Jumaat, 24/10/2008 –Sumber perubatan Palestin telah melaporkan bahawa mangsa pengepungan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 254 orang selepas kematian pesakit yang berumur 34 tahun bernama Rizq Khweiter.
Jumaat, 24/10/2008 –Sumber perubatan Palestin telah melaporkan bahawa mangsa pengepungan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 254 orang selepas kematian pesakit yang berumur 34 tahun bernama Rizq Khweiter.
Jumaat, 24/10/2008 –Institut Mandela meggesa semua pertubuhan hak asasi manusia menekan Pihak Penjara Israel agar membenarkan pemeriksaan kesihatan untuk Dr. Hatem Jarrar yang sedang kini mengalami masalah kesihatan yang semakin teruk termasuk sakit belakang, kencing manis serta darah tinggi.
Jumaat, 24/10/2008 –Pergerakan Hamas mendedahkan pemecatan ketua perisikan PA, Tawfiq Al-Tirawi sebagai cara untuk melakukan perubahan terhadap pasukan keselamatan adalah satu usaha untuk menarik perhatian dan menunjukkan reformasi pasukan ini hanya boleh dicapai melalui program rakyat dan bukan melalui promosi seperti ini.
Jumaat, 24/10/2008 –Rejim Zionis enggan mengeluarkan permit untuk para peserta antarabangsa bagi persidangan akademik mengenai kesan psikologi akibat pengepungan yang diadakan penghujung Oktober ini bertempat di bandar Gaza di bawah naungan Program Kesihatan Mental Komuniti Gaza (GCMHP).
Rabu, 22/10/2008 –
Pemimpin Salam Fayyad yang dibentuk oleh Mahmod Abbas bertindak memecat lima guru dan empat imam dari beberapa masjid kawasan Tulkram. Langkah ini berikutan cadangan sebuah badan keamanan yangmempunyai tujuan politik. Surat yang diedarkan tidak menyatakan alasan tindakan sedemikian. Mereka yang dikenakan tindakan itu merupakan lulusan universiti tempatan.
Selasa, 21/10/2008 –Rakyat Eropah berkempen untuk menganjurkan lawatan berparlimen dan terbesar di depan Semenanjung Gaza November depan dengan penyertaan penggubal undang-undang dari syarikat antarabangsa sebagai sebahagian daripada aktiviti mereka untuk memecahkan pengepungan yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza sejak lebih tiga tahun.
Selasa, 21/10/2008 –Europe Campaign untuk Pembebasan Sekatan Gaza telah menyiapkan persiapan terakhir kunjungan ahli parlimen dunia ke Semenanjung Gaza pada awal bulan depan (November). Kunjungan ini disertai oleh para anggota dewan dari beberapa negara. Ia sebagai sebahagian dari usaha untuk membebaskan sekatan yang dikenakan terhadap Semenanjung Gaza sejak lebih dari 3 tahun lalu.
Selasa, 21/10/2008 –Pergerakan Hamas Isnin lalu berkata komitmen tinggi mesyuarat Presiden PA Mahmoud Abbas dengan Israel mencerminkan yang beliau tidak bersungguh-sungguh dengan perdamaian kebangsaan dan belaiu hanya mahu mendapatkan sesuatu daripada rundingan-rundingannya yang tidak berguna itu.
Isnin, 20/10/2008 –Gerakan Pejuang Islam, Hamas menuding jari kepada pemerintahan penjajah Israel yang perlu bertanggungjawab sepenuhnya dengan tindakan sewenang-wenangnya penduduk yahudi terhadap masjid Al-Aqsa dan tindakan kejam terhadap warga Palestin. Hamas mengingatkan Israel bahawa mereka akan membayar kejahatannya dengan harga yang mahal.
Isnin, 20/10/2008 –Pimpinan Hamas, Ismael Haniyah mengecam tindakan Yahudi ekstrim yang melakukan pencerobohan dan penghinaan terhadap tempat suci itu. Thahir Nunu yang juga merupakan wakil Haniya tindakan terbaru Yahudi-Zionis merupakan langkah pertama peperangan yang amat bahaya. Tindakan yang melampau itu merupakan sebahagian usaha Yahudisasi dan penguasaan terhadap al-Aqsa.
Isnin, 20/10/2008 –Gerakan Islam Hamas mengingatkan Israel yang terus melakukan serangan di Tebing Barat. Hamas juga memberi amaran bahawa mereka akan membalas serangan.
Jumaat, 17/10/2008 –Askar Rejim Zionis di Tebing Barat telah membunuh seorang pemuda Palestin di kem pelarian Jalazon, dekat utara Ramallah, selepas dia menyertai satu upacara pengebumian seorang penduduk Palestin yang dibunuh lebih awal oleh Rejim Zionis di kem tersebut.
Jumaat, 17/10/2008 –Beribu-ribu penduduk haram Yahudi berkumpul dan berarak ke Jerusalam dalam meraikan suatu perayaan Yahudi yang bertujuan melakukan provokasi. Tentera Israel hadir disitu dan memberi perlindungan kepada mereka.
Jumaat, 17/10/2008 –Gerakan Pejuang Islam, Hamas mengingatkan penjajah Israel daripada meneruskan aksi permusuhannya di Tebing Barat. Hamas memberi amaran bahawa tindakan kejam yang dilakukan itu tidak akan dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan balas.Hamas menganggap aksi pemusuhan ini sebagai kesan daripada kesepakatan keamanan antara penjajah dengan pihak autoriti Ramallah.
Jumaat, 17/10/2008 –Gerakan Hamas menegaskan bahawa dialog dengan Fatah melalui Mesir sebagai mediator cuba digagalkan oleh beberapa pihak Fatah. Hamas melihat bahawa pernyataan ketua fraksi Fatah di parlimen Palestin, Azzam Ahmad mencerminkan adanya niat mereka untuk menggagalkan dialog yang kini sedang berlangsung.