Categories
Berita Semasa

Pelampau Yahudi Serang Masjid al-Aqsa

Selasa, 02-06-2015 – Pelampau yahudi telah bertindak menyerang plaza Masjid Aqsa daripada pintu kawalan Maghareba Israel. Sumber media mendedahkan bahawa lebih daripada 17 penduduk yahudi memecah masuk ke dalam tempat suci umat islam dan meninjau beberapa bahagian dalam masjid tersebut dengan pengawasan ketat oleh polis Israel. Umat Islam bertindak terhadap penceroboh yahudi dengan melaungkan ‘Allahu Akbar’ , kata sumber tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Tahanan Abdullah Barghouthi lancarkan mogok lapar

Selasa, 02-06-2015 – Tahanan Palestin Abdullah Barghouthi, yang sedang menjalani 67 hukuman penjara seumur hidup (yang paling lama pernah dijatuhkan di dunia), telah melancarkan mogok lapar terbuka setelah dihantar ke tahanan pengasingan, bahagian hal-ehwal penjara pihak berkuasa Palestin berkata.

Ketua Jabatan Issa Qaraqe menyelar perlanggaran hak dan provokasi oleh rejim Israel ke atas hampir 6500 rakyat Palestin yang ditahan di penjara dan pusat tahanan.

Qaraqe menambah yang Israel bertanggungjawab atas keadaan yang semakin buruk akibat tekanan yang semakin meningkat dikenakan ke atas para tahanan. “Israel akan rugi paling teruk,” beliau menambah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Isteri tahanan ditarik status sebagi residen Baitulmuqaddis

Isnin, 01-06-2015 – Kurang 2 minggu setelah Omar al-Shalabi’s dijatuhkan hukuman penjara 9 bulan rentetan status Facebook-nya, rejim Israel telah menarik status residen isterinya di timur Baitulmuqaddis.

Muna Abdullah al-Shalabi telah tinggal di timur Baitulmuqaddis sejak pernikahan dengan suaminya 23 tahun lalu. Kementerian Dalam rejim Israel menafikan status residennya atas sebab-sebab ‘keselamatan’. beliau telah diarahkan agar meninggalkan Baitulmuqaddis.
Rejim Israel mengatakan al-Shalabi berpeluang untuk mempertahankan dirinya tetapi beliau tidak melakukannya, oleh itu permohonannya ditolak. al-Shalabi menafikan yang beliau diberi peluang untuk mempertahankan permohonannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Pemuda Palestin Dihukum Penjara 14 Bulan Kerana Bersolidariti untuk Gaza.

Isnin, 01-06-2015 – Pusat Informasi Palestin: Tentera Israel di Jenin, Utara Pinggir Barat menghukum dengan zalim dan tidak masuk dek akal seorang warga Palestin yang turut bersolidariti untuk Gaza, saat mereka ke sana.

Tentera Israel menghukum penjara 14 bulan bagi Alaudin Rashid Abdul Hafiz(26) atas sebab dia ikut serta bersolidariti untuk Gaza. Dinyatakan bahawa sebahagian besar rakyat Palestin turun ke jalan bagi melakukan solidariti untuk Gaza saat tentera Israel turun yang berlangsung selama 51 hari. Pihak keluarga pemuda terbabit memberitahu bahawa anak mereka pernah terkurung dalam penjara Israel selama 4 tahun.

sumber : COMES
penterjemah : Asyraf

Categories
Berita Semasa

Askar culik rakyat Palestin di Hebron dan Jenin

Isnin, 01-06-2015 – Khamis lalu, tentera Israel menculik dua rakyat Palestin di daerah Tebing Barat Hebron dan Bethlehem, serta menggeledah beberapa rumah, malah tentera Israel turut menggari seorang penduduk dari Betlehem untuk disoal siasat. Sumber media di Hebron memaklumkan, tentera turut menyerang beberapa bandar, menggeledah kebanyakan rumah dan menculik seorang penduduk Palestin.

Mangsa culik, Monir Jawabra, ditahan di rumahnya di kem pelarian al-‘Arroub di Hebron, sebelum pihak tentera memindahkannya ke pangkalan tentera Etzion.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Walaupun Kesihatan Semakin Teruk, Adnan Berterusan Dengan Mogok Laparnya

Isnin, 01-06-2015 – Ketua Tahanan Palestin ‘ Jawatankuasa Issa Qaraqe ‘ telah memberi amaran komplikasi yang serius, dan mengancam nyawa halangan kesihatan, berikutan tahanan Khader Adnan terus melakukan mogok lapar selama 23 hari berturut-turut .

Qaraqe berkata, Adnan , yang ditahan bersendirian di Klinik Penjara Ramla Israel , enggan menelan sebarang makanan walaupun vitamin atau menerima rawatan. Dia hanya meminum air sahaja.

Dia kini menderita penurunan berat badan yang serius, sakit kepala yang teruk , dan sakit yang tajam di sendi dan perut, disamping lemah dan keletihan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel tahan pelajar sekolah di bandar Far’oun

Jumaat, 29-05-2015 – Ahad lalu, tentera Israel menahan dan menakut-nakutkan tiga pelajar sekolah dari bandar Far’oun, selatan Betlehem di sebuah pusat pemeriksaan tentera. Sumber tempatan melaporkan, tentera yang bertugas di pintu masuk ke bandar menahan pelajar berkenaan kerana mereka melalui pintu 807 dan menyoal siasat mereka beberapa jam sebelum melepaskan dua daripada mereka.
Ketika kejadian dilaporkan, askar Israel masih menahan pelajar ketiga.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Israel haramkan laungan Azan Muslim di Masjid Ibrahimi

Jumaat, 29-05-2015 – Pihak berkuasa Penjajahan Israel (IOA) telah mengharamkan Azan (panggilan untuk solat bagi orang Muslim) melalui pengumuman menggunakan pembesar suara Masjid Ibrahimi, dari tengahari Sabtu hingga petang Ahad, dan mendakwa laungan azan itu mengganggu ketenteraman penduduk Yahudi.

Seorang wartawan berita PIC yang memetik kata-kata saksi kejadian berkata bahawa penjajah Israel menghalang azan Muslim daripada berkumandang di Masjid Ibrahimi sejak awal tengahari Sabtu sehingga petang Ahad dengan alasan untuk memberi ruang kepada kedatangan cuti Yahudi.

Setakat ini, penjajahan Israel telah menghalang laungan azan berpuluh-puluh kali dalam masa sebulan, mendakwa laungan azan tersebut menjengkelkan penduduk penempatan Yahudi, yang mana kebanyakan mereka dilaporkan tinggal di kawasan penempatan haram sepanjang Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur, satu pencabulan undang-undang antarabangsa yang dilakukan secara terang-terangan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Kumpulan-kumpulan Palestin meminta Mesir agar membuka sempadan Rafah selama-lamanya

Jumaat, 29-05-2015 – Kumpulan-kumpulan kebangsaan dan Islamik Palestin di Semenanjung Gaza yang dikepung meminta pihak berkuasa Mesir membuka sempadan Rafah selama-lamanya dari kedua-dua arah.

Kumpulan-kumpulan tersebut berkata dalam kenyataan pada Isnin bahawa keadaan kemanusiaan telah menjadi semakin teruk terutamanya terhadap para pesakit, pelajar dan pemegang pasport asing.

Mereka menyatakan kepercayaan terhadap pihak berkuasa Mesir agar bertindak positif untuk menghentikan penderitaan rakyat Palestin. Mereka menyeru Mesir untuk membuka sempadan dari kedua-dua arah, bukannya satu arah seperti yang diumumkan, dalam beberapa hari akan datang. Mereka turut menyeru Presiden Mahmoud Abbas agar masuk campur menggesa Mesir. Mereka juga mendakwa rejim Israel bertanggungjawab di atas tekanan yang berterusan dikenakan ke atas Gaza selama 8 tahun.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah nelayan, petani Gaza

Selasa, 26-05-2015 – Tentera laut Israel telah melepaskan tembakan terhadap bot nelayan Palestin manakala tentera darat mensasarkan petani di Semenanjung Gaza pada pagi Ahad lalu.

Saksi memberitahu Quds Press tentera Zionis Israel telah ditempatkan di kem tentera berbeza dan dilaporkan menembak secara rambang terhadap petani Palestin di bandar Gaza dan timur Khan Younis.

Angkatan tentera laut juga melepaskan tembakan senjata berat ke arah bot-bot nelayan di luar pantai kem pelarian Al-Nuseirat di tengah Gaz Gaza, dan kawasan al-Sheikh Ijlein, yang terletak di sebelah barat bandar tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis tahan empat kanak-kanak bawah umur di Tulkarem

Selasa, 26-05-2015 – Sumber Palestin mendedahkan bahawa pasukan pendudukan Israel (IOF) menahan empat kanak-kanak bawah umur Palestin berusia 9 hingga 13 tahun di bandar Feraun di selatan Tulkarem, pagi Ahad lalu.

Pihak majlis bandar itu dalam satu kenyataan berkata, askar IOF menahan empat kanak-kanak bawah umur dekat pintu gerbang pertanian bandar Feraun yang dibina rejim Zionis untuk mengawal lalu lintas petani ke ladang yang terletak di belakang tembok pemisah.
Kenyataan itu menegaskan, keempat-empat kanak-kanak berkenaan merupakan murid sekolah rendah di bandar ini.
Pihak majlis berkata, usaha sedang dilakukan untuk membebaskan kanak-kanak terbabit.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Annasuhana Sulaiman

Categories
Berita Semasa

Gerombolan Pendatang Yahudi Serang Penduduk dan Rumah Mereka di Hebron

Selasa, 26-05-2015 – Segerombolan pendatang Yahudi menyerang sejumlah warga Palestin dan rumah mereka di Kota Tua di Hebron, wilayah selatan Tebing Barat. Wartawan Pusat Informasi Palestina mengambil maklumat dari sumber tempatan yang mengatakan bahawa para gerombolan pendatang Yahudi menyerang dan memukul sejumlah warga Palestin serta menyerang rumah di daerah Tel Ramida dekat Kota Tua di kota Hebron, wilayah selatan Tebing Barat.

Sumber ini menjelaskan bahawa para tentera pasukan penjajah Zionis memberikan perlindungan terhadap pendatang Yahudi tersebut ketika menyerang mereka. Sementara itu tentera penjajah Zionis menahan sejumlah pemuda dan remaja, serta menangkap seorang kanak-kanak dan dibawa ke lokasi yang belum diketahui.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Categories
Berita Semasa

Baraka: Rakyat Palestin hanya pakar dalam menentang rejim Israel

Selasa, 26-05-2015 – Wakil Hamas di Lubnan Ali Baraka berkata, rakyat Palestin hanya pakar dalam menghadapi rejim Israel dan tidak terlibat dalam sebarang konflik serantau. Ketika mesyuarat politik yang dianjurkan oleh Hamas di kem pelarian Beddawi di Lubnan, Baraka menggesa Negara-negara Arab agar menyokong Palestin.

Beliau menekankan bahawa rakyat Palestin tidak akan terlibat dalam pertelingkahan mazhab dan tidak akan membenarkan kem-kem di Lubnan menjadi arena pergaduhan. “Kami ingin hidup dengan bermaruah dan menikmati hak asasi kami di Lubnan,” beliau ,menekankan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Kumpulan pembela hak cuba raih kesedaran untuk tahanan penjara yang sakit

Selasa, 26-05-2015 – Persatuan Tahanan Palestin (PPS) pada Ahad lalu telah melancarkan satu isyarat kecemasan mengenai status kesihatan pesakit yang semakin merosot di kalangan tahanan Palestin dan pengabaian perubatan yang dirancang awal oleh klinik Israel penjara Ramla.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh PPS, memetik kata-kata seorang peguam selepas lawatan beliau ke klinik Ramla yang melaporkan bahawa status kesihatan tahanan Palestin semakin merosot dengan ketara berikutan layanan buruk dan penganiayaan yang dilakukan ke atas mereka oleh warden penjara Israel.

Terdahulu, kira-kira beberapa hari yang lalu, pasukan khas Israel telah memecah masuk ke dalam klinik penjara dan memaksa banduan-banduan keluar daripada sel mereka atas alasan untuk melakukan siasatan rutin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis serbu bandar-bandar di Jenin, serang masyarakat Yabud

Isnin, 25-05-2015 – Pada Subuh Isnin lalu, Pasukan Pendudukan Israel (IOF) menyerang masyarakat Palestin di bandar Yabud, selatan bandar Jenin, dan menyerbu bandar-bandar lain yang berdekatan. Sumber memberitahu, sekumpulan tentera Israel dengan menaiki 20 kenderaan tentera memasuki bandar Yabud pada waktu subuh dan menyoal siasat beberapa penduduk yang sedang menuju ke masjid untuk solat. Disebabkan itu, tercetus pertempuran antara lelaki muda dari bandar berkenaan dengan tentera yang menyerang.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : Annasuhana Sulaiman