Isnin, 29-06-2020 – Tujuh negara Eropah memberi amaran pada Rabu yang sebarang langkah aneksasi oleh Israel di wilayah Palestin akan menjejaskan hubungan mereka dengan Israel.
“Dengan mematuhi tanggungjawab dan peraturan di bawah undang-undang antarabangsa, aneksasi akan memberi kesan terhadap hubungan rapat kami dengan Israel serta tidak akan mengiktirafnya,” Duta Perancis ke PBB New York Nicolas de Riviere berkata dalam satu kenyataan di mana beliau menyebut nama 7 negara tersebut ketika mesyuarat maya.
Pendirian itu disuarakan oleh lima negara Eropah yang merupakan ahli Dewan Keselamatan PBB, Perancis, Britain, Belgium, Jerman, dan Estonia. Dua ahli baru, Ireland dan Norway, turut menandatangani kenyatan itu.
Isnin, 29-06-2020 – Forum Tahanan Palestin dalam keterangan akhbarnya, Khamis (25/6) memaklumkan bahawa 95 % tahanan Palestin mengalami penyiksaan sejak awal ditahan di penjara Israel, bermula sesi soal siasat dan setelah dimasukan ke dalam sel penjara. Penjajah Israel menggunakan pelbagai cara untuk menyeksa mereka sama ada berbentuk penderaan fizikal mahu pun psikologi melalui sistem kekerasan yang komprehensif.
Memperingati hari sokongan antarabangsa kepada mangsa penyeksaan, yang dilaksanakan pada 26 Jun setiap tahun, Forum tawanan menjelaskan, penyeksaan yang dilakukan penjajah Israel terhadap para tahanan, tidak hanya kekerasan ketika ditangkap mahumpun ketika disoal siasat untuk mendapatkan pengakuan seperti yang lazim digunakan untuk mengancam mangsa, tetapi semua tindakan yang dilakukan oleh Israel termasuk kategori penyeksaan.
Di antara cara yang kerap digunakan Israel kepada para tahanan termasuk isolasi dan penahanan dalam keadaan tidak wajar dari aspek kesihatan, tindakan represif terancang, termasuk pemindahan tahanan secara kasar dan pembunuhan secara lambat yang dilakukan kepada para tahanan.
Menurut forum tahanan, proses soal siasat merupakan fasa terberat yang dialami para tahanan, dimana pihak penyoalsiasat menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan pengakuan dari mangsa, penyeksaan dilakukan secara fizikal dan psikologi, seperti dilarang tidur, sesi soal siasat berlangsung selama 20 jam, mengetatkan ikatan ketika disoal siasat yang menyebabkan tersumbatnya darah di bahagian pergelangan, menutup kepala tahanan menggunakan plastik kotor, ikat tangan di kerusi, memukul, memaki hamun dengan sengaja.
Cara lainnya mengancam menangkap anggota keluarga mangsa,ancaman penganiayaan seksual terhadap mangsa dan pelbagai cara lain yang tidak beperikemanusiaan dan menjijikkkan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Isnin, 29-06-2020 – Ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya telah bercakap melalui telefon dengan utusan khas PBB ke Timur Tengah, Nickolay Mladenov dan berbincang dengan beliau mengenai berbagai perkembangan yang berkaitan dengan perjuangan Palestin.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Gerakan Hamas, Haneyya menjelaskan semasa perbualan telefon yang panjang dengan Mladenov mengenai bahaya yang masih wujud yang mengancam perjuangan rakyat Palestin dan hak-hak sah rakyat Palestin, terutama yang berkaitan dengan rancangan pengambil alihan Israel.
Pemimpin Hamas menekankan penentangan Gerakannya terhadap rancangan Isreal itu dan memuji kenyataan setiausaha Jeneral PBB, Antonio Guterres di mana dia menyuarakan penolakannya terhadap rancangan itu dan mengutuknya sebagai “pelanggaran paling serius terhadap undang-undang antarabangsa.”
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Jumaat, 26-06-2020 – Sejumlah pemuda pada Selasa (23/6/2020) malam, mengalami sesak nafas dalam konfrontasi sengit dengan pasukan penjajah Israel di kota Abu Dis, sebelah timur al-Quds. Konfrontasi ini meletus setelah pasukan penjajah Israel menembak mati pemuda Palestin Ahmed Erekat di pos pemeriksaan militan Container.
Saksi yang melihat kejadian menyebutkan bahawa tentera penjajah Israel menembak peluru logam berlapis, meriam gas pemedih mata dan bom bunyi ke arah para pemuda, yang menyebabkan beberapa orang pemuda mengalami sesak nafas.Kumpulan-kumpulan pejuang nasional di kota Abu Dis di al-Quds juga mengumumkan mogok total pada hari Rabu dan perkabungan umum untuk hari Khamis dan Jumaat terdekat susulan pembunuhan pemuda Palestin, Ahmed Mustafa Erekat oleh tentera pendudukan Israel, di pos pemeriksaan Container, di sebelah timur al-Quds.
Mereka menyatakan pasukan penjajah Israel perlu bertanggungjawab penuh atas pembunuhan Ahmed Erekat. Mereka menyebut apa yang dilakukan penjajah Israel tersebut sebagai kejahatan keji dan meminta warga kota untuk mengumumkan mobilisasi umum.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Jumaat, 26-06-2020 – Pada Selasa, satu delegasi tertinggi Gerakan Hamas yang diketuai oleh ketua politiknya Ismail Haneyya bertemu dengan Mikhail Bogdanov, timbalan menteri luar Russia dan Nur Kholov, duta Russia ke Qatar, di ibu negara Qatar, Doha.
Delegasi Hamas itu turut disertai oleh bekas ketua politik Khaled Mishaal dan ketua perhubungan antarabangsa Mousa Abu Marzouk, demikian menurut kenyataan akhbar Gerakan Hamas.
Ketika mesyuarat, para pemimpin Hamas meletakkan peranan Bogdanov dan Kholov di dalam perkembangan politik di arena Palestin terutamanya tentang rancangan Israel untuk merampas sebahagian Tebing Barat.
Jumaat, 26-06-2020 – Sumber tempatan mengatakan bahawa jentolak Israel, yang dikawal oleh angkatan bersenjata, menyerbu kawasan Beir al-Hamam di Negev dan merobohkan tiga kediaman Palestin.
Konfrontasi meletus antara IOF dan penduduk tempatan, di mana IOF menyerang lelaki muda, wanita dan kanak-kanak.
Di Baitulmuqaddis, IOF merobohkan rumah yang didiami oleh warga Palestin Sharhabil Alqam dan lapan anggota keluarganya di bandar Beit Hanina kerana didakwa “tidak berlesen”.
Tiga kediaman Palestin dirobohkan di kawasan yang berlainan di Ramallah, Tebing Barat, salah satunya masih dalam pembinaan.
Baru-baru ini, wilayah Palestin menyaksikan peningkatan yang tidak pernah terjadi sebelumnya dalam kempen perobohan Israel yang merangkumi terutamanya rumah, kemudahan pertanian dan komersial.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ameen
Jumaat, 26-06-2020 – Pada hari Rabu (24/6/2020) malam, pertembungan berlaku antara pasukan penjajah Israel dengan para pemuda Palestin, susulan serbuan yang dilakukan pasukan penjajah Israel ke kota Eizariya dan Abu Dis, di kota al-Quds. Sementara itu pasukan penjajah Israel menangkap seorang remaja Palestin di Jabal Mukaber.
Sumber tempatan di kota Abu Dis melaporkan bahawa seramai tujuh pemuda mengalami sesak nafas setelah pasukan penjajah Israel menembak bom gas sepanjang konfrontasi yang berlaku di kota tersebut.
Begitu juga di kota Eizariya, konfrontasi serupa berlaku antara pasukan penjajah Israel dan para pemuda Palestin. Di mana pasukan penjajah Israel menggunakan bom gas, meriam bunyi dan peluru logam untuk membubarkan para pemuda. Demikian menurut sumber-sumber tempatan Palestin di Eizariya.
Di kota Jabal Mukaber, pasukan penjajah Israel menangkap seorang remaja Palestin, Issa Abu Sakran (17 tahun), setelah pasukan penjajah Israel menyerbu rumahnya di kota Abu Dis ketika berlaku demonstrasi dan gerakan kemarahan warga, bersama dengan mogok menyeluruh dan berkabung umum setelah seorang pemuda Palestina Ahmed Erekat meninggal dunia pada 23 Jun apabila di tembak oleh tentera Israel di pos pemeriksaan militan.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Khamis, 25-06-2020 – Satu Mahkamah Israel pada Isnin mengambil keputusan mengarahkan pembebasan bersyarat seorang warga Baitulmuqaddis dan anak-anak lelakinya beberapa hari setelah mereka diculik oleh pois rejim dari kediaman mereka di kota suci.
Menurut sumber tempatan, mahkamah itu mengarahkan pembebasan Mansour Abu Gharbiya dan tiga anak lelakinya dengan syarat setiap daripada mereka membayar penalty sebanyak 1,000 shekels dan ditahan di rumah sehingga 29 Jun.
Polis rejim Israel menyerbu kediaman Abu Gharbiya pada Khamis lepas di kejiranan as-Suwannah dan mengasari mereka ketika mengerah mereka keluar dari rumah menuju ke pusat tahanan di kota suci.
Khamis, 25-06-2020 – Tiga warga Palestin dari keluarga yang sama telah cedera setelah sekumpulan peneroka Israel menyerang mereka di kampung Ras Karkar, daerah Barat Ramallah.
Sumber tempatan mengatakan bahawa sejumlah besar peneroka Israel menyerang Rateb Abu Fkheida, 62, anaknya Othman, 28, dan cucunya Moheeb, 18, ketika mereka bekerja di tanah pertanian mereka di Ras Karkar.
Ketiga-tiga warga Palestin itu mengalami luka dan lebam dan dikejarkan ke hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Khamis, 25-6-2020 – Polis Israel pada Selasa lalu telah menculik seorang ibu warga Palestin bersama-sama bayinya berhampiran kawasan Bab Hitta di Kota Baitulmaqdis.
Sumber tempatan mengatakan bahawa polis Israel menahan seorang wanita Palestin yang hadir bersama bayinya yang berusia lima bulan di Bab Hitta di Baitulmaqdis.
Sementara itu, pasukan polis Israel telah menyerbu perkampungan al-Sawahira ash-Sharqiya dan Abu Dis di Baitulmaqdis dan telah menggeledah sebilangan rumah dan kedai.
Rabu, 24-06-2020 – Rejim Zionis pada hari Ahad yang lalu telah memerintahkan pengusiran seorang warga Palestin dari tanah pertaniannya di bandar al-Khader di daerah Bethlehem di Tebing Barat.
Aktivis anti-pengusiran Hasan Breijiya berkata, rejim Zionis telah menyerahkan notis kepada Bassam Ghoneim yang juga seorang warga tempatan bagi memerintahkannya untuk keluar dari tanah milik beliau yang berkeluasan satu ekar setengah, berdekatan dengan penempatan haram Israel di El’azar.
Penduduk di bandar al-Khader berulang kali menerima layanan teruk sementara rejim Zionis menggunakan kekerasan dengan mengancam tanah-tanah, pokok-pokok juga di cabut dan menceroboh tanah petani-petani disana.
Rabu, 24-06-2020 – Kementerian Kesihatan Pihak Berkuasa Palestin mengumumkan terdapat 84 kes baru COVID-19 (coronavirus) dikesan di Tebing Barat pada Sabtu.
Menteri kesihatan al-Kaila melaporkan 84 jangkitan COVID-19 di Ramallah, al-Khalil daerah Nablus.
Para pesakit baru itu menurut Kaila, merupakan kontak rapat dengan kes-kes COVID-19 yang disahkan sebelum ini.
Rabu, 24-06-2020 – Pasukan penjajah zionis, Ahad (21/6) mula membina jalan penempatan n di tanah Palestin yang mereka sita di Nahalin, Bethelem barat, Tebing Barat selatan.
Para aktivis di kota Nahalin melaporkan, pasukan Israel menyerbu kawasan dan melarang penduduk memasukinya, kemudian jentolak Israel mula meratakan tanah untuk membina jalan untuk menghubungkan penempatan Betar Elit yang mengandungi komuniti penempatan Ghosh Etsion, yang diduduki sekitar 4 ribu penduduk.
Wakil Datuk Bandar Nahalin, Hani Funun mengatakan, perluasan tersebut melibatkan 10 meter lebar dan sepanjang 2 kilometer, di tanah yang terletak di kawasan Ain Faris. Projek ini akan melibatkan memberi kesan kepada sekitar 3 hingga 4 ribu penduduk. Pemilik tanah akan sukar untuk pergi ke kawasan tanah mereka.
Funun menyebutkan, kawasan Ain Faris sejak beberapa tahun menjadi sasaran serangan para penduduk Zionis Betar Elit, dengan menghalakan air limpah ke ladang-ladang pertanian yang menyebabkan kerusakan tanaman.
Beliau menambah bahawa para penduduk zionis memanfaatkan wabak Corona dengan menyita ratusan kawasan pertanian di kawasan Karkafiya dan Mishwanah di bahagian barat daya kota dan menanam dengan pokok-pokok liar.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Rabu, 24-06-2020 – Polis Israel telah menahan seorang penjaga Masjid al-Aqsa dan lima wanita di kawasan solat Bab al-Rahma di Baitulmaqdis.
Sumber tempatan menyatakan bahawa polis Israel menahan penjaga Masjid al-Aqsa, Abed al-Karim Qa’oud dan memindahkannya ke pusat tahanan berdekatan untuk disoal siasat.
Lima wanita Palestin yang dikenali sebagai Shefaa Abu Ghalia, Aya Abu Nab, Aya Ma’touq, Maram al-Natsha, dan Mayar al-Natsha juga diserang dan ditangkap di lokasi tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Rabu, 24-06-2020 – Pergerakan Hamas menyambut baik kenyataan berapa pakar dari pertubuhan hak asasi manusia bebas yang dilantik PBB berhubung rancangan perluasan wilayah pihak rejim Israel yang bakal dilaksanakan bermula seawal-awalnya bulan hadapan.
Kenyataan bersama terbaru melibatkan hampir 50 pakar hak asasi kemanusiaan – lantikan Majlis Hak Asasi Kemanusiaan PBB – telah menyeru masyarakat antarabangsa yang menentang hasrat rejim Israel membuat pengisytiharan perluasan wilayah di bahagian yang jelas terletak di Tebing Barat pada awal Julai
Pergerakan itu menyatakan penghargaan, melalui satu kenyataan yang dibuat oleh jurucakapnya Abdul Latif al-Qanu, keputusan sebulat suara pakar-pakar itu menentang AS yang menyokong rancangan perluasan wilayah tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin