Khamis , 07-03-2019 - Pesawat-pesawat tempur Israel terus melancarkan beberapa serangan udara di lokasi pejuang Palestin di Semenanjung Gaza pada Selasa (5/3/2019) malam. Wartawan Pusat Informasi Palestina mengatakan bahawa pesawat tempur Israel menembak sekurang-kurangnya dua bom di pos perjuangan "Badr" yang terletak di selatan Kota Gaza.
Pesawat tempur Israel melakukan serangan dan melepaskan bom ketiga di lokasi yang sama beberapa ketika selepas itu. Wartawan Pusat Informasi Palestina menjelaskan bahawa pengemboman itu menyebabkan kerosakan teruk di lokasi serangan. Terdengar ledakan besar, namun tiada yang terkorban. Sumber-sumber Israel mendakwa bahawa serangan tersebut dilakukan sebagai respon atas jatuhnya belon peledak berdekatan sebuah rumah di kompleks penempatan Israel "Eshkol".
Ledakan belon menyebabkan kerosakan di lokasi jatuhnya belon. Ketegangan dan pertempuran antara pejuang Palestin dan penjajah Israel kembali terjadi setelah pasukan penjajah Israel mengebom sejumlah pos dan pusat-pusat pejuang Palestin dengan alasan adanya peluncuran belon peledak ke wilayah Israel di pinggir Semenanjung Gaza.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Khamis , 07-03-2019 – Pemimpin sayap kanan telah menyeru rejim Israel agar membina satu kuil Yahudi di dalam dataran Masjid Aqsa.
Menurut The Jerusalem Post pada Selasa, satu kumpulan besar pemimpin sayap kanan Israel menggesa kerajaan mereka agar membina satu kuil untuk upacara Yahudi.
Akhbar itu mengesahkan yang para pemimpin sayap kanan turut membincangkan ketika mesyuarat yang diadakan pada Selasa lepas tentang kemungkinan meletakkan tanda menuju ke arah kuil tersebut.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nuridawati
Khamis , 07-03-2019 – Sekumpulan pelampau Yahudi bertindak memasuki Masjidil al-Aqsa dengan diiringi anggota polis Israel.
Menurut kata pihak Wakaf Islam, polis rejim bersama 30 orang pendatang Yahudi telah memasuki masjid tersebut pĂ da awal pagi dan melakukan upacara sembahyang mengikut ajaran Talmud berhampiran lapangan Bab al-Rahmah.
Pada masa yang sama, kelihatan empat pegawai perisikan Israel turut berada kawasan itu, demikian kata pihak Wakaf itu lagi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainudin
Rabu , 06-03-2019 – Kapal terbang perang Israel pada malam Ahad mengebom markas pejuang di utara Gaza. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sumber tempatan memberitahu wartawan Pusat Maklumat Palestin (PIC) yang satu drone Israel melepaskan sekurang-kurangnya satu peluru berpandu ke arah markas pejuang, menyebabkan kerosakan barang di kawasan itu.
Dalam satu kejadian terdahulu, 3 warga Palestin mengalami kecederaan akibat tembakan peluru ketika protes di sempadan Gaza.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Rabu , 06-03-2019 – Pertubuhan Pergerakan Hamas mengutuk satu kejadian serangan maut dengan senjata api yang berlaku di barat Ramallah dan menggambarkan akan “mentaliti penjenayah yang ada pada tentera rejim zionis Israel” serta menegaskan jenayah seperti itu menjadi satu lagi bukti betapa rejim penjajah itu perlu dihalau keluar dari tanah Palestin.
Ia menjadi jawapan kepada perbuatan jenayah yang dilakukan oleh anggota tentera rejim di Kafr Ni’ma yang terletak di bahagian barat Ramallah pada awal pagi hari Isnin kelmarin. Serangan senjata api itu telah mengorbankan dua pemuda warga Palestin dan mencederakan seorang lagi, dimana mangsa telah didakwa cuba melakukan serangan dengan menggunakan kereta yang dipandu laju dan melemparkan bom Molotov Cocktail.
Hamas meminta para pejuang Palestin yang ada di Tebing Barat agar membalas balik jenayah yang telah mengorbankan dua penduduk Palestin itu dan percaya bahawa serangan balas yang bakal dilakukan akan setimpal dengan jenayah yang telah berlaku.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainuddin
Selasa , 05-03-2019 – Ketua biro politik Hamas Ismail Haneyya telah menekankan yang gerakan itu sedang mengikuti kempen Israel yang semakin menjadi-jadi ke atas tahanan Palestin di penjara. Hamas juga mempunyai hubungan dengan Jawatankuasa Tertinggi Gerakan Tahanan.
Dalam satu kenyataan akhbar pada Isnin, Haneyya berkata yang kepimpinan Hamas akan terus berusaha menghentikan jenayah Israel ke atas tahanan Palestin dan memperakui hak serta permintaan mereka.
Pegawai Hamas memuji ketabahan dan keberanian para tahanan di penjara Israel serta menyuarakan keyakinan yang para tahanan tersebut tidak akan mengalah.Â
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Selasa , 05-03-2019 – Polis rejim zionis Israel bertindak menahan seorang pegawal keselamatan yang bertugas di Masjidil al-Aqsa. Jurucakap Jabatan Wakaf Islam, Baitulmuqaddis, Feras al-Dibs berkata bahawa anggota polis rejim menahan Ali Hamad di pintu masuk al-Asbat dan membawanya ke pusat penyiasatan di Kota Lama.
Polis Israel menangkap berpuluh pegawai Wakaf dan pegawal keselamatan masjid yang terletak di Kota Lama, Baitulmuqaddis itu selepas mereka mengadakan sembahyang berjemaah sempena pembukaan semula ruang solat, Bab al-Rahman pada hari Jumaat minggu lepas setelah 16 tahun tempat itu ditutup.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainuddin
Selasa , 05-03-2019 – Sejumlah warga Palestin telah ditahan dan kediaman orang awam digeledah oleh tentera rejim zionis sebelum subuh Rabu Tentera rejim mengaku bertanggungjawab menculik 8 warga Palestin dari Tebing Barat atas tuduhan terlibat dengan aktiviti anti penjajahan.
Peguam Muhammed Mahmoud berkata yang tentera rejim menahan 22 warga Palestin di bandar al -Issawiya.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Selasa , 05-03-2019 - Pesawat penjajah Zionis Israel pada Rabu (27/2/2019) malam telah melancarkan serangkaian serangan udara di lokasi perlawanan Palestin di barat daya Deir Balah di wilayah tengah Semenanjung Gaza. Menurut wartawan Pusat Informasi Palestina, pesawat helikopter penjajah Zionis Israel menembak dua buah bom ke sebuah lokasi Brigade Al-Qassam di pantai barat daya Deir Balah.
Sumber ini menambah bahawa beberapa minit setelah pengeboman ke lokasi tersebut pesawat Israel meneruskan dengan melancarkan serangan empat bom berpandu dalam dua serangan berlainan. Terdengar bunyi ledakan besar dari serangan pengeboman tersebut. Penjajah Israel mendakwa bahawa serangan tersebut dilakukan setelah ada pelepasan belon api ke arah penempatan Israel di pinggir Semenanjung Gaza, salah satunya jatuh di rumah penduduk Israel dan menyebabkan kerosakan. Demikian menurut sebuah pernyataan yang dikeluarkan pihak penjajah Israel.
sumber : https://melayu.palinfo.com/ penterjemah : osman
Khamis , 28-02-2019 – Seorang tahanan warga Palestin yang lumpuh dan berasal dari al-Khalil, Moataz Abidu memulakan mogok laparnya tanpa menyatakan sehingga bila ianya akan berakhir. Mogok dilakukan kerana membantah keputusan lanjutan tempoh penahanan di penjara tanpa bicara yang dikenakan keatasnya.
Pertubuhan Tahanan Warga Palestin (PPS) berkata, sebaik sahaja beliau mengistiharkan dirinya mogok, dia terus dihantar ke bilik kurungan berasingan.
Semasa ditahan pada 2011, dia cedera ditembak menyebabkan kaki kirinya lumpuh sementara kaki kanan menjadi lemah dan tidak boleh digerakkan, tambah pertubuhan itu lagi.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainuddin
Khamis , 28-02-2019 – Kira-kira 50 pengawal Masjid Aqsa pada hari Selasa memasuki kawasan Bab al-Rahma Masjid untuk menyatakan penolakan mereka terhadap kempen penahanan dan pembuangan yang dilancarkan baru-baru ini oleh polis rejim Zionis terhadap mereka.
Polis Israel menangkap sejumlah besar pegawai Awqaf Islam dan pengawal Aqsa di Jerusalem selepas mereka mengambil bahagian dalam pembukaan kawasan sholat Bab al-Rahma Jumaat lalu.
Para pegawai Awqaf yang paling terkenal yang menerima perintah pembuangan adalah Sheikh Abdul-Adheem Salhab, ketua Awqaf Islam, dan timbalannya Najeh Bukairat.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada
Khamis , 28-02-2019 – Sekurang-kurangnya dua remaja Palestin ditembak dan cedera pada petang Selasa lalu ketika Rejim Zionis (IOF) melepaskan tembakan ke arah puluhan penunjuk perasaan di sepanjang sempadan timur Gaza.
Penduduk tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa Rejim Zionis menembak peluru hidup dan gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin yang mengadakan protes secara damai di timur Semenanjung Gaza lalu mencederakan dua daripadanya.
Puluhan remaja lelaki membakar tayar, menggunakan pembesar suara untuk memainkan lagu negara, dan menghalakan sinaran laser ke arah tentera di belakang pagar sempadan.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nurul
Rabu , 27-02-2019 – Sekumpulan berpuluh pendatang haram Yahudi dilaporkan telah menceroboh masuk Masjidil al-Aqsa dengan diiringi anggota polis Israel. Menurut akhbar Quds Press yang memetik kenyataan Jabatan Wakaf Islam Baitulmuqaddis sebagai berkata bahawa 35 orang pelampau Yahudi telah memasuki halaman masjid itu melalui pintu al-Maghareba dan seterusnya telah dibawa melihat-lihat sekitar halaman masjid sambil diberi penerangan yang mendakwa bahawa di situlah terletaknya tapak “Kuil Suci” mereka.
Agensi berita itu turut menyatakan, ramai anggota polis rejim ditugaskan mengiringi pendatang tersebut sehingga mereka meninggalkan kawasan masjid melalui pintu al-Silsila.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : zainuddin
Rabu , 27-02-2019 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Ahad menahan dua warga Palestin setelah mereka menyeberangi pagar sempadan dari Semenanjung Gaza ke Israel.
Sumber media Israel menyatakan yang dua rakyat Palestin yang tidak bersenjata ditahan untuk siasatan setelah menyeberangi pagar sempadan utara Semenanjung Gaza.
Sumber tersebut turut mendakwa yang bom buatan sendiri turut dilemparkan ke arah tentera rejim yang berpengkalan di kawasan sempadan. Tiada kecederaan dilaporkan ketika serangan yang dikatakan berlaku itu.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor idawati
Selasa , 26-02-2019 – Penunjuk perasaan Muslim pada hari Selasa memaksa pihak berkuasa Israel untuk membuka kunci Bab al-Rahma Gate, yang baru-baru ini dimeteraikan oleh polis Israel di dalam kompleks Masjid Al-Aqsa.
Sumber di Jabatan Awqaf Islam mengumumkan bahawa polis Israel telah mengeluarkan kunci dan rantai yang mereka letakkan sehari sebelumnya di pintu logam menuju bangunan Bab al-Rahma, di dinding timur Kota Lama Jerusalem.
Ketegangan meletus berhampiran dan di Masjid al-Aqsa selepas polis Israel menutup pintu logam dan menahan orang Muslim yang beribadah.
sumber : http://english.palinfo.com penterjemah : nor syuhada