Categories
Berita Semasa

Hamas menyeru sokongan popular untuk tahanan pentadbiran

Jumaat, 27-01-2017 – Pergerakan Hamas menegaskan keperluan mendesak untuk sokongan popular sebagai langkah-langkah protes tahanan Palestin ‘terhadap langkah-langkah hukuman Israel.

Pemimpin dalam Pergerakan Hamas Abdul Rahman Shadid menggesa pihak rasmi Palestin untuk memikul tanggungjawab mereka terhadap tahanan Palestin dan untuk mengaktifkan isu mereka di forum-forum antarabangsa.

Shadid menegaskan bahawa 550 tahanan pentadbiran dijangka melancarkan perpaduan mogok lapar jika Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) tidak menamatkan hukuman bersendiri rakan-rakan banduan dan pemimpin Hamas Sheikh Bajis Nakhla.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada

Categories
Berita Semasa

Kementerian: Sekat hak pendidikan tahanan Palestin bakal cetus isu perkauman

Jumaat, 27-01-2017 – Kementerian Penerangan Palestin berkata bahawa perbincangan Knesset Israel terhadap draf undang-undang untuk menghalang tahanan Palestin untuk meneruskan pengajian akademik mereka bakal mencetuskan isu perkauman.

Kementerian itu dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa kerajaan Israel sedang mengikuti satu dasar baru terhadap tahanan Palestin di penjara itu yang menafikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan konvensyen Geneva. Kementerian turut menegaskan bahawa pihak berkuasa Israel cuba menafikan hak tahanan Palestin dalam urusan pendidikan dan rawatan perubatan.

Kenyataan itu juga menekankan keperluan untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa Israel untuk menghormati undang-undang demi memastikan hak asasi tahanan terjamin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Israel halang 69 warga Palestin keluar negara minggu lepas.

Selasa, 24-01-2017 – Pihak penjajah Israel, minggu lepas menghalang 69 warga Palestin dari meneruskan perjalanan mereka keluar negara melalui pintu sempadan al-Karama ke Jordan yang merupakan satu-satunya laluan keluar bagi penduduk Palestin yang tinggal di Tebing Barat.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis di Ramallah menyatakan yang pihak rejim Israel tidak memberikan sebab perintah halangan itu dibuat sebaliknya mengatakan ia atas alasan keselamatan.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa pada minggu lepas lebih 43, 000 penduduk Palestin dibenarkan meneruskan perjalanan mereka melalui pintu sempadan tersebut dari kedua-dua arah samada keluar atau masuk kecuali 42 orang yang dihalang dan mereka telah ditahan oleh pihak polis Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Palestin (PA) memulangkan senjata tentera rejim yang hilang di Tubas

Selasa, 24-01-2017 – Pihak keselamatan PA memulangkan senjata seorang tentera rejim pada Ahad setelah ia diambil oleh para pemuda Palestin dekat Tubas, utara Tebing Barat beberapa hari lalu, sumber media Israel mendakwa.

Laman sesawang Hebrew 0404 mengembalikan senjata itu setelah merampasnya daripada para pemuda Palestin yang mengambilnya pada Rabu lepas. Tiada maklumat lanjut didedahkan tentang keberadaan para pemuda itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa petugas Palestin ke Persidangan Negara-Negara Eropah lawat Belanda.

Isnin, 23-01-2017 – Ahli Jawatankuasa Palestin yang ditugaskan membuat persiapan bagi Persidangan Negara-Negara Eropah yang dijadualkan akan diadakan pada bulan April depan telah mengadakan lawatan ke bandar Amersfoort, Belanda.

Semasa lawatan tersebut, jawatankuasa itu telah bertemu dengan masyarakat Palestin yang tinggal di situ dan mengambil peluang untuk memberi penerangan berkaitan peranan utama jawatankuasa itu. Mereka menyatakan akan berperanan lebih aktif dalam persidangan itu nanti dan cuba melawat bandar-bandar yang lainnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Mogok dan demonstrasi diadakan bagi membantah pemusnahan Umm Hiran

Isnin, 23-01-2017 – Pertelingkahan baru tercetus pada Rabu di antara polis rejim Israel dan rakyat Palestin di kampung Umm Hiran, di Negev selatan kawasan Palestin yang dijajah pada 1948 di mana polis rejim menyerbu kediaman-kediaman di kampung itu bagi memindahkan penduduk kampung sebelum pemusnahan dilakukan.

Serangan polis itu terus membuktikan rancangan rejim bagi memusnahkan kampung itu untuk mewujudkan bandar milik Yahudi sahaja.

Majlis mesyuarat tempatan di Hura, Negev mengumumkan pada Rabu yang satu mogok melibatkan semua sector, pendidikan dan bahagian-bahagian lain untuk membantah krisis berterusan di Umm Huran. Kempen tersebut melibatkan sejumlah pelajar universiti di Haifa, Tel-Aviv, Beersheba and the Hebrew University of Jerusalem.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Pecah Masuk Penjara Nafha

Isnin, 23-01-2017 – Pertubuhan Tahanan Palestin (PPS) mendedahkan bahawa IOF telah menyerbu Seksyen 4 dalam penjara Nafha mengakibatkan Seksyen 3 dan 4 telah ditutup. Sementara itu, kumpulan hak asasi yang berjuang atas isu kesihatan banduan yang sakit, Anas Jaradat, menegaskan beliau tidak menerima sebarang rawatan perubatan sejak mula ditahan di penjara Ashkelon. Anas masih dikurung sejak sembilan bulan yang lalu.

Jaradat, 36, telah melakukan mogok lapar terbuka sebagai protes terhadap dasar kecuaian perubatan yang disengajakan Perkhidmatan Penjara Israel. Jaradat telah diculik oleh tentera Israel pada 11 Mei, 2003, dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana beliau berada dalam gerakan jihad dan merancang serangan terhadap Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Sheikh Salah bebas selepas 9 bulan di penjara.

Khamis, 19-01-2017 – Rejim Israel membebaskan ikon rakyat Palestin, Sheikh Raed Salah selepas beliau menghabiskan tempoh hukuman 9 bulan penjara.

Sheikh Salah menjalani hukuman itu bermula dari bulan Mei, 2016 di mana 2 bulan sebelumnya, beliau telah dibicarakan dan didapati bersalah kerana “menghasut.” Bagaimana pun, berita pembebasan itu telah menimbulkan kebingungan kerana menurut peguamnya, Omar Khamayseh, pihak penjara Israel telah memindahkan Sheikh Salah ke lokasi lain yang tidak diketahui.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Tentera Israel menahan 125 Nelayan sepanjang 2016

Khamis, 19-01-2017 – Pusat Kajian Tahanan Palestin mendedahkan bahawa Angkatan Tentera Israel (IOF) telah menahan 125 nelayan ketika memancing di luar pesisiran pantai Gaza sepanjang 2016.

Jurucakap Pusat Kajian tersebut, Riyad al-Ashqar berkata, bilangan nelayan ditahan pada 2016 menunjukkan peningkatan mendadak berbanding dengan bilangan nelayan yang ditangkap pada tahun 2015, yang hanya 52 orang.

Tentera Israel dengan sengaja telah memusnahkan peralatan memancing nelayan Gaza dengan meletupkan api di bot nelayan mereka dan adakalanya merampas peralatan mereka. Terdapat tiga nelayan cedera sebelum mereka ditahan, katanya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nurul

Categories
Berita Semasa

Emir Qatar Tawar Jalan Penyelesaian Krisis Elektrik Gaza

Rabu, 18-01-2017 – Pertemuan antara Ismail Haneyya, Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas, dan Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad, berakhir pada Ahad di ibu negara Qatar, Doha dengan Qatar berjanji akan segera untuk membantu menyelesaikan krisis elektrik di Gaza.

Menurut pejabat Haneyya, satu perbincangan yang mendalam telah dibangkitkan dalam mesyuarat membincangkan banyak isu mengenai keadaan politik dan keadaan di Semenanjung Gaza sebagai tambahan kepada beberapa isu-isu penting terutama krisis elektrik semasa di Gaza, yang telah dibincangkan secara terperinci.

Emir Qatar meminta kerajaannya untuk bertindak segera dan melaksanakan langkah-langkah praktikal untuk menyelesaikan krisis elektrik di Semenanjung Gaza.Haneyya mengucapkan terima kasih kepada Sheikh Tamim Bin Hamad dan Qatar atas semangat persaudaraan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Demonstrasi di Tel Aviv menuntut perletakan jawatan Netanyahu

Rabu, 18-01-2017 – Ratusan warga Israel berkumpul di Tel Aviv untuk membantah polisi rejim Israel dan menyeru agar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu meletak jawatan.

Akhbar Israel Yedioth Ahronoth memetik kata-kata penganjur demonstrasi itu: “kerajaan Israel merosakkan segala-galanya di sini” yang menuduh kerajaan rejim Israel melakukan rasuah dan pengasingan antarabangsa.

Satu persatuan hak asasi warga Israel mendedahkan yang tahun 2016 menyaksikan penggunaan kaedah melampau ke atas warga Palestin oleh rejim Israel termasuk perlanggaran hak asasi warga Palestin dan penyalahgunaan kuasa.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nur idawati

Categories
Berita Semasa

Israel halang 63 warga Palestin dari keluar negara.

Rabu, 18-01-2017 – Pihak berkuasa penjajah Israel bertindak menghalang 63 warganegara Palestin dari keluar negara di pintu sempadan Karameh yang menjadi satu-satunya pintu keluar yang menghubungkan Tebing Barat dengan dunia luar melalui Jordan.

Menurut laporan pihak berkuasa Palestin, penduduk Palestin itu telah dihalang dari meneruskan perjalanan mereka oleh Israel atas alasan keselamatan. Angka itu telah meningkat pada minggu lepas jika dibandingkan dengan beberapa minggu sebelumnya, iaitu bertambah 27 orang.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Hamas Puji Zuma Larang Rakyat Lawat Israel

Rabu, 18-01-2017 – Hamas memuji Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma yang menyeru rakyat Afrika Selatan tidak melawat Israel bagi menunjukkan sokongan terhadap rakyat Palestin. Zuma secara konsisten menyatakan Afrika Selatan sentiasa bersama perjuangan rakyat Palestin.

Hamas turut menyeru semua negara untuk turut serta memboikot Israel sehingga penjajahan Israel di wilayah Palestin berakhir. Zuma hadir pada majlis sambutan ulang tahun ke-105 Kongres Kebangsaan Afrika (ANC). Afrika Selatan menegaskan penjajahan Israel ke atas Palestin adalah sama dengan dasar Apartheid ‘kulit putih’ dari 1948 hingga 1994.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Syed Ahmad Muhsin

Categories
Berita Semasa

Hamas gesa kerajaan atasi krisis bekalan letrik di Gaza.

Isnin, 16-01-2017 – Pergerakan Hamas menyeru pihak berkuasa kerajaan de facto Palestin di Gaza yang diwakili oleh Rami al-Hamdallah supaya mengambil tindakan dengan apa juga cara sekali pun untuk mengatasi krisis bekalan elektrik di Semenanjung Gaza dengan segera.

Melalui kenyataan akhbarnya, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum mengulangi kesediaan mereka menangani dan menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang lebih baik dan realistik agar krisis bekalan elektrik dapat ditamatkan dengan syarat ia mesti dipersetujui semua pihak dan dihormati oleh pihak kerajaan sedia ada.

Beliau turut mengulas kenyataan al-Hamdallah berkaitan krisis tenaga yang dibuatnya baru-baru ini sebagi satu kenyataan yang ” kosong, mengelirukan pandangan umum dan memutarbelitkan fakta.”

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin mhd ali

Categories
Berita Semasa

Ratusan kehilangan tempat tinggal apabila rejim Israel meratakan kampung Araqib untuk kali ke 108

Isnin, 16-01-2017 – Pada Khamis, rejim Israel memusnahkan kampung Badwi al-Araqib, Palestin di Negev untuk kali ke 108. Kampung tersebut baru sahaja dimusnahkan kurang dari sebulan lepas pada 22 Disember, 2016.

Aktivis tempatan Aziz al-Touri berkata yang polis dan unit khas rejim Israel masuk ke kampung tersebut dan mengepungnya dari semua penjuru sebelum memusnahkannya. Polis rejim turut merampas harta benda, tangki air dan 3 kenderaan warga Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor idawati