Categories
Berita Semasa

Sekatan-sekatan baru ke atas tahnan melanggar persetujuan asal mogok lapar

Jumaat, 09-06-2017 – Palestinian Prisoners Centre for Studies mengeluarkan kenyataan Rabu lepas bahawa sekatan dan prosedur ketat dan melampau yang dikenakan ke atas tahanan wanita Palestin adalah bertentangan dengan persetujuan yang telah dicapai untuk mengakhiri mogok lapar ‘Freedom and Dignity’.

Jurucakapnya, Riyad al-Ashqar, mengatakan bahawa pihak yang bertanggungjawab terhadap fail-fail tahanan tersebut mengesahkan bahawa majoriti dari permintaan dan hak kemanusiaan telah dicapai berikutan mogok lapar tersebut.

Beliau menambah, pihak Israel Prison Service (IPS) telah meningkatkan langkah-langkah ketat dan sekatan ini terhadap tahanan wanita Palestin dengan sewenang-wenangnya sejak bermulanya bulan Ramadan dan ini adalah melanggar persetujuan yang telah dicapai antara jawatankuasa perunding dan IPS.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hafizah

Categories
Berita Semasa

Polis Israel periksa bangunan kedai di Baitulmuqaddis.

Khamis, 08-06-2017 – Polis Israel bersama kakitangan Majlis Perbandaran bertindak memeriksa bangunan kedai di kejiranan al-Jawz, bandar Baitulmuqaddis dan mengarahkan tuan punya kedai merobohkan mana-mana binaan tambahan yang dibina tanpa kebenaran.

Menurut kata salah seorang pemilik kedai, Mustafa Abu Zahra kepada Quds Press, polis rejim hanya memberi masa sehingga petang untuk dia membuka binaan tambahan yang dibinanya itu. Jika tidak, pihak rejim akan meruntuhkan bahagian tersebut.

Mengikut laporan Pejabat Penyelaras Bahagian Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), PBB menunjukkan bahawa sepanjang tahun 2016 sahaja sebanyak 1,094 struktur binaan yang didirikan oleh warga Palestin telah diruntuhkan pihak rejim penjajah Israel atas alasan ia dibina tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Tahanan Mogok Lapar dan IPS Bakal Cari Titik Penyelesaian

Khamis, 08-06-2017 – Persatuan Banduan Palestin akan mengadakan perbincangan antara kepimpinan mogok lapar dan Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) pada hari Isnin di penjara Hadarim dan Ashkelon untuk menyelesaikan apa yang telah dipersetujui untuk menamatkan mogok.

Persatuan berkata dalam satu kenyataan bahawa, jawatankuasa lain pula akan memulakan jelajah mereka ke penjara untuk memeriksa keadaan banduan dan mula membuat langkah penyelesaian berdasarkan perjanjian antara kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, ketua persatuan, Fares Qaddoura, melahirkan keyakinannya bahawa kepimpinan mogok lapar mampu mengawal keadaan sehingga syarat-syarat perjanjian itu dipenuhi. Beliau memuji tahanan Palestin yang melancarkan mogok dan mengesahkan kesediaan mereka untuk meneruskan mogok jika terdapat sebarang manipulasi oleh IPS.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Para pemuda menyelar sikap tidak peduli antarabangsa ke atas pencerobohan Israel di Gaza.

Khamis, 08-06-2017 – Gerakan Pemuda untuk menghentikan pencerobohan Gaza mengisytiharkan hari Isnin sebagai “hari peningkatan” bagi membantah sekatan Israel dan sikap tidak peduli oleh masyarakat antarabangsa.

Gerakan itu menyeru agar mempertingkatkan bantahan di sempadan-sempadan kawasan timur Gaza. Jurucakap gerakan itu, Jaber Abu Hashish menyatakan dalam satu kenyataan akhbar yang masyarakat antarabangsa serta rejim Israel bertanggungjawab ke atas keadaan yang semakin tegang itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Palestin menyelar PA atas penggantungan gaji mereka

Khamis, 08-06-2017 – Perubahan dan Pembaharuan blok parlimen menyelar Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk menggantung gaji 47 Ahli Parlimen di Tebing Barat yang dijajah.

Kementerian Kewangan Palestin berkata penggantungan itu berpunca daripada masalah teknikal dalam sistem gaji, berikrar untuk membuat pembayaran gaji ahli Parlimen pada hari Isnin. Ketua Pengarah penggajian di Kementerian Kewangan, Abdul Jabar Salem, berkata laporan mengenai penggantungan gaji Ahli Parlimen adalah tidak berasas.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas : Mengukuhkan penentanngan adalah satu-satunya jalan mengelakkan tragedi Naksa

Khamis, 08-06-2017 – Hamas pada Isnin lepas menyatakan bahawa menguatkan barisan pertahanan dan keupayaan penentangan adalah satu-satunya jalan untuk mengelakkan tragedi Naksa 1967 dari berulang.

Dalam kenyataannya sempena memperingati 50 tahun tragedi Naksa, Hamas menekankan bahawa tragedi Naksa bukanlah pengakhiran terhadap perjuangan Palestin tetapi titik tolak penting dalam mengembalikan maruah dan hak penduduk Palestin.

Hamas menegaskan bahawa mencapai kata sepakat dalam isu nasional dan penentangan terhadap rejim Israel adalah langkah pertama dalam mencapai kesepakatan di rantau Arab dan negara-negara Islam.

Hamas turut menggesa agak sekatan ditamatkan dan pintu sempadan dibuka semula untuk penduduk Gaza. Gerakan itu turut menyatakan kekecewaan terhadap perkembangan terbaru di negara Arab dan negara Islam yang sedikit sebanyak turut mempengaruhi perjuangan dan usaha meraih sokongan dalam isu Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Seruan membebaskan tahanan wanita paling muda di penjara Israel

Khamis, 08-06-2017 – Pihak media yang mewakili tahanan Palestin menggesa agar pihak berkuasa Israel membebaskan tahanan wanita paling muda dalam penjara Israel.

Pihak media tahanan melancarkan seruan agar Malak Youssef Al-Ghalid; 14 tahun dibebaskan dari penjara Israel. Remaja tersebut diculik pada minggu lepas di pos tentera Qalandiya dengan pihak berkuasa Israel menuduh remaja tersebut cuba untuk menikam asrar Israel yang sedang berkawal. Keluarga Malak menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut.

Ketika penahanannya, Malak, seorang pelajar tahun 9 telah digari dan disoal-siasat secara intensif selama 4 jam. Beliau kemudiannya dibawa ke sel tahanan besi dimana beliau dikurung selama beberapa jam dan kemudiannya dipindahkan ke Penjara Sharon.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

2 Remaja Palestin Cedera Diserang Zionis

Selasa, 06-06-2017 – Dua orang pemuda Palestin cedera pada pagi Ahad selepas Tentera Israel (IOF) menyerang di utara Ramallah dengan gas pemedih mata. Kementerian Kesihatan Palestin berkata dalam satu kenyataan akhbar bahawa dua orang pemuda Palestin telah ditembak dengan peluru hidup dalam pertempuran yang menggegarkan kampung al-Mugheir, utara Ramallah.

Belia yang cedera telah dipindahkan ke Kompleks Perubatan Palestin di Ramallah untuk rawatan lanjut. Tidak lama sebelum pertempuran, tentera Israel yang bersenjata menyerbu al-Mugheir dan menutup pintu masuk utama ke kampung sebelum mereka menyerang penunjuk perasaan anti-Israel dengan peluru hidup dan gas pemedih mata.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Badan Tertinggi Islam: Tembok Burqa tidak boleh dipisahkan dari masjidil al-Aqsa.

Selasa, 06-06-2017 – Badan Tertinggi Agama Islam Baitulmuqaddis menjelaskan bahawa Tembok al-Burqa (Dinding sebelah Barat, Masjid al-Aqsa) sebenarnya hanya untuk orang Islam sahaja.

Penjelasan tersebut dibuat bagi menjawab dakwaan tidak berasas pihak media Yahudi yang menyatakan, mereka mempunyai hak ke atas tembok tersebut dan mahu ia kekal di bawah penguasaan mereka.

Bagaimana pun menurut Majlis itu, kenyataan dan dakwaan pihak Yahudi berkaitan tembok berkenaan hanya bertujuan untuk mengubah fakta sejarah serta menambah bahawa mengikut ajaran Islam, mana-mana bahagian dindingnya tetap dianggap sebagai bangunan masjid itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Perwakilan Hamas yang diketuai oleh Sinwar tiba di Kaherah

Selasa, 06-06-2017 – Perwakilan dari Gerakan Hamas tiba di Kaherah pada Ahad untuk berbincang dengan pegawai-pegawai Mesir tentang perhubungan dua hala serta perkembangan Palestin.

Hazem Qassem, seorang jurucakap Hamas memberitahu PIC yang delegasi itu diketuai pemimpin Hamas di Gaza Yehya Sinwar serta turut disertai ahli biro politik Rawhi Mushtaha and Setiausaha Dalaman Tawfiq Abu Naim.

Beliau berkata yang delegasi itu meninggalkan Gaza melalui sempadan Rafah dan tiba di ibu kota Mesir bagi menghadiri perjumpaan dengan saudara-saudara di Mesir untuk membincangkan beberapa isu yang menjadi perhatian bersama.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Beratus-ratus Hilang Pekerjaan Selepas Tentera Israel Memusnahkan Kilang Arang Batu di Yabad

Selasa, 06-06-2017 – Jentolak milik Israel telah melanggar lima kilang arang batu di barat daya bandar Jenin, Yabad lalu menyebabkan beratus-ratus rakyat Palestin hilang pekerjaan.

Tentera Israel memusnahkan lima kilang tersebut untuk mengeluarkan arang batu dan merampas beratus-ratus tan kayu yang
bernilai puluhan ribu syikal. Menurut sumber-sumber tempatan, kenderaan tentera Israel itu yang diiringi oleh jentolak telah mengepung tanah Palestin di Yabad dan melanggar struktur arang batu dan peralatan disitu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Israel Serbu Perkampungan Yanun di Timur Nablus

Selasa, 06-06-2017 – Pasukan militan penjajah Zionis pada Ahad (4/6/2017) petang menyerbu kampung Yanun di Aqraba di timur Nablus, wilayah utara Tebing Barat, bersama pakar arkeologi Zionis. Mereka menggeledah sebahagian rumah lama di kampung tersebut dan berusaha masuk ke dalam masjid. Seorang penduduk, Muhammad Abu Haniyah menyebutkan bahawa penyerbuan berlaku pada Ahad petang sehingga waktu berbuka puasa. Mereka menaiki kereta awam yang di dalamnya para tentera berpakaian seragam. Abu Haniyah menjelaskan bahawa mereka berusaha masuk ke dalam masjid lama di kampung tersebut.

Namun mereka dihalang kerana di dalam masjid ada jamaah yang sedang beribadah. Mereka akhirnya hanya mengambil gambar dalam masjid. Pakar arkeologi yang ikut serta dalam penyerbuan mendakwa bahawa tembok selatan masjid melencong 10 darjah dari kiblat dan mengarah persis ke Baitul Maqdis, hal ini menunjukkan bahawa masjid tersebut “bukan tempat ibadah umat Islam”.

Abu Haniyah menyatakan bahawa aktiviti penggalian sudah dilakukan di rumah-rumah yang sudah ditinggalkan penghuninya yang berada dekat dengan masjid. Penggalian dilakukan dengan alasan untuk mencari jejak peninggalan Yahudi dengan menggunakan peralatan yang mereka bawa.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Abu Tair : Gerakan Tahanan Perlu Nilai Semula Perancangan

Selasa, 06-06-2017 – MP BaitulMaqdis, Mohammed Abu Tair berkata pada hari Selasa bahawa tahanan Palestin di penjara Israel hidup keadaan yang sukar. Abu Tair, 65, telah dibebaskan pada pagi Selasa dari penjara Negev selepas menjalani hukuman penjara 17 bulan.

Katanya dalam kenyataan selepas dibebaskan, jika mogok lapar itu telah dirancang dengan baik, keputusan akan menjadi lebih berkesan, sambil menambah bahawa gerakan tahanan perlu menilai semula kedudukannya dengan mengambil kira serangan baru-baru ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Forum Wartawan menyelar PA kerana menahan 2 wartawan

Isnin, 05-06-2017 – Forum Wartawan Palestin menyelar pihak berkuasa Palestin (PA) di Tebing Barat kerana menahan 2 wartawan serta menyerbu kediaman mereka dan merampas computer riba serta kamera. Ia turut menyelar PA kerana mengganggu para wartawan.

Menurut forum tersebut, perisikan PA di Salfit menahan bekas pengarah akhbar Filistin, Walid Khaled pada Ahad di Tebing Barat. Beliau merupakan bekas tahanan yang telah dipenjarakan selama 15 tahun di penjara Israel dan juga pernah ditahan lebih daripada sekali di penjara PA.

Pihak keselamatan pencegahan PA di Bethlehem menahan seorang wartawan Qutaiba Qasem setelah beliau dipanggil untuk disoal siasat pada pagi Isnin. Beliau juga merupakan bekas tahanan yang telah menjalani hukuman penjara selama 4 tahun di penjara Israel dan telah ditahan beberapa kali di penjara PA.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Israel tingkatkan pengawasan di Kota Baitulmuqaddis sempena perayaan Shavuot.

Isnin, 05-06-2017 – Rejim Israel menggerakkan anggota polisnya untuk meningkatkan pengawasan di Kota Lama Baitulmuqaddis bagi memberi kemudahan kepada pendatang Yahudi memasuki Tembok al-Buraq sempena cuti umum menyambut perayaan Shavuot yang jatuh pada hari Rabu, 31 Mei.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pihak polis Israel, di malam sambutan perayaan Shavout yang diadakan di Tembok al-Buraq itu, pada masa yang sama umat Islam sedang melakukan sembahyang sunat Terawih di masjid al-Aqsa.

Polis rejim turut mengumumkan akan meningkatkan langkah-langkah keselamatan dan pengawasan terhadap warga Palestin yang memasuki kota tersebut tanpa surat kebenaran dan kepada sesiapa sahaja yang cuba menawarkan pengangkutan atau tempat tinggal kepada pengunjung.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainuddin