Categories
Berita Semasa

Rejim Israel (IOA) akan merampas kawasan seluas 1000 dunum di Bethlehem

Isnin , 14-04-2014 –Rejim Israel telah memaklumkan pada pagi Khamis kepada para petani Palestin di kampung Khader, selatan Bethlehem tentang niat mereka untuk merampas kawasan pertanian mereka dan menghalang mereka memasukinya.

IOA telah meletakkan sepanduk-sepanduk di kawasan tersebut menyatakan bahawa para petani tidak boleh memasuki kawasan pertanian mereka. Keputusan rejim itu termasuk perampasan 984 dunum Bandar Khader dan Nahalin di barat Bandar, serta Beit Ummar di utara al-Khalil.

IOA memaklumkan para petani bahawa mereka boleh membuat rayuan menentang keputusan tersebut dalam masa 45 hari. Dalam kejadian berkaitan, IOA mengumumkan niat untuk merampas 180 dunum tanah rakyat Palestin di utara Ramallah untuk membina fasiliti merawat kumbahan, akhbar Haaretz mendedahkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Perarakan menentang pengepungan Semenanjung Gaza akan diadakan di seluruh Eropah

Isnin , 14-04-2014 – Pertubuhan-pertubuhan hak manusia Eropah telah mengisytiharkan cadangan mereka untuk menyertai perarakan terkenal yang diadakan di seluruh Eropah sebagai tanda protes kepada pengepungan berterusan Israel selama 8 tahun berturut-turut di Semenanjung Gaza, terutama apabila berlakunya sekatan-sekatan Mesir di lintasan Rafah baru-baru ini.

European Campaign to End the Siege of Gaza (ECESG) telah mengesahkan bahawa beberapa pertubuhan dan institusi hak manusia di lebih dari 30 bandar-bandar Eropah telah menyuarakan cadangan mereka untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan secara bersepadu pada 26 April ini terhadap pengepungan Semenanjung Gaza dan sekatan Mesir di semenanjung itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis lalu, ECESG menyatakan bahawa perarakan Eropah secara besar-besaran ini diadakan berikutan situasi kemanusiaan yang semakin merosot di semenanjung itu akibat sekatan oleh Israel-Mesir yang semakin ketat.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Pertubuhan-pertubuhan kuil didakwa melaksanakan upacara mingguan Yahudi di al-Aqsa

Isnin , 14-04-2014 – Yayasan Aqsa Endowmen dan Warisan, aktif dalam pertahanan laman web Islam di wilayah jajahan Palestin , menyeru rakyat Palestin untuk menuju beramai-ramai ke Masjid al-Aqsa.

Seruan pada hari Khamis adalah sebagai tindak balas kepada iklan yang disiarkan oleh organisasi kuil Yahudi yang menggesa penyokong mereka untuk turut serta dalam upacara mingguan mensasarkan kesucian Masjid al-Aqsa sempena “Hebrew Easter”.
Yayasan itu berkata dalam satu kenyataan: “Kursus dan penjelasan tentang kuil mereka akan dibuat pada hari Khamis oleh sebuah gabungan pertubuhan-pertubuhan kuil di Al-Aqsa pada jam 5:00-9:00, diikuti dengan acara-acara lain sempena “Jewish Easter”. ”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

Categories
Berita Semasa

Israel Knesset terus mencuba untuk mengambil kawalan ke atas Masjid al-Aqsa

Jumaat , 11-04-2014 – Dalam posting facebook, Likud Knesset Ahli dan timbalan speaker Moshe Feiglin mengesahkan bahawa dia bekerja di semua peringkat untuk mengenakan kekuasaan Yahudi terhadap Masjid al-Aqsa dan membenarkan akses pendatang bebas ke halaman itu.

Feiglin memecahkan pada hari Isnin ke dalam Masjid al-Aqsa disertai dengan sekumpulan pendatang Yahudi di bawah perlindungan ketat polis Israel. “Ia adalah tidak mustahil untuk mengenakan kekuasaan Yahudi terhadap Kuil Gunung, jika kita benar-benar mahu,” katanya.
Bagi sebahagian, Yayasan Aqsa untuk Endowmen dan Warisan mengutuk kenyataan Feiglin dengan berkata bahawa ia mewakili dasar-dasar kerajaan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel mencuri 43 ribu dollar daripada rumah warga Palestin

Jumaat , 11-04-2014 – Tentera rejim Israel telah mencuri sejumlah besar wang dan barang kemas daripada sebuah kediaman warga Palestin di Bandar Idna selatan al-Khalil di Tebing Barat.

Tentera rejim Israel telah menyerbu kediaman Jaber Al-Tameezi’s di bandar Idna dan memaksa keluarganya keluar selama berjam-jam sewaktu mereka menggeledah rumah itu. Setelah tentera rejim Israel keluar, mereka mendapati sejumlah besar wang dan barang kemas telah dicuri, sumber keselamatan Palestin memberitahu Akhbar Quds.

Sumber tersebut turut menyebut bahawa Al-Tameezi telah memfailkan bantahan di mana beliau mendakwa tentera rejim mencuri sejumlah wang dan cek berjumlah lebih kurang 150 ribu shekels (lebih kurang 43 ribu dollar) dan 200 gram barang kemas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Perkampungan Palestin di Qalqiya berjuang untuk bertahan

Jumaat , 11-04-2014 – Perkampungan Exbet Tabib di wilayah Qalqiya digugat dengan cubaan berterusan Israel untuk menghapuskan perkampungan itu di mana 35 rumah daripada 45 rumah penduduk Palestin telah diberi notis untuk dirobohkan bagi memberi ruang kepada penambahan penempatan Israel.

Penduduk perkampungan tersebut telah mengambil langkah berjaga-jaga dan kawalan harian untuk menghadapi skim-skim Israel yang mensasarkan penduduk Palestin di perkampungan itu. Ketua jawatankuasa perkampungan itu , Bayan Tabib berkata setelah bertahun-tahun, akhirnya Jawatankuasa Perancangan Agung Israel mengeluarkan pelan utama untuk perkampungan itu pada Isnin lalu dan mengikut perancangan akan dilaksanakan dalam masa 60 hari.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Menteri Wakaf Seru Lindungi al Quds dari Pencerobohan Penjajah Zionis

Jumaat , 11-04-2014 – Menteri Wakaf dan Urusan Agama Palestin, Dr. Ismail Ridwan menegaskan bahawa masjid al Aqsa ketika ini mengalami pencabulan Zionis paling buruk akibat penyerbuan terus-menerus dan larangan para jamaah di bawah usia 50 tahun untuk masuk masjid al Aqsa. Ia dilakukan secara provokatif dengan mendapat kawalan ketat dari militer Zionis.

Ridwan mengatakan, keadaan yang menyelimuti kota al Quds secara umum dan masjid al Aqsa secara khusus adalah keadaan kekecewaan massa dan kecemasan yang jelas. Beliau merujuk kepada tindakan yang dilakukan Zionis dan persiapan mereka untuk menghadapi apa yang disebut hari Pashkah Yahudi.

Ridwan menegaskan tentang tindakan penangkapan yang dilakukan Zionis terhadap para pemuda al Quds. Beliau mengingatkan bahawa kelompok usia ini adalah kekuatan yang mampu mencegah Zionis dan kejahatan ganasnya terhadap al Quds.

Beliau menyeru bangsa Arab, umat Islam dan masyarakat antarabangsa untuk menghalang projek Yahudinisasi terhadap al Quds secara terus-menerus oleh penjajah Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Mesir menyokong hukuman penjara 3 tahun pemimpin 6 April

Rabu , 09-04-2014 – Mahkamah Mesir pada hari Isnin (7-4) menyokong penghakiman dengan hukuman penjara tiga daripada kepimpinan pergerakan “6 April” bagi temph 3 tahun penjara dengan tuduhan melanggar undang-undang demonstrasi.

Tiga daripada pemimpin pergerakan itu iaitu Ahmed Maher, Muhammad Adil, dan Ahmed Doma menjerit dari dalam kandang tertuduh, ” Jatuh pemerintahan tentera, Jatuh!” berikutan sokongan hukuman tersebut.

Mahkamah tidak membenarkan kehadiran wartawan, aktivis politik, isteri-isteri tertuduh dan juga menghalang kemasukan delegasi diplomatik dari Kesatuan Eropah ke kawasan perbicaraan di daerah Torah, selatan Kaherah dari memantau dan mengikuti pebicaraan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Haneya yakinkan keadaan pelarian Palestin di Lubnan kekal neutral

Rabu , 09-04-2014 – Perwakilan gerakan Hamas di Lubnan, Ali Barokat menerima panggilan telefon dari Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haneya, pada Isnin lalu, bertujuan untuk menyakinkannya mengenai keadaan kem pelarian Palestin di Lubnan, berikutan pemberontakan berdarah pagi tadi.Haneya menyatakan penyesalannya atas terkorbannya warga Palestin di kem Elmiyah dan Miyah. Beliau mengucapkan tahniah kepada mangsa-mangsa kejadian dan mendoakan mereka yang tercedera pulih segera dengan izin Allah.

Dalam pada itu, Haneya menyeru kepada semua pelarian Palestin termasuk puak-puak perjuangan di Lebanon, supaya dapat mengawal diri dan berusaha untuk bersatu hati dengan pelbagai elemen dan kekuatan, serta tidak mudah tergerak untuk menggunakan senjata dalam menyelesaikan permasalahan. Beliau turut menegaskan pentingnya memelihara ketenteraman dan keselamatan di Lubnan serta terus berjuang demi hak-hak sivil agar dapat kembali ke tanah kelahiran Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Parlimen Zionis Bahas Penetapan Ibadah Yahudi di al -Aqsa

Rabu , 09-04-2014 – Pelan Suruhanjaya Dalam Negeri di parlimen Knesset Zionis masalah tatacara ibadah Yahudi di masjid al Aqsa dalam sidang pertama yang diadakan hari ini , Isnin ( 7 / 4 ) , khusus untuk membahas masalah tersebut.

Yayasan Wakaf al Aqsa menyebutkan suruhanjaya Parlimen yang menangani masalah ini telah mengundang kepada pelbagai organisasi dan kumpulan Yahudi untuk menghadiri sidang pertama untuk mendengar pendatangan mereka.

Yayasan al Aqsa menjelaskan bahawa ikatan yang akan dibahas suruhanjaya Parlimen Zionis ini adalah pemberlakukan pelaksanaan keputusan kerajaan untuk memperuntukkan masa 3 hingga 5 jam setiap hari bagi kaum Yahudi untuk menyerbu masuk masjid al Aqsa dan polis memberikan perlindungan kepada mereka . Suruhanjaya juga akan membincangkan persiapan penjajah Zionis dan polis untuk penyerbuan kolektif ke masjid al Aqsa selama hari raya Pashkah Yahudi yang jatuh pada 14 April dan berlangsung selama satu minggu penuh.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Pembinaan Hotel Waldorf Astoria disempurnakan di atas tinggalan bangunan Jawatankuasa Islam

Jumaat , 04-04-2014 – Yayasan Wakaf dan Warisan Aqsa berkata, rejim Israel mengumumkan siapnya pembinaan hotel antarabangsa Waldorf Astoria, yang merupakan sebahagian rangkaian Hilton di Baitulmuqaddis.

Pembinaan hotel itu dilakukan di atas tinggalan bangunan Jawatankuasa Agung Muslim di barat Baitulmuqaddis yang merupakan salah satu polisi menerapkan unsure Yahudi di kota suci itu.Rejim Israel dengan rasminya mengumumkan pelancaran hotel itu ketika Kementerian Pelancongan Israel dan sejumlah pemimpin agama dan politik Israel menyertai upacara meletakkan logo Yahudi di pintu masuk hotel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Haneyya ucap tahniah kepada Erdogan sempena kejayaan dalam pilihanraya

Jumaat , 04-04-2014 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya, Recep Tayyip Erdogan di atas kemenangan Justice and Development Party (AKP) dalam satu pilihanraya tempatan di Turki baru-baru ini.

Menerusi panggilan telefon kepada Erdogan pada Selasa lalu, Haneyya menyatakan bahawa kemenangan Erdogan itu berlaku pada masa yang sangat tepat. Bagi pihak Erdogan, beliau melahirkan rasa terima kasih kepada Haneyya di atas ucapan tahniah yang diterimanya serta menambah bahawa kemenangan parti beliau itu melambangkan kehendak orang-orang Turki.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

70 pendatang menyerang Masjid al-Aqsa

Jumaat , 04-04-2014 – 70 pendatang Yahudi telah menyerbu di Masjid al-Aqsa pada pagi Rabu di tengah-tengah perlindungan ketat polis, di mana mereka mendengar penerangan mengenai masjid yang mereka dakwa sebagai kuil.

Mahmoud Abul Atta, jurucakap Yayasan Aqsa untuk Endowmen dan Warisan (AFEH), mengesahkan bahawa tentera Israel mengetatkan langkah-langkah keselamatan di pintu-pintu Masjid dan merampas beberapa kad pengenalan, manakala pelajar Palestin di sekolah-sekolah Islam di Masjid al-Aqsa membantah langkah-langkah keselamatan Israel. Dalam konteks yang lain, Abul Atta menyatakan bahawa yang dikatakan organisasi Kuil telah mengemukakan permintaan rasmi untuk mengadakan majlis di dalam Masjid al-Aqsa dengan penyertaan 100 orang pendatang yahudi untuk menandakan Paskah Bahasa Ibrani pada 14 April.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Israel terus mencemarkan alam sekitar

Jumaat , 04-04-2014 – Laporan Hak Asasi Manusia mendedahkan bahawa persekitaran di wilayah Palestin mengalami pencabulan yang dasyat oleh Israel yang bertujuan untuk menjadikan kehidupan di tanah itu mustahil selepas berlaku rampasan kawasan besar untuk membina penempatan, kem-kem dan kilang-kilang.

Laporan itu yang telah diterbitkan oelh Pertubuhan Arab Bagi Hak Asasi Manusia itu pada hari rabu (2/4) menunjukkan bahawa Israel mengepam berjuta-juta meter padu air kumbahan yang keluar dari penempatan yang memusnahkan Tebing Barat. Perkara ini membawa
kepada kemusnahan alam sekitar yang besar seperti kemusnahan tanaman pertanian, pencemaran air bawah tanah dan merosakkan sumber ternakan.

Laporan itu menyatakan bahawa kilang-kilang Zionis yang berhampiran dengan pagar keselamatan mengeluarkan benda-benda yang mencemarkan alam sekitar tersebut seperti gas toksik. Mereka juga sengaja membuang sisa industri di bandar-bandar serta kampung-kampung Palestin yang berdekatan dengan kilang tersebut. Perkara ini telah menyebabkan perubahan warna bumi yang menjadi hitam sehingga tidak sesuai untuk penanaman kerana kepekatan unsur-unsur bahan kimia yang berbahaya yang menjadikan liang-liang tanah tersumbat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah

Categories
Berita Semasa

Haniyah: Masa Depan Palestin Harus Diperjuangkan Bersama

Jumaat , 04-04-2014 – PM Palestin, Ismail Haniyah menegaskan, perjuangan Palestin harus dilakukan bersama, tidak ada masa depan jika Fatah bekerjasama dengan penjajah.

Ketika menghadiri majlis graduasi di Kementerian Dalam Negeri, Rabu (2/4) di Gaza, Haniyah menyatakan, kita tidak terkejut dengan keputusan akhir perundingan antara Fatah dan penjajah, kerana rakyat Palestin telah memiliki pengalaman hampir dua puluh tahun berunding dengan penjajah.

Haniyah menambah, perjuangan yang dilakukan di luar kesefahaman nasional, tak akan memiliki masa depan. Perundingan hanya dimanfaatkan penjajah Israel untuk memperkuatkan penempatan baru mereka, merampas tanah Palestin, menjadikan Al-Quds sebagai kota Yahudi, menyekat Gaza dan menghapus Perlembagaan Palestin. Haniyah menegaskan bahawa perundingan bukan pilihan untuk membebaskan Palestin, Al-Quds dan Al-Aqsa.

sumber : COMES
penterjemah : Osman