Categories
Berita Semasa

Hasan Al Banna, orang pertama hidupkan isu Palestin.

Isnin , 23/02/2009 – Hasan al Banna merupakan seorang tokoh umat Islam yang menghidupkan isu Palestin. Beliau berjaya menjadikan Palestin  sebagai isu utama umat Islam. Ini merupakan salah satu pendapat yang dilontarkan dalam seminar yang diadakan di Pusat Kajuan dan Penelitian Palestin di Gaza. Tema seminar ialah “60 tahun Syahidnya Imam Hasan al Banna”. Acara ini dihadiri para ulama dan pemimpin lembaga dan organisasi Islam dan nasional serta para pemikir Islam.

Categories
Berita Semasa

Seorang rakyat Palestin mati, 6 cedera dan dua orang lagi hilang di terowong di selatan Rafah.

Isnin , 23/02/2009 – Sumber Palestin daripada semenanjung Gaza melaporkan Sabtu lalu seorang penduduk terbunuh sementara enam orang lagi cedera apabila terhidu gas yang dilaporkan ditembak oleh polis penjaga sempadan Mesir ke dalam terowong di sempadan Gaza-Mesir di Rafah, di bahagian selatan semenanjung Gaza.

Categories
Berita Semasa

Roket Katyusha melanda Galilee.

Isnin , 23/02/2009 – Sebuah roket Katyusha telah ditembak dari selatan Lubnan dan melanda bahagian barat Kampung Galilee di utara Israel (baca : tanah Palestin yang dijajah)  pada hari Sabtu mencederakan tiga askar Israel dan merosakkah sebuah rumah.

Radio Israel melaporkan mereka yang cedera dibawa ke hospital sementara polis dan tentera dikerah ke lokasi berkenaan.

Tentera Israel membalas serangan dengan mengebom kawasan pelancaran roket. Tentera Israel memandang serius perkara ini dan mahu kerajaan dan tentera Lubnan memastikan keselamatan di selatan Lubnan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  anonymous

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Ramallah akan bebas 80 tahan politik HAMAS.

Isnin , 23/02/2009 – Dr Solah al-Bardawil, salah seorang pimpinan HAMAS dan anggota Majlis Perundangan Palestin memaklumkan bahawa pihak keselamatan di Ramallah berazam untuk membebaskan 80 tahanan HAMAS pada hari Isnin (23/2), sambil menegaskan bahawa itu adalah tindakan yang tepat tetapi masih belum memadai.

Categories
Berita Semasa

Amerika berjanji terus menyokong kerajaan Zionis pimpinan Netanyahu.

Isnin , 23/02/2009 – Amerika Syarikat optimis terhadap hasil proses damai di Timur Tengah dan mengisytiharkan ia akan terus memberikan kerjasama dengan kerajaan Zionis yang akan dibentuk oleh pemimpin Parti Likud, Benjamin Netanyahu.

Categories
Berita Semasa

Dahlan kerugian tuntutan dari Hamami dan Aljazeera.


Jumaat , 20/02/2009 – Mohammed Dahlan, ketua gerakan Fatah mengalami kerugian apabila terpaksa membayar jaminan dalam satu kes mahkamah terhadap kolumnis Palestin terkenal Dr Ibrahim Hamami dan TV Aljazeera.

Sumber menyebutkan bahawa Mahkamah Agung England, Dahlan terpaksa membayar 200 000 dolar US ikat jamin di mahkamah itu. Kerugian ini adalah kerana penolakan mahkamah terhadap permintaan peguam Dahlan untuk mengemukakan saksi-saksi Ibrahim Hamami dan stesen TV Aljazeera. Kes ini ditangguhkan ke 2/11 setelah sidang persiapan telah selesai. Menurut perjalanan kes ini, anggapan kemenangan Dahlan dalam kes ini akan menjadi kabur.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

HAMAS: Lawatan delegasi Amerika ke Gaza langkah tepat.

Jumaat , 20/02/2009 – HAMAS menganggap lawatan Senator Amerika, John Kerry, -bekas calon presiden Amerika daripada Parti Demokrat dan ketua jawatankuasa hal ehwal luar negara dewan senat Amerika- ke Gaza selepas ketibaan dua orang anggota kongres Amerika yang memantau kesan-kesan serangan Zionis terhadap Gaza sebagai langkah yang betul.

Categories
Berita Semasa

Terowong bawah tanah Gaza-Mesir dibom Israel semalam.

Jumaat , 20/02/2009 – Jet pejuang Israel telah mengebom tengahari semalam di sepanjang kawasan sempadan Gaza-Mesir, menurut sumber Palestin. Tentera Israel menyatakan sasaran mereka adalah terowong bawah tanah di sepanjang garisan sempadan itu, namun menurut sumber tiada kecederaan dilaporkan.

Tentera Israeli menambah serangan itu adalah sebagai tindakbalas berikutan serangan yang dilancarkan dari Gaza ke atas kubu mereka berhampiran wilayah Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Zionis tahan 100 rakyat Palestine dalam masa 4 hari

Jumaat , 20/02/2009 – Di dalam sebuah operasi penahanan besar-besaran yang tidak pernah berlaku, pasukan penceroboh rejim Zionis  menahan hampir 100 rakyat Palestin di pelbagai kawasan Tebing Barat dalam masa empat hari, menurut sumber tempatan. Menurut mereka juga, awal pagi Khamis lalu, Tentera rejim Zionis telah menahan tujuh rakyat rakyat tempatan di daerah Nablus.

Media yahudi pula telah melaporkan bahawa tentera rejim Zionis menahan 10 rakyat Palestin di pelbagai kawasan Tebing Barat sepanjang 24 jam lalu untuk pemeriksaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  fakhrul77

Categories
Berita Semasa

Konvoi bantuan Gaza , George Galloway kandas.

Jumaat , 20/02/2009 – Polis Britain menahan sembilan lelaki yang sedang melalui lebuh raya yang dituduh merancang untuk meninggalkan Britain dengan konvoi bantuan bernilai £1,000,000 untuk Semenanjung Gaza yang dikelolakan sendiri oleh Ahli Parlimen George Galloway, ketua badan kebajikan Viva Palestin. Menurut laporan berita Britain, van-van yang dinaiki oleh sembilan lelaki itu berimejkan bendera Palestin pada bahagian sebelahnya dan terpapar tanda “Berhenti membunuh kanak-kanak, bebaskan Palestin” pada bahagian yang lain.

Categories
Berita Semasa

Al-Qassam: Kami tidak akan benarkan musuh memeras ugut untuk dapatkan sesuatu yang gagal mereka dapatkan melalui peperangan.

Jumaat , 20/02/2009 – Briged Izzuddin al-Qassam, sayap tentera HAMAS menegaskan isu gencatan senjata mempunyai aliran tersendiri dengan matlamat tertentu dan jelas yang ingin dicapai, iaitu pembukaan pintu-pintu sempadan, pembatalan sekatan atau kepungan dan penamatan atau pemberhentian sebarang bentuk permusuhan. Mengaitkan gencatan senjata dengan isu-isu lain tidak akan berhasil sama sekali.

Categories
Berita Semasa

Al-Zahhar: Palestin perlukan Mesir seperti manusia perlukan air dan udara.

Rabu, 18/02/2009  – Dr Mahmud al-Zahhar, seorang pemimpin HAMAS berkata keperluan rakyat Palestin kepada Mesir sama seperti keperluan manusia kepada air dan udara, sambil menegaskan dari sudut geografi dan sejarah, rakyat kedua-dua negara adalah satu dan sempadan tidak pernah ditutup sebelum itu.

Categories
Berita Semasa

Nassif : Tiada tahanan Hamas yang dibebaskan di Tebing Barat.

Rabu, 18/02/2009 – Ra’fat Nassif, anggota kepimpinan politik Hamas telah menafikan laporan akhbar yang mendakwa pihak berkuasa PA di Ramallah telah membebaskan tahanan di penjara Tebing Barat bagi mewujudkan gabungan dengan Pergerakan Hamas.

Categories
Berita Semasa

Hamas ada bukti mayat tentera Zionis.

Selasa , 17/02/2009 – Hamas mengumumkan mempunya sejumlah bukti mayat tentera Zionis Israel yang terbunuh. Salah seorang tentera Zionis Israel telah ditembak mati oleh penembak tepat Hamas. Antara bukti yang turut dalam simpanan Hamas ialah mayat tentera Zionis, topi tentera, kaca mata, peluru dan anggota badan mereka.

Sebelum ini, telah terdapat kenyataan rasmi oleh Hamas menyatakan terdapat 2 orang tentera Zionis yang berjaya ditangkap tetapi mati akibat serangan pesawat mereka sendiri.

sumber : COMES
penterjemah :  Abu Awatif

Categories
Berita Semasa

HAMAS: Kait gencatan senjata dengan pembebasan Shalit tidak akan berjaya.

Selasa , 17/02/2009 – HAMAS menegaskan ia amat serius untuk menjayakan segala usaha dan inisiatif yang diambil demi mencapai persefahaman terhadap segala isu Palestin yang dikemukakan, terutamanya usaha Mesir untuk mencapai persetujuan gencatan senjata dengan regim Zionis, perjanjian pertukaran tawanan dan penyatuan kembali antara kumpulan-kumpulan pejuang Palestin.