Jumaat, 17-07-2020 – Tentera rejim Israel bertindak merobohkan pagar dan struktur bangunan di atas tanah pertanian milik 3 petani Palestin di perkampungan Izbat Shufa, Tulkarem.
Menurut sumber tempatan, sebuah jentolak dengan diiringi anggota tentera rejim merobohkan dua pagar di sekeliling tanah mangsa dan memusnahkan sebuah bangunan yang diguna untuk pertanian di Izbat Shufat atas alasan dibina tanpa kebenaran.
Pemilik bangunan itu menerima notis roboh daripada tentera rejim beberapa hari lalu walau pun mereka memiliki dokumen harta dan telah memfailkan rayuan di mahkamah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Jumaat, 17-07-2020 – Sheikh Ekrima Sabri, ketua Dewan Tertinggi Islam di Baitulmuqaddis, telah menekankan yang pihak berkuasa Waqaf Islam di kota suci itu tidak tertakluk pada keputusan Israel untuk menutup kawasan solat Bab al-Rahma Masjid Aqsa.
“Kami tidak tertakluk pada keputusan itu. Bab al-Rahma akan tetap dibuka dan kami tidak akan membenarkan penutupannya,” Sheikh Sabri, yang merupakan penceramah di Masjid Aqsa menyatakan demikian dalam kenyataan akhbar pada Isnin.
Beliau menggariskan yang pihak rejim (IOA) tiada hak ke atas Masjid Aqsa. Oleh itu, sebarang keputusannya tidak sah.
Jumaat, 17-07-2020 – Rabai ekstremis Yehuda Glick adalah antara puluhan penceroboh Yahudi yang mencemar Masjid Al-Aqsa di bawah pengawasan ketat polis untuk hari ketiga berturut-turut.
Menurut sumber tempatan, 54 penceroboh telah memasuki Masjid melalui Pintu al-Maghariba dan membuat lawatan di sekitar halamannya secara berkumpulan.
Sebilangan penceroboh juga dilihat menjalankan upacara keagamaan Yahudi di kawasan timur Masjid setelah pegawai polis mengusir jemaah Muslim secara paksa.
Menurut saksi, sekumpulan peneroka, termasuk Glick, beberapa pegawai serta seorang pegawai dari pihak berkuasa purba Israel, juga telah mencemarkan bangunan solat Masjid Al-Aqsa.
Setiap hari, Masjid Al-Aqsa terdedah kepada pencemaran daripada penceroboh Yahudi dan pasukan polis pada waktu pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.
Polis Israel menutup pintu al-Maghariba, yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki Masjid, pada pukul 10:30 pagi setelah para penceroboh menyelesaikan lawatan pagi mereka di tempat suci itu. Pada sebelah petang, pintu yang sama dibuka semula untuk lawatan petang oleh penceroboh Yahudi.
Semasa kehadiran penceroboh di dalam perkarangan Masjid, sekatan masuk dikenakan ke atas jemaah Muslim di pintu masuk yang menuju ke Masjid dan kad pengenalan mereka dirampas sehingga mereka meninggalkan tempat suci tersebut.
Jumaat, 17-07-2020 – Raja Jordan II II Jordan telah menegaskan kembali kedudukan negaranya mengenai perjuangan Palestin dan perlunya mencapai penyelesaian yang adil terhadapnya dengan mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka, berdaulat, dan berdaya maju di sempadan 1967 dan dengan Yerusalem timur sebagai ibu kotanya.
Raja Yordania membuat pernyataan itu pada hari Isnin dalam dua pertemuan telekonferensi yang terpisah dengan ketua dan anggota jawatankuasa Dewan Rakyat UK mengenai hal ehwal luar negeri dan pertahanan, menurut laman web Raja Abdullah II.
Dia menekankan bahawa setiap langkah Israel sepihak yang bertujuan untuk merompak tanah Palestin di Tebing Barat tidak dapat diterima dan akan merosakkan prospek untuk mencapai keamanan dan kestabilan di Timur Tengah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Jumaat, 17-07-2020 – Ekstrimis Yahuda Glick memimpin puluhan warga pendatang Yahudi pagi ini Selasa (14/7) ke perkarangan masjid Al-Aqsa di hari ketiga berturut-turut disertai seruan yahudinisasi masjid Al-Aqsa.
Sumber setempat menyatakan seramai 54 penduduk Yahudi ekstrim memasuki perkarangan Masjid Al-Aqsha dengan kawalan ketat pasukan Israel.
Pasukan Israel juga menutup Gerbang Magaribah (Gerbang Dung) setelah dimasuki penduduk pendatang Yahudi. Pasukan Israel mengosongkan wilayah timur dari masjid Al-Aqsa untuk memudahkan warga Yahudi memasuki kawasan tersebut.
Selain itu, pendatang Yahudi juga memasuki ruang solat Masjid Al-Aqsha dipimpin ekstrimis Yahuda Glick dan 7 komandan pasukan Israel, salah satunya pegawai keselamatan peninggalan bersejarah.
Kelompok tersebut menjalankan ritual Talmud ketika memasuki masjid Al-Aqsa dan melalui perkarangan masjid secara berkelompok untuk mendapatkan sokongan seluas mungkin dan pendanaan besar untuk program yahudinisasi Al-Aqsha.
Mereka ingin melakukannya secara besar-besaran ketika memperingati robohnya kuil Solomon pada 27 hingga 30 Julai.
Polis Israel berusaha meneruskan kekangan terhadap jemaah umat Islam untuk masuk ke masjid Al-Aqsa.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Jumaat, 17-07-2020 – Pasukan penjajah Israel (IOF) pada Selasa merampas Gunung Fardis di sebelah timur Bethlehem setelah menutup kawasan di sekitarnya dan mengasingkannya dari bandar Beit Ta’mir.
Menurut sumber tempatan, IOF menutup kawasan sekitar Gunung Fardis dengan kawat berduri dan membina sebuah pintu di pintu masuk yang menuju ke sana.
Timbalan menteri pelancongan dan barang antik Palestin Hamdan Taha mengecam tindakan Israel seperti itu dan mengatakan bahawa gunung itu merupakan sebahagian dari warisan Palestin yang berada di bawah penjajahan Israel.
Walaupun penjajahan Israel memperlakukan penguasaannya secara paksa, tetapi pegawai Palestin itu menyatakan kepercayaannya bahawa langkah tersebut tidak akan mengubah kenyataan bahawa kawasan itu adalah sebahagian dari Palestin yang dijajah.
“Penjajahan itu berusaha menggunakan tapak warisan untuk melayani tuntutan Israel mengenai kewujudan sejarah Yahudi di tanah Palestin,” katanya.’
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : ameen
Jumaat, 17-07-2020 – Regim Zionis Israel (IOF) pada subuh hari Isnin menyerbu kediaman dan menculik beberapa warga Palestin semasa berkempen di Tebing Barat.
Menurut sumber tempatan, IOF menculik tiga bekas tahanan dari bandar Arraba di barat daya Jenin setelah menggeledah kediaman mereka.
Ketiga-tiga tahanan dikenali sebagai Ahmed Adnan, Ja’far Fawzi dan Hassan Ramzi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Rabu, 15-07-2020 – Sekumpulan pelampau Yahudi bertindak ganas merosakkan pokok Zaitun milik penduduk Palestin berhampiran bandar Sa’ir, timur laut al-Khalil, Tebing Barat.
Sumber media di al-Khalil berkata, berpuluh pendatang Yahudi dari kawasan petempatan haram Kiryat Arba menebang dan memusnahkan kira-kira 700 pokok Zaitun yang berusia lebih 200 tahun di al-Uddeisa, selatan bandar Sa’ir.
Anggota tentera rejim Israel turut terlibat dengan memberi perlindungan kepada pendatang dan bertempur dengan penduduk tempatan yang datang untuk melindungi pokok Zaitun dari terus dirosakkan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Rabu, 15-07-2020 – Presiden Turki Recep Erdogan telah menekankan dia menyelar sekatan berterusan oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza dan tindakan haramnya di Palestin, serta menyalahkan masyarakat antarabangsa kerana tidak bertindak menghalang kebiadaban Israel yang semakin menjadi-jadi.
Dalam kenyataan akhbar pada Ahad, Erdogan berkata, tanah Palestin di bawah penjajahan Israel merupakan kawasan yang paling banyak mengalami ketidakadilan di dunia.
“Walau bagaimanapun, rakyat Palestin yang dibunuh dengan kejam oleh polis Israel telah diabaikan oleh media antarabangsa”, presiden Turki itu berkata.
Selasa, 14-07-2020 – Kementerian kesihatan Palestin, Ahad (12/7) memaklumkan bahawa 2 orang pesakit Covid 19 meninggal dunia di Hebron.
Kedua-dua yang meninggal dunia berusia 65 dan 71 tahun, berasal dari kota Hebron dan Bani Naim. Terkini jumlah keseluruhan yang meninggal dunia akibat Covid 19 di Palestin adalah 39 orang.
Pada Ahad pagi lalu, kementerian kesihatan Palestin di Ramallah menyatakan terdapat 349 kes positif terbaru dan 5 kes meninggal dunia akibat Covid 19 sepanjang 24 jam sebelumnya serta 408 kes sembuh.
Dalam keterangannya, kes positif Covid 19 mengikut wilayah adalah seperti berikut, Al-Quds 105 kes, Ramallah dan Birah 49 kes, Hebron 166 kes, Tulkarm 6 kes, Betleem 11 kes, dan Nablus 7 kes.
Sejak Covid 19 menyerang wilayah Palestin awal Mac lalu, semua aktiviti ditutup termasuk Masjid Aqsa dan baru sahaja dibuka kembali kepada umum pada akhir Jun.
Penjajah zionis Israel memanfaatkan wabak corona untuk mengambil urusan Masjid Aqsa dengan membenarkan para pendatang Yahudi untuk menyerbu masuk Al-Aqsa, pagi dan petang, untuk tujuan Yahudinisasi Al-Aqsa.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Selasa, 14-07-2020 – Seorang tahanan Palestin, Kamal Abu Wa’ar, 46 tahun yang juga pesakit kanser telah diuji dan didapati positif Koronavirus, demikian kata Pesuruhjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, kelmarin.
Kata pesuruhjaya itu lagi, berikutan keadaan kesihatan Abu Wa’ar yang juga penghidap kanser Laryngeal semakin buruk, beliau telah dipindahkan dari Penjara Gilboa Israel ke Pusat Perubatan Afula untuk menjalani pemeriksaan lanjut.
Pada pagi Jumaat, beliau telah dibawa ke Pusat Perubatan Assaf Harofeh dan ujian mendapati dia positif COVID-19.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Selasa, 14-07-2020 – Jentolak-jentolak Israel pada subuh Selasa memusnahkan tempat perkahwinan milik Palestin di kota Arab Tira atas alasan pembinaannya tidak berlesen.
Menurut sumber tempatan, polis dan unit khas rejim menyerbu kota itu meletakkan sekatan di kawasan tempat perkahwinan itu sebelum jentolak-jentolak memulakan pemusnahan bangunan itu.
Tindakan itu menyebabkan puluhan pemuda tempatan bertelingkah dengan mereka dan menyekat satu jalan menuju ke tempat tersebut. Ramai pembantah terkena gas pemedih mata.
Selasa, 14-07-2020 – Regim Zionis Israel (IOF) pada waktu subuh hari menahan tiga warga Palestin dari kediaman mereka di al-Khalil dan Yerusalem.
Sumber tempatan mengatakan bahawa IOF menahan Issa Abu Aram dan Seraj Abu Hashhash semasa serbuan di rumah keluarga mereka di bandar Yatta dan kem pelarian al-Fawwar di al-Khalil.
IOF kemudian memasang sejumlah halangan sementara di kawasan yang berlainan di al-Khalil, sehingga menyekat pergerakan warga Palestin.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Selasa, 14-7-2020 – Tiga tahanan Palestin di penjara Israel melancarkan mogok lapar terbuka selama beberapa hari sebagai menunjukkan bantahan terhadap penahanan pentadbiran mereka yang dilakukan tanpa perbicaraan atau dakwaan.
Menurut pihak berkuasa Palestin untuk tahanan dan bekas banduan, tahanan yang paling lama bermogok lapar adalah Uday Shahada yang telah mogok lapar selama kira-kira 20 hari di penjara Ofer. Beliau berasal dari kem pelarian al-Deheisha.
Ia menambah bahawa tahanan lain adalah Fadi Ghunaimat, yang sudah bermogok lapar selama 19 hari di penjara Ofer, dan Mahmoud al-Saadi, mogok lapar selama 12 hari di penjara Hadarim. Kedua-dua mereka masing-masing berasal dari bandar Surif dan kem pelarian Jenin.
Isnin, 13-07-2020 – Tentera rejim Israel (IOF) on pada petang Isnin menculik seorang warga Palestin di sempadan Beit Hanoun (Erez) utara Semenanjung Gaza ketika beliau cuba mendapatkan kebenaran untuk pergi ke tanah jajahan 1948.
Warga Gaza tersebut, Abdullah Shaker, berniat untuk pergi ke Israel bagi menderma sumsum tulang kepada abangnya yang sakit di Hospital Hashomer.
IOF menculik ramai warga Gaza, bukannya menghantar mereka pulang Gaza. Mereka yang diculik termasuk para peniaga dan pesakit setelah mereka menyerahkan permohonan untuk bermusafir menyeberangi sempadan Beit Hanoun.