Selasa, 07/04/2009 – Dr Ismail Ridwan, seorang pimpinan HAMAS menegaskan mana-mana cadangan yang tidak menjaga perkara-perkara teras nasional yang tulen, atau menuntut komitmen terhadap syarat-syarat kuartet, atau mengiktiraf kedaulatan regim Zionis di atas bumi Palestin, tidak akan dilayan sama sekali.
Author: admin


Isnin, 06/04/2009 – Ali Barakat, timbalan wakil HAMAS di Syria menegaskan apa yang dinamakan sebagai tindakan menginternasionalisasi beberapa agenda politik dalam kerajaan Palestin akan datang merupakan halangan utama untuk mencapai persepakatan nasional dalam rundingan di Kaherah. Walau bagaimanapun, beliau juga menjelaskan HAMAS dan Fatah telah mencapai persetujuan untuk memulakan semula dialog nasional pada 26 April ini di ibunegara Mesir, Kaherah.

Isnin, 06/04/2009 – Motorola telah menjual satu unit kontroversial yang menghasilkan fius-fius bom dan peralatan lain untuk tentera Israel, menurut laporan sebuah akhbar kewangan Israel , Globes . Tidak penjelasan yang telah ditawarkan dalam laporan media tentang jualan oleh Motorola Israel — sebuah anak syarikat milik penuh Motorola — bagi unitnya yang dipanggil Government Electronics Department (GED) untuk syarikat Israel , Aeronautics Defense Systems Ltd

Jumaat, 03/04/2009 – Kerajaan Palestin yang diketuai oleh Ismail Haneyya menyatakan penghargaannya terhadap peranan Mesir yang menaungi dialog nasional Palestin dan menyeru semua pihak yang berdialog untuk meneguhkan pendirian Palestin, memelihara prinsip-prinsip nasional dan menolak tekanan-tekanan luar, terutamanya syarat-syarat zalim yang diletakkan oleh jawatankuasa empat pihak (Amerika, Kesatuan Eropah, Russia dan Cina).

Jumaat, 03/04/2009 – Radio Israel menyiarkan seorang Zionis-Israel mati dan beberapa yang lain cedera apabila pejuang Palestin melakukan serangan. Kejadian berlaku di selatan Bethlehem. Polis Israel terus ke tempat kejadian dan melakukan siasatan. Sehingga kini belum ada yang mengaku melakukan serangan tersebut.sumber :
http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif

Khamis, 02/04/2009 – Kerajaan Palestin yang diketuai oleh Ismail Haneyya menganggap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Zionis, Benjamin Netanyahu dan Menteri Luarnya, Lieberman mengenai ketidak sungguhan mereka untuk mengadakan perjanjian damai kekal dengan Palestin dan keinginan mereka untuk membatalkan perjanjian-perjanjian lalu dengan pihak berkuasa Palestin serta keengganan mereka untuk memberikan komitmen kepada resolusi-resolusi sidang Annapolis, merupakan suatu perkara yang sepatutnya menjadi pertimbangan pihak pimpinan kerajaan Palestin yang terlibat dalam perbincangan untuk mengkaji semula pendirian mereka.

Khamis, 02/04/2009 – Sumber Israel melaporkan pengawai kastam di terminal sempadan Arava antara Jordan dan Tebing Barat telah menahan sebuah trak yang membawa senjata api ke Tebing Barat.

Khamis, 02/04/2009 – Lebih 50 orang penduduk New York telah berdemonstrasi di hadapan bangunan Motorola di Brooklyn mengecam sokongan Motorola terhadap keganasan Israel di Palestin. Protes ini adalah di adakan seiring dengan Hari Tanah Dunia dan merupakan sebahagian daripada kempen Boikot Global Terhadap Israel yang akan menyaksikan 40 acara di seluruh Eropah, US dan dunia.

Rabu, 01/04/2009 – Sumber Fatah di Lubnan menyatakan Setiausaha Agung Fatah, Sultan Abu Al-Ainain terlibat dalam pembunuhan pimpinan Fatah, Kamal Madhat. Abu Al-Ainain turut bekerjasama dengan Muhammad Dahlan dalam menjaya konspirasi ini. Seorang wakil PLO di Lubnan menyatakan pembunuhan sesama ahli Fatah telah bermula. Kamal Madhat mati akibat di bom.

Rabu, 01/04/2009 – Tentera penjajah Zionis Israel semalam, Selasa (31/3) membebaskan Dr. Mahmoud Romhi, Ketua Dewan Legislatif Palestin yang juga salah seorang pemimpin Hamas setelah lebih dari dua setengah tahun meringkuk di penjara Israel.
Rabu, 01/04/2009 – Ketika membuat komentar terhadap kenyataan Perdana Menteri Zionis yang baru, Mushir al-Misri, seorang pimpinan HAMAS berkata, “kami tetap berpegang teguh dengan opsyen dan prinsip kami. Kami tidak akan sekali-kali tunduk.” Sambil menegaskan bahawa pendekatan mengugut tidak akan berjaya ketika berhadapan dengan rakyat Palestin dan pimpinan mereka yang dipilih dengan majoriti besar.
Asad: Israel harus ditentang.

Selasa, 31/03/2009 – Presiden Syria, Basyar al-Asad menegaskan perdamaian dengan Zionis-Israel tidak akan berhasil tanpa disertai dengan tekanan kumpulan pejuan. Ini menunjukkan sokongan terhadap para pejuang. Asad bercakap ketika menghadiri KTT Arab di Doha. Sehingga kini, tidak ada lagi rancangan perdamaian yang berjaya kerana terdapat banyak perkara-perkara asas perdamaian tidak dipenuhi.

Selasa, 31/03/2009 – Gerakan HAMAS di Gaza, yang mana kerajaan yang dipilih rakyat Palestin bersetuju membebaskan 38 tawanan sekutu mereka, parti Fatah. Tindakan tersebut diambil apabila meneliti ia adalah baik untuk menjayakan pembentukan kesatuan dalam kerajaaan.

Selasa, 31/03/2009 – Forum Kebangsaan yang dihadiri oleh anggota parlimen Islam dengan tegas mengecam Israel kerana menculik para penggubal undang-undang juga sebagai rakyat Palestin, mereka juga menggesa Israel membebaskan semua MP dan para menteri daripada penjara Israel tanpa syarat.