Categories
Berita Semasa

Pendatang musnahkan harta benda dan perkuburan rakyat Palestin dekat Nablus

Rabu, 15/05/2013 – Sumber Palestin melaporkan bahawa sekumpulan pelampau pendatang Israel menyerang dan memusnahkan harta benda dan perkuburan Palestin serta menconteng dengan kata-kata unsur perkauman di kampung As-Swiya, barat laut Tebing Barat di bandar Nablus.

Sumber turut menyebut bahawa pendatang memusnahkan rumah kaca dan dua traktor pertanian yang dimiliki Abdul Aziz Nasr dan juga menyerang serta memusnahkan kubur-kubur di kampung di samping membuat grafiti berunsur perkauman.

Pada petang Ahad, beberapa pendatang membaling batu ke arah kereta-kereta warga Palestin di persimpangan Shave Somron dekat Nablus dan mengakibatkan kerosakan teruk walaupun tiada kecederaan dilaporkan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tentera menyerang penunjuk perasaan di Beit Sahour

Rabu, 15/05/2013 – Tentera Israel pagi Ahad lalu telah melakukan serangan terhadap bantahan aman yang dijalankan berikutan keputusan tentera Zionis itu membenarkan peneroka Israel membina penempatan di atas tanah bandar tersebut untuk dijadikan sebagai taman awam selepas tentera membersikan tapak mereka dari kawasan itu.

Sumber tempatan melaporkan tentera Zionis telah melepaskan bom tangan menggegarkan penunjuk perasaan yang cuba untuk memasuki tanah yang mahu dirampas tentera secara tidak sah dan menjadikannya sebahagian daripada penempatan yang dirancang.

Tentera Israel membersihkan kem tentera Osh Ghrab (Sarang Crow), terletak di timur Beit Sahur pada tahun 2006 tetapi baru-baru ini mereka membenarkan peneroka Israel untuk kembali ke kawasan tersebut atas alasan untuk mengekalkan struktur yang sedia ada sebagai persediaan untuk menggunakannya sebagai permulaan penempatan baru kelak.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Haniyah: Kami Tidak Terima Sebarang Kezaliman Rejim Arab Terhadap Palestin

Rabu, 15/05/2013 – PM Palestin, Ismail Haniyah menegaskan, pemerintahannya tidak mungkin menerima sikap zalim rejim Arab terhadap rakyat Palestin. “Kami tidak akan membiarkan rakyat Palestin menjadi korban pertumpahan darah sama ada di dalam mahupun di luar Palestin” katanya.

Dalam pidato yang disampaikan dalam persidangan “Bersatu Untuk Perjuangan Hak Kembali” Haniyah mengecam pertumpahan darah di Syria dan menyeru agar menghentikan segera kezaliman di negeri Arab tersebut.

Haniyah menyatakan bahawa mereka menyambut ratusan pelarian dari Syria ke Gaza, agar mereka boleh hidup bersama keluarga mereka setelah diusir kerana pertikaian dalaman Syria.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Israel Menangguhkan Bidaan Projek Pembinaan 1500 Unit Rumah Di Timur Baitulmaqdis

Rabu, 15/05/2013 – Radio tentera Israel melaporkan bahawa Jawatankuasa Pembinaan dan Perancangan Wilayah di Baitulmaqdis memutuskan untuk menangguhkan bidaan bagi pembinaan 1500 unit tambahan di Ramat Shlomo, Timur Baitulmuqaddis selama tiga minggu.

Radio itu menyebut bahawa Jawatankuasa tersebut memetik keputusan pihak keselamatan, dan menambah bahawa unit-unit ini telah diluluskan untuk pembinaan pada bulan Disember 2012.

Keputusan untuk membina unit-unit ini telah dibuat beberapa tahun lalu, tetapi Israel menangguhkan ia semasa lawatan Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, ke rantau ini pada bulan Mac 2010, lapor laman web berita Arabs48.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Rakyat Jordan protes di hadapan kedutaan Israel

Selasa ,14-05-2013 – Sumber Jordan melaporkan bahawa puluhan pemuda Jordan mengadakan bantahan di hadapan kedutaan Jordan di Amman, serta cuba memasuki kedutaan itu untuk menuntut pengusiran duta Israel kerana serangan berterusan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa di timur Baitulmuqaddis.

Para pembantah menuntut kerajaan Jordan agar menutup kedutaan Israel selama-lamanya dan memutuskan segala perhubungan diplomatik dengan Israel kerana serangan berterusannya ke atas rakyat Palestin, harta mereka dan kawasan suci Palestin.
Puluhan pegawai Jordan ditugaskan sekitar kedutaan untuk menghalang para pemprotes yang melaungkan slogan menentang Israel dan kekejaman menjadi-jadi yang dilakukan pendatang Israel.

sumber : IMEMC News
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Pihak berkuasa Palestin menyelar serangan Israel ke atas para penyambut Easter Ortodoks Timur.

Jumaat, 10/05/2013 – Menteri Luar Palestin mengeluarkan kenyataan mengutuk sekeras-kerasnya serangan ketenteraan dan polis Israel ke atas golongan Kristian, diplomat, paderi dan pelawat Palestin yang meraikan pada Jumaat sebelum hari Easter pada Ahad.

Ia menyatakan bahawa Easter ialah acara keagamaan dan juga merupakan acara kebangsaan di Palestin yang diiktiraf sepertimana hari Krismas. Kementerian itu turut menambah bahawa rakyat Palestin dan setiap orang berhak meraikan dan beribadat serta menambah bahawa Israel menghalang rakyat Palestin, baik Muslim mahupun Kristian daripada hak asasi mereka untuk beribadat, bermula dengan hak mereka untuk menziarahi tempat suci mereka.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Berpuluh Cedera Dalam Bantahan Mingguan Bil’in

Rabu, 08/05/2013 – Sumber perubatan Palestin di perkampungan Bil’in dekat pusat bandar Tebing Barat Ramallah melaporkan bahawa berpuluh-puluh penduduk tempatan, penduduk Israel dan penunjuk perasaan antarabangsa telah dirawat akibat kesan gas pemedih mata setelah diserang oleh tentera Zionis pada bantahan mingguan anti-keganasan terhadap tembok dan juga penduduk di perkampungan tersebut.

Bantahan mingguan ini juga diadakan bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin yang telah ditahan dan terus menerus menghadapi pencabulan dan keganasan Israel.

Sumber tempatan juga melaporkan tentera Zionis melepaskan gas pemedih mata, peluru getah bersalut besi dan bom tangan, serta menyembur penunjuk perasaan dengan air kumbahan yang telah dicampurkan dengan bahan kimia sejurus selepas mereka tiba di Rizab Asli Abu Lemon.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : huda

Categories
Berita Semasa

Israel tangguhkan penghapusan pos tentera yang tidak sah

Rabu, 08/05/2013 –  Ahad April 28, 2013, Mahkamah Tinggi Israel menerima rayuan oleh rejim Israel berkaitan penangguhan penghapusan pos tentera yang tidak sah berdekatan bandar Tebing Barat di Ramallah hingga Julai 2013.
Mahkamah tersebut mulanya memutuskan bahawa pos tidak sah Amona yang dipasang oleh para pendatang di atas tanah milik peribadi Palestin mesti dihapuskan pada 30 April.

Pos itu dibina dekat penempatan Ofra dekat Ramallah. Pemilik dari kalangan rakyat Palestin telah memfailkan rayuan kepada mahkamah Israel dan mulanya mahkamah berpihak kepada mereka. Namun tentera dan pemimpin rejim Israel meminta ditangguhkan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Peneroka bakar kereta, rumah dan Pokok di Baitulmuqaddis.

Rabu, 08/05/2013 – Sekumpulan pelampau dari kalangan peneroka Yahudi lewat hari Sabtu lalu telah membakar sembilan buah kereta kepunyaan Bangsa-Bangsa Bersatu di ibu pejabatnya di Jabal Al-Mokabbir, selatan Timur Baitulmuqaddis. Pelampau itu juga membakar kereta Palestin, rumah dan pokok-pokok di bandar Sheikh Jarrah dengan beberapa kecederaan telah dilaporkan.

Penduduk bernama Mahmoud Al-Maghrebi memberitahu Berita & Agensi Maklumat Palestin (Wafa) yang pelampau bersenjata itu telah membakar kereta di Sheikh Jarrah dan juga rumah yang dimiliki oleh salah seorang daripada saudara beliau sehingga membawa kepada kerosakan yang teruk dengan tiga orang mengalami kecederaan.

Beliau menambah seorang wanita 65 tahun dan dua lelaki muda pengsan selepas terhidu asap akibat kebakaran dan telah dipindahkan ke sebuah hospital tempatan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Israel: “Pengeboman Di Gaza Dijangka Teruskan”

Rabu, 08/05/2013 – TV Israel melaporkan bahawa beberapa tentera kanan Israel dan penganalisis keselamatan percaya bahawa pengeboman dalam Semenanjung Gaza tidak akan berhenti dan mungkin akan membawa kepada perbalahan ketenteraan di mana “kumpulan peluru bersenjata api bersambung ke selatan Israel”.

Laporan itu mendakwa bahawa serangan udara Israel terbaru pada pada hari Ahad pada waktu subuh mensasarkan bahagian yang berlainan di Semenanjung Gaza, iaitu kemudahan tentera Hamas, dan dua tempat simpanan peralatan senjata.

Tentera Israel berkata bahawa sasaran yang telah diserang dan dimusnahkan, dan tiada pertempuran telah dilaporkan dengan mana-mana kumpulan penentang di Gaza.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Tentera laut Rejim Zionis lepaskan tembakan kepada nelayan Palestin di Gaza

Isnin, 29/04/2013 – Pagi Rabu April 24, 2013, bot tentera laut rejim Zionis melepaskan tembakan kepada sejumlah bot nelayan di pantai Gaza, menyebabkan mereka terpaksa berundur tanpa sempat menangkap ikan, Rangkaian Berita Palestin melaporkan. Saksi mengatakan tentera laut Israel menembak ke udara dan ke arah bot-bot nelayan sewaktu para nelayan berada dalam jarak tiga batu nautika seperti yang digariskan Israel.

Serangan tersebut sama dengan sejumlah serangan ke atas para nelayan yang mengakibatkan puluhan kematian, penahanan dan pemusnahan bot-bot nelayan lebih 5 tahun lepas.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Tiga Pangsapuri Palestin dirobohkan di Baitulmaqdis

Isnin, 29/04/2013 – Jentolak Majlis Bandaraya Baitulmaqdis milik Israel yang disertai oleh tentera Israel dan  pegawai-pegawai polis, telah merobohkan tiga pangsapuri baru di kawasan kejiranan Al-Hardoub, bandar At-Tour di Timur Baitulmuqaddis. Mereka turut merobohkan beberapa buah rumah di Hebron.

Perbandaran Baitulmaqdis mendakwa bahawa pangsapuri itu telah dibina tanpa permit pembinaan. Setiap pangsapuri adalah 500 meter persegi. Pemilik bangunan, Kayed Mohammad Jaradat memberitahu Agensi Palestin Baru & Info (WAFA) bahawa ini adalah serangan ketiga seumpamanya, dan menambah bahawa keluarganya telah tinggal di rumah lama mereka, yang bersambung dengan pangsapuri yang dirobohkan itu sejak tahun 1997.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nurul

Categories
Berita Semasa

Aktivis merobohkan sebahagian Tembok Israel demi soladiriti dengan tahanan Palestin

Isnin, 29/04/2013 – Sempena Hari Tahanan Palestin pada 17 April 2013, Palestin dan aktivis antarabangsa telah merobohkan sebahagian tembok berpagar aparteid Israel bagi menyatakan solidariti dengan tahanan Palestin yang dipenjarakan oleh Israel. Sebahagian daripada kira-kira sepuluh meter tembok telah dirobohkan berhampiran penjara Ofer dimana tahanan Palestin boleh dibicarakan di mahkamah tentera atau ditahan oleh tentera Israel.

Penunjuk perasaan memakai topeng pembedahan ketika memotong bahagian logam tembok yang mereka anggap sebagai simbol dan ungkapan fizikal apartheid.

Mereka berkata tindakan mereka bertujuan untuk menghantar mesej kepada pihak berkuasa Israel bahawa rakyat Palestin “tidak akan bersetuju mempunyai tahanan Palestin di penjara Israel.”

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz

 

Categories
Berita Semasa

Al-Eesawy akhiri mogok lapar, akan dibebaskan dalam tempoh 8 bulan

Khamis, 25/04/2013 –Tahanan politik Palestin, Samer Al-Eesawy, menandatangani perjanjian dengan pendakwa Israel setelah mencapai persetujuan pembebasannya setelah 8 bulan sebagai balasan pengakhiran mogok laparnya.

Peguam persatuan tahanan Palestin, Jawad Boulos menyatakan Al-Eesawy meneruskan pengambilan suplemen dan vitamin seperti yang dinasihatkan oleh doktor dan akan mengakhiri mogok laparnya.
Bercakap kepada saudara perempuannya, peguam Shireen Al-Eesawy, Samer berterima kasih padanya serta semua yang menyokong mogok menuntut pengakhiran penahanannya yang tidak sah.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Polis Menangkap Dua Remaja Israel kerana Membakar Kereta Warga Palestin

Khamis, 25/04/2013 – Pihak Polis Israel mengumumkan bahawa mereka telah menangkap dua remaja Israel yang tinggal di kawasan penempatan haram berhampiran kampung Dir Jareer, utara timur tengah Tebing Barat bandar Ramallah, kerana mereka dipercayai terlibat dalam pembakaran 10 kenderaan Palestin Selasa lalu.

Polis berkata bahawa ahli-ahli Jawatankuasa Penyiasatan Pusat memberkas dua remaja tersebut, sebagai sebahagian daripada penyiasatan kes pembakaran kenderaan Palestin di kampung berhampiran. Luba Samri, jurucakap polis Israel untuk media Arab, melaporkan bahawa dua remaja Israel itu masih dalam soal siasat.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nurul