Khamis , 21/09/06 –Pergerakan HAMAS Isnin lalu mengutuk serangan ke atas konvoi Perdana Menteri PA Ismail Haneyya oleh tangan-tangan berpuluh pekerja PA yang `dibayar dan diarah’, yang mana serangan itu bermotif untuk menghalangnya daripada memasuki ibu pejabat PLC di Bandar Gaza untuk memberi sebuah ucapan.
Hamas, dalam satu pernyataan yg dibuat dan diambil satu salinan daripada PIC, memandang insiden ini sebagai satu usaha peningkatan `serius’ beberapa orang figur yang tidak mahukan kebaikan ke atas penduduk Palestin dan berikhtiar untuk mencemarkan segala usaha mencapai kesatuan kerajaan nasional.
Pergerakan tersebut mengesahkan bahawa ia menyokong 100% tuntutan sah para pekerja PA yang menuntut gaji mereka; tapi pada masa yang sama, mengesahkan bahawa tuntutan tersebut perlu dibuat dengan beradab dan terhormat, terutamanya terhadap figur-figur nasional dan sah Palestin seperti Haneyya, yang mana kerajaannya berpenat lelah mencari dana-dana untuk penduduk Palestin yang rata-ratanya tidak berwang.












