
Isnin, 28/4/2008 –Pergerakan Hamas dengan tegas menafikan kononnya ada rancangan untuk menjalankan satu operasi mengancam keselamatan Mesir sambil menerangkan keselamatan negara Mesir dan negara Arab lain adalah satu garisan merah yang tidak boleh dilalui.







Kementerian Ekonomi Kebangsaan di Gaza Selasa lalu telah mengeluarkan amaran berikutan kekurangan bekalan makanan asas akibat krisis bahan api yang dialami sejumlah kenderaan yang membawa barang komoditi makanan ke wilayah tersebut. 
Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Mishaal mengesahkan pada Isnin lalu bahawa pergerakannya tetap dengan pendirian untuk menubuhkan sebuah negara Palestin berdasarkan sempadan tahun 1967 dengan Baitulmuqaddis sebagai ibunegaranya namun tidak mengiktiraf pendudukan Israel terhadap Palestin.


