, 17-09-2014 – Walaupun kebanyakan sekolah di Semenanjung Gaza musnah teruk dan ribuan cedera serta meninggal dunia, ratusan ribu kanak-kanak Gaza yang masih diselubungi kesedihan kembali ke sekolah dengan penuh tekad untuk meneruskan pengajian.

Ratusan ribu kanak-kanak kembali ke sekolah pada Ahad, setelah penangguhan selama 3 minggu dari tarikh asal permulaan tahun baru persekolahan, akibat daripada kekejaman Israel ke atas kanak-kanak dan orang awam Gaza ketika serangan 50 hari ke atas Gaza.

Kebanyakan sekolah termasuk sekolah-sekolah UNRWA (Agensi Bantuan dan Kebajikan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu) dibom teruk oleh Israel dan menyebabkan ratusan kematian orang awam dan keluarga yang berlindung di situ. Azhar Tamer Jundiyya, salah seorang kanak-kanak tersebut berdiri di hadapan 60 orang rakan sekolahnya untuk mendeklamasikan sajak yang ditujukan buat bapanya yang dibunuh ketika serangan Israel.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur idawati