Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menangkap seorang rakyat Palestin di al-Khalil selepas dituduh membuat percubaan menikam

Jumaat, 05-01-2018 – Regim Zionis Israel (IOF) pada hari Isnin menahan seorang lelaki Palestin selepas dituduh mencuba menikam askar IOF di persimpangan bandar Beit Anoun di al-Khalil di Tebing Barat selatan.

Saluran Israel 2 telah melaporkan bahawa tahanan telah membawa pisau dan menyerang sekumpulan tentera IOF di persimpangan. Dia telah dinetralkan tanpa kecederaan yang dilaporkan, tambahnya. Orang tawanan Palestin dipindahkan dipersoalkan oleh alat perisikan Shin Bet Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Knesset akan mengundi bagi rang undang-undang “penyatuan Baitulmuqaddis”

Jumaat, 05-01-2018 – Pada Isnin, Knesset akan mengundi bagi rang undang-undang “penyatuan Baitulmuqaddis” yang menyentuh pemisahan kejiranan Palestin daripada Baitulmuqaddis dan melarang pelepasan sebarang bahagian daripada kota tersebut di bawah perjanjian pada masa akan datang.

Rang undang-undang yang diusulkan oleh parti Rumah Yahudi itu memerlukan persetujuan 80 orang ahli untuk sebarang keputusan bagi menyerahkan bahagian-bahagian daripada Baitulmuqaddis kepada pihak berkuasa Palestin pada masa akan datang.

Jawatankuasa Menteri Perundangan telah mengesahkan rang tersebut beberapa bulan lalu, dan ia telah dipinda kemudian untuk menyelesaikan perbezaan pendapat dalam kerajaan gabungan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

2 Rakyat Palestin Cedera Dalam Pertempuran di Al-Khalil

Selasa, 02-01-2018 – 2 rakyat Palestin cedera pertempuran di perkampungan Aroub, utara al-Khalil pada hari Isnin malam. Saksi-saksi memberitahu wartawan PIC bahawa pertempuran meletus di pintu pintu masuk kem selepas Angkatan Keselamatan Israel (IOF), yang ditempatkan di menara mensasarkan pemuda tempatan dengan peluru dan gas pemedih mata. Penduduk tempatan bertindak balas dengan membaling batu kepada IOF. Dua pemuda ditembak dan cedera di kaki mereka semasa pertempuran itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin membatalkan sambutan Krismas bagi membantah keputusan Trump

Selasa, 02-01-2018 – Komuniti Kristian seluruh Palestin yang mengikut calendar Barat, telah membatalkan sambutan Krismas dan melakukan ritual keagamaan dan Perkumpulan Tengah Malam sebagai membantah keputusan Presiden AS Donald Trump untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Terdapat penurunan yang nyata dalam jumlah warga Palestin yang datang ke Bethlehem untuk menyambut Krismas akibat sekatan jalan di sekitar Bethlehem. Ratusan warga Palestin datang dari bandar-bandar di Tebing Barat dan dari Garisan Hijau ke Bethlehem hingga malam Ahad untuk sambutan Krismas yang dikawal ketat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Haaretz: 17 penempatan haram dibina di Tebing Barat sejak 2011.

Selasa, 02-01-2018 – Data statistik semasa menunjukkan bahawa pendatang haram Yahudi dengan bantuan pihak berkuasa rejim Israel telah membina 17 penempatan sementara secara haram di wilayah Tebing Barat sejak 2011.

Menurut akhbar Haaretz, angka tersebut berpandukan kepada beberapa sumber maklumat, pemeriksaan ke atas gambar-gambar yang diambil oleh pihak yang hanya dinamakan sebagai Pentadbir Sivil dan yang dimiliki Pertubuhan Kerem Navot.

Seterusnya, akhbar itu menjelaskan bahawa pihak Pentadbir Sivil hanya mengakui 14 sahaja kerana penempatan yang lainnya walaupun telah dibina dengan bantuan pihak berkuasa rejim tetapi telah dilarang pembinaannya pada tahun 2005 berikutan laporan yang dikemukakan peguam Talia Sasson dan diserahkan kepada Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel ketika itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Guatemala Langgar Keputusan PBB, Pindah Kedutaan ke Jerusalem

Selasa, 02-01-2018 – Guatemala merancang untuk memindahkan kedutaannya di Tel Aviv ke Jerusalem, Presiden Guatemala Jimmy Morales berkata melalui akaun Facebooknya yang rasmi pada hari Ahad.

Morales berkata beliau telah bercakap dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan mengarahkan kementerian luar Guatemala untuk memulakan proses pemindahan.

Guatemala, Amerika Syarikat, Israel dan enam negara yang kecil mengundi menentang resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengutuk keputusan Presiden AS Donald Trump untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel. Pengundian Perhimpunan Agung PBB pada hari Khamis sangat menggembirakan, dengan 128 sokongan dan 35 abstensi. 21 negara lain tidak menyertai undi.

Negara Amerika Tengah itu adalah negara pertama yang mengumumkan bahawa ia akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Jerusalem sejak Trump mengumumkan pada 6 Disember.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Israel merancang untuk membina 3 penempatan di utara Lembah Jordan

Selasa, 26-12-2017 – Akhbar Hebrew Haaretz pada Rabu mendedahkan perancangan Israel untuk membina 3 penempatan di Lembah Jordan sekitar timur Tebing Barat.

Akhbar harian Israel itu menyatakan yang Kementerian Pembinaan dan Perumahan Israel dan Tabung Negara Yahudi mengumumkan pada Rabu tentang pembinaan penempatan baru di utara Lembah Jordan, termasuk menggandakan jumlah pendatang dan membina tiga pos baru.

Ia turut melaporkan yang 20 penempatan wujud di utara Lembah Jordan dengan 4.500 orang pendatang. Penempatan-penempatan baru itu akan diwujudkan di Givat Sal’it, Bitronot, dan Given Eden.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Kederaan Bertambah Dalam Pertembungan di Nablus

Selasa, 26-12-2017 – Pertembungan berterusan untuk minggu kedua antara rakyat Palestin dan pasukan keselamatan Israel (IOF) atas pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap BaitulMaqdis sebagai ibu negara Israel. Konfrontasi memuncak antara puluhan pemuda Palestin dan tentara IOF berhampiran pos pemeriksaan Huwara di selatan kota Nablus.

Para saksi menyatakan kepada wartawan PIC bahawa tentera IOF menembak peluru getah dan gas pemedih mata pada pemuda. IOF turut menutup pos pemeriksaan Huwara dan menghalang pergerakan dalam kedua-dua arah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah :  Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Hamas: Rancangan Israel bina kuil Yahudi di bawah Masjidil Aqsa jelas melampaui batas.

Selasa, 26-12-2017 – Pergerakan Perjuangan Islam, Hamas menjelaskan bahawa rancangan rejim Israel mahu membina kuil Yahudi di bawah tapak Masjidil Aqsa jelas mencabuli hak mutlak penduduk Palestin ke atas bandar Baitulmuqaddis dan masjid suci tersebut.

Memetik kenyataan akhbar jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum beliau berkata, pembinaan kuil Yahudi itu menjadi bukti jenayah baharu rejim Israel ke atas penduduk Palestin dan tempat suci tersebut yang mana ia akan menggalakkan lagi kebangkitkan Intifada di Baitulmuqaddis. Terbaharu, rejim Israel telah merasmikan kuil baharu yang dibina di dalam terowong bersebelahan dengan Masjidil al-Aqsa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Demonstran cedera dan sesak nafas dalam protes di Timur Gaza

Selasa, 26-12-2017 – Seorang warga Palestin cedera parah akibat tembakan peluru hidup yang dilepaskan tentera Israel manakala 20 yang lain mengalami sesak nafas akibat tembakan gas pemedih mata berhampiran sempadan timur Gaza.

Jurucakap bagi Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qedra menyatakan warga Palestin yang cedera tersebut ditembak di kaki manakala 20 yang lain mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata.

Sempadan timur Gaza menyaksikan pertembungan antara tentera Israel dan pendemonstran setiap hari susulan pengumuman US mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel pada 6 Disember yang lepas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Banduan Hamas merancang untuk menculik MK Glick dan Adraee

Selasa, 26-12-2017 – Sumber Israel mendakwa seorang banduan Hamas yang ditangkap oleh Shin Bet merancang untuk menculik Likud MK Yehuda Glick dan
jurucakap bahasa Arab tentera Israel, Maj. Avichay Adraee.

Menurut laman web Israel itu, dakwaan terhadap ketua banduan, Muad Ashtiyah, 26, Mahmoud Ramadan dan Ahmed Ramadan, 19, mendedahkan bahawa ke tiga-tiga mereka kemudiannya mengubah rancangan. Untuk memudahkan serangan, mereka sebaliknya memutuskan untuk menculik seorang askar Israel atau peneroka Israel.

Ashtiyah mempunyai senjata untuk penculikan tersebut dan merekrut dua ahli yang lain. Mengikut dakwaan itu, untuk menculik Glick atau Adraee, “defendan mengenali mereka dan mengumpulkan maklumat mengenai mereka menggunakan
internet.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Bantahan seluruh Itali berikutan keputusan AS ke atas Baitulmuqaddis.

Khamis, 21-12-2017 – Beberapa buah bandar di Itali seperti Bari, Florence, Trento dan Bergamo pada hari Ahad kelmarin menyaksikan orang ramai berhimpun, memprotes keputusan Presiden AS, Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel. Perhimpunan yang disertai ramai warga Palestin dan masyarakat Islam yang menetap di negara itu turut menarik simpati penduduk tempatan.

Menurut kenyataan akhbar kumpulan tersebut, mereka menyokong dan menyebelahi perjuangan rakyat Palestin. Tegas mereka lagi, undang-undang antarabangsa perlu dihormati dan rakyat bebas menentukan hak mereka sendiri.

Kenyataan itu turut mengajak masyarakat dunia agar menyokong perjuangan rakyat Palestin menentang penjsrael dan mengiktiraf negara Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Puluhan Rakyat Palestin Dalam Tunjuk Perasaan di Tebing Barat

Khamis, 21-12-2017 – Puluhan penduduk Palestin cedera pada hari Ahad dalam pertempuran baru dengan pasukan keselamatan Israel (IOF) di berbagai kawasan Tebing Barat selepas pengiktirafan AS terhadap BaitulMaqdis sebagai ibukota Israel.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan bahawa 60 pelajar universiti cedera selepas askar IOF melepaskan tembakan gas air mata di dalam Universiti Kadoori di Tulkarem.

Sumber-sumber tempatan melaporkan bahawa banyak rakyat Palestin terkena gas pemedih mata dalam pertempuran yang berlaku di pinggir bandar al-Shuwaika di Tulkarem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Remaja 14 tahun dalam tahanan Israel menjalani pembedahan kedua.

Khamis, 21-12-2017 – Seorang remaja lelaki 14 tahun Palestin dalam tahanan Israel, Hamed al-Masri, menjalani pembedahan kedua dikepala selepas menjalani pembedahan di tengkok pada Jumaat lepas. Beliau masih perlu menjalani dua pembedahan untuk pulih sepenuhnya.

Peguam Kesatuan Tahanan Palestin, Raed Mahamid, yang melawat Masri pada Ahad lepas menyatakan bahawa remaja berkenaan dalam keadaan koma dan tahap kesihatannya dalam keadaan kritikal. Beliau ketika ini dirawat di wad rawatan rapi di Hospital Kana-Kanal Schneider dalam wilayah Palestin.

Pihak berkuasa Israel pada 12 Disember lepas melepaskan 12 tembakan dan mencederakan remaja berkenaan sebelum menahan beliau. Tembakan yang dilepaskan tentera rejim mengenai hidung dan mata kirinya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Israel merobohkan rumah yang di duduki sejak tahun 1948 Palestin

Isnin, 18-12-2017 –Jentolak Israel merobohkan sebuah rumah Palestin di bandar Zemer di utara Palestin yang dihuni sejak 1948. Sumber-sumber Palestin melaporkan bahawa jentolak Israel, disertai dengan pasukan tentera, memecah masuk ke bandar Zemer dan menghancurkan sebuah rumah yang sedang dibina di atas tanah Palestin milik persendirian tanpa notis terlebih dahulu kerana didakwa tidak mempunyai lesen undang-undang yang diperlukan.

Ketegangan berlaku berikutan operasi perobohan ketika penduduk Zemer bergelut untuk menyatakan penolakan mereka terhadap amalan Israel yang bertujuan menggugurkan mereka dari tanah mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada