Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Dikawal Polis Cemar Masjid Aqsa di Baitulmaqdis

Rabu, 03-06-2020 – Segerombolan peneroka haram Yahudi pada pagi Isnin lalu telah mencemari Masjidil Aqsa, dengan dilindungi pihak polis.

Menurut sumber-sumber tempatan, sejumlah besar anggota polis telah berpecah di serata kawasan di luar Masjid dan seluruh halamannya untuk memberi perlindungan kepada para peneroka haram berkenaan semasa pencerobohan mereka di tempat suci Islam tersebut.

Penguasa Awqaf Islam di Baitulmaqdis Yang Terjajah telah pertama kalinya membuka kembali Masjidil Aqsa pada subuh Ahad lalu kepada ahli jemaah Muslim, sejak ditutup pada pertengahan Mac lalu sebagai langkah untuk mencegah penyebaran coronavirus.

Pada waktu pagi kemudiannya, polis rejim Zionis telah memberi kebenaran kepada diri mereka sendiri untuk membenarkan peneroka haram Yahudi berkunjung ke tempat suci itu, dan telah menahan beberapa warga Palestin di atas tuduhan bahawa mereka berada di halaman Masjid semasa kehadiran peneroka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Sejumlah Masjid di Gaza Mula Dibuka Untuk Solat Jemaah

Rabu, 03-06-2020 – Kementerian Wakaf dan Urusan Agama Palestin di Gaza memutuskan akan membuka masjid-masjid di Gaza untuk solat berjamaah, bermula subuh Rabu esok 11  Syawal 1441H bersamaan dengan 3 Jun 2020.

Wakil Sekretariat Kementerian Awqaf Dr. Abdul Hadi Al-Agha dalam sidang akhbar siang ini mengatakan, pihaknya telah memutuskan untuk membuka kembali sejumlah masjid yang sebelumnya ditutup demi menghindari penyebaran virus corona yang sangat berbahaya.

Al-Agha meminta agar tindakan pencegahan yang sebelumnya ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan tetap dijalankan, seperti membawa sajadah sendiri, memakai topeng muka, menjaga jarak antara jamaah secara berurutan ketika memasuki dan keluar masjid tidak berjabat tangan dan mendekati ahli jemaah serta tidak membawa anak-anak.

Beliau menekankan agar mereka yang tidak sihat serta yang baru keluar dari kuarantin untuk beribadah di rumah mereka masing-masing, tidak datang ke masjid.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

200 kemudahan rakyat Palestin diancam untuk dimusnahkan di Baitulmaqdis

Rabu, 03-06-2020 – Rejim Zionis mengedarkan notis pemindahan dan pembongkaran yang menyasarkan 200 kemudahan komersial dan perindustrian Palestin di kejiranan Wadi al-Joz, Baitulmaqdis.

Ketua Dewan Perdagangan dan Perindustrian Arab Baitulmaqdis, Kamal Obeidat mengatakan bahawa Perbandaran Baitulmaqdis Israel, dengan persetujuan Jawatankuasa Perancangan dan Bangunan,
mengeluarkan perintah pembongkaran terhadap 200 kemudahan yang berlainan.

Kemudahan yang terancam itu berada di kawasan perindustrian Wadi al-Joz, yang menurut Obeidat,ia merupakan salah satu kawasan paling aktif di Baitulmaqdis.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Malaysia mengutuk rancangan Israel untuk merampas tanah Palestin

Selasa, 02-06-2020 – Malaysia menyuarakan kebimbangan tentang niat Israel untuk merampas tanah Palestin di Tebing Barat dan menyelar tindakan rejim Israel yang mengabaikan undang-undang antarabangsa.

“Malaysia sangat bimbang dengan pengumuman terbaru Israel untuk melaksanakan rancangan merampas tanah Palestin di Tebing Barat. Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya dan menolak tindakan haram Israel itu,” satu kenyataan akhbar dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Luar menyatakan.

“Sebarang rampasan wilayah Palestin oleh Israel sebagai penjajah merupakan perlanggaran jelas ke atas undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva Keempat 949, serta resolusi PBB, terutamanya Resolusi Dewan Keselamatan 2324 (2016),” kementerian itu menyatakan. 

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Puluhan Peneroka Haram Cemarkan Masjidil Aqsa

Selasa, 02-06-2020 – Puluhan peneroka haram Yahudi ekstremis pada pagi Ahad menodai halaman Masjidil Aqsa beberapa jam setelah pihak berkuasa Awqaf Islam di Baitulmuqaddis Dijajah membuka pintunya kepada jamaah Muslim untuk solat subuh.

Menurut sumber tempatan, kira-kira 75 peneroka haram, termasuk rabbi Yehuda Glick, memasuki Masjidil Aqsa melalui Pintu al-Maghariba dan menjelajah halamannya di bawah pengawasan polis.

Kumpulan kuil yahudi pada hari Sabtu menghasut pengikut mereka untuk mengambil bahagian dalam memecah masuk beramai-ramai di Masjidil Aqsa pada hari pertama pembukaannya setelah Awqaf Islam memutuskan dua bulan yang lalu untuk menutupnya sebagai langkah pencegahan terhadap koronavirus.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Pegawai Israel Dibebaskan Dari Penjara Setelah Membunuh OKU Palestin

Selasa, 02-06-2020 – Pihak berkuasa Israel pada hari Ahad lalu telah membebaskan dua pegawai polis dari penjara, sehari setelah mereka membunuh seorang pemuda OKU Palestin di Kota Lama Baitumaqdis.

Eyad al-Hallaq, seorang warga Palestin berkelainan upaya berusia 32 tahun, ditembak mati oleh pegawai polis Israel berhampiran Gerbang al-Asbat di Baitulmaqdis.

Pegawai polis mendakwa al-Hallaq kononnya kelihatan membawa pistol tetapi ternyata beliau tidak bersenjata dan tidak memahami perintah pegawai untuk berhenti.

Menurut saksi, al-Hallaq ditembak sekurang-kurangnya enam kali.

Pihak Berkuasa Palestin dan banyak organisasi hak asasi manusia mengecam pembunuhan al-Hallaq dan menggesa diadakan siasatan antarabangsa terhadap jenayah Israel ke atas Palestin, terutama pembunuhan di luar bidang kehakiman.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Gaza Laporkan 29 Kes Baharu COVID-19

Isnin, 01-06-2020 – Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza pada hari Khamis lalu telah mengumumkan bahawa 29 kes COVID-19 baharu telah dikesan di kawasan berkenaan, menjadikan jumlah keseluruhan kes menjadi 49.

Yousef Abu al-Rish, timbalan menteri kesihatan Gaza, mengatakan dalam sidang media bahawa 29 jangkitan dilaporkan di kalangan warga Palestin yang baru-baru ini kembali dari Mesir melalui persimpangan Rafah dan mereka disahkan positif ketika berada di kuarantin.

Abu al-Rish mengatakan bahawa pihak berkuasa kesihatan sedang menyiasat jika pesakit yang dijangkiti itu telah berhubung dengan orang lain di Gaza.

Adalah dilaporkan bahawa perintah berkurung mungkin diumumkan di Semenanjung Gaza di sepanjang tempoh percutian tiga hari Aidil Fitri yang dijangka bermula pada hari Ahad ini.

Ahli Parlimen Gaza dan pegawai Hamas, Khalil al-Hayya dalam beberapa kenyataan media telah mengatakan bahawa Hamas telah memutuskan untuk menutup sepenuhnya penyeberangan sempadan kepada mereka yang kembali ke Semenanjung Gaza melalui Rafah atau Erez mulai Sabtu depan hingga akhir bulan Jun.

Al-Hayya menekankan perlunya memperketakan langkah keselamatan di tempat-tempat kemudahan awam Gaza dan menyeru semua warga agar mengelakkan sebarang perjumpaan sosial dan mematuhi arahan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan untuk memerangi penyebaran coronavirus (COVID-19).

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Polis rejim menahan pengawal Aqsa dan melarang beliau memasuki Masjid

Isnin, 01-06-2020 – Polis Israel pada Selasa menahan seorang warga Palestin yang bekerja sebagai pengawal di Masjid al-Aqsa dan melarang beliau memasuki kawasan itu selama seminggu.

Pengawal Aqsa Hamza Nemer telah ditahan pada petang Selasa di masjid Dome of the Rock setelah beliau berdepan dengan polis rejim ketika serbuan di dataran Aqsa. Beliau kemudiannya dipindahkan ke pusat soal siasat al-Qishla.

Beberapa jam kemudian, Nemer telah dibebaskan setelah diserahkan arahan agar pergi ke Perkhidmatan Perisikan Israel untuk soalsiasat pada 26 Mei dan menjauhi Masjid al-Aqsa selama seminggu. Ini kali ketiga Nemer ditahan oleh polis rejim dalam tahun 2020.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Zahhar meminta untuk menyatukan umat Islam daripada projek pembubaran

Isnin, 01-06-2020 – Umat Islam harus bersatu untuk menghadapi dan menggagalkan rancangan untuk membubarkan perjuangan Palestin, kata Dr Mahmoud al-Zahhar, pemimpin Hamas dan ketua blok parlimennya, pada hari Rabu.

Zahhar, ketika berbicara di webinar untuk profesor universiti, mengatakan bahawa orang Arab dan Muslim harus mengembalikan peranan mereka dalam perjuangan Palestin dan harus bersatu dalam menghadapi projek pembubaran yang dipimpin oleh AS mengenai persoalan Palestin, yang digambarkannya sebagai tujuan utama mereka.

Dia meminta orang Arab, Muslim, dan membebaskan orang-orang di dunia untuk bekerja untuk pembebasan Palestin dan mengakhiri penindasan yang menimpa rakyat, tanah, dan tempat suci Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Haniyah Seru Laksana Strategi Komprehensif untuk Menghadapi Ancaman Zionis

Jumaat, 22-05-2020 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyah, menyeru strategi komprehensif untuk menghadapi ancaman Zionis, dengan berlandaskan projek perlawanan yang komprehensif.

Hal tersebut disampaikan Haniyah dalam ucapan yang disiarkan televisyen pada peringatan Hari Al-Quds Antarabangsa. Beliau mengatakan, “Hari ini kita menghadapi bahaya besar dan komprehensif. Kita percaya bahawa, sebagai umat Islam, memerlukan strategi dan  rancangan komprehensif untuk menghadapi bahaya yang mengancam isu kita dan tempat-tempat suci kita ini.”

Beliau menjelaskan bahawa inti dari strategi ini adalah projek perlawanan komprehensif, terutamanya perlawanan bersenjata. Beliau mengharapkan semua komponen bangsa menyokong pejuangan  dan mendukung perlawanan di tanah Palestin.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

BDS Malaysia Mengutuk Tindakan Israel Ingin Merampas Tebing Barat

Jumaat, 22-05-2020 – Boikot, Pelupusan dan Sekatan (BDS Malaysia) mengutuk sekeras-kerasnya segala perancangan oleh Israel untuk merampas sebahagian besar Tebing Barat.

Tindakan tersebut adalah pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan beberapa resolusi PBB dan Perhimpunan Agung PBB. Israel seperti biasa mengenepikan seluruh dunia.Rampasan itu pasti akan dibantah sekeras-kerasnya oleh warga Palestin. Israel yang berjaya melepaskan diri daripada polisi penjenayah dengan mengarahkan penembak tepat membunuh orang awam Palestin di Semenanjung Gaza, demi menghalang sebarang protes dan demonstrasi. Pertumpahan darah akan berlaku dek keangkuhan Israel untuk merampas Tebing Barat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Zahar Seru Masyarakat Islam Bersatu Menentang Projek Pembubaran

Jumaat, 22-05-2020 – Umat Islam harus bersatu untuk menangani dan menyekat apa-apa rancangan untuk menggagalkan perjuangan Palestin, kata Dr Mahmoud al-Zahhar, pemimpin Hamas dan ketua blok parlimennya, pada hari Rabu lepas.

Zahhar, ketika berbicara di sebuah webinar yang dianjurkan untuk professor-profesor universiti, mengatakan bahawa orang Arab dan Muslim harus mengembalikan peranan mereka dalam perjuangan Palestin dan harus bersatu dalam menghadapi pelan pembubaran yang dipimpin oleh AS, yang digambarkannya sebagai tunggak dasar utama mereka.

Beliau menyeru orang Arab, Muslim serta seluruh masyarakat antarabangsa untuk berusaha ke arah pembebasan Palestin dan mengakhiri penindasan yang menimpa rakyat, tanah, dan tempat-tempat suci Palestin.

Ahli Parlimen Palestin berkenaan mengatakan bahawa rakyat Palestin telah berjuang menentang penjajahan sejak tahun 1948. Beliau menggesa semua pihak untuk melobi pembebasan tahanan Palestin, terutama wanita, kanak-kanak dan orang sakit, yang kini dalam bahaya besar dijangkiti Coronavirus di penjara-penjara Israel kerana tindakan sewenang-wenang yang diambil terhadap mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul

Categories
Berita Semasa

Lima kes baru COVID-19 disahkan di Tebing Barat

Khamis, 21-05-2020 – Lima kes coronavirus (COVID-19) telah disahkan di Tebing Barat pada Ahad, menambah jumlah jangkitan kepada 560, Menteri Kesihatan pihak berkuasa Palestin Mai al-Kaila announced.

Al-Kaila menyatakan para pesakit baru tersebut mempunyai kontak rapat dengan seorang pekerja Palestin yang disahkan positif coronavirus pada Rabu.

Manakala, pesakit COVID-19 terakhir di Tulkarem telah pulih sepenuhnya dan daerah itu sekarang telah bebas daripada sebarang kes.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pengawal Penjara Israel menggegarkan sel tahanan di penjara Ashkelon

Khamis, 21-05-2020 – Pengawal penjara Israel telah menyerang bahagian 3 di penjara Ashkelon dan menyerang tahanan Palestin, menurut Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin.

Suruhanjaya itu menyatakan bahawa pengawal penjara Israel tersebut menyerang dengan ganas seksyen 3 di penjara Ashkelon di mana 30 tahanan Palestin ditahan.

Mereka menambah bahawa pengawal Israel tersebut memaksa tahanan Palestin keluar dari bilik mereka dan menyerang mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Tahanan Pentadbiran Palestin Mogok Lapar Hari Ke-8

Khamis, 21-05-2020 – Tahanan Palestin Sami Janazra, 47, sudah berada pada hari ke-8 mogok lapar yang dilakukannya di penjara Israel sebagai membantah penahanannya tanpa tuduhan atau perbicaraan.

Beberapa hari lalu Mahkamah Agung Israel telah menolak petisyen yang diajukan terhadap perintah penahanan pentadbiran yang dikeluarkan terhadap Janazra yang telah menjalani beberapa hukuman penjara berjumlah kira-kira 11 tahun di penjara Israel, yang kebanyakannya dalam tahanan pentadbiran.

Saudara lelaki Sami, Kayed Janazra, mengatakan bahawa ketika Sami ditangkap pada 16 September 2019, beliau serta merta telah dihukum penjara empat bulan tanpa tuduhan mahupun perbicaraan. Tempoh penjara berkenaan kemudiannya telah dilanjutkan selama empat bulan lagi.

Janazra, seorang penduduk kem pelarian al-Fawwar di al-Khalil dan bapa kepada tiga orang anak, telah melancarkan mogok lapar selama 76 hari pada tahun 2015/2016, serta sekali lagi  pada tahun 2017 selama 43 hari, juga sebagai bantahan ke atas penahanan pentadbirannya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul