Categories
Berita Semasa

Jurucakap Zionis : Tel Aviv dalam zon roket Hamas

Selasa, 16/11/2010 – Pegawai keselamatan Zionis memberi amaran bahawa kawasan bukit tinggi, Spring Hill dekat Tel Aviv kini berada dalam radius missile dari Brigade Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas, dan teknologi terbaru missile ini mampu mencapai target tertentu di bandar tersebut.

Sumber Zionis itu melaporkan bahawa gerakan Hamas di Gaza, “mempunyai roket missile yang mampu melangkaui 80km jarak sekaligus meletakkan Tel Aviv dalam zon yang boleh diserang”.

Tambah beliau lagi, yang enggan didedahkan namanya dalam temubual bersama dengan sidang media Perancis, bahawa pihak Mesir, “tidak cukup tegas dalam usaha menyekat penyeludupan alatan senjata ke Jalur Gaza melalui terowong bawah tanah yang menghubungkan antara Mesir dan Gaza”, dan berkata lagi bahawa tentera Mesir yang mengawal sempadan tersebut, “berdiri dalam jarak kurang dari 20 meter dari terowong tetapi tidak membuat apa-apa pun untuk menghentikan penyeludupan”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Mencederakan Seorang Kanak-kanak Lelaki di Gaza, dan Menahan Seorang Kanak-kanak Perempuan di al-Khalil

Selasa, 16/11/2010 – Tentera Penjajah Israel (IOF)menembak dan mencederakan seorang kanak-kanak lelaki Palestin di timur Gaza pada Ahad ketika mengumpul batu kecil,lapor sebuah sumber perubatan.

Adham Abu Salmiya, koordinator media khidmat perubatan, memberitahu Pusat Info Palestin (PIC) bahawa budak lelaki itu ditembak dengan peluru di bahagian kaki, dan menyatakan bahawa kecederaannya tidak begitu serius. embakan IOF mencederakan 67 pekerja yang mengutip batu kecil di sempadan Semenanjung Gaza sejak awal 2009.

Sementara itu, tentera IOF menahan seorang kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun semasa dalam perjalanan ke Masjid Ibrahimi untuk bersolat di bandar al-Khalil pada Ahad. Sumber tempatan menyatakan Hadeel Abu Turki telah ditahan dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui tanpa sebarang sebab yang diketahui.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Kumpulan hak asasi manusia seru bantu selesaikan masalah tahanan

Selasa, 16/11/2010 – Kumpulan hak asasi manusia hari ini menyeru seluruh lapisan masyarakat dunia supaya bersatu dalam mempertahankan hak tahanan Palestin. Pelbagai bentuk kezaliman telah dilakukan ke atas tahan Palestin samada kezaliman fizikal atau mental. Tindakan Zionis-Israel ini juga di lihat mampu memporak perandakan kehidupan dan perjuangan rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Abu ‘Umair

Categories
Berita Semasa

Penduduk Yahudi membakar pohon-pohon zaitun di Nablus

Selasa, 16/11/2010 – Peneroka haram Yahudi telah membakar puluhan pohon zaitun Palestin di timur kampung Salem, daerah Nablus Ahad lalu, menurut sumber tempatan.

Mereka mengatakan penduduk itu datang dari sebuah pos penempatan berdekatan kampung itu dan membakar lebih daripada 15 dunums pohon zaitun dengan api. Sumber mengatakan kawasan tersebut mengandungi lebih dari 150 pohon zaitun dan kebakaran itu telah merebak ke seluruh kawasan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Ketegangan meningkat di penjara Ramon selepas penjaga penjara menghina Allah

Selasa, 16/11/2010 – Para tahanan tertinggi hak panitia di Gaza mengatakan suasana tegang mengusai penjara Ramon selama lima hari selepas seorang penjaga penjara menghina Allah ketika lawatan baru-baru ini di penjara seksyen 5.3.

Para pentadbir penjara telah bersiap sedia sepenuhnya selama empat hari selepas seorang tahanan memberitahu bahawa jika mereka terlihat sesiapa yang melakukan sedemikian dalam seksyen itu, hidupnya akan berada dalam bahaya dan ia akan diserang tanpa ragu-ragu. Ia dilaporkan oleh media rasmi jawatankuasa Riyadh Al-ashkar pada hari Ahad.

Tahanan menegaskan bahawa mereka tidak akan mengabaikan kejadian itu untuk memastikan bahawa amalan yang sama tidak terulang kembali. Ia juga adalah untuk memastikan bahawa pihak pentadbiran penjara tidak membiarkan sesiapa menghina mereka, martabat mereka, juga agama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen

Categories
Berita Semasa

Hamas dan Fatah setuju teruskan perbincangan ke arah perpaduan selepas cuti Aidil Adha

Isnin, 15/11/2010 – Pergerakan Hamas dan Fatah bersetuju untuk menyambung semula mesyuarat ke arah perpaduan yang telah diadakan sejak 2 hari lalu di Damascus selepas cuti Hari Raya Aidil Adha, yang jatuh pada minggu depan, sebagai sebahagian daripada perbincangan mereka yang memfokuskan kepada perkara keselamatan yang rumit.

Anggota biro politik Hamas, Izzat al-Resheq berkata pada Rabu lepas bahawa delegasi Hamas dan Fatah telah bertemu pada hari Selasa dan Rabu. Perbincangan mereka disifatkan serius dan mendalam.

Resheq menyatakan bahawa perkara keselamatan merupakan isu terpenting yang dibincangkan dan ada beberapa perkara kontroversi yang telah disuarakan,terutamanya tentang penubuhan badan keselamatan tertinggi, yang mana Hamas menggesa ia ditubuhkan selepas mendapat kata sepakat dengan pergerakan-pergerakan yang wujud di Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pusat Ahrar kecam penculikan rejim Zionis ke atas Setiausaha Agung PLC

Isnin, 15/11/2010 – Pusat Ahrar untuk kajian tentang tahanan penjara dan hak asasi mengutuk sekeras-kerasnya penculikan yang dilakukan oleh tentera rejim Zionis (IOF) ke atas Setiausaha Agung Majlis Perlembagaan Palestin (PLC), Mahmoud al-Rahmi dari rumahnya di Bandar Ramallah pada waktu Subuh, Rabu lalu.

Pengarah pusat itu, Fouad Al-Khafsh berkata penculikan MP Ramhi adalah satu pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa dan persidangan yang memberikan hak keistimewaan imuniti kepada semua anggota Parlimen daripada dipenjarakan dan merupakan pencabulan terhadap nilai-nilai demokratik.

Isteri Ramhi memaklumkan pusat Ahrar bahawa sepasukan besar IOF menyerbu masuk ke dalam rumah mereka di Bandar Al-Bireh pada Subuh hari Rabu lalu dan mengarahkan kedua-duanya keluar dari rumah. Kemudian, mereka mengepung suaminya dan membawanya ke satu destinasi yang tidak diketahui.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Categories
Berita Semasa

Pelan baru Dahlan serang Gaza dan jatuhkan Hamas

Isnin, 15/11/2010 – Menurut sumber Palestin yang bekerjasama dengan Pusat Informasi Palestin ketua planat gerakan Fatah, Muhammad Dahlan, sedang bekerja keras untuk merehabilitasi dirinya dan kembali ke dalam pertaruhan politik, di mana beliau telah mula bekerja sejak Mac lagi dalam dalam usaha “menyelamat” yang sebenarnya bertujuan untuk merampas Gaza dan menjatuhkan Hamas.

Pihak Pusat Informasi Palestin berjaya mendapatkan salinan planat sulit ini yang mengandungi 70 mukasurat.

Antara kandungan planat ini adalah untuk melantik Dahlam memegang tampuk pentadbiran Biro Keselamatan PA (sebagai Menteri Dalaman yang bertanggungjawab untuk merancang sistem keselamatan utama dan bahagian servis keamanan).

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Categories
Berita Semasa

Operasi UNRWA mengetuai bantahan tuntutan regim Israel mengurangkan pengepungan Gaza

Isnin, 15/11/2010 – Pengarah operasi UNRWA di Gaza John Ging membantah tuntutan Israel untuk mengurangkan pengepungan di Semenanjung Gaza. Dia mengesahkan bahawa tiada perubahan terhadap kehidupan masyarakat di situ sejak Israel mengumumkan kemudahan atas pengepungan ekonomi wilayah tersebut.

Ging menuduh para pegawai Israel mengabaikan tuntutan masyarakat antarabangsa untuk menamatkan pengepungan. “Tidak ada perubahan dari segi material bagi masyarakat di tanah ini dalam hal status mereka, pergantungan bantuan, tiada pemulihan atau rekonstruksi, tiada ekonomi.”

“Meringankan itu, seperti yang dijelaskan, adalah tidak lebih daripada meringankan politik dari tekanan terhadap Israel dan Mesir.”

Tentera Israel selama empat tahun terakhir mempunyai pegangan erat di Semenanjung Gaza dan melarang import bahan bangunan dan kelengkapan asas yang lain yang diperlukan untuk membina semula wilayah yang hancur.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Pendatang Yahudi menyerang dua kanak-kanak perempuan dan seorang wanita tua di selatan Bethlehem

Isnin, 15/11/2010 – Dua kanak-kanak perempuan berumur 10 dan 11 tahun tercedera di selatan kota Bethlehem pada pagi Khamis apabila seorang pendatang Yahudi yang bersenjata daripada penempatan Tekoa membaling batu dengan ganasnya kepada mereka.

Saksi mata berkata, pendatang yang bersenjata lengkap itu memaki orang Arab dan Muslim. Sumber-sumber tempatan yang lain melaporkan segerombolan tentera Israel dan pengawal sempadan menyerbu kampung Al-Lawziya di kota itu pada hari yang sama serta bertembung dengan pelajar-pelajar sekolah.

Beberapa pelajar terkena semburan gas pemedih mata serta beberapa yang lain pengsan apabila tentera penceroboh menyembur bom tangan dan peluru getah kepada mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Categories
Berita Semasa

Fayyad Mengaku Zalim kepada Penyokong HAMAS di Tebing Barat

Isnin, 15/11/2010 – Presiden Bahagian Undang-undang Kerajaan Palestin di Ramallah, Salaam Fayyad mengaku bahawa kewujudan pencabulan hak asasi manusia di penjara Tebing Barat di bawah kawalannya, dan menjamin semua yang mencabul hak asasi itu akan dihukum.

Fayyab berkata ketika temu bual radio tempatan pada Rabu untuk mengaitkan siuasi hak asasi manusia dan menguatkan kesedaran tentang mematuhi standard dan asas hak asasi manusia.

Organisasi Hak Asasi telah mengadu bahawa kerajaan Fatah telah menyalah guna dan tidak mematuhi prosedur undang-undang apabila menahan penduduk, dan Pihak Berkuasa Palestin menghukum penduduk Palestin di Mahkamah Tentera, suatu tindakan yang melanggar undang-undang asas Palestin, yang dianggap oleh Oragnisasi Hak Asasi sebagai perlembagaan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

Categories
Berita Semasa

Helikopter tentera Israel, kereta kebal kepung rumah warga Palestin di selatan Gaza

Isnin, 15/11/2010 – Helikopter tentera Israel dan kereta kebal telah mengepung sebuah rumah penduduk Palestin di Al-Jadida Abasan, timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza pada Khamis lalu, lapor sumber tempatan.

Mereka mengatakan helikopter melancarkan tiga peluru berpandu dan melepaskan tembakan mesingan berat ke rumah itu dan dalam masa yang sama, kereta kebal yang ditempatkan di lintasan sempadan, menembak beberapa kubu di situ.

Sumber mengatakan mangsa korban mengalami penderitaan tetapi Adham Abu Salmiya, penyelaras perkhidmatan perubatan dalam sebuah kenyataan kepada PIC menafikan kehadiran dari setiap mangsa yang terkorban.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz

Categories
Berita Semasa

Pesawat pejuang dan kereta kebal Israel serang rumah penduduk Palestin

Isnin, 15/11/2010 – Pesawat dan kereta kebal Israel, Khamis (11/11) menggempur sebuah rumah di wilayah Farahin kota Absan Timur daerah Khan Yunis (Selatan Semenanjung Gaza).

Sumber tempatan melaporkan bahawa helikopter pejuang tersebut melepaskan tiga bom yang diarahkan ke sebuah rumah. Pada masa yang sama kereta kebal tempur Israel melepaskan tembakan ke arah rumah tersebut. Wartawan Infopalestina menyebutkan bahawa tidak ada yang terkorban atau cedera dalam serangan ini.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Categories
Berita Semasa

Erdogan: Tiada hubungan dengan Israel sehingga mereka meminta maaf

Sabtu, 13/11/2010 – Perdana Menteri Turki Recep Erdogan telah menegaskan bahawa kerajaan tidak akan memulihkan hubungan yang normal dengan Israel sehingga mereka meminta maaf atas “serangan biadab” terhadap kapal Mavi Turki Marmara yang membawa bantuan ke Semenanjung Gaza akhir bulan Mei lalu .

Erdogan memberitahu 24 saluran TV Perancis bahawa Israel harus meminta maaf dan membayar pampasan barulah diskusi boleh bermula. Hubungan Turki dengan Israel telah diburukkan lagi dengan serangan Israel yang membunuh sembilan warga Turki dan banyak lagi yang mengalami kecederaan.

“Israel adalah satu-satunya pihak yang perlu bertanggung jawab atas hubungan dingin yang berlaku kini,” ia menegaskan dan menambah, “Bagaimana kita boleh mengampuni serangan udara dan laut terhadap sebuah kapal yang mengibarkan bendera Turki dan membawa penumpang dari pelbagai negara yang ingin membantu yang orang lain “.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : syuhada

Categories
Berita Semasa

Hamas Cela Penahanan Ahli Politik Tertinggi PLC

Sabtu, 13/11/2010 – Hamas mengecam sekuat-kuatnya kerajaan Israel atas penangkapan ahli Majlis Tertinggi Perundangan Palestin Mahmoud Al Ramahi pada hari Rabu dan menyeru pembebasannya.

Hamas mengutuk dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan Rabu itu tindakan itu sebagai satu “kejahatan”, dan menambah bahawa pihak berkuasa Israel berusaha untuk melenyapkan sahutan orang yang berjuang untuk melindungi dan mengembalikan hak-hak kebangsaan Palestin.

Kumpulan pejuang itu mengatakan kerajaan Israel bertanggung jawab penuh atas nyawa dan kesejahteraan Dr Ramahi, menyeru Pihak Berkuasa Palestin dan pihak Fatah untuk menamatkan semua bentuk penyelarasan keselamatan, yang memberikan ruang untuk lebih jenayah dilakukan oleh Israel terhadap tanah dan orang-orang Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen