Category: Berita Semasa

Rabu ,14/01/2009 – Kerajaan Palestin yang dipimpin oleh Ismail Haneyya mengecam sesetengah media yang menyebarkan desas-desus dan berita-berita tidak benar bertujuan untuk menykong Israel dalam satu percubaan untuk menghakis semangat penduduk Palestin dan memfitnah tindakan berani mereka.

Rabu ,14/01/2009 – Wakil Ketua Persatuan Peguam Arab, Abdl Adzim Al-Magribi dalam wawancaranya dengan Televisyen Al-Jazeera Selasa (13/1) mengatakan, Mahmud Abbas menolak kerjasama dengan pihaknya untuk mengheret para pemimpin Israel ke mahkamah antarabangsa terhadap jenayah perang di Gaza.

Rabu ,14/01/2009 – Dr Hussein Ashour, pengarah hospital Al Shifa berkata yang sejumlah mayat telah tiba di hospital itu dengan kesan terbakar dan terputus yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini sambil mengesahkan Israel menggunakan senjata yang dilarang di seluruh dunia terhadap orang awam di Semenanjung Gaza.

Selasa ,13/01/2009 – Angkatan tentera rejim Zionis berundur dari bandar Khuza’a pada Isnin lalu dan bergerak ke timur Khan Younis di selatan Gaza setelah menghadapi rintangan hebat di sana. Sumber tempatan memberitahu wartawan PIC bahawa askar-askar rejim Zionis meninggalkan satu kesan kemusnahan di bangunan-bangunan, tanah pertanian dan harta benda.
Anggaran awal menunjukkan jentolak rejim Zionis telah memusnahkan hampir 30 buah rumah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Selasa ,13/01/2009 – Jumlah kematian di Gaza mencecah lebih 900 orang kebanyakannya kanak-kanak (277 orang) dan wanita (93 orang) dalam masa 16 hari sementara 4100 orang cedera demikian dilaporkan oleh Dr. Muawiya Hassanein , Pengarah Kecemasan Kementerian Kesihatan.

Selasa ,13/01/2009 – Ismail Haniyyeh, ketua kerajaan yang sah di Gaza telah menyatakan bahawa kemenangan akan menjadi realiti bagi orang-orang Palestin keatas ancaman Zionis di Gaza. Merujuk kepada apa yang terjadi ke atas penduduk Palestin yang dihujani serangan berlarutan dari musuh.
Hamas: Kami tidak akan mengalah.

Selasa ,13/01/2009 – Hamas menegaskan bahawa operasi tentera Zionis gagal dalam mencapai matlamat mereka untuk menghancurkan Hamas. Hamas juga tidak akan berputus asa meskipun pelbagai sekatan dan keganasan Zionis. Dr. Ismael Ridwan salah seorang pemimpin Hamas menyatakan setelah 16 hari serangan Zionis terhadap masyarakat Palestin, tujuan mereka adalah untuk menjadikan rakyat Palestin akur dengan segala kehendak Zionis-Israel.

Selasa ,13/01/2009 – Briged Izzuddin Al-Qossam, sayap gerakan pejuang Hamas menyatakan bahawa pihaknya telah berjaya menembak helikopter tempur Israel, ketika bergerak di ruang udara Gaza petang Ahad (11/1) hingga terpaksa melakukan pendaratan cemas. Dalam keterangannya, roket anti pesawat milik al-Qossam berjaya merosakkan pesawat tempur Israel dan memaksanya mendarat cemas.
Antara yang ditemuramah adalah Dr Jemilah daripada MERCY , Malaysia.
sumber : al jazeera

Isnin ,12/01/2009 – Jawatankuasa Kerajaan Menentang Sekatan Israel berkata seramai 39 doktor Arab dan Mesir telah dibenarkan masuk ke Gaza melalui Rafah pada hari Sabtu dengan 11 trak penuh dengan ubat-ubatan.
Alaa al-Batta jurucakap jawatankuasa berkata lagi sebanyak 5 ambulans turut dibenarkan masuk hasil sumbangan Algeria, Libya, dan Kesatuan Doktor Arab. Bagaimanapun tiada bantuan makanan dibenarkan masuk dan menggesa Mesir membuka sempadan Rafah dengan mutlak. Beliau berkata lagi Mesir harus menyegerakan bantuan ubatan dan makanan untuk membantu mangsa kekejaman Israel.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

Isnin ,12/01/2009 – Delegasi Pergerakan Hamas dari dalam dan luar bertemu dengan pihak berkuasa Mesir di Kaherah pada Ahad mengenai pendirian mereka terhadap inisiatif Mesir berkenaan usaha damai di Gaza. Delegasi tersebut terdiri daripada Emad Al-Alami dan Mohamad Nasr, Biro Politik dari Damaskus dan Dr. Jamal Abu Hashem, Dr. Saleh Al-Bardawil dan Ayman Taha dari Gaza.

Isnin ,12/01/2009 – Selama 16 hari serangan ganas Israel ke Semenanjung Gaza, wilayah padat penduduk, serangan darat, udara dan laut belum menampakkan Zionis Israel akan menghentikan serangan roket terhadap Daza dan pejuang Islam Hamas yang bertindak balas menyerang.

Isnin ,12/01/2009 – Pasukan perubatan telah menemui 12 anggota badan penduduk Palestin akibat serangan yang telah dilakukan oleh angkatan tentera Israel di barat daya bandar Gaza pada hari Sabtu lalu manakala empat sekeluarga yang lain telah terbunuh semasa kereta kebal rejim Zionis merobohkan rumah mereka di utara bandar itu.

Isnin ,12/01/2009 – Pada hari Ahad (11/1/2009), dengan berkereta kebal dan jet pejuang canggih , Israel terus masuk ke dalam kawasan Semenanjung Gaza, tetapi mereka sedang menghadapi tentangan yang kuat daripada pejuang-pejuang Palestin . 24 orang rakyat Palestin setakat ini terbunuh dalam pertempuran Ahad tadi. Jumlah kematian kini telah meningkat kepada 879 orang pada hari yang ke-16 serangan Israel di Semenanjung Gaza, Al Jazeera melaporkan.