Categories
Berita Semasa

Hamas Mengutuk Ucapan Kerry Mahu Perjuangan Palestin Berakhir

Jumaat , 12-12-2014 – Pergerakan Hamas memperkecilkan kenyataan baru-baru ini yang dibuat oleh Setiausaha Negara Amerika John Kerry di mana beliau melahirkan harapan untuk melihat perjuangan Palestin berakhir, menekankan bahawa perjuangan akan berterusan selagi penjajahan haram adalah berterusan.

Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri yang dinyatakan dalam kenyataan akhbar mengenai kenyataan Isnin Kerry sebagai ilusi dan impian yang tidak akan menjadi kenyataan. “Selama ini (Israel) penjajahan masih ada dan pencerobohan adalah berterusan, jadi perjuangan akan diteruskan,” tegas Abu Zuhri.

Menghadiri forum Saban di Washington pada hari Ahad, Kerry berkata bahawa negara-negara Arab bersedia untuk berdamai dengan Israel dan menyertai pakatan serantau yang baru di samping sebuah negara Palestin di masa hadapan untuk menentang apa yang dilabelkan sebagai kumpulan “pengganas”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Israel rampas tanah di Kampung Jalud untuk meluaskan penempatan

Jumaat , 12-12-2014 – Warga Palestin di Kampung Jalud, selatan Nablus berkata, mereka menyaksikan aktiviti perataan tanah pertanian sekitar penempatan Akhiah di kampung mereka. Ketua jawatankuasa perbandaran di kampung itu, Abdullah Tawfiq berkata pada petang Ahad satu jentolak meratakan kawasan tenggara di kampung itu. Tawfiq memberitahu Pusat Maklumat Palestin, (PIC) bahawa seluas lebih 150 dunum tanah rakyat Palestin dirampas untuk meluaskan penempatan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa Jordanian Lifeline sertai Freedom Flotilla 2

Jumaat , 12-12-2014 – Jawatankuasa Jordanian Lifelinemengumumkan kesediaan mereka untuk menyertai Freedom Flotilla 2 dalam usaha untuk memecahkan pengepungan terhadap Gaza.
Dalam satu kenyataan akhbar, pengerusi jawatankuasa tersebut, Wa’el Al Saqa mengesahkan penyertaan Jawatankuasa Lifeline dalam Freedom Flotilla 2 yang dianjurkan oleh Turkish Foundation for Human Rights and Freedoms and Humanitarian Relief (IHH).

Flotilla tersebut akan meghala ke Gaza pada bahagian kedua Mei depan bersama dengan gabungan antarabangsa untuk memecahkan pengepungan Gaza, juga sebagai tanda ulang tahun kelima serangan Israel ke atas flotilla kebebasan yang pertama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

MP Odwan mendesak pemecatan Menteri Kesihatan

Jumaat , 12-12-2014 – Ahli Majlis Perundangan Palestin Dr Atef Odwan telah menuntut pemecatan Menteri kesihatan Jawad Awad kerana sengaja mengabaikan keperluan kesihatan Semenanjung Gaza.

Odwan mendakwa menteri dengan sengaja mengabaikan keperitan pesakit wanita , kanak-kanak dan warga tua di Gaza dan dengan membiarkan krisis kesihatan menjadi lebih buruk dengan harapan bahawa rakyat akan memberontak terhadap pemerintah di Gaza. Tambahnya, wakil menteri kesihatan di Gaza cuba berbincang dengan masalah kesihatan menteri Gaza, tetapi menteri tidak baik memberi maklumbalas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hasbullah

Categories
Berita Semasa

Flotilla Kebebasan II Akan Berlayar ke Gaza pada Mei 2015

Selasa , 09-12-2014 – ‘Kempen Eropah untuk Menghentikan Kepungan Gaza’ telah mengumumkan niat untuk menghantar Flotilla Kebebasan II ke Gaza pada hujung Mei 2015 sebagai peringatan ulang tahun ke-5 serangan Israel ke atas flotilla 2010.

Aktivis kempen itu berkata, ketika mesyuarat pada Sabtu, flotilla ini akan mula berlayar pada minggu terakhir Mei dengan penyertaan antarabangsa yang lebih besar. Menurut agensi berita SAFA, kenyataan ini dikeluarkan oleh pengerusi kempen ini, mazen Kahil.

Kahil berkata bahawa projek antarabangsa ini ialah susulan tindakan Israel dan Mesir yang mengetatkan lagi kepungan ke atas rakyat Faza, sambil menyatakan bahawa perjalanan flotilla itu akan dirangka kemudian.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin ugut mogok lapar sebagai tanda protes layanan teruk IPS

Selasa , 09-12-2014 – Kepimpinan jawatankuasa tahanan Islamic Jihad memaklumkan kepada Perkhidmatan penjara Israel (IPS) mengenai niat mereka untuk memulakan satu mogok lapar terbuka lantaran tuntutan mereka untuk melepaskan seorang tahanan Palestin Nahar Saadi, yang dijatuhkan empat hukuman berturut-turut dan 20 tahun penjara, tidak dipenuhi pada Ahad lalu.

Jawatankuasa itu memberitahu melalui satu surat bahawa mogok itu dirancang secara bersepadu dengan Saadi yang telah terlibat dalam mogok lapar selama 16 hari sebagai bantahan terhadap sekatan lawatan dan pengurungan terasing di penjara Israel yang dikenakan ke atasnya. Ketua Prisoners Centre for Studies, Rafat Hamdouna, memberi amaran mengenai kempen yang dilancarkan oleh kerajaan penjajahan Israel dan angkatannya terhadap tahanan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Zionis Sengaja Tembak Wartawan

Selasa , 09-12-2014 – Pusat Pengembangan dan Kebebasan Informasi Palestin ?MADA? meminta dilakukan siasatan terhadap serangan dan kezaliman pasukan Zionis terhadap wartawan di Palestin. Insiden terkini adalah serangan tembakan secara sengaja dan langsung terhadap jurukamera TV Palestin, Basyar Mahmud Nazal (36) hingga mengalami cedera parah pada Jumaat (5/12) lalu.

Dalam laporan yang dikeluarkan hari Ahad (8/12), MADA mengatakan bahawa Mahmud Nazal tercedera ketika membuat liputan berkenaan penentangan pembangunan penempatan Yahudi di Kafer Qadum di daerah Qalqiliyah dengan menggunakan senjata api serap bunyi.

MADA mengatakan, peluru tersebut meledak di kaki mangsa setelah mengenainya. Peluru tersebut ditujukan secara sengaja dan terus oleh salah seorang penembak militan Zionis, ketika itu mangsa berada pada jarak 90 meter dari tentera Zionis.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen Attoun: Rejim ingin mengosongkan Baitulmuqaddis

Selasa , 09-12-2014 – Ahli parlimen Palestin Ahmed Attoun berkata, rejim Israel ingin mengosongkan kota Baitulmuqaddis dari diduduki penduduk dan pemimpinnya serta ingin mendiamkan sebarang aduan.

“Kami telah memberi amaran tentang perancangan Zionis untuk mengosongkan kota di mana amaran kami menjadi kenyataan setelah keputusan terbaru Israel mengarahkan pengusiran 7 orang penduduk. Kejadian sedemikian telah menjadi rutin, terutamanya terhadap wanita,” Attoun yang diusir 3 tahun dahulu dari Baitulmuqaddis berkata dalam kenyataan akhbarnya. “Saya percaya, perjuangan untuk hak kewujudan kami di Baitulmuqaddis ialah perjuangan berterusan,” katanya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Laporan: 9 rakyat Palestin ditembak mati , 241 ditahan oleh rejim Zionis hanya dalam satu bulan

Selasa , 09-12-2014 – Laporan yang dijalankan oleh Gerakan Penentangan Islam , Hamas ,menyatakan siri pengesahan pelanggaran hak asasi manusia rakyat Palestin yang dilakukan oleh Pihak Berkuasa Israel dan Palestin ( PA ) Aparatur di Tebing Barat dan Gaza di bulan November.

Menurut laporan itu , sekurang-kurangnya sembilan orang awam rakyat Palestine enam di Tebing Barat , dua warga Gaza , dan seorang warganegara Jajahan Palestin 1948- telah ditembak mati oleh pasukan pendudukan Israel ( IOF ) pada bulan November.

241 rakyat Palestin , termasuk 39 kanak-kanak , lapan wanita dan empat bekas banduan telah dikumpulkan dalam tempoh yang sama dari bandar-bandar dan kawasan-kawasan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Penahanan politik, penderaan bertambah mendadah di Tebing Barat

Isnin , 08-12-2014 – Unit keselamatan pihak berkuasa Palestin (PA) telah meningkatkan kempen penangkapan ke atas aktivis politik di Tebing Barat. Ramai lagi aktivis politik Palestin ditahan akhir-akhir ini oleh pihak keselamatan PA, demikian menurut laporan organisasi hak asasi manusia.

Jawatankuasa Hak Asasi Manusia (ICHR) melaporkan dalam tempoh 6 bulan lepas pihak keselamatan meningkatkan serbun dan penahanan terutama dalam 3 bulan lepas di mana banyak aduan tentang penderaan dilaporkan. Ia menjejaskan suasana positif di Gaza.

Pada Oktober 2014 sahaja, ICHR melaporkan 7 kes penderaan, 102 aduan tentang pelanggaran prosedur undang-undang dan 32 aduan ke atas prosedur tahanan yang tidak sah yang berlaku disebabkan alasan politik dan rawak. ICHR turut memfailkan 6 kes pelanggaran ke atas kebebasan bersuara, akhbar dan perhimpunan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Remaja Palestin ditembak selepas menikam dua pendatang Yahudin di OJ

Isnin , 08-12-2014 – Seorang remaja Palestin telah ditembak oleh seorang pengawal yang bukan dalam waktu tugasan di sebuah pasar raya Yerusalem selepas dia menikam dua pendatang pada petang Rabu.

Akhbar Ibrani Yediot Ahronot melaporkan di laman webnya bahawa kedua-dua pendatang yang mengalami luka yang agak sederhana dan telah dimasukkan ke hospital .

Ia memetik sumber polis sebagai berkata bahawa remaja Palestin yang berusia 16 tahun itu telah ditembak di kaki oleh pengawal tidak bertugas dan berada dalam tahanan. Radio Tentera Israel berkata remaja Palestin telah terbunuh , tetapi sumber-sumber media Israel berkata bahawa dia hanya mengalami kecederaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Puluhan Tercedera dan Sesak Nafas Sewaktu Konfrantasi Di Shafaat Al Quds.

Isnin , 08-12-2014 – Puluhan warga Palestin mengalami sesak nafas dan tercedera terkena peluru senjata api akibat konfrantasi yang berlaku di kem pelarian Shafaat di al Quds. Konfrantasi ini diiringi dengan tindakan memusnahkan harta awam dan pemasangan alat penghalang.

Ketua Pertolongan Cemas Bulan Sabit Merah Palestin, Dr. Amin Abu Ghazalah mengatakan, sebanyak 36 warga tercedera dalam konfrantasi di kem pelarian Shafaat, 12 di antaranya tertembak peluru senjata api, 4 orang dikejarkan ke hospital.

Abu Ghazalah menambahkan, penjajah Zionis menahan van ambulan Bulan Sabit Merah di pintu masuk Qalindia dan menyita kuncinya ketika sedang membawa salah seorang mangsa ke hospital.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

HAMAS: Kami Sedang Berusaha Memperbaik Hubungan dengan Mesir

Isnin , 08-12-2014 – Pergerakan Hamas mengumumkan bahawa usaha sedang dilakukan untuk memperbaiki hubungan mereka dengan Mesir, sambil menyalahkan beberapa media Mesir yang bertanggungjawab mengucar-kacirkan hubungan itu.

Ahli Biro Politik Hamas, Khalil al-Haya berkata dalam kenyataan media bahawa sebahagian agensi media Mesir memainkan peranan yang pelik dalam usaha mengeruhkan hubungan antara Hamas dan Mesir.

“Kami tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Mesir, atau negara Arab yang lain. Hamas memerlukan Mesir yang stabil dan selamat,” tegas al-Haya. Al-Haya menegaskan pendirian Hamas yang tidak akan mengabaikan hubungan mereka dengan Ikhwan Muslimin, kerana mereka berkongsi ideologi yang sama, namun tidak ada hubungan secara langsung dengan Ikhwan. Tidak ada satu pihak yang layak memisahkan Hamas dengan organisasi yang mempunyai ideologi yang sama, tekannya lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin teruskan mogok lapar untuk hari ke-8

Isnin , 08-12-2014 – Tahanan penjara rakyat Palestin Muammar Guadreh, dari Jenin , meneruskan mogok lapar untuk lapan hari berturut-turut sebagai tanda protes penangkapan semula beliau selepas dibebaskan dalam perjanjian penukaran Wafa al-Ahrar pada tahun 2011.

Ketua Jabatan Ahrar Center for Prisoner Studies, Fuad al-Khuffash memaklumkan kepada Palestinian Information Centre (PIC) bahawa Guadreh melancarkan mogok lapar sejak lapan hari yang lalu untuk membantah penangkapan semula beliau dan membantah ugutan Israel untuk mengenakan semula hukuman terdahulu terhadap beliau. Guadreh memberitahu kepada pihak pentadbiran penjara Eshel bahawa dia berazam untuk meneruskan mogok lapar sehingga beliau dibebaskan kembali, tambah al-Khuffash lagi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

Categories
Berita Semasa

Forum Euro-Palestin meminta Ahli Parlimen UK untuk mengaktifkan resolusi tidak terikat.

Khamis , 04-12-2014 – Ketua bagi Forum Komunikasi Euro-Paletin yang berpangkalan di London, Zaher Al-Berawi telah bertemu dengan ahli-ahli Dewan Rakyat British dan berbincang dengan mereka cara-cara untuk mengaktifkan resolusi tidak-terikat baru-baru ini mereka, menyeru kerajaan untuk mengiktiraf Palestin sebagai negera.

Dalam kenyataan akhbar pada hari Ahad, Berawi berkata pertemuannya dengan ahli parlimen British dari blok yang berbeza bertujuan untuk membina hubungan yang baik dengan mereka dan meletakkan mereka dalam gambaran perkembangan terkini arena Palestin.

“Saya telah berbincang dengan pencabulan berterusan Ahli Parlimen Israel di bandar Jerusalem dan sekatan haram yang berterusan ke atas Semenanjung Gaza, dan menggesa mereka untuk memainkan peranan mereka dalam mendesak kerajaan British untuk mengambil kedudukan pada pencabulan mereka , setimpal dengan nilai-nilai kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia yang Britain banggakan, “ketua forum tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hasbullah