Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi menubuhkan enam pos di seluruh Tebing Barat

Selasa, 26-07-2022 – Pergerakan penempatan sayap kanan Nachala mendakwa pada hari Rabu bahawa beribu-ribu pengikutnya menyahut seruan baru-baru ini untuk membina pos di tanah Palestin dan mula menubuhkan beberapa daripadanya di seluruh Tebing Barat.

Media Ibrani memetik Nachala sebagai berkata bahawa enam pos pendatang telah ditubuhkan pada hari Rabu di tanah yang diilhamkan berhampiran penempatan Psagot dan Neria di Ramallah, penempatan Kiryat Arba di al-Khalil, dan penempatan Barkan dan Revava di Salfit.

Menurut laman web Haaretz, beribu-ribu pendatang, kebanyakannya remaja, mendirikan khemah di enam lokasi di seluruh Tebing Barat yang diduduki pada hari Rabu, sebagai sebahagian daripada rancangan berbulan-bulan oleh kumpulan Nachala untuk menubuhkan pos penempatan baharu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Lebih 120 penceroboh Yahudi cemari al-Aqsa

Selasa, 26-07-2022 – Sekumpulan besar penceroboh Yahudi ekstremis mencemari Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki pada pagi hari Khamis dan kemudian pada sebelah petang.

Menurut laman web berita al-Qastal, sekurang-kurangnya 127 orang peneroka memasuki masjid secara berkumpulan melalui Pintu Maghariba dan melawat halamannya di bawah iringan polis.

Semasa lawatan mereka di tapak suci Islam, para peneroka menerima ceramah daripada para rabbi tentang dakwaan kuih di atas gunung dan beberapa daripada mereka melakukan sembahyang mengikut ajaran Talmud secara provokatif.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Kecederaan dilaporkan dalam serangan oleh pendatang di Nablus

Jumaat, 22-07-2022 – Puluhan pendatang Yahudi melakukan beberapa serangan di bandar Burin, selatan Nablus, di utara Tebing Barat pada petang Selasa.

Sumber tempatan melaporkan yang para pendatang menyerang kediaman warga Palestin di Burin, membakar puluhan pokok zaitun, dan memusnahkan sejumlah kenderaan.

Serangan itu dilakukan dengan perlindungan tentera rejim, sumber itu menambah.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pesawat perang Israel menyasar tapak penentangan di Semenanjung Gaza

Jumaat, 22-07-2022 – Pesawat perang Israel melancarkan serangan ke atas kedudukan milik penentangan Palestin di Semenanjung Gaza pada petang Selasa.

Wartawan PIC berkata bahawa beberapa serangan di tapak penentangan disaksikan di kawasan Beit Hanoun Gaza.

Sekurang-kurangnya tiga serbuan telah dilakukan, tambah wartawan PIC itu.

Tentera Regim Israel mendakwa bahawa serangan udara itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap tembakan dari kawasan Palestin pada awal Selasa.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Mishaal: Normalisasi dengan Israel adalah kejahatan besar

Jumaat, 22-07-2022 – Ketua biro politik asing Hamas, Khaled Mishaal menyifatkan normalisasi hubungan Arab dengan negara penceroboh Israel sebagai “kejahatan melampau yang mesti dihadapi dengan segala cara yang mungkin.”

Mishaal membuat kenyataan dalam ucapan yang disampaikannya pada malam belia yang diadakan baru-baru ini di Istanbul dengan dihadiri anak muda dari 40 negara Islam.

Mishaal menggesa belia negara Islam bekerja untuk pertumbuhan negara mereka, berkongsi kebimbangan rakyat mereka dan menyumbang kepada perjuangan Palestin menentang penceroboh Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Lepaskan Tembakan Kepada Petani di Selatan Gaza

Khamis, 21-07-2022 – Rejim Zionis menyerang petani Palestin di Semenanjung Gaza yang dikepung pada pagi Isnin , dengan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sumber setempat melaporkan bahawa tentera Israel di pos tentera di belakang pagar sempadan telah melepaskan tembakan mesingan ke arah petani dan ladang mereka di timur Khan Yunis di selatan Gaza. Kesemua petani melarikan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan dari kawasan sasaran.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

IOF mengenakan sekatan pergerakan baru di bandar Nablus

Khamis, 21-07-2022 – Tentera rejim zionis (IOF) menutup beberapa jalan di bandar Hawara, selatan Nablus, di utara Tebing Barat pada pagi Isnin.

Datuk Bandar Hawara Muin Dhamidi menyatakan yang jentolak tentera Israel menutup jalan-jalan di kampung-kampung kawasan barat, dan menyekat pergerakan keluar dan masuk ke bandar itu.

IOF turut membina semula berek tentera di atas bumbung bangunan di bandar itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati


Categories
Berita Semasa

Lebih 150 penceroboh cemari al-Aqsa di bawah perlindungan polis

Khamis, 21-07-2022 – Berpuluh-puluh penceroboh Yahudi yang diiringi oleh pasukan polis mencemar Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis yang diduduki pada pagi hari Isnin dan kemudian pada sebelah petang hari sama.

Menurut laman web berita al-Qastal, sekurang-kurangnya 155 orang penceroboh memasuki masjid secara berkumpulan melalui Pintu Maghariba dan melawat halamannya di bawah kawalan polis.

Semasa lawatan mereka di tapak suci unat Islam itu, para penceroboh menerima ceramah daripada para rabbi tentang dakwaan gunung kuil dan sebahagian daripada mereka melakukan solat mengikut ajaran Talmud secara provokatif.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Warga Palestin membantah lawatan Biden.

Selasa, 19-07-2022 – Aktivis Palestin telah menganjurkan bantahan di kawasan kepungan Jerusalem pada hari Khmais ke atas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden ke Tebing Barat dan perjumpaan dengan Presiden Pihak berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas. Para aktivis menyeru peyertaan beramai-ramai sambil mengibarkan bendera Palestin dengan penuh semangat.

Pergerakan Hamas mengutuk lawatan Biden ke kawasan kepungan Palestine dan serantau seolah-olah memberi sokongan ke atas negara haram Israel dan usaha penjajahan Israel ke dalam negara Palestin.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul

Categories
Berita Semasa

Empat Banduan Palestin Teruskan Mogok Lapar

Selasa, 19-07-2022 – Empat tahanan Palestin telah meneruskan mogok lapar terbuka mereka pada hari Khamis sebagai protes terhadap dasar Israel yang berbeza yang melanggar kebebasan dan hak asasi manusia.

Banduan Fikri Mansour dari Palestin meneruskan mogok laparnya untuk hari ke-12 berturut- turut sebagai protes terhadap pemindahannya ke bahagian tahanan jenayah di penjara Ayalon.

Fikri telah ditahan sejak 2005 dan sedang menjalani hukuman 17 tahun di penjara Israel. Sementara itu, banduan Moataz Obeido yang lumpuh juga telah meneruskan mogok lapar untuk hari ke-21 berturut-turut, sebagai protes terhadap dasar kecuaian perubatan Israel.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

IOF menahan warga Palestin di sempadan Gaza

Selasa, 19-07-2022 – Tentera rejim zionis (IOF) menahan seorang warga Palestin atas tuduhan cuba merentasi sempadan Gaza pada pagi Khamis.

Jurucakap IOF berkata, seorang warga Palestin disoal siasat oleh pihak keselamatan rejim setelah cuba merentasi sempadan Gaza. Tiada senjata ditemui padanya.

Pada beberapa bulan kebelakangan, tenterea telah membuat beberapa pengumuman penahanan warga Palestin di sepanjang sempadan Gaza kerana cuba memasuki sempadan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Haneyya: Usaha AS integrasikan Israel ke rantau itu akan gagal

Selasa, 19-07-2022 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya berkata pada hari Khamis bahawa percubaan Amerika untuk membentuk semula rantau itu dan mengintegrasikan Israel ke dalamnya akan gagal.

Dalam satu kenyataan akhbar, Haneyya menegaskan bahawa percubaan pentadbiran AS untuk menyediakan keselamatan bagi Israel di rantau itu melalui pakatan dengan beberapa kerajaan Arab akan gagal kerana ia bercanggah dengan kehendak dan warisan budaya dan intelektual wilayah ini.

“Rakyat Palestin tidak akan pernah jatuh ke dalam ilusi rundingan dan mereka akan berterusan dalam menegakkan penentangan menyeluruh sehingga mereka mengalahkan penjajah, membebaskan Baitulmuqaddis, dan kembali ke tanah mereka,” tegas Haneyya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Lebih 140 Cemari Aqsa di bawah Kawalan Polis

Jumaat, 15-07-2022 – Puluhan peneroka Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis mencemari Masjid Al-Aqsa di Jerusalem pada pagi Rabu sehingga petang.

Menurut laman web al-Qastal, sekurang-kurangnya 142 peneroka memasuki masjid secara berkumpulan melalui Pintu Maghariba dan mengelilingi lamannya dengan kawalan polis. Ketika lawatan mereka di tanah suci Islam itu, para peneroka mendengar ceramah dari rabbi mengenai Temple Mount dan sebilangan dari mereka melakukan sembahyang Talmud.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Amnesty lancarkan kempen “Hentikan Apartheid Israel”

Jumaat, 15-07-2022 – Amnesty Antarabangsa mengumumkan senarai barangan bertajuk “Hentikan Apartheid Israel” termasuk kemeja-T, pelekat, sepanduk dan dokumen-dokumen

Pengumuman itu dibuat oleh pengurus kempen Amnesty UK untuk wilauah Israel/Palestin dan Syria, Kristyan Benedict, di Twitter pada Isnin.

“Akan ada lebih banyak barangan bagi menyokong kempen tersebut,” Benedict menyatakan di Twitter.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pekerja Palestin ditembak, cedera akibat tembakan IOF

Jumaat, 15-07-2022 – Seorang pekerja Palestin ditembak dan cedera oleh Regim Zionis Israel (IOF) yang ditempatkan berhampiran tembok apartheid yang didirikan di atas tanah perkampungan Anin, barat Jenin, ketika cuba sampai ke tempat kerjanya di Green Line, pada pagi Rabu.

Sumber tempatan mengesahkan bahawa seorang pekerja Palestin mengalami kecederaan akibat tembakan di kakinya sebelum dipindahkan ke hospital untuk rawatan.

Sumber menunjukkan bahawa tentera IOF telah meningkatkan kehadiran tentera mereka di selatan Jenin, dan bandar-bandar sekitarnya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin