Categories
Berita Semasa

Israel luluskan 3,988 unit penempatan di Tebing Barat

Rabu, 18-05-2022 – Akhbar Ibrani Yedioth Ahronot melaporkan yang Jawatankuasa Perancangan Pentadbiran Awam Israel akan bermesyuarat pada Khamis untuk meluluskan ribuan unit penempatan di Tebing Barat.

“Untuk pertama kalinya dalam tempoh tujuh bulan, pembinaan 3,988 unit penempatan akan diluluskan,” akhbar itu menambah.

Menurutnya, unit-unit penempatan akan menerima kelulusan akhir untuk dibina di penempatan Dolev, Mitzpe Dani, Shvut Rahel, Nariah, Givat Ze’ev, dan Efrat. Unit-unit lain juga akan diluluskan.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Iran mengutuk “pembunuhan sengaja” Israel terhadap Abu Akleh

Rabu, 18-05-2022 – Kementerian Hal Ehwal Luar Iran mengecam sekeras-kerasnya apa yang dipanggil “pembunuhan yang disengajakan” koresponden Al Jazeera Shireen Abu Akleh di Tebing Barat pada hari Rabu.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, jurucakap kementerian Saeed Khatibzadeh menyatakan negaranya mengucapkan takziah kepada keluarga Abu Akleh, rangkaian berita Al Jazeera dan para wartawan, yang berbakti kepada perjuangan Palestin dan Baitulmaqdis, atas kesyahidan Abu Akleh.Khatibzadeh menyifatkan pembunuhannya sebagai “bukti yang jelas tentang ketidakpedulian penjajahan Israel terhadap peranan akhbar, media dan wartawan dalam menyedarkan penonton dan mendedahkan kebenaran.”

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Dua warga Palestin ditahan di Jerussalam dan Tukarem

Rabu, 18-05-2022 – Polis rejim Zionis pada petang hari Khamis menahan seorang pemuda berhampiran kawasan Bab Al-Asbat di Baitulmuqaddis.

Dalam kejadian berkaitan, pasukan polis penceroboh Israel (IOF) menahan pemuda Palestin tersebut, Yasser Briki di timur bandar Tulkarem di Tebing Barat pada malam hari Khamis. Sumber tempatan melaporkan bahawa IOF menahan Briki, 30, berhampiran pusat pemeriksaan sementara di persimpangan Bala’a, timur Tulkarem.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Bekas Tahanan Gesa Isu Banduan Palestin Diantarabangsakan

Jumaat, 13-05-2022 – Seorang bekas tahanan Palestin menyeru usaha untuk mengantarabangsakan isu tahanan Palestin dan menekankan penderitaan mereka di penjara Israel.

Rami Hijazi, bekas tahanan dari Gaza yang dibebaskan April lalu selepas 20 tahun dipenjarakan, menekankan keperluan untuk kedutaan dan konsulat Palestin di seluruh dunia untuk bergerak mengantarabangsakan isu tahanan Palestin dan mendedahkan jenayah Israel terhadap mereka.

Dalam kenyataan akhbar yang dibuatnya baru-baru ini, Hijazi menegaskan bahawa banduan Palestin, terutamanya wanita, kanak-kanak, pesakit dan warga emas menderita di penjara Israel dan menyeru lebih banyak solidariti tempatan dan antarabangsa bersama mereka.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Hamas menolak dakwaan Perdana Menteri Israel tentang pemilikan Israel ke atas Baitulmuqaddis dan Masjid Aqsa.

Jumaat, 13-05-2022 – Gerakan Hamas menyuarakan penolakan terhadap dakwaan perdana Menteri Israel tentang pemilikan Israel ke atas Baitulmuqaddis dan Masjid Aqsa.

“Kenyataan sedemikian merupakan pelanggaran hak dan penjagaan Jordan terhadap Masjid Aqsa, juga menafikan semua resolusi dan norma antarabangsa – yang mana menuntut tindakan segera untuk menyelar dan menyatakan yang tindakan Israel ialah satu jenayah,” ahli biro politik Hamas Ezzat al-Resheq berkata pada Ahad.

Resheq menekankan yang rejim Israel tiada hak ke atas Baitulmuqaddis dan Masjid Aqsa, serta menyifatkan kenyataan Bennet sebagai usaha terdesak untuk merealisasikan mimpinya.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Mufti Hussein: Tempat ibadat Al-Aqsa untuk orang Islam sahaja

Jumaat, 13-05-2022 – Mufti Besar Baitulmaqdis dan pendakwah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Muhammad Hussein, berkata pada hari Isnin bahawa Masjid Al-Aqsa, dengan keluasan 144 dunum, adalah tempat ibadat untuk orang Islam sahaja.

“Undang-undang Syariah Islam selain resolusi rasmi PBB dan UNESCO meluluskan bahawa Masjid Al-Aqsa adalah tapak suci Islam,” kata Mufti Hussein dalam satu kenyataan mengulas kenyataan perdana menteri Israel Naftali Bennett yang mendakwa bahawa kerajaannya adalah satu-satunya pihak berkuasa untuk mengawasi sepenuhnya urusan Masjidil Al-Aqsa.

Mufti Hussein menegaskan bahawa kenyataan Bennett mencerminkan dasar perkauman Israel, yang bertujuan untuk mengyahudikan Baitulmaqdis dan mengubah status quo Masjid Al-Aqsa. Beliau menambah bahawa dasar Israel merupakan pelanggaran berat terhadap norma dan konvensyen antarabangsa, termasuk Konvensyen Geneva.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

Hamas: Israel Berkeras Meyahudikan Jerusalem

 Jumaat, 13-05-2022 –Jurucakap Gerakan Hamas, Jihad Taha pada Isnin menegaskan, penduduk Palestin akan menangani rancangan berterusan Israel yang bertujuan memindahkan penduduk Palestin dari Jerusalem bagi membuka jalan untuk proses peyahudian sepenuhnya.

Taha menambah, Israel bermati-matian untuk meyahudikan Kota Suci Jerusalem dengan mengepung dan memisahkannya daripada perkampungan penduduk Palestin.

“Pihak berkuasa Israel merampas tanah Palestin dan memperluas pengilhakan dan pembinaan petempatan di Jerusalem dan Tebing Barat, ditengah-tengah ketidakupayaan Arab dan Islam yang belum pernah berlaku sebelum ini,” jelas Taha.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

53 warga Palestin dibunuh rejim Zionis sejak permulaan 2022

Jumaat, 13-05-2022 – Kementerian Kesihatan Palestin berkata pada hari Isnin bahawa rejim Zionis Israel telah meneruskan jenayah pelaksanaan di lapangan terhadap rakyat Palestin dan telah membunuh 53 orang rakyat sejak awal 2022.

“Pasukan pendudukan Israel (IOF) membunuh 50 orang rakyat Palestin, termasuk 3 wanita dan 8 kanak-kanak, antara 1 Januari dan 9 Mei tahun ini,” kementerian itu melaporkan, sambil menambah bahawa tiga rakyat Palestin dari kawasan pencerobohan Palestin 1948 telah dibunuh selepas didakwa melakukan serangan ke atas warga Israel, menjadikan jumlah warga Palestin yang syahid kepada 53 orang.
Majoriti syahid terbunuh semasa serbuan IOF di kawasan Tebing Barat.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Iran seru perarakan beramai-ramai pada Hari Antarabangsa Quds

Jumaat, 29-04-2022 – Sekretariat Kekal Persidangan Antarabangsa Meenyokong Palestin Iran menyeru rakyat Palestin dan para ahli parlimen agar berarak beramai-ramai pada Hari Antarabangsa Quds.

Sekretariat itu berkata pada Selasa yang keberanian rakyat Palestin dan ketabahan mereka membuktikan kekuatan Palestin dan kelemahan Israel.

“Dengan penentang berterusan, rakyat Palestin berjaya mencabar para penyokong utama zionis termasuk Amerika Syarikat dan negara-negara Arab yang berbaik dengan Israel,” tambah secretariat itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas Lawat Gereja St. Porphyrius Gaza

Jumaat, 29-04-2022 – Sekumpulan delegasi kanan Gerakan Hamas membuat lawatan ke Gereja St. Porphyrius dan bertemu ketua biskop ortodoks Yunani Alexios pada Isnin.

Pegawai kanam Hamas, Basem Naim yang mengetuai delegasi, menyampaikan ucapan selamat kepada komuniti Kristian di Gaza sempena perayaan Paskah.

Naim menyatakan solidariti pimpinan Hamas bersama rakan senegara beragama Kristian ketika kemelut pencabulan Israel terhadap mereka dan kawasan suci sekitar Jerusalem.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Qatar Selar Amalan Baru Israel di Masjid Al-Aqsa

Jumaat, 29-04-2022 – Qatar telah mengulangi kecaman kerasnya terhadap serbuan polis Israel dan pencerobohan peneroka pelampau yang berlaku akhir-akhir ini di Masjid Al-Aqsa melibatkan serangan terhadap jemaah Palestin yang tidak berupaya.

Ia dipetik dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Isnin oleh duta Alya Al Thani, wakil tetap Qatar ke PBB, pada Mesyuarat Majlis Keselamatan mengenai situasi di Timur Tengah, termasuk wilayah Palestin.

Kenyataan Qatar itu menyifatkan tindakan Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa semasa bulan Ramadan sebagai “pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.”

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar

Categories
Berita Semasa

Warga emas Palestin cedera dalam serangan puak penceroboh

Jumaat, 29-04-2022 – Warga emas Palestin cedera dalam serangan puak penceroboh . Seorang lelaki warga emas Palestin cedera pada hari Selasa selepas gerombolan penceroboh Yahudi menyerangnya di timur Baitullaham.

Sumber tempatan melaporkan bahawa Raja Abayat, 62, dari kampung Kisan di timur Baitullaham, diserang dengan kejam oleh peneroka Yahudi yang menyerbu kampung itu. “Lelaki tua itu mengalami kecederaan sederhana hingga serius,” tambah sumber itu.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Amrul Azmi Mizan

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis, Pemuda Palestin Bertempur

Rabu, 27-04-2022 – Pertempuran ganas berlaku antara Rejim Zionis dan pemuda Palestin di Tebing Barat dan Jerusalem malam tadi dan subuh Ahad.

Menurut sumber tempatan, kejadian tersebut berlaku selepas kumpulan peneroka pelampau berhimpun berhampiran bandar Teqoa, tenggara Bethlehem.

Rejim Zionis melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata terhadap para pemuda yang bertindak balas melontar batu dan mercun.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Huzaifah AJ

Categories
Berita Semasa

Gaza: Mesir akan menutup sempadan Rafah pada Isnin

Rabu, 27-04-2022 – Menteri Dalam Gaza telah dimaklumkan pada Ahad oleh pihak berkuasa Mesir yang sempadan Rafah akan ditutup pada Isnin dari kedua-dua arah.

“Sempadan Gaza akan ditutup pada Isnin, 25 April kerana cuti umum di Mesir,” demikian menurut Pihak Berkuasa Sempadan.

Sempadan Rafah, satu-satunya laluan di antara Mesir dan Semenanjung Gaza, merupakan laluan tunggal untuk masuk dan keluar.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati

Categories
Berita Semasa

Penguasa Israel Ratakan Tanah, Tahan Tiga Warga Palestin Termasuk Dua Kanak-kanak

Rabu, 27-04-2022 – Jentolak penguasa Israel mula memusnahkan tanah milik Palestin di beberapa kawasan di Tebing Barat pada hari Ahad.

Sumber setempat berkata bahawa jentolak rejim itu memusnahkan tanah milik Palestin dengan alasan untuk meluaskan penempatan haram Seleit di Lembah Utara, selain meratakan tanah di Kampung Burin di selatan Nablus dan memusnahkan pokok zaitun di kampung Azmout di kawasan pentadbiran gabenor Nablus.

Sebagai tambahan, polis Israel juga telah menahan dua kanak-kanak Palestin selepas menyerbu rumah mereka di bandar Silwan di Baitulmaqdis.

sumber : https://english.palinfo.com
penterjemah : Neina Mukhtar