Categories
Berita Semasa

Pihak keselamatan PA, IOF terus menyasarkan para pelajar universiti

Khamis, 24-05-2018 – Pihak keselamatan pihak berkuasa Palestin (PA) terus menyasarkan warga Palestin di Tebing Barat dalam kempen penahanan para aktivis Islamik, sayap pelajar gerakan Hamas setelah memenangi pilihanraya jawatankuasa pelajar di Universiti Birzeit, Ramallah.

Pihak perisikan PA menahan 4 ahli blok Islamik setelah mereka membuat pementasan mengkritik PA ketika kempen pilihanraya university itu. Ahli kelima kumpulan itu membuat bantahan duduk atas penahanan tersebut.

Seorang lagi pelajar Universiti an-Najah, Mutasem Saqf al-Heit, rumah beliau diserbu oleh pihak keselamatan PA di kota Nablus bagi menangkapnya tetapi beliau tiada di rumah. Beliau pernah dipenjara selama 6 tahun di penjara Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Lanjutkan Tempoh Tahanan Sheikh Raed Salah

Khamis, 24-05-2018 – Mahkamah Tinggi Israel pada hari Isnin melanjutkan tempoh penahanan Sheikh Raed Salah, ketua Cawangan Utara Gerakan Islam di Israel, hingga 30 Mei. “Mahkamah Tinggi mempertimbangkan permintaan Peguam Negara Israel untuk melanjutkan penahanan Sheikh Salah untuk tiga bulan lagi,” kata peguam Khaled Zabarqa, Salah.

“Kami mengemukakan permintaan kepada mahkamah minggu lalu untuk menimbang semula penahanan Sheikh Salah selepas mengambil keterangannya – yang mana dakwaan dan pengakuan beliau disalah ertikan,” tambah Zabarqa. Menurut peguam lagi, hakim Mahkamah Tinggi hari ini melaporkan bahawa Sheikh Salah akan tetap berada di penjara sehingga pengadilan menimbang kembali penahanannya pada 30 Mei.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Israel usir keluar warga Palestin dari tanah miliknya di Bethlehem.

Khamis, 24-05-2018 – Rejim Zionis Israel memberi notis kepada seorang warga Palestin dari perkampungan al-Khader, selatan Bethlehem supaya meninggalkan tanah miliknya sendiri yang terletak di kampung tersebut, demikian kata sumber tempatan.

Hassan Burajiya, seorang aktivis tempatan dipetik sebagai berkata kepada agensi berita WAFA bahawa rejim Zionis telah memerintahkan Mohamed Isa Musa supaya keluar dari tanah miliknya yang didakwa sebagai tanah milik Israel dan warga Palestin tidak dibenarkan untuk memasukinya. Beliau diberi masa 30 hari untuk membuat rayuan terhadap perintah tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Haneyya menelefon Syeikh Azhar untuk berterima kasih di atas sokongan

Khamis, 24-05-2018 – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya telah menyatakan rasa terima kasih beliau kepada Mesir kerana menyokong penduduk Palestin dan agenda nasional mereka.

Perkara ini dinyatakan dalam perbualan telefon di antara beliau dan Sheikh Ahmad Al-Tayyib, Imam besar Masjid Al-Azhar

Haneyya turut bertukar ucapan Ramadhan Mubarak dengan Sheikh al-Tayyib dan berterima kasih di antas konvoi bantuan kemanusiaan yang di hantar al-Azhar ke semenanjung Gaza.

Pemimpin Hamas berkenaan menghargai pendirian al-Azhar mengenai isu Palestin dan Jerusalem yang ditegaskan dalam konfenrens yang dianjurkan dua bulan lepas di Kaherah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : wea

Categories
Berita Semasa

Israel halang 12 warga Palestin dari keluar melalui pintu sempadan Karama.

Selasa, 22-05-2018 – Rejim Israel menghalang 12 warga Palestin dari meneruskan perjalanan mereka ke Jordan melalui pintu sempadan Karama (Raja Hussein) tanpa diterangkan sebabnya kecuali atas alasan keselamatan.

Menurut polis Palestin (PA), sepanjang dua minggu lepas, lebih 32,000 rakyat Palestin dan warga asing dibenarkan meneruskan perjalanan mereka.

Bagaimanpun dalam tempoh yang sama, 48 orang yang mahu melaluinya atau baru tiba di situ telah ditahan oleh polis PA atas kesalahan melanggar undang-undang kerana cuba meninggalkan negara.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis menahan seorang kanak-kanak Palestin yang cedera

Selasa, 22-05-2018 – Pada Ahad, Tentera rejim Zionis (IOF) menculik seorang kanak-kanak Palestin yang cedera dari Kampung Nabi Salah, utara Ramallah. Mohammed Tamimi, 15, telah ditahan di kemasukan kampung itu dan segera dibawa ke balai polis di Pusat Tahanan Benyamin di Tebing Barat. Tamimi sebelum ini ditahan selama 3 bulan kerana menyertai protes anti penjajahan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Israel Serang Pos Penentangan Palestin

Isnin, 21-05-2018 – Artileri Israel pada petang Rabu telah mengebom pos penentangan Palestin di timur Semenanjung Gaza. Wartawan PIC melaporkan bahawa dua pos telah diserang oleh beberapa artileri di timur Jabalia dan kejiranan al-Shuja’iyya.

Serangan Israel itu juga menyebabkan kerosakan teruk pada tanah ladang di sekitarnya. Tentera Israel mendakwa bahawa serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan tembakan yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Jet Israel menyasarkan kawasan pejuang di Semenanjung Gaza

Isnin, 21-05-2018 – Kapal terbang perang Israel melakukan beberapa serangan udara ke atas sejumlah kawasan pejuang di Semenanjung Gaza. Menurut wartawan PIC, 3 peluru berpandu Israel menyasarkan Eshkelon yang merupakan milik Briged al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas, menyebabkan kerosakan teruk di rumah-rumah berdekatan.

2 lagi peluru berpandu ditembak ke arah kawasan al-Safina yang terletak di barat Semenanjung Gaza. Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan yang seorang pemuda cedera kakinya ketika serangan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Ramai cedera dalam pertempuran di Ramallah.

Isnin, 21-05-2018 – Sejumlah penduduk Palestin cedera selepas tentera rejim Zionis Israel bertindak menyuraikan satu demonstrasi aman yang diadakan berdekatan Ramallah.

Menurut kata saksi, pertempuran berlaku di jalan menuju bandar al-Bireh, utara Ramallah selepas tentera rejim cuba menyuraikan demonstrasi yang dianjurkan bagi memprotes langkah Amerika Syarikat memindahkan kedutaannya ke bandar Baitulmuqaddis dan perbuatan jenayah rejim Israel di Gaza.

Pihak rejim bertindak menyerang peserta demonstrasi dengan menembak peluru hidup bersalut getah, bom bunyi dan gas pemedih mata menyebabkan beberapa peserta mengalami sesak nafas, demikian kata saksi itu lagi.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Sinwar: Israel menarik diri daripada perjanjian pertukaran banduan

Isnin, 21-05-2018 – Pemimpin Gerakan Hamas Yahya Sinwar pada Rabu mengatakan bahawa kumpulannya telah mencapai persetujuan dengan Mesir untuk mencegah protes di sempadan kawasan pantai dengan Israel dari meningkat hingga konflik baru dengan Israel, tetapi memberi amaran tidak akan menolak kemungkinan pertengkaran bersenjata di masa depan.

Dalam satu wawancara dengan Al-Jazeera, Sinwar berkata Hamas telah mengejar “perlawanan damai” semasa perhimpunan mingguan Mac Great of Return di sempadan Gaza, yang berakhir pada hari Isnin ketika AS melantik kedutaannya di Yerusalem yang dijajah. “Itu tidak bermakna kita tidak akan menggunakan rintangan bersenjata. Sekiranya Israel pergi ke laut dan menumpahkan banyak darah, kami terpaksa bertindak balas sewajarnya, “kata Sinwar.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Norshuhada Samudin

Categories
Berita Semasa

55 Penduduk Palestin Syahid, 2700 Cedera di Gaza

Khamis, 17-05-2018 – 55 orang Palestin telah dibunuh oleh tentera Israel dan lebih daripada 2,700 yang lain cedera di sempadan timur Jalur Gaza semasa demonstrasi pada hari Isnin. Tujuh orang penduduk Palestin terbunuh adalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun, termasuk seorang gadis. Sekurang-kurangnya 203 orang cedera adalah kanak-kanak dan 79 wanita.

Menurut laporan, 918 rakyat Palestin cedera dengan peluru hidup, 746 kes gas pemedih mata, 98 kecederaan akibar terkena serpihan, dan lima cedera terkena peluru getah. Dua jurumedik dan empat pasukan keselamatan juga termasuk para syuhada, manakala empat medik dan 12 wartawan cedera.

Berpuluh ribu warga Palestina berkumpul di perbatasan Gaza sejak pagi menyeru demonstrasi untuk membantah pembukaan kedutaan Amerika di BaitulMaqdis dan sebagai menyambut ulang tahun ke-70 Nakba Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Amnesty International desak tamatkan segera keganasan Israel di Gaza.

Khamis, 17-05-2018 – Pertubuhan kemanusiaan antarbangsa, Amnesty International menyelar tindakan ganas rejim Zionis Israel membunuh penduduk awam Palestin di Semenanjung Gaza.

Amnesty menyatakan bahawa pencabulan secara nyata terhadap undang-undang kemanusian antrabangsa telah berlaku di wilayah yang terkepung dengan pantai itu dan meminta supaya keganasan rejim Israel dapat ditamatkan dengan segera.

Seterusnya, pertubuhan bebas itu meminta agar apa yang boleh dikatakan sebagai “sangat menakutkan” berikutan serangan rejim Israel itu segera ditamatkan dan menjelaskan bahawa kebanyakan kecederaan yang dialami oleh mangsa adalah akibat ditembak di bahagian atas tubuh. Ini menunjukkan unit penembak tepat tentera rejim sengaja mensasarkan penduduk Palestin untuk dibunuh.

Menurut kementerian kesihatan Gaza, serangan pada Isnin kelmarin telah menyebabkan sekurang-kurangnya 55 penduduk Gaza terkorban, dua daripadanya adalah kanak-kanak dan dua lagi golongan tidak berupaya sementara 2,200 lagi cedera.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Polis Israel serang wanita lakukan protes di Kota Baitulmuqaddis.

Selasa, 15-05-2018 – Polis rejim Zionis Israel bertindak menyerang sekumpulan wanita Palestin yang memprotes dan mahu menghalang satu demonstrasi oleh pendatang haram Yahudi di Kota Baitulmuqaddis.

Sumber tempatan memberitahu media, polis rejim telah menutup beberapa jalan di ibu kota suci itu yang bakal dilalui penunjuk perasaan Yahudi tersebut dengan menempatkan ramai anggota keselamatan terutamanya di sekitar Bab al-Amud.

Tambah sumber itu lagi, unit khas polis Israel bertindak menyerang kumpulan wanita Palestin yang cuba menghalang pendatang Yahudi dari meneruskan perarakan “mengibar bendera Israel” dan menghalau kumpulan wanita itu dari tempat tersebut.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Bendera AS, Israel diletakkan di Tembok Baitulmuqaddis

Selasa, 15-05-2018 – Perbandaran Baitulmuqaddis pada Selasa meletakkan bendera AS dan Israel pada tembok kota lama itu beberapa jam sebelum Kedutaan AS berpindah ke bandar itu.

Akhbar Hebrew Maariv menyatakan yang perbuatan itu bagi menunjukkan penghargaan kepada pengiktirafan Presiden Donal Trump terhadap kota itu sebagai ibu negara Israel. Perasmian Kedutaan AS di Baitulmuqaddis itu akan diadakan pada Isnin yang sama dengan ulangtahun ke 70 Nakba Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Cavusoglu Kecam Pendirian Arab Mengenai BaitulMaqdis

Selasa, 15-05-2018 – Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu sekali lagi mengulangi pendirian tegas negara berkenaan mengenai isu Palestin, dan tidak teragak-agak mengecam Liga Arab yang kelihatan teragak-agak dalam keputusan AS ‘menjajah’ BaitulMaqdis, dan menganggap ia sebagai satu “kesilapan”, lapor Anadolu Agency.

Berucap di Forum Wartawan Arab di Istanbul, Cavusoglu sekali lagi menentang keputusan AS untuk memindahkan kedutaannya di Israel ke BaitulMaqdis. “Keputusan AS ini salah,” kata Cavusoglu seperti dipetik Anadolu. “Kita perlu mengambil pendirian yang sama terhadap keputusan yang salah ini. Kami melihat sedikit keraguan dalam Liga Arab baru-baru ini, dan ia merupakan satu kesilapan.”

Menteri itu turut menegaskan pendirian tegas negaranya terhadap persoalan Palestin, dan menyeru agar negara-negara lain tidak berdiam diri terhadap langkah serius oleh pentadbiran AS. “Turki akan terus mempertahankan isu Baitulmuqaddis untuk Palestin,” katanya, sambil menambah bahawa Ankara “tidak akan berdiam diri” mengenai perkara itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin