Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi merusuh di selatan Jenin.

Isnin, 15-05-2017 – Sekumpulan pendatang Yahudi merusuh di kawasan petempatan yang dahulunya diduduki warga Palestin di selatan bandar Jenin, bahagian utara wilayah Tebing Barat yang kini dikuasai Israel.

Menurut kata penduduk tempatan kepada pemberita PIC, pendatang telah datang ke petempatan itu dengan menaiki bas dan diiringi anggota tentera Israel. Kawasan petempatan yang penduduk asalnya telah diusir pada tahun 2005 telah di kepung lebih awal oleh tentera rejim bagi melindungi pendatang.

Pendatang yang merupakan fanatik Yahudi itu, turut menyanyikan lagu anti Arab menyeru supaya warga Palestin diusir dan dibunuh. Mereka dilihat melakukan upacara keagamaan mengikut ajaran kitab Talmud sebelum meninggalkan kawasan tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Jenazah seorang pemuda Palestin yang dibunuh akan diserahkan tetapi bersyarat

Selasa, 09-05-2017 – Rejim Israel (IOA) dijangka akan menyerahkan jenazah Ibrahim Matar, 25 tahun dari Jabal al-Mukbir, Baitulmuqaddis pada Rabu.

Peguam Mohamed Mahmoud, dari kesatuan tahanan dan bekas tahanan berkata yang IOA akan menyerahkan jenazah dengan syarat tidak lebih daripada 20 menghadiri pengebumiannya, keluarga membayar 20,000 shekel sebagai jaminan, dan jenazahnya diserahkan di antara jam 11 malam dan 1 pagi.

Matar telah dibunuh oleh rejim Israel pada 13 Mac 2017 setelah beliau ditahan di balai polis Bab al-Asbat di kota Baitulmuqadds. Seorang pegawai Israel menembak mati Matar ketika beliau sedang keluar dari pusat tahanan atas dakwaan kononnya beliau cuba melakukan serangan tikaman. Keluarga Matar menafikan tuduhan itu dan menyatakan yang anak mereka sedang menuju ke Masjid Aqsa untuk menunaikan solat subuh.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawti

Categories
Berita Semasa

Sokongan Berterusan Bersama Banduan Mogok Lapar di Tebing Barat

Selasa, 09-05-2017 – Beberapa acara dan perarakan telah dilancarkan di Tebing Barat oleh rakyat Palestin dan Ahli Parlimen dalam menyatakan sokongan kepada banduan yang mogok lapar di penjara Israel.

Perarakan dan bantahan telah diadakan di pelbagai kawasan di daerah Jenin pada petang Isnin bagi melahirkan kebimbangan terhadap puluhan tahanan yang pengsan akibat mogok lapar.

Issa Qaraqe, ketua Suruhanjaya Hak Asasi Banduan dan Bekas Banduan , berkata dalam satu ucapan pada hari Isnin bahawa, Israel terus menyebarkan khabar angin mengenai banduan mogok lapar itu bagi melemahkan kesabaran mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Israel larang laungan Azan di masjid Ibrahimi.

Selasa, 09-05-2017 – Rejim Israel bertindak menghalang laungan Azan dari berkumandang di masjid Ibrahimi yang terletak di bandar al -Khalil.

Menurut kata pegawai dari Jabatan Wakaf di bandar al -Khalil kepada al- Quds Press, pihak rejim telah mengeluarkan perintah larangan itu di mana sepanjang bulan April sahaja, sebanyak 65 larangan dibuat atas alasan ia “mengganggu” penduduk Yahudi yang sekarang ini telah ramai tinggal di sekitar masjid tersebut.

Pendatang Yahudi turut memasang bendera Israel di bahagian atas bangunan masjid itu dengan tujuan membuat provokasi agama ke atas penduduk muslim dan tindakan itu secara jelas telah melanggar norma dan undang-undang antarabangsa yang melindungi kebebasan beribadah untuk semua agama, tambah jabatan itu lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Al-Qassam memberikan Israel 24 jam untuk memenuhi tuntutan tahanan

Selasa, 09-05-2017 – Briged Al-Qassam, sayap bersenjata gerakan Hamas, memberikan tempoh 24 jam kepada pihak berkuasa Israel untuk memenuhi permintaan tahanan penjara Palestin yang sedang dalam mogok lapar. Mereka mendakwa akan menambah 30 nama baru setiap hari selepas tempoh yang ditetapkan dalam usaha menambahkan tekanan terhadap pihak berkuasa Israel.

Jurucakap Briged Abu Obaidah berkata dalam kenyataannya kepada media Selasa lepas bahawa perjuangan Briged Al-Qassam akan diteruskan sehingga semua tahanan dibebaskan. Beliau turut menekankan bahawa Briged Al-Qassam berdiri bersama-sama penduduk Palestin bagi menyokong tahanan dan tuntutan mereka.

Abu Obaidah memuji tindakan popular yang diadakan di Gaza Selasa lepas bagi menunjukkan solidariti kepada tahanan yang sedang dalam mogok lapar dan mengakhiri kepungan terhadap Gaza keseluruhannya. Beliau menyeru penduduk Palestin di Tebing Barat untuk turun ke jalanan pada Rabu hadapan bagi tujuan menunjukkan sokongan dan solidariti kepada tahanan.

Kenyataan Abu Obaidah dikeluarkan sehari selepas Perdana Menteri Israel; Benjamin Netanyahu meminta jaminan terhadap keselamatan tentera Israel yang sedang ditahan di Gaza. Netanyahu pada Selasa lepas menggesa agar tenteranya yang sedang ditahan di Gaza; Hadar Golden dan Oron Shaul, untuk dibebaskan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Lagi kes tanah rakyat Palestin di rampas. Kali ini di bandar al-Khader.

Selasa, 09-05-2017 – Pelampau Yahudi telah meratakan tanah pertanian Palestin berhampiran bandar al-Khader, selatan bandar Bethlehem, untuk permulaan pembinaan penempatan haram Sidi Bouaz secara kekerasan.

Aktivis anti-Yahudi di Bethlehem, Hassan Breijiye, berkata tanah tersebut milik Ibrahim Sbeih dari bandar al-Khader.

Katanya kepada Quds Press , Breijiye juga menegaskan bahawa pembukaan tanah haram membuktikan bahawa rakyat Palestin merupakan pemilik asal tanah tersebut dengan memiliki dokumen yang sah

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Israel memulakan langkah untuk menyekat kemasukan pelancong asing ke Tebing Barat

Rabu, 03-05-2017 – Sumber rasmi Palestin berkata bahawa pihak berkuasa Israel baru-baru ini telah memulakan langkah-langkah untuk menghalang pelancong asing daripada memasuki bandar-bandar di Tebing Barat.

Jurucakap Kementerian Pelancongan Palestin, Jeryes Qamseyya berkata, Tel Aviv menghantar surat ke pejabat pelancongan Israel dan menyatakan bahawa pelancong asing tidak patut diberikan visa ke wilayah Palestin sekiranya mereka dalam perjalanan ke bandar-bandar di Tebing Barat, terutama Bethlehem dan Occupied Jerusalem .

Qamseyya mengesahkan dalam satu kenyataan kepada Quds Press bahawa sekatan yang dikenakan ke atas pelancong asing itu adalah selari dengan perancangan
Israel yang mensasarkan sektor pelancongan di wilayah Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Parlimen Arab mengumumkan sokongan terhadap para tahanan Palestin

Rabu, 03-05-2017 – Jurucakap Parlimen Arab, Dr. Mishaal Bin Fahm Al-Salami, mengumumkan sokongan penuh dan kebersamaan terhadap para tahanan Palestin yang menderita di dalam penjara Israel.

Salami menyampaikan pengumuman tersebut dalam ucapan pada sesi pleno kelima dalam sidang perundangan kedua Parlimen Arab dengan tema “Kesatuan dengan tahanan Palestin”. Sesi tersebut diadakan pada Isnin, 24 April di ibu pejabat Sekretariat Umum Liga Negara Arab di Kaherah.

Beliau menyeru para ahli parlimen agar berdiri selama 1 minit bagi memberikan penghormatan kepada para tahanan Palestin yang memulakan kempen mogok lapar pada 17 April sempena Hari Tahanan Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel tutup penjara Hadarim, pindahkan tahanan ke Negev.

Rabu, 03-05-2017 – Jabatan Perkhidmatan Penjara Israel, bertindak menutup penjara Hadarim dan memindahkan tahanan warga Palestin yang ditahan di situ ke sebuah penjara yang terletak di tengah padang pasir Negev. Berikut itu, jawatankuasa pemogok lapar telah mengeluarkan kenyataan media mereka.

Menurut jawatankuasa tersebut, 100 dari 120 tahanan di penjara itu yang menyertai mogok lapar sejak hari pertama telah dipindahkan ke bilik berasingan, manakala 20 lagi yang tidak menyertainya kerana sakit telah dipindahkan ke penjara Negev. Tindakan memindahkan tahanan termasuk yang sakit bertujuan menakutkan tahanan yang melakukan mogok lapar, tambah kenyataan itu lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Israel menyerbu seksyen 14 di Penjara Nafha

Rabu, 03-05-2017 – Unit Tindakan Khas Pihak Berkuasa Penjara Israel menyerbu seksyen 14 di penjara Nafha dimana mogok lapar oleh tahanan sedang diadakan.

Jawatankuasa media menyatakan Unit khas Israel menggunakan gas pemedih mata didalam penjara bagi menghentikan mogok lapar tersebut. Tahanan lain di Penjara Nafha bertindak melakukan protes dengan berdemonstrasi sebagai solidariti keatas tahanan yang sedang dalam mogok lapar.

Walaupun Pihak Berkuasa Israel mula melakukan kekerasan terhadap tahanan yang sedang mogok lapar, jumlah tahanan yang menyertai protes berkenaan masih meningkat saban hari.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Barghouthi : Ini adalah sebab kenapa kami mogok lapar ketika dalam tahanan

Selasa, 25-04-2017 – Ahli Jawatankuasa Pusat Fatah yang merupakan banduan tahanan Israel, Marwan al-Barghouthi, berkata bahawa lima belas tahun beliau menghabiskan di penjara Israel memolehkan beliau menyaksikan tangkapan besar-besaran sewenang-wenangnya dan layanan buruk oleh regim Israel terhadap rakyat Palestin.

Barghouthi menulis dalam sebuah artikel yang disiarkan dalam akhbar New York Times dan dilaporkan oleh al-Jazeera, dengan bermulanya mogok lapar terbuka oleh 1,500 tahanan Palestin di penjara Israel, itu adalah cara yang penentangan paling aman.

Barghouthi mengkritik Israel dan polisi-polisi menindas mereka, “Saya berumur lima belas tahun ketika saya ditahan buat kali pertama dan saya hampir tidak mencecah umur 18 apabila zionis memaksa saya untuk berdiri telanjang dan memukul kemaluan saya. Saya pengsan apabila kepala saya mencecah tanah. Zionis menghina saya, mereka berkata bahawa orang seperti saya tidak boleh mempunyai anak kerana anak saya mungkin akan menjadi pengganas dan penjenayah. Saya sekali lagi di penjara Israel mengetuai mogok lapar.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Tahanan penjara menyertai perarakan kebebasan dan maruah

Selasa, 25-04-2017 – Tujuh tahanan yang sedang berada dalam keadaan sakit menyertai mogok lapar secara terbuka di Penjara Ashkelon untuk dua hari berturut-turut pada Selasa lepas. Jawatankuasa tahanan dan bekasan tahanan bersama Persatuan Banduan Palestin memberitahu kepada peguam Kareem Ajwa bahawa tujuh tahanan ini mengambil keputusan untuk turut sama menyertai mogok lapar bersama tahanan lain.

1,500 tahanan Palestin di penjara Israel memulakan mogok lapar bermula 17 April bersempena hari Tahanan Palestin bagi mendapatkan semula hak mereka untuk dibebaskan. Jumlah tahanan yang menyertai mogok lapar ini dijangkakan akan terus meningkat.

Untuk rekod, tahanan Palestin di penjara Israel telah melancarkan 23 siri mogok lapar sejak tahun 1967, dalam siri sebelumnya, ianya diadakan selama 63 hari pada tahun 2014.

Pihak Hamas mengumumkan mereka menyokong sepenuhnya mogok lapar ini dalam usaha mengembalikan kebebasan dan maruah tahanan. Lebih 6,500 tahanan warga Palestin ketika ini sedang di tahan di Penjara Israel termasuk 58 orang wanita, 300 orang kanak-kanak, 500 tahanan politik dan 1,800 tahanan yang mengalami sakit kritikal.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Hamas tidak akan bubarkan Jawatankuasa Pentadbir Gaza, kata Hayya.

Selasa, 25-04-2017 – Anggota Biro Politik Hamas, Khalil al-Hayya berkata, dasar yang diamalkan oleh Presiden Palestin, Mahmud Abas terhadap Gaza telah menceroboh urusan dalaman wilayah tersebut.

Semasa berucap dalam satu sidang akhbar yang diadakan oleh pihak Hamas di Gaza, beliau menyatakan bahawa, “Kami terkejut dengan tindaktanduk Abas terhadap Gaza,” dan menyatakan adalah menyedihkan dia telah menggunakan àlasan agama bagi mewajarkan tindakan yang boleh membawa kehancuran terhadap Semenanjung Gaza.

Beliau menekankan tentang pentingnya perpaduan berasaskan kepada kerjasama dan saling mempercayai antara satu sama lain bagi menghadapi rejim penjajah Israel dan menambah sebaliknya Gaza pula yang sedang diperangi oleh Abas, seorang yang mahukan kemegahan kerana menjadi pencetus revolusi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Israel melarang lawatan penjara pada hari kedua mogok lapar besar-besaran

Selasa, 25-04-2017 – Rejim Israel melarang beberapa keluarga Palestin daripada melawat saudara mereka yang ditahan di penjara Israel, pada hari kedua mogok lapar.

Bercakap kepada PIC, Dr. Farid Abu Dheir berkata beliau diberitahu oleh Palang Merah yang rancangan lawatan untuk melawat anaknya, Baraa telah dibatalkan akibat mogok lapar. Beberapa keluarga telah menempuhi perjalanan panjang dan meletihkan untuk menemui saudara mereka yang ditahan, kerana mereka tidak dimaklumkan tentang larangan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Israel mengancam merobohkan masjid berhampiran al-Aqsa

Selasa, 25-04-2017 – Pihak berkuasa Israel (IOA) memberi amaran untuk merobohkan sebuah masjid di bandar Silwan, selatan Masjid al-Aqsa, atas alasan pembinaan tidak berlesen. Jurucakap media untuk Jawatankuasa Pertahanan Silwan, Fakhri Abu Diab, berkata krew perbandaran Israel mengancam untuk merobohkan Masjid Abdullah al-Sanawi, di bandar Silwan, yang dibina beberapa tahun lalu di sebuah saluran tanah yang kaya dengan hasil bumi.

Masjid ini merupakan satu-satunya tempat ibadat bagi hampir 4,000 penduduk Islam di kawasan itu. Dia menambah bahawa perbandaran Israel di BaitulMaqdis sering menolak rayuan Palestin untuk mendapatkan lesen pembinaan sebagai sebahagian daripada pembersihan etnik yang bertujuan untuk menghapuskan watak Islam di bandar ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin